Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 8 Januari 2009

TERBARU JAM 2.00 PETANG


Dolah Badawi baru sahaja sampai ke Kuala Terangganu untuk memberi sokongan kepada Wan Farid.

Ada 3 program telah di susun.

Salah satu ialah untuk bertemu dengan jentera United Malays National Organisation yang dikatakan semakin lembik.
( TT)



TEMU BUAL YANG TIDAK SENGAJAKAN



Ini kesah benar. Bagini ceritanya. Selepas penamaan calon Kuala Terengganu cukup sibuk. Bayangkan berpuluh ribu penyokong datang. Untuk Pakatan sahaja hampir 20 ribu warga penyokong yang hadir.

Kota di tepi sungai dan laut ini menjadi sibuk. Jalan menjadi sesak.

Saya ingin mencari makan dan melarikan diri dari kesibukan ini. Tempat terbaik dalam perhitungan pastilah Pekan Cina.

Di hujung jalan Pekan Cina ini berhampiran dengan Pasar Payang ada sebuah kedai makan Melayu. Saya masuk. Ketika saya masuk masih banyak meja yang kosong. Sedang saya menunggu makanan sampai tiba-tiba beberapa kumpulan datang. Mungkin mereka baru selesai merayau-rayau di Pasar Payang. Meja kosong telah habis.

Tiga wanita bertudung biru tercari-cari tempat duduk – lalu mereka datang duduk bersama di meja saya. Meja saya agak besar. Ketiga-tiga mereka agak obes. Seorang yang berkaca mata duduk betul-betul di sebelah saya. Saya memberi laluan.

Saya perhatikan perwatakan mereka – saya yakin mereka pastilah wanita gerombolan. Tangan mereka berselirat gelang. Telinga mereka bergayut anting-anting. Di jari terpacak cincin – bukan satu bukan dua tetapi sampai empat lima. Di leher – tergantung rantai – sama macam rantai Mat Rempit. Yang berbeza Mat Rempit memakai rantai perak putih – Mak Cik-cik ini memakai rantai emas.

Kepada siapa agaknya mereka ingin menayangkan harta kekayaan mereka saya juga tidak tahu. Apa hebatnya emas emas bergayutan di badan saya pun kurang arif. Pada hemat saya kalau hendak menambahkan anggun dan dilihat cun bukan dengan emas tempayan tetapi dengan menguruskan badan yang obes.

Selalu saya perhatikan perangai perempuan Melayu. Mereka ingat pakai emas itu hebat. Mereka kurang sedar. Mereka kelihatan hodoh.

Yang berkaca mata bertanya saya ini dari mana. Lalu saya menjawb dari Bangsar. Dengan cepat dia berkata ‘ orang Datuk Sharizatlaaa ni …’ Saya hanya menjawab ’…eeeemmmm…’ Mereka cukup senang hati. ( Hati saya gedebak gedebuk ingin ketawa – tetapi tidak keluar bunyi – macam kentut senyap tanpa bantuan Dolby).

Saya pun memulakan ‘game’ dengan berkata ‘ KITA pun ramai juga yang datang…’

Bila mereka mendengar perkataan KITA saya nampak hidung hidung mereka kembang kempis. Lalu saya tanya dari mana mereka datang. Dengan bangga mereka mengatakan bahawa mereka dari Bakri Muar Johor. Bertolak jam 9 malam kelmarin – sampai ke Kuala Terangganu sesudah subuh. Yang seorang lagi berkata - juga dengan bangga - setiap Bahagian telah diarahkan menghantar satu bas. Sesudah makan tengah hari mereka akan pulang.

Wow ! Bayangkan betapa jauhnya mereka datang. Tetapi tidak sampai 5 jam berangguh di KT. Ini hanya hendak menunjukkan kepada Wan Farid ( yang juga obes) bahawa orang di P036 ramai yang datang membawa bendera gerombolan. Berapa agaknya belanja satu bas?

‘ Datuk Sharizat KITA macam mana?’

Nak terbarai kentut saya dengan bunyi Cincerama Dolby Dolby sekali. Teman yang makan bersama saya tersenyum. Saya nak beritahu Mak Cik Mak Cik ini – saya dah lama kenal Datuk Sharizat dan saya tahu siapa dapat ‘blowjob’ pertama dari Kak Jat. Tetapi tak sampai hati. Pengsan tiga wanita gerombolan ini nanti bila saya beritahu ‘ kong kali kong’ bakal pemimpin mereka.

Atau saya di himpap oleh badan-badan mereka. Atau saya kena libas oleh beg tangan Gucci Golok mereka.

Nak menyedapkan cerita seorang Mak Cik itu bertanya – kawan seorang ini siapa? Kawan saya pun tahu ‘game’ ini. Dengan cepat dia berkata ‘… saya driber’. Wow – Saya pun berlagak macam gedebe dari Lembah Pantai.

Kemudian saya tanya tentang Wan Farid. Saya tanyakan kenapa bekas presiden KITA kata Wan Farid tidak sesuai. Hanya satu jawapan dari yang memakai cermin mata ‘ dia ego’. Secara jujur mereka sedar bahawa Wan Farid ini agak ‘sombong’. Ini cerita yang mereka pungut ketika mereka berjemur di padang.

