.

Sabtu, 4 Julai 2015

PROJEK TUJUH LIKUR








Minggu ke tiga puasa
Anak-anak muda makin ramai
berselerakan di tengah malam
memberi khidmat
kepada musthada'fin kota
Menu Jalan Panggung sabtu malam lepas:
Tim Dapur Jalanan - Roti / Kari ikan Tuna
TIm MS Hikers - Roti / Buah Epal
Brader Asyraf - Roti Bomm 
Zue Rumah Titi - Kueh Buah Melaka
Tim IKRAM - Roti / Bubur Nasi / Pisang
Hamba Allah - Putu Mayam

 Anak semua bangsa yang datang berkerja bakti:
Padel, Azen, Husin, Syu, Intan & Adik, Quratul & Kawan-kawan,
Afiq & Tim MS Hikers, Kawan2 dari IKRAM,
Kawan2 dari Haiwan Jalanan, Jay Denis, Ashraf,
Awek2 Dabong, Paan & Zue Rumah Titi, Bangsart Boyband, 
& semua yg hadir bersetiakawan bersama miskin kota!

Sabtu depan minggu akhir moreh Jalan Panggung
Malam 7 Likur Dapur Jalanan
Rancang sedia kit raya - Kain pelikat / Tuala / Toiletries
Ada pasar percuma - Baju / Seluar
sumbangan dalam bentuk barangan amat digalakkan!
Kueh karipap kueh keria
beli buat berbuka nanti
amal budi kalian semua
semoga tuhan memberkati 

TERIMA KASIH SEMUA!

Baju edisi baru ada dijual. Datang Jalan Panggung atau Bangsar Utama. Beli sambil membantu!
 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective
++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 019-26-71-285 
 Hadi Khalid 012-664-88-73

Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
Malam 7 Likur -
Mencari bulan seribu bulan bersama miskin kota




--------------------

BOLEH BUKTIKAN





AMBANK DAN BANK NEGARA MALAYSIA BOLEH SAHKAN BAHAWA KEWUJUDAN AKAUN “NAJIB  RAZAK”

Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Najib Razak, kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian masing-masing.

AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB. Najib Razak pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.

Perkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama “ Najib  Razak” itu benar-benar wujud atau tidak.

Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB. Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Najib  Razak mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Najib Razak.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Najib  Razak itu benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Najib Razak benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.

Saya pasti jika Najib  Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.

Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja  Najib Razak boleh menghentikan isu terbaru ini.

Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan.

Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Najib  Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN










-------------

TEMPAT BERZAKAT







ZAKAT
kepada yang telah menalipon
kepada yang telah berhubung
kerana mahu berzakat
kepada dapur jalanan
diucapkan:
terima kaseh  berus gigi
tahun depan zakat lagi


kepada yang ingin berzakat
kepada dapur jalanan
kami juga ucapkan terima kaseh

akoun dapur jalanan:
bank CIMB
no:  800   172   7849
SPKL COLLECTIVE

kepada yang ingin bersedekah 
bahan makanan
atau ingin maklumat
sila hubungi
pak wan: 019-267-12-85
atau
hadi: 012-664-88-73



SELAMAT PUASA

-----------

TER NOWW TER HOTT





Peguam negara sahkan serbu syarikat didakwa salur wang ke akaun Najib



Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.
Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-negara-sahkan-serbu-syarikat-didakwa-salur-wang-ke-akaun-najib#sthash.Xz8eMlzW.dpuf


KAH KAH KAH
hari hari akhir
saekor najib
habis tutup buku
habis tutup kedai
habis tutup bek birkin

PADAN MUKA

---------------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB






HARi HARI

 AKHi

SAEKOR NAJIB

SAMPAi BILA 

MUHYIDDiN



ZAHi

BERTiNDAK




-----------------

AHAD ESOK







oxi & vai
esok pungutan suara di greece
rakyat diberi pilihan
1- vai - sokong dasar IMF
2 - oxi - tolak dasar IMF


tukar tiub bersama oxi
menentang kapitalis global
tukar tiub bersetuju
greece keluar dari kesatuan eropah
langkah ini akan menyebabkan
dunia kapitalis huru hara
dan 
kacau  bilau


huru hara dan kacau bilau
dalam sistem kapitalis
adalah suasana baik untuk
meghasut rakyat dunia


-----------------

NAJIB PERLU BANTUAN SOTONG DAN JIN






MANA TiGA 

SEKAWAN

jeng jeng jeng

bantuan diperlukan
pahlawan bugis diserang
mana bantuan harun jin
mana bantuan hadi sotong
mana nasa kuda


TAK KAN 

DOA SAJE


------------

LANKOWLAH KALAU BERANI





Najib Razak mengancam menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau mencuri harta negara.

