.

Rabu, 23 Mei 2018

INI JAWAPAN - APO DIO ITU?







KETIKA BERSIH 5

DI LUMUT

 DATUK SERI JAMAL

TUNJUK SAMSENG

SEKARANG

ISHAM RAIS

AKAN AMBIL

TINDAKAN


NUMBER MOTOR

ORANG JAHAT INI

AKAN DICARI

TUNGGU JANGAN

TAK TUNGGU


SATU INGAT KEPADA ANWAR









SATU INGATAN

UNTUK ANWAR


Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat

Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.

Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong Pas dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.

Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.

Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.

Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.

Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tahu menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.

Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walaupun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.

Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.

Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.

Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.

Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar Pas kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqamah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.

Dipendekkan tulisan…
Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan Diraja.

Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhh? Perjuangan rakyat?

Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”

Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?

Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang?

Berpada-padalah Tuan Haji  Anwar.

Jangan diulang kesilapan lalu.

Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.

Jangan lajak sangat.

Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna akal bukan otak…

Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!

Aku

Zulhazmi Shariff





-----------------------

SELAMAT BERBUKA










SELAMAT 

BERBUKA

kuala lumpur hujan lebat
lebat betul
ketika ujan turun 
gua di pasar chow kit
beli buah 
dan 
makanan untuk ezi tak tak
kesian peniaga bazar ramadan
kita yang puasa 
enak sejuk dan santai
yang niaga  kueh susah hati
yang niaga lauk pauk pun susah hati

tapi
yang niaga air
palig susah hati
harap harap
esok cahaya bersinar
selamat berbuka





------------------

MAJLIS PROFESOR NEGARA MATI










AL-FATIHAH

MAJLIS 
PROFESOR NEGARA

TELAH DITEMBAK

MATI

KESIAN KESIAN

KEMANA AGAKNYA

SEGALA 

KANG KONG

AKAN MENJALAR

MENCARI MAKAN
KAH KAH KAH


-------------------

DATUK SRRI JAMAL








DOA UNTUK

DATUK SERI

DARI WARGA

MISKIN

SELURUH DUNIA

Jamal direman tiga hari

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu, direman tiga hari.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

“Beliau (Jamal) direman bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Jamal, 47, ditahan di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang, sekitar jam 1.15 petang semalam, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Langat.




MANA ADA

DATUK SERI 

YANG PEMURAH BAIK HATI JUJUR
SAPERTI  DATUK SERI JAMAL

DATU SERI BERI MAKAN PERCUMA 
KEPADA WARGA MISKIN KOTA
BUKAN SAMINNGU SEKALI
TAPI
TIAP TIAP HARI

HANYA
 TOKAN DADAH
YANG ADA BANYAK DUIT
MACAM 
DATUK SERI JAMAL
YANG BOLEH TAJA 
DAN
BERI WARGA  MISKIN 
MAKAN TIAP HARI

BILA DATUK SERI
MASUK PENJARA NANTI
MAKA SATU PENJARA
AKAN DAPAT BERTEDUH
DIBAWAH PAYUNG DATUK SERI

MAKA PADA KETIKA INI
SEMUA BADUAN SEDANG BERDOA
AGAR DATUK SERI JAMA
DIMASUKKAN KE PENJARA
AMIN
KAH KAH KAH


------------------

TANGKAP DAN DAKWA






TANGKAP

DAKWA PENJARA
aku tak setuju satu perkara. kenapa seekor malaon apandi ali disuruh bercuti? walhal malaon ini patut awal wahid kena panggil mengadap Shukri Abdull MACC selepas malaon najib&suaminya Rosmah. Untuk Rosmah ini MACC kena tanya hang kerja apa selama ni sampai boleh ada beg berjuta? 
Untuk apandi ali ini, jika malaon ini bercuti tidak lah boleh kita tahu apa yang ada dalam kepala malaon ini sedang dirancang, siapa di telepon, di whatsapp, jumpa siapa. Sila tangkap 3ekor malaon(s) ini segera. usah banyak bercakap itu ini! on MALAYSIA BARU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/23/18





--------------------

NASI KAWAH







NASI KAWAH
Mulai hari ni sepatutnya Bijan dan Kak Ros belajar-belajar la makan beras cap rambutan atau cap manggis atau cap jalal. Kat jail bijiran mahal quinoa takdak dah, kena makan nasik kawah... Hingga menjilat jari makan nasik kawah jawapnye... on 
LU INGAT SENANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/23/18




---------------------

MERAKAM SEJARAH - FAKTOR MAHATHIR





MERAKAM SEJARAH 

 FAKTOR MAHATHIR

Anak semua bangsa - bangsa semua agama - warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini satu kemenangan. Justeru saya wajib menulis untuk merakamkan detik-detik kemenangan ini.

