Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 28 Ogos 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA



KESAH AJANG CERITA KITA


adalah dikesahkan
ajang pun dilahirkan

lalu ajang dibesarkan
lalu ajang disekolahkan
lalu ajang diuji dan dipereksa
lalu ajang lulus ujian

gembiralah satu keluarga
gembiralah ajang se ajang-ajnangnya

ajang pun belajar lagi
diuji dan diperiksa
ajang pun luluslah

ajang pun dilamar bekerja
maka bekerjalah ajang
berbaris dan beratur dijalan raya
bangun dari tidor untuk menjual tenaga

sebulan sekali menerimah upah
lalu ajang membeli tv
untuk rehat dan bersenang hati

setiap hari beratur berbaris dijalan raya
bangun untuk menjual tenaga
dihujung minggu ajang berehat buntang mata menonton tv

duit terkumpul lagi
lalu membeli kereta sebelum mencari bini
berbaris beratus dijalan raya
bagun dari tidor untuk menjual masa dan tenaga
agar dapat bayar hutang kereta dan rumah sewa

lalu ajang pun berbinilah
bangun pagi berasak asak menjual tenaga
untuk membayar kereta dan rumah sewa
lalu ajang dan isteri menjadi cerdik
tak perlu bayar sewa kalau rumah dimiliki
lalu mereka berhutang lagi
untuk membayar kereta dan hutang bank
lalu mereka bangun pagi
berasak asak di jalan raya untuk memburuh
dan mengumpul duit nak jadi kaya

adalah dikesahkan
anak pun lahir dan dibesarkan
lalu anak di anjangkan sekali lagi
lalu anak diajar agar dia pun bangun pagi
bangun berasak-asak dijalan raya bersedia cekap
bijak pandai untuk menjadi hamba kepada kerja

akhirnya anjang tua dan hendak mati
anjang terlantar dikatil
lalu anjang teringat
sebuah buku cinta yang dibelinya tetapi lupa tidak dibaca
lalu anjang teringat sekuntum bunga mawar
yang dia terlupa baunya
lalu anjang teringat sebuah pantai landai
sebuah tasik permai sebuah gunung berhutan
saekor burung belibis terbang menyambar

lalu dia teringat gesekan biola
dan tiupan seruling sawah dan gaung
hutan dan pacat

ajang memanggil anak datang
ingin menyampai pesan
lalu mereka pun berkumpul
ajang hanya sempat berkata – jangan jadi bodoh –
semua tercengang semua hairan
mereka menangis
ajang telah hilang ingatan.

ajang mengulangi lagi – jangan jadi bodoh – lalu anjang mati

esoknya anak dan isteri bagun pagi pagi
berasak asak di jalan raya entah apa hendak dicari
mengulangi hidup berpusing-pusing
tak pernah sedar diri
hilang ingatan jadi injin bangun pagi
untuk beli kereta rumah dan tv



JENG JENG JENG




PEGUAM BABAL DEDAH BUKTI SPRM DERA SAKSI
- melayau

Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 Sept bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Nota:

tali pinggang putus kerana teoh terbersin
punggung seluar koyak kerana teoh kentut
kasut calar kerana terpijak
jam hilang kerana dicuri hantu kopek
lubang jubur koyak kerana makan biji durian
buang ini kes kerana kah kah kah kalau tidak putus ketuanan melayu kah kah kah




MAT SKEMA YANG TAK COOL



PEMUDA PAS BANTAH KONSERT MLTR DI BULAN RAMADAN
- malaysianinsider

Sebagai sebahagian dari siri jelajahnya, kumpulan Micheal Learns To Rock (MLTR) dijadualkan akan mengadakan konsert Micheal Learns To Rock — Eternity Tour 2009 — Live in Malaysia pada 5 September ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highland.

Mengulas akan kelulusan penganjuran konsert ini, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengutuk sekeras-kerasnya dan menganggap penganjuran konsert tersebut adalah satu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa bulan Ramadhan.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… BETUL TINDAKAN INI… kah kah kah…

kah kah kah…. BAND INI BAND KOKAK…. kah kah kah…

kah kah kah…. BAND SKEMA… TAK ROCK ..TAK COOL LANGSUNG… kah kah kah..

kah kah kah…. TAK PERNAH DENGAR PUN NAMANYA… kah kah kah..

kah kah kah…. INI SAMA STANDARD ANWAR ZAIN NYANYI DI KEDAI MAT CUPPA DI GOLOK… kah kah kah

Nota:
ada yang meghairankan disini. kenapa pemuda pas
ini tak bantah genting tempat judi. asik-asik tak suka konsert.
ini perjuangan anti konsert ke ? napa tak lawan genting tempat
judi. takkan tak nampak bukan sahaja dibuka bulan puasa
tapi dibuka sepanjang tahun kah kah kah




PERANG TOWKAY BERTERUSAN




SEMOGA DAPAT SAYA BERTEMPUR LAGI
- malaysiakini

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.

Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.

Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.

KAH KAH KAH….

kah kah kah…. BERITA BAIK UNTUK SATU MALAYSIA… kah kah kah…

kah kah kah….. BILA TOWKAY LAWAN TOWKAY… kah kah kah…

kah kah kah…..BANYAK DUIT BERTABURAN…. kah kah kah….

woit… JANGAN TERSILAP….PERANG INI BUKAN KERANA PORNO…ATAU MORAL…..kah kah kah…

kah kah kah…. ATAU KERANA PUNAI SOI LEK LEBIH BESAR DARI PUNAI ONG….kah kah kah

kah kah kah…. INI PEREBUTAN KUASA… UNTUK DAPAT MEMBOLOT HARTA KEKAYAAN…. kah kah kah…



BALACHI TOWKAY MENYUSUN BARIS




ENAM BAHAGIAN MCA GESA GANTUNG KUASA PRESIDEN
- malaysiakini

Enam bahagian MCA Johor hari ini meminta lembaga disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Ong Tee Keat.

Pelucutan sementara kuasa presiden itu merupakan satu daripada empat permintaan yang dikemukakan kepada lembaga disiplin parti oleh MCA bahagian Pontian, Tanjung Piai, Tebrau, Gelang Patah, Kota Tinggi dan Pulai.

"Keenam-enam bahagian MCA hari ini sebulat suara bersetuju meminta lembaga disiplin parti melaksanakan empat permintaan pihak kami," kata Pengerusi MCA Kota Tinggi Ng Keng Heng pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Nota:

semua ini berlaku akibat dari kemenangan pakatan rakyat.
piliharaya yang lalu memperlihatkan parti perikatan – umno/mca/mca –
hilang pengaruh. selama 50 tahun tiga kumpulan gerombolan ini telah berkuasa
dan menjadi semkin angkuh. mereka memggunakan semua alat kerjaan , menggunakan semua lembaga daulah – polis, mahkamah, media, mengubah
undang-undang – malah membuat apa sahaja untuk memastikan
gerombolan mereka terus berkuasa.

dengan kuasa – semua harta kekayaan negara mereka rembat.

hari ini mereka menganggap diri mereka diatas undang-undang – anak sekolah di rogol – pelacur dibunuh –fail dihilangkan – bahan bukti ditukar ganti – saksi
dibeli – penulis di upah – yang mati mati – yang patah patah –

berapa lama lagi ini akan berterusan?
tepuk seluar dalam dan tanya punai sendiri.




PERANG DI TERUSKAN




KRISIS MCA: PM TIDAK CAMPUR KECUALI DIMINTA
– malaysiakini

Najib Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA kecuali diminta menjadi orang tengah.

Beliau diminta mengulas tentang keputusan Majlis Presiden MCA memecat Timbalan Presidennya, Dr Chua Soi Lek malam tadi.

Menurutnya, MCA perlu menyelesaikan sendiri krisis dalam parti itu dan beliau hanya memberitahu Presiden MCA Ong Tee Keat bahawa masalah itu tidak sepatutnya menjejaskan BN.

Sebagai pengerusi BN, kata Najib, beliau perlu memastikan bahawa apa juga tindakan, yang diambil oleh parti-parti komponen, tidak boleh menjejaskan kepentingan BN.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… APA BILA ADA AYAT – KECUALI DI MINTA…kah kah kah

kah kah kah…ERTINYA … MAT MONGOL MEMANG NAK MASUK RUMAH…kah kah kah…

kah kah kah… PERANG DUA TOWKAY INI SEDANG MEREBAK… kah kah kah..

kah kah kah… MACAM PADI TERBAKAR… TAK BOLEH PADAM LAGI… kah kah kah…

kah kah kah…. CERITA SUDAH BOCOR… 12 BILION DUIT RAKYAT SUDAH HANGUS… kah kah kah…

woit…. SATU MALAYSIA TUNGGU… SIAPA AKAN DI DAKWA TIPU KERAJAAN… kah kah kah..

kah kah kah... ATAU FAIL HILANG LAGI... kah kah kah..