Beliau memberikan kata dua itu selepas mendakwa Mahathir Mohamad berada di belakang serangan terhadapnya.


"Pihak yang terus melancarkan serangan ini patut bersedia berdepan dengan akibat tindakan mereka.


KAH KAH KAH
woit
lancow najib berani
kalau berani tangkap mahathir
kah kah kah

LANKOWLAH




--------------

KES AKAN JADI SUB KUDIS






KES SUB KUDiS

semua ini helah

untuk tutup kes


Najib akan saman WSJ, lapor akhbar

Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar The Wall Street Journal berhubung laporannya semalam mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri itu, akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini.

Ia memetik setiausaha politik Najib,  Muhammad Khairun Aseh, yang menyifatkan laporan itu sebagai fitnah jenayah.


“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.



KAH KAH KAH
gwa sudah tahu trik ini
kah kah kah
nanti kes saman ini
akan digunakan untuk
tutup semua pertanyaan 
untuk kekang semua soalan
dalam parlimen
atau diluar parlimen
kah kah kah
akan di beri hujah
tak boleh timbulkan
kes  najib rembat duit 1MDB
kerana kes dalam mahkamah
kah kah kah
nanti akan timbul pekataan latin
sub kudis sub judice
tak caya tunggu
ini satu trik lama
kes akan bejalan bertahun-tahun
akhirnya tak ada apa apa

SUB JUDiCE


-------------

LAWAK SPRM KAH KAH KAH





SPRM
kalau sprm mula siasat itu tanda Melayu dah mula makan babi itu tanda Melayu dah mula minum todi Hanya orang kafir aje yang boleh harap untuk telus siasat. Kah Kah Kah on SPRM BUAT LAWAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/4/15

YANG INI BOLEH BUAT
 MASYUUUK

KAH KAH KAH

---------------

SPRM BUAT LAWAK






KOMENTAR
siasatan hanya tipu helah
untuk meredakan keadaan
jangan orang ramai marah
jangan anak muda marah

nanti siasatan ini jadi helah
melarang 1MDB dibincang
secara terbuka oleh orang ramai
kerana kes dalam siasatan

siasatan akan membuat laporan
najib diumum bersih dan suci
tak ada dakwa dakwi

NOTA
sprm dah pandai 
buat lawak



SPRM akan siasat dakwaan wang disalur ke akaun Najib, kata WSJ 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan penyiasat mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak, akhbar perniagaan harian itu berkata dalam laporan terkini mengenai isu itu.

Hanya beberapa jam selepas membuat pendedahan tersebut hari ini, WSJ menerima jawapan itu dari SPRM, mengatakan ia akan meneliti perkara itu.

Seorang jurucakap SPRM yang dikenali sebagai Rohaizad Yaakob dipetik berkata: "Kami akan meneliti perkara itu. Kalau ada sebarang unsur rasuah, kami akan siasat."

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sprm-akan-siasat-dakwaan-wang-disalur-ke-akaun-najib-kata-wsj#sthash.n3rWjOpX.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kalau sprm mula siasat
itu tanda hari akhir zaman
itu tanda hari nak kiamat
kalau SPRM siasat
ini bertujuan untuk bersihkan najib
bertujuan tutup kes sekali harung

MAT ZOMB
--------------

PRU 13 MENANG CARA TIPU





KOMENTAR
najib mengulangi lebong
dia dilantik secara demokratik
ini penipuan
ini lebong
semua dunia tahu
gerombolan ketuanan melayu
hanya mendapat 47% undi
pakatan rakyat dapat 52%
undi 47% pun dapat cara tipu



Najib sangkal laporan WSJ, salahkan Mahathir

Najib Razak malam ini menyangkal apa yang disifatkan beliau sebagai dakwaan tidak berasas dan keterlaluan terhadap beliau dan keluarganya, mengatakan beliau tidak pernah mengambil dana untuk keuntungan peribadi daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau mana-mana entiti lain.
Dalam posting Facebook terbarunya, Najib mengulangi kenyataannya yang dakwaan palsu itu merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-sangkal-laporan-wsj-salahkan-dr-mahathir#sthash.oJaJDKT4.dpuf

KAH KAH KAH
woit
sangkal jangan tak sangkal
tibai jangan tak tibai
dipilih secara demoktarik
lawak gila
kelentong gila
kah kah kah
lanchow demokratik
menang menipu
dapat hanya 47 % undi rakyat
kepala bana apa menang

SPR TiPU
---------------