Parti  United Malays National Organisation  yang ditubuh  pada 11 Mei  1946 dan  didokong oleh Inggeris  akhirnya telah dapat ditumpaskan dan dinyahkan dari kuasa oleh gerakan anak semua bangsa - bangsa semua agama. 

Saya amat gumbira apabila melihat Najib dan Rosmah gagal melarikan diri pada 12 Mei 2018. Pesawat jet pribadi yang dihantar dari Jakarta  telah  dikepong oleh anak anak muda di lapangan terbang Subang. 

Saya akan dituduh  munafik jika saya tidak mengakui betapa gumbiranya saya apabila melihat Razak Baginda , Arul Kandar, Habibul Rahman dan puluhan orang-orang jahat suku sakat Najib yang cuba menghilangkan diri. Atau mula menenggelamkan diri dari diketahui orang ramai.

Saya amat amat gumbira bila musuh saya dalam kesusahan. Saya gumbira bila musuh saya dalam kesakitan. Saya gumbira bila musuh saya masuk ke dalam penjara. Jangan salah baca -  pilihanraya  ialah perang tanpa senjata. Perang bersenjata berlaku apabila politik undi mengundi gagal.

Kegumbiraan dari saya ini  bukan dendam. Saya tidak memiliki sifat dendam. Gumbira melihat Najib masuk penjara bukan  bermakna berdendam.

Pada hemat saya hidup membawa dendam pasti satu hidup yang amat berat - mengheret dendam ke hulu ke hilir. Hishamuddin Rais tidak berdendam. Hishamuddin Rais hanya gumbira apabila Najib dan Rosmah masuk penjara. Amin.

Para pembaca akan menipu diri sendiri apabila tidak mengakui bahawa kita semuanya  bergumbira apabila Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan akahirnya  masuk penjara.

Kegumbiraan yang lahir ini adalah  watak dan ciri-ciri gerakan politik. Dimana-mana pun dalam dunia ini apabila berlalu perubahan sosial ciri yang sama berlaku.   Apabila yang zalim dijatuhkan. Apabila yang jahat dapat ditewaskan. Apabila penyamun saperti Najib dapat ditangkap - maka kegumbiraan adalah jawapanya. 

Ketika Czar Nicholas dibunuh dalam Revolusi Bolshevik pada tahun 1917  warga kota Moscow gumbira. Ketika kepala Louise ke14 dipenggal kepalanya  di Paris pada 21 Januari 1793  - ramai warga kota Paris  menari, bertandak dan menyanyi  mabuk gumbira.

Saya amat yakin warga Indonesia pasti gumbira melihat  Suharto jatuh pada tahun 1998. Saya amat yakin warga Iran gumbira apablia melihat Shah Reza Pahlavi melarikan diri dari Tehran pada 16 Januari 1979.

Di Tanah Melayu semenjak Inggeris mengangkat United Malays National Organisation - semenjak gerombolan  Ketuanan Melayu ini  mengambil alih kuasa dari British - Tanah Melayu telah dilanggar malapetka.

Pada Rabu - 9 Mei 2108 - Malapetaka atau Nakba dalam bahasa Arab - telah dinyahkan. Menyahkan Najib dan Rosmah bermakna  warga Malaysia telah berjaya menyahkan malapetaka yang selama 60 tahun ini telah menghimpap berat kehidupan  anak semua bangsa di Tanah Melayu.

Rabu 9 Mei 2018  malapetak tercabut. Malaysia menjadi ringan. Udara menjadi nyaman. Hidup menjadi aman. Tanah Melayu membuka sejarah baru. Sabah dan Sarawak membuka sejarah baru. Maka kita - anak semau bangsa di Malaysia berhak untuk terus bergumbira.

