.

Jumaat, 28 Ogos 2015

BERITA BAIK UNTUK ANAK MUDA







BERiTA BAiK



Pelajar universiti boleh sertai Bersih 4, kata timbalan menteri



Pelajar institusi pengajian tinggi kini dibenarkan menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang akan akan bermula esok walaupun pada awalnya mereka dilarang berbuat demikian, kata timbalan menteri pendidikan Chong Sin Woon.
Katanya, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai pergerakan masyarakat sivil itu tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas.
"Mereka bebas untuk mengekspresi diri mereka," beliau dipetik berkata portal berita The Star Online hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-universiti-boleh-sertai-bersih-4-kata-timbalan-menteri#sthash.Tlx3M6C0.dpuf


AKHiRNYA

KESEDARAN


SAMPAi


WALAU PUN


LAMBAT


--------------

THE BANGSART SENI MELAWAN







ANAK MUDA

BANGUN


DENGAN SENi
\
MELAWAN




Bersih 4 bukan perhimpunan keganasan tetapi pesta rakyat, kata The BangsArt

Menyifatkan Perhimpunan Bersih 4 sebagai satu perhimpunan aman dan bersih, vokalis kumpulan muzik anak muda The BangsArt, Amir Abd Hadi berkata himpunan berbilang kaum itu bagaikan satu pesta yang mempunyai satu pembaharuan dan membantah pentadbiran yang korup.
Meskipun buat pertama kalinya akan mengikuti Perhimpunan Bersih, sekumpulan anak muda The BangsArt kini aktif di jalanan untuk menarik anak muda bersama mereka menyatakan bantahan dan tuntutan kepada kerajaan.
"Bersih 4 bukan perhimpunan biasa tetapi bagaikan pesta. Kita hendak orang ramai turun ke Bersih 4 dan dengan satu tarikan, caranya menggunakan muzik.
"Kita adalah satu kumpulan anak muda yang tidak bersetuju dengan apa jua bentuk keganasan. Bersih perhimpunan aman.
"Justeru, kita datangkan dengan muzik, bila orang datang kita ekspresikan kemarahan dengan lagu," kata Amir kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya, The BangsArt pada Bersih 4 akan berarak bersama peserta sambil bermain alat muzik.
"Ia bukan sekadar protes kosong. Kita akan berarak bersama orang ramai di Dataran Merdeka dan mahu bermalam di Dataran Merdeka.
"Kita akan mainkan muzik untuk menghiburkan peserta."
Kumpulan yang rata-rata terdiri dari anak muda lingkungan umur 20-an itu sebelum ini turut giat menjalankan aktiviti sukarelawan termasuk memberikan makanan kepada gelandangan dan menghulurkan bantuan semasa banjir di Kelantan.
"Kami bukan sekadar 'band', kami adalah komuniti yang turut menganjurkan aktiviti kemasyarakatan," kata vokalis The BangsArt yang kebiasaannya mendendangkan lagu 'Ale Ale GST bangsArt' dalam perhimpunan bantahan lain di ibu kota.
Mereka juga merupakan kumpulan yang menyanyikan lagu rasmi Bersih 4 yang akan dipersembahkan kepada peserta perhimpunan hujung bulan ini. –
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-4-bukan-perhimpunan-keganasan-tetapi-pesta-rakyat-kata-the-bangsart#sthash.ULKy8PuK.dpuf

----------

BANTUAN PEGUAM





BERSiH

HUBUNG MEREKA

017-394 1559

017-394 1561 

017-303 2591



Bekas peguam PAS bantu BERSIH 4

Sekumpulan peguam yang pernah bergiat dalam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dalam Pemuda PAS, menubuhkan NGO bagi memantau perhimpunan BERSIH 4 dan membantu memberi khidmat guaman kepada peserta.
Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) Norazmir Zakaria berkata selain itu mereka juga akan memantau lokap atau balai polis bagi tujuan prosiding reman jika berlaku tangkapan.
"ProGuam menyatakan sokongan kepada penganjuran Bersih 4. Sebagai komitmen ProGuam kepada Bersih 4, ProGuam menyediakan 80 orang peguam yang akan berkhidmat sepanjang penganjuran Bersih 4 tersebut," katanya.
Dalam kenyataannya, Norazmir berkata pihaknya juga melancarkan tiga talian bagi membolehkan para peserta Bersih 4 menghubungi sekiranya berlaku tangkapan iaitu 017-394 1559, 017-394 1561 dan 017-303 2591.