Mereka cukup yakin dengan watak ‘cool gedebe’ yang saya mainkan – mungkin kerana saya ada driber - lalu mereka berkata ‘ susah ni… calon KITA ni… tak pasti menang….’ Saya hanya memungut kata-kata mereka dengan senang hati.

Kami ingin beredar.

Saya tidak memesan makanan yang banyak. Kerana ketika berjalan saya suka terus berlapar. Saya hanya merasa-rasa masakan bukan makan untuk kenyang. Ini agar saya dapat singgah dari satu kedai ke satu kedai.

Kawan saya bangun untuk membayar. Dengan cepat Mak Cik bercermin mata berkata ‘… tak payah bayar untuk kami….. bahagian dah bayar semua…..’ Kah kah kah…. hampir terbarai kentut Dolby saya.

Kepada pembaca cerita ini – ambilah kesah ini sebagai satu pengajaran. Pertama kalau masuk restoran jangan duduk di meja orang yang tidak di kenali. Kalau restoran tak ada meja cari restoran lain atau tunggu ada meja yang kosong. Kedua tak perlu pakai cincin, gelang, anting-anting dan rantai untuk pergi ke rapat politik. Ketiga bila melihat susuk berjanggut, berponytail dan bertopi – jangan sesekali duduk di mejanya. Bahaya. Susuk ini terlatih untuk bermain ‘game’.

Maka di buatlah pantun untuk anak cucu cicit kita:

Masuk restoran pandang-pandang
Rantai di leher beg di sandang
Jangan bercakap terang-terang
Tukar Tiub sentiasa memandang





TUKAR TIUB – DI ASTRO AWANI MALAM INI



Tukar Tiub di siaran langsung Astro Awani malam ini - Khamis 8hb Januari 2009.

Tajuk perbincangan ‘ REAKSI PERANG DI GAZA’.

Waktu siaran: Jam 8.30 hingga jam 9.00 malam.

Tukar Tiub akan berbincang tajuk diatas dengan YB Dato’ Tajuddin bin Abdul Rahman, wakil rakyat dari Pasir Salak.

Sesiapa yang betul-betul tidak ada kerja penting sila menonton. Jika ada pekara yang lebih baik dari menonton tv – seperti menyiram bunga, memotong kuku, mencari kutu atau bergunting rambut sila lakukan. Jangan buang masa menonton tv yang dijamin akan membosankan.

Tukar Tiub sendiri tidak memiliki tv.





BERITA-BERITA P036 - KUALA TERANGANU

CERMAH DI ASTAKA

Hebat. Padat. Cukup cun kerana ceramah di buat tepi pantai. Macam rock konsert Mick Jagger di Rio.

Masa penamaan calon ada 20 ke 30 ribu yang datang.

Masa ceramah permulaan kempen ini angkanya – 6 atau 7 - ini bukan 6 atau 7 orang tetapi 6 ribu hingga 7 ribu yang datang untuk mendengar ceramah.

Mulanya Nik Aziz kelihatan kurang sehat - maklumlah umur dan uzur. Risau juga, tetapi sebagai pemidato terakhir – Nik Aziz menendang hebat. Cukup hebat.


NAJIB LESAP

Tiba-tiba berita tersebar dk KT – Najib suami Rosmah Mansor sudah celah. Mana Mamat ini sudah cau warga semua KT tertanya-tanya - mana dia blah?


PIAN HABIB


Terima pesanan ringkas dari Pian Habib. Mamat ini memang cool. Dia penyaer budaya melawan bukan penyaer budaya membodek.

Pian hantar sms: Kos pengubahsuain penginapan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak sepanjang kempen pilihan raya kecil Kuala Terangganu mencecah 500,000 ringgit.

(Pian memetik Harakah. Bila hendak bukan Harakah malam ini tidak dapat.)

Umang ai… bosa boto belanjo katil Bik Mama.


HAIRANKAN BAHASA

Pelik tetapi benar. Hotel Felda ini di pintu besarnya tertulis FELDA RESIDENCE.

Apahal tulis bahasa Mat Saleh. Susah Mak dan Ayah Mawi dari Taib Andak nak faham. Tidak kesian ke tengok orang-orang felda yang mi no spik inglis.

Hairan! Kenapa tidak di tulis dalam Bahasa Melayu. Cakap pejuang bahasa. Siapa yang
bunuh Bahasa Melayu ini ?


KHAIRY JAMALUDDIN


Mamat ini TIDAK kelihatan lubang hidung. Pastilah dia telah diberi nasihat untuk jangan muncul jadi gedebe. Ketika di Ijok dan Permatang Pauh dulu kenyataan Mamat ini banyak membantu Pakatan.


Warga di PRK036 semua tahu bahawa Wan Farid yang bertanding ini adalah calon pilihan KJ ( siapa yang tidak tahu KJ ialah nama manja Khairy Jamaluddin).

Ini bukan rashia lagi. Seorang bekas ahli United Malays National Organisation berbangsa Malayalee telah memecahkan rashia ini. Sayangnya rashia ini tidak ada pula dilapor oleh akhbar yang pandai cakap Melayu.



WAN FARID


Calon gerombolan yang agak gedebab ini dikatakan agak susah hendak tersenyum. Ini sama macam Mat Sembab. Mungkin orang-orang gedebab memang susah untuk senyum.

Betul juga – kalau kita ingat Omar Rojek dalam filem Sarjan Hassan pun susah untuk senyum