Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 4 Januari 2012

SILA BACA DAN RENUNGKAN!
























KLIK UNTUK MEMBACA

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/tahu-dan-jangan-buat-tak-tahu-035454097.html

MINTA PERMIT KERANA NAK PAU












PKS TETAP TERUSKAN KEMPEN TAMPA PERMIT - meloya

SHAH ALAM 4 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap ingin meneruskan demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901” walaupun permit tidak dipohon untuk menganjurkan kempen itu.

"Memang kita tidak berhasrat untuk memohon permit kerana kita tahu permit untuk penganjuran ini tidak akan dikeluarkan (oleh polis) seperti mana yang berlaku,” kata Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie.

Perhimpunan yang dirancang pada Isnin ini dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu pada hari tersebut.

Ditanya mengenai 336 laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara sehingga semalam bagi mendesak agar kempen itu dihentikan, Shuhaimi berkata, PKR tidak akan tunduk atas desakan itu.

Katanya, selain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beberapa lokasi di sekitar ibu negara juga akan dijadikan tempat untuk mengadakan kempen itu namun lokasinya masih belum diputuskan. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INGAT RAKYAT BANGANG..NAK MINTAK PERMIT..... kah kah kah..

kah kah jkagh.... INGAT INI HAL DBKL KE... MINTA MINTA PERMIT..... kah kah kah..

kah kah kah...INGAT INI HAL JPJ KE?.... NAK KENA MINTA PERMIT..... kah kah kah..

woit...HAL PERMIT PERMIT INI...SEMUA RASUAH...SEMUA PASANG LUKAH...kah kah jkah..

kah kah kah...HAK BERKUMPUL INI ADA DALAM PERLEMBAGAAN.... kah kah kah...

kah kah kah... FASAL 10 PERLEMBAGAAN MERMBENARKAN RAKYAT BERKUMPUL DAN BERDEMO.... kah kah kah..

kah kah kah.... RAKYAT BUKAN LAWAN PEERLEMBAGAAN.... kah kah kah..

jkah la kla...RAKYAT NAK LAWAN GEROMBOLAN..... kah kah kah...

woit...NAK HUMBANKAN GEROMBOLAN BUKAN MELANGGAR PERLEMBAGAAN... kah kah kah..

kah kah kagh...NAK BEDEMO...NAK TUNJUK PADA DUNIA...kah kah kah..

kah kah kah...NAK TUNJUK PADA DUNIA.... GEROMBOLAN INI HAMPEH.... kah kah kah



WASPADA ! BERJAGA JAGA!



NOTA:

cakaran ini telah
mula dilihat di beberapa tempat
disekitar kuala lumpur

awas!
apa maknanya



CAKARAN DI DINDING











PENYAMUN SUDAH BERSUARA




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN






RAKYAT PERLU SEDAR HELAH DAN AGENDA KEMPEN BEBAS ANWAR 901 – MUHAMAD – berita hairan

SEREMBAN: Masyarakat perlu berfikir secara rasional dan menyedari helah dan agenda tersembunyi pihak tertentu melalui demonstrasi haram "Kempen Bebas Anwar 901" yang dirancang di ibu negara 9 Januari ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan.

Beliau berkata orang ramai juga perlu tahu kempen yang kononnya menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu hanya bersifat kepentingan peribadi semata-mata, selain menyalahi undang-undang negara.

"Kita minta kerajaan menguatkuasakan undang-undang...kita mesti hormati undang-undang kerana apa guna kita ada undang-undang tapi kita langgar undang-undang," katanya.

Kempen itu dirancang sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itupada 9 Januari ini.

Mohamad berkata rakyat termasuk mereka yang menganjurkan kempen tersebut seharusnya menghormati apa juga keputusan mahkamah dan menggunakan saluran yang betul bagi mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat nanti.

Katanya, sebarang tindakan membantah keputusan yang dibuat oleh mahkamah menerusi demontrasi hanya akan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara anarki di mana sistem perundangan tidak dihormati dan rakyat bebas melakukan sesuatu.

"Adalah amat malang jika negara yang kita bina sejak merdeka ini kembali kepada zaman anarki. Janganlah hancurkan sesuatu yang kita bina sekian lama, bagilah peluang kepada mereka yang dahagakan keamanan," katanya. TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MEMANG BETUL RAKYAT PERLU SEDAR....kah kah kah..

kah kah kah... RAKYAT PERLU SEDAR SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN ADA MILIK KELUARGA MALAON INI...kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT JUGA PERKLU SEDAR...MALAON INI BAWA DUIT LARI KE LUAR NEGARA...kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT JUGA PERLU SEDAR.... SEMUA PROJEK DI SEMBILAN MESTI MELALUI ABANG MALAON INI...kah kah kah..

kah kah kah...RAKYAT JUGA PERLU SEDAR...KALAU TAK KAUTIM DENGAN KELUARAG MALAON INI.... MAPOOOS TAK MAKAN.... kah kah kah..