SATU JUTA 

34 JAM 

K.LUMPUR


--------------

JELEBU BUAT SEJARAH





FAKTA SEJARAH
pas bahagian jelebu
yang pertama 
meningglkan parti
sebaik sahaja muktamar tamat


TAHNiAH!

Harapan Baru ambil alih pejabat Pas Jelebu

JELEBU - Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu  mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah berkata, mereka akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga akan terlucut selepas menyertai parti baharu.

"Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi penyertaan.

"Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,"katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam‎.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, Muhamad Taufek Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas sekarang yang membiarkan 'mungkar fitnah' berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 lalu.

ke jelobak ke jolobo
tuai padi tigo tangkai
dah kono komat jolobu
pas runtuh parti terbarai








--------------

MEMINTA BANTUAN





MiNTA 

BANTUAN

TOK ARAB
datang lagi
membawa duit derma
untuk 
 mohd najib bin abdul razak
 siapa tahu dimana
najib pada hari ini
tok arab ini
sudah lama mencari
kesian
berat duit berbilion bilion ini


 --------------

AL- FATIHAH











More than 70 dead in Austrian truck tragedy


The bodies of more than 70 people have been recovered from an abandoned lorry found on an Austrian motorway, more than the initial estimate of between 20 and 50, the Austrian government has said.
The latest death toll emerged on Friday after the badly decomposed remains were discovered on Thursday morning on Austria’s A4 motorway between Neusiedl and Parndorf. The truck had been abandoned on the hard shoulder of the road near Parndorf. It had apparently been there since Wednesday. Austrian police said all those on board the truck appeared to have suffocated and died before they entered the country.
On Tuesday, meanwhile, Austrian police arrested three drivers on suspicion of transporting migrants from Syria and other war-torn areas into the European Union. One of them had driven 34 people packed into the back of a white van across the Austrian border.




----------------

SEKEPALA BANA









SEHATi

SEKEPALA 

BANA



Najib disaman ahli Umno berhubung derma RM2.6 bilion


Seorang ahli Umno hari ini memfailkan saman terhadap presiden parti menggesa beliau menjawab rentetan peristiwa yang terjadi melibatkan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak.
Peguam bagi plaintif, Hanif Khatri memberitahu The Malaysian Insider saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.
"Pada dasarnya ini adalah saman oleh Umno untuk Umno, meminta presiden parti bertanggungjawab terhadap kronologi yang berkaitan wang RM2.6 bilion itu, dari mana datangnya, ke mana perginya, berapa banyak yang tinggal dan pulangkan ia bagi kebaikan Umno," katanya, sambil menambah beliau akan menjelaskan lebih lanjut pada satu sidang media hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan, saman difailkan itu bertujuan mencabar Najib mengemukakan penyata kewangan parti bagi membuktikan beliau menerima wang itu.
"Saman difailkan terhadap Najib untuk beliau mengemukakan penyata kewangan parti yang mengatakan beliau terima derma RM2.6 bilion itu," kata sumber dalaman Umno.
Katanya, saman itu akan memetik Perlembagaan Umno yang menyentuh mengenai dana parti, yang mana ia perlu diisytiharkan kepada ahli.
"Oleh kerana ini proses perundangan, kita akan petik beberapa perlembagaan dalam parti berdasarkan artikel yang menuntut beliau mendedahkan kepada ahli di mana sumber dana itu didapati," katanya.
Sumber itu juga berkata, ahli Umno seluruh negara bakal memfailkan saman tersebut selepas ini selepas yang pertama di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, katanya, beberapa peguam juga sedang menyiapkan kertas untuk menyaman Najib dan bertindak selaku wakil kepada ahli Umno tersebut.
"Setiap ahli seluruh negara akan mengambil langkah sama satu persatu dengan mengemukakan saman ini terhadap presiden," kata sumber itu.
Walaupun ahli yang mengemukakan saman tersebut berdepan risiko bakal dipecat, kata sumber, mereka akan meneruskan tindakan itu untuk menjaga parti yang mereka sayangi.
"Ahli rela dipecat daripada membiarkan parti yang mereka sayangi ini terkorban dan lenyap," katanya sambil menambah kes kali ini dijangka menarik kerana ahli Umno sendiri yang akan melawan Najib selaku pihak yang disaman. – 28 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-disaman-umno-berhubung-derma-rm2.6-bilion#sthash.9hofJ69n.dpuf
KAH KAH KAH
woit
gwa susah cakap
gwa sudah bilang
lu tak caya
kah kah kah
perang makin luas
perang makin merebak
kah kah kah
sikalang isteri rosmah
kena saman ahli parti sendiri
kah kah kah
sikalang manyak susah
elopah tak tak pigi
mana mau sopping
kah kah kah