Saya sering menulis bahawa detik sejarah itu juga memiliki sejarah dan latar. Saya juga pernah menulis untuk   menolak dan  mengenepikan  pandangan  yang sering mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Untuk saya sejarah ditulis oleh orang yang rajin menulis. Jika kita malas menulis walau pun menang ianya tidak memiliki makna. 

Saya telah merakamkan semua babak babak sebelum PRU14.  Menolak pelbagai bentuk pandangan bodoh yang tak masuk akal.  Dan mengajukan garis dan taktik untuk membawa pencerahan.
Dua bulan sebelum PRU14 saya membuat ramalan kemenangan.

Dalam masa yang sama saya juga ada menulis beberapa pandangan yang pada hari ini dilihat salah. Pandangan yang silap. Pandangan yang terbukti melanggar apa yang berlaku ada 9 Mei. 

Pada hemat saya ini lumrah. Kerana mustahil saya dapat melihat kesemua hasil politik  masa depan dengan jelas dan tuntas. 

Walau apa pun akhirnya kita semua dapat  melihat Najib dan Rosmah terkurung dalam rumah sendiri. Yang ini telah saya nujumkan berbulan bulan lebih awal.
Dalam suasana kegumbiraan - ketika melihat kembali apa yang pernah saya tulis - yang tepat dan yang salah. Maka ada beberapa pekara yang wajib saya tuntaskan. Pekara  yang wajib saya rakamkan untuk rujukan sejarah. Babak-babak yang wajib diumumkan secara hitam puteh untuk bahan sejarah.

Seratus tahun dari hari ini jika ada anak pelajar yang menggali sejarah  kejatuhan United Malays National Orgnisation  pada Rabu 9 Mei 2018 - maka apa yang saya tulis ini akan menjadi bahan.

PERTAMA: Kemenangan  PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 adalah kerana faktor Mahathir. Dalam BI -  The Mahathir factor.
Mahathir adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua tenaga anak semua bangsa - untuk  mengalahkan gerombolan Najib dan kuncu-kuncunya.

Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor Anwar Ibrahim menjadi  juragan dan jurumudi. Anwar menjadi ikon  yang berjaya mengumpul gerakan jalan  raya untuk menjatuhkan Mahathir.

Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Mahathir. 

The Mahathir Factor ini - memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa anak semua bangsa  mahu beralih memilih Pakatan apabila Mahathir meneraju pucuk pimpinan. 

Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus bergumbira.

Tiga  bulan sebelum  hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran.  Jabatan Pendaftaran telah memberi  pelbagai masaalah kepda DAP. Kemudian kita dengar pula Besatu menghadapi pekara yang sama.

Segala jentera kerajaan - SPR, SPRM, PDRM, Peguam Negara, Mahkamah dan dan dan…telah digunakan oleh Najib untuk memupuk kekuatan kuasa dirinya. 

Jabatan Pedaftaran Persatuan (ROS) juga tidak ada bezanya. Ketika ini Jabatan Pendaftaran menjadi  aparacik setia yang memperkukuh kuasa Najib dan Rosmah. Najib secara bijak  telah membatalkan pendaftaran Parti Bersatu.

Sekali imbas langkah Najib ini dilihat bijak. Tetapi sabenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana jawapan dari Mahathir  mengegarkan politik Malaysia.

Tup Tup - langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan.  Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.

Inilah   bukti  faktor Mahathir yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah  pecapaian politik  paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah : penggunan satu logo. 

Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan dibawah kepimpinan  Mahathir. Saya yakin Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk mentuntaskan pekara ini. Satu logo ini adalah  faktor Mahathir yang membawa pukulan  maut kepada Najib dan Rosmah.

KEDUA:  Mahathir Muhamad sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Mahathir tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat  untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah si Mahathir tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca  buku itu dan ini. 

Malah ceramah Mahathir agak mendatar. Tetapi Mahathir telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.

Mahathir TIDAK menggunakan  perkataan yang - besar besar- yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Mahathir TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Mahathir tidak berselindung dengan ayat Quran atau Hadis Nabi untuk memperkukuh hujah. 