NOTA:
rakyat negeri sembilan perlu sedar
ada perogol amah sedang berleluasa di negeri sembilan
ada perompak besar sedang bersemayam di seremban





SHAHRIZAT LEMBU DCENGAN LEMBU SHAHRIZAT















SHAHRIZAT : HIMPUNAN JALANAN HANYA BAWA KEKECOHAN - meloya

Perhimpunan kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini, tidak wajar diadakan kerana ia akan membawa kepada kekecohan semata-mata, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil.

"Jangan kerana hanya seorang (individu) sahaja, negara jadi huru-hara," katanya merujuk kepada perhimpunan haram itu yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusannya mengenai perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang i Anwar Ibrahim.

Shahrizat yang juga ketua pergerakan Wanita Umno berkata selain menyalahi undang-undang, perhimpunan haram itu juga boleh menimbulkan risiko terhadap keselamatan orang ramai, lapor Tiewnama.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... APA MINAH LEMBU INI CAKAP?..... kah kah kah..

kah kah kah... MINAH LEMBU INI CUBA NAK SUCIKAN DIRI.... kah kah kah...

woit.... BERSIHKAN LAAAA TAIK LEMBU DALAM KONDO TU..... kah kah kah..

kah kah kah...TAK PAYAH LAA HEBOH HAL UNDANG UNDANG....kah kah kah..

woit... PIHAK PENJARA DAH SEDIOAKAN KURSUS PILIHARAYA LEMBU...kah kah kah..


NOTA:
siapa tahu siapa suami minah lembu ini?
kah kah kah






NOTA:
sejarah negara bangsa
akan berterima kaseh
kepada kak ijat kerana
telah membuka kursus baru
untuk para banduan di penjara

kursus pemiliharaan lembu ini
adalah kerja politik kak ijat
kah kah kah


MENERUSKAN TRADISI PERJUANGAN MAKTAB PERGURIAN SULTAN IDRIS




PENYAMBUNG SUARA RAKYAT






MAHSISWI DIPECAT BERTEKAD TERUS MENETAP DI ASRAMA - mkini

Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.

Siti Nurul Piteriah Abdul Halim (kiri), yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, berkata setakat ini beliau hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".

"Saya masih di kolej.

"Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma kesusasteraan Melayu hari itu.

Menurut Siti Nurul, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.

NOTA:
syabas!
inilah sikap terbaru anak muda
inilah sikap berani
inilah anak muda yang melanggar auku

anak muda
dunia ini akhirnya milik kamu




NOTA:
upsi dulu mpsi
dulu sitc
penuh dengan gemilang sejarah perjuangan bangsa
kamulah di upsi
mewarisi tradisi itu
salut!



KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT








GAGALKAN MUSLIHAT UMNO

Muslihat UMNO-BN Tidak Akan Menggelincirkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat Dari Perjuangan Melaksanakan Perubahan.

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato’ Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato’ Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato’ Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat







KENAPA KEPUTUSAN PEMBICARAAN ANWAR PENTING UNTUK SETIAP RAKYAT MALAYSIA


Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.

Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari, gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.

Lawan kepada rejim Umno adalah pakatan pembangkang yang diterajui Anwar, yang mana paksi tujuannya untuk memansuhkan kesemua perundangan menindas dan anti-demokratik serta mengembalikan kebebasan berperlembagaan kepada rakyat; untuk menamatkan kerugian besar-besaran akibat rasuah; dan untuk memastikan agihan kekayaan negara yang saksama dan adil. Kini Umno cuba untuk menghalang perjalanan hebat rakyat Malaysia ke arah kebebasan dengan cuba membunuh secara politik Anwar Ibrahim melalui sistem pengadilan yang berat sebelah dan mudah dipengaruhi.

Inilah sebabnya kenapa 9 Januari begitu amat penting untuk setiap rakyat Malaysia. Pendirian Anwar untuk tidak tunduk terhadap suatu sistem yang zalim, memberikan kekuatan dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi kekuasaan penindas yang zalim itu, malahan mengukuhkan keyakinan rakyat untuk menuntut perubahan dan reformasi. Justeru, iannya merupakan saat-saat kemuncak dalam pertempuran untuk jenis negara dalam mana ingin kita hidup, serta jenis nilai-nilai yang kita mahu wariskan kepada generasi Malaysia akan datang. Apapun jua keputusannya pada 9 Januari ini, kita dapat mengambil hikmat bahawa tidak lama lagi akan tiba pula giliran Rakyat untuk menyampaikan penghakiman terhadap kerajaan zalim dan menganiaya ini.

Di keluarkan oleh,
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN

3 Januari 2011