TAHNIAH!


-------------------

SEMUA TELAH TAHU




AKU RASA
aku rasa 
apa yang wajib aku lakukan
telah aku lakukan
untuk kau tanah melayu

aku rasa
kau pun tahu
aku rasa 
kau telah terdengar
segala hasutan dari aku

aku tahu kau tahu
hasutan ini telah membingar
hasutan ini telah dilaungkan

aku menghasut
untuk membawa kebaikkan

kali ini aku menghasut
agar terbukalah hati kau
terbuka hati sejuta sosok
terbuka hati si anak muda
terbuka hati anak segala bangsa
terbuka hati bangsa segala agama
terbukalah terbukalah hati
untuk berkampong bersaudara
34 jam di kuala lumpur

aku tahu
kau telah tahu hal ini


aku rasa
semua warga sudah tahu
tentang 1mdb
tentang altantuya
tentang sirul
tentang kenduri anak kahwin
tentang buang pegawai sprm
tentang derma tok arab
tentang saksi yang hilang

aku tak akan berkesah lagi

kali ini
aku hanya ingin bertanya
hujung minggu ini
kau dimana?

kau tanyalah diri kau
kau buatlah pilihan
aku hanya tukang hasut

28/ogos/2015



---------

UNTUK NUR JAZLAN






SATU JUTA

343 JAM

K.LUMPUR


TANGGUNGJAWAB ANGGOTA POLIS DAN KESELAMATAN MELINDUNGI PERHIMPUNAN BERSIH4

Saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan NurJazlan Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH4. Kenyataan beliau yang dipetik media turut menyebut tentang kewujudan anasir yang kononnya ingin menimbulkan huru-hara.

Hari ini juga, saya terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyekat laman-laman yang mempromosikan BERSIH4.

Ini ditambah pula dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral  Zulkifeli Mohd Zin yang menyebut bagaimana pihak tentera akan mengambil alih sekiranya kerajaan mengumumkan darurat.

Tindakan dan kenyataan-kenyataan ini adalah keterlaluan dan tidak membantu memastikan satu perhimpunan rakyat yang aman sedangkan BERSIH4 adalah satu perhimpunan yang menepati hak rakyat seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, keputusan-keputusan mahkamah dengan jelas menegaskan berkali-kali bahawa Perhimpunan BERSIH adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, saya menyeru supaya pihak berkuasa baik Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya bertenang dan tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran Perhimpunan BERSIH4. Pengalaman sebelum ini dari perhimpunan BERSIH yang pertama hingga BERSIH3 menunjukkan bahawa ratusan ribu rakyat akan tetap turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur untuk melahirkan pandangan mereka selaras dengan hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak kira apa tindakan atau sekatan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan peserta Perhimpunan BERSIH4 yang turun mengikut peruntukan undang-undang, adalah lebih baik sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah membantu kelancaran perhimpunan ini. Kenyataan atau tindakan yang cuba menyekat rakyat dari turun tidak akan berkesan dan hanya menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan dalam keadaan rakyat sudah matang mengenai hak mereka berhimpun secara aman.