Perkataan curi , samun , tipu senang  difahami maknanya oleh  Mak Cik dan Pak Cik Felda. Disinilah  kejayaan Mahathir menterjemahkan konsep politik yang komplek dengan penerangan  yang senang untuk difahami.

Kepada  Mahathir Najib ialah pencuri. Perkaatan pencuri ini difahami oleh Mak Cik Felda. Berbeza dengan menggunkan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tak faham. Dalam ceramah Mahathir memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan  siapa Si Najib ini.

KETIGA:  Perubahan sosial akan berlaku apabila elit politik, elit ekonomi dan jentera daulah mula pecah. 

Sama ada cukong yang bernama  Robert Kouk memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kouk ialah gambaran tentang  elit ekonomi, para cukong telah mula  melarikan diri dari Najib. Ini adalah faktor Mahathir.

Kesampaian  Rafidah Aziz dan Rais  Yatim masuk ke dalam saf  Mahathir adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah pecah. Apabila Rais dan Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang  beramok. 

Kemudian  saf Mahatir di masuki oleh Daim Zainudin dan Syed Hamid. Semua ini adalah faktor Mahathir yang berjaya memecahkan elit politik

Kemudian Mahathir menulis surat  surat terbuka kepada PDRM, Tentera Laut, Darat dan Udara. Hanya Mahathir yang memiliki wibawa sademikian. Hanya Mahathir yang berupaya  menulis surat ini.

Apabila Laksamana Angkatan Laut menjawab dan menerangakan kepada anak semua bangsa  bahawa angkatan tentera laut  tidak menyebelahi parti sesiapa pun. Jawapan ini tidak membolehkan Najib melakukn huru hara untuk mempertahan kuasa. Satu cabang tentera telah enggan jadi alat Najib.

Sebelum  Mahathir menulis surat - Ketua Tentera Darat - secara gatal telah menyatakan bahawa  soldadu menyokong kerajaan. Ini bermakna tentera darat akan mempertahankan Najib.

Perbuatan bangang dari Ketua Askar ini  telah ditibai oleh rakyat kiri dan kanan. Jeneral kaki bodek Najib ini terduduk dan  membuat kenyataan baru.

Semua ini petanda yang  jentera kerajaan tidak lagi menyebelahi Najib. Hanya PDRM yang tidak bersuara. Hingga  ke saat kemenangan  tercapai maka barulah ketua PDRM menerima hakikat bahawa  Pakatan Harapan ialah kerajaan baru.

Dalam kita merayakan kemenangan ini. Dalam kita bergumbira. Maka jangan lupa kita wajib terus berwaspada. Orang-orang jahat wajib terus diburu, ditangkap dan dimasukan ke dalam penjara. 

Kalau dizaman Kerajaan Melayu Melaka orang jahat saperti Razak Baginda, Habibul Rahman dan Arul Kandar akan disula.

Saya tidak mencadangkan mereka disula kerana ini akan mengotorkan buluh.  

Tetapi hkikatnya, meminta Razak Baginda wajib disula ini tidak mungkin saya tulis satu bulan dahulu. Kini saya boleh menulis dengan hati terbuka  kerana kemenangan yang telah dibawa oleh  faktor Mahathir. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45






-----------------

APO INI?





SIAPA TAHU

APA INI?

HJY  810

ABE 5456

JLR 7722

WWS 4831

AGL 4562


APO NI
Sonang la. Itu semua nombor plet kenderaan samada kereta, Lori atau motor roda dua. Yang pertama tu kereta, teksi dari johor. Yang kedua kenderaan Perak. Ketiga kenderaan johor. Keempat kenderaan kl. Terakhir kenderaan Perak jugak. Kalau bukan nombor kenderaan mungkin nombor ekor. Kalau bukan nombor ekor, nombor kepala, kepala ayah kamu bangsat! on

 SIAPA TAHU APA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/22/18

AGL 4562

Nombor siri banduan ke ni? on 
SIAPA TAHU APA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/23/18

JLR 7722

WWS 4831
JBT = Jangan Buat Tahana. Number plate kereta Toyota crown abg mat sabu menteri pertahanan kita dulu. Kool Kah kah kah on 
SIAPA TAHU APA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/22/1

JAWAPAN AKAN

DIBERITAHU

HARI INI

JAM 8.30 MALAM

------------------