Saya juga ingin mengingatkan setiap anggota polis dan keselamatan yang bertugas sepanjang Perhimpunan BERSIH4 ini bahawa kami berhimpun demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka juga:

1.    Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka tidak perlu dibebankan dengan cukai GST dan tekanan ekonomi yang mendesak kehidupan mereka

2.    Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang menghormati undang-undang

3.    Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka berkerajaankan pimpinan yang tidak makan rasuah dan menyeleweng wang rakyat

Saya yakin sahabat-sahabat dari kalangan anggota polis dan keselamatan akan bertindak profesional sepanjang Perhimpunan BERSIH4 untuk melindungi keselamatan dan hak peserta seperti amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




--------------

BOPENG MUKA MOHD NAJIB











Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16

www.nkracorruption.gov.my/.../1152-persidangan-ant...
Translate this page
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat julung kali akan menjadi tuan rumah Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16 pada ...

SPRM harap IACC 2015 cetus strategi efektif anti rasuah ...

www.themalaysianinsider.com/...
Translate this page
The Malaysian Insider
May 31, 2015 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang julung kali menjadi hos Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16 .

Malaysia Tuan Rumah Persidangan Antirasuah Antara...

www.sprm.go...
Translate this page
Malaysian Anti‑Corruption Commission
2 days ago - Buat julung kali, Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16 – pertemuan pencegahan rasuah 

KAH KAH KAH
kah kah kah
kah kah kah
gua tergolek dog
kah kah kah
mula mula dirancang
mohd najib bin abdul razak
beri ucap utama
kah kah kah
lepas tu nama mohd najib dibatal
kah kah kah
nak cakap hari penutup pun tak dapat
kah kah kah
pasal apa?
kah kah kah
gwa nak cakap pun malu
kah kah kah

BOPENG MUKA



SPRM: Mohd Najib tak rasmikan persidangan antirasuah

Mohd Najibbin Abdul Razak tidak akan merasmikan persidangan antarabangsa antirasuah yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur minggu depan.
Perkara itu disahkan oleh penganjur persidangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM  Mustafar Ali berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Laow yang akan merasmikan persidangan itu.
"Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Abdul Wahid Omar," katanya dalam sidang media hari ini.
Bagaimanapun, Mustafar enggan mengulas alasan di sebalik keputusan Najib menolak jemputan itu.
Persidangan antarabangsa itu akan menyaksikan kehadiran wakil lebih daripada 130 negara.

JEMPUT NAJiB
sama macam jemput mugabe
bincang hal hak asasi
jemput najibn 
sama macam jemput ahmad maslan
cakap hal ekonomi
jemput najib 
sama macam jemput jho low
bincang hal ekonomi bumiputera

KAH KAH KAH 


---------------------

PENIAGA KECIL UNTUNG BESAR







SATU JUTA

34 JAM 

K.LUMPUR

jejas ekonomi
bull shit
bak kata mahathir


FAKTA
hotel di pusat bandar
disekitar jalan petaling
disekitar batu road
semua telah penuh
semua telah ditempah

pengalaman demo anti GST
air mineral botol kecil
dijual 1.50 - 2.00 ringgit
makanan disekitar dataran habis
makanan disekitar kampong baru habis

kepala bana apa
jejas pendapatan
sorang belanja 10 rinngit
1 juta ada 10 juta masuk

yang rosakkan ekonomi
ialah rosmah dan isterinya
nilai ringgit makin merosot
#tangkap najib




-------------

TURUN TURUN TURUN





SELURUH DUNIA
#Tanpa prejudice Dan berbelah bahagi"!!!!!we,aku,kamu,kamu,kamu barisan solidarity seluruh malaya,we support all gagasan #bersih 4.0..we love Malaysia,we love voiced of democracy...

hadir beramai2 melempah ruah Dan sentiasa bersedia serta berwaspada sebarang kemungkinan..,tekanan Oleh pemerintah yg corup, yg mencari2 Alasan yg detector..... Justice for malayzia....free Malaysia from penyamunn.....free Malaysia from ablasa berjalan Bangkok..sentiasa bengkok..Alasaan Bangkok..fakwa.fakwawa yang bengkok Dari zakar2 yang Bengkok.....

justice for Malaya!!!!! Justice for anwar ibrahim!!!!! Ohhh lord.... on KERJA BANGAN LAGI BODOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/28/15




-----------

MAZHAB SUNNI WAL RASUAH






KOMENTAR
ini adalah
ajaran dari mazhab
sunni wal rasuah
mazhab ini wujud
bukan sahaja di malaysia
wujud dipelbagai negara

ciri utama mazhab ini ialah:
memperkukuh daulah zalim
menyokong rasuah
menyokong salah guna kuasa
membodek pemerentah
dan
menjual ayat ayat suci
menjual agama sebagai
menjadikan agama sebagai modal

jalur pemikirana mazhab ini
ni bukan hanya wujud
dalam agama islam
dalam kristian  ada
dalam hindu pun ada
dalam judaism pun ada

di eropah jalur mazhab ini
telah bersekongkol 
dengan kaum feudal
berkerja sama dengan tuan tanah

malah pada ketika itu di eropah
pemilik jalur ini
mengakui memiliki
direct on line dengan tuhan

justeru
berupaya membatalkan dosa kaum feudal
yang telah membunuh ribuan rakyat
membatalkan dosa tuan tanah
yang telah merampas tanah kaum tani
dengan satu syarat:
sanggup membayar dengan jongkong emas

NOTA:
jongkong emas ini
masih tersimpan
dalam di peti besi
vatican city
yang hari ini dijadikan
modal oleh vatican city
untuk berniaga dipasaran saham

Waran tangkap untuk penceramah bebas | Free Malaysia ...

www.freemalaysiatoday.com/.../...
Translate this page
Free Malaysia Today
19 hours ago - Sharhan menghadapi perrtuduhan khalwat yang dilakukan bersama ... Utusan Online melaporkan, penceramah bebas itu, Sharhan Shafie dan  ...

Tuduhan khalwat, waran tangkap untuk penceramah bebas ...

malaysianreview.com/.../tuduhan-khalwat-waran-tang...
Translate this page
14 hours ago - Tuduhan khalwat, waran tangkap untuk penceramah bebas. Sharhan Shafie. Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran ...

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap penceramah ...

www.bharian.com.my/node/77630
Translate this page
Berita Harian
20 hours ago - Mahkamah keluar waran tangkap terhadap penceramah bebas ... pada prosiding sebutan kali pertama kes tuduhan khalwat, dua tahun lalu.

Perhimpunan Bersih 4 undang kemusnahan, dosa, kata ahli akademik


Perhimpunan haram Bersih 4 yang akan diadakan pada hujung minggu ini bukan sahaja bertentangan ajaran Islam, bahkan membawa kepada kemusnahan dan mengundang dosa, demikian menurut seorang ahli akademik.
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  Fadlan Mohd Othman berkata meskipun ada yang berpendapat perhimpunan itu bertujuan menyuarakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan, ia tetap menyalahi syariat Islam
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perhimpunan-bersih-4-undang-kemusnahan-dosa-kata-ahli-akademik#sthash.Xx7SqwgB.dpuf

KAH KAH KAH
gue tak ade
nak cakap apo apo
gue dah lamo royak
kah kah kah

SUNNi WAL 

RASUAH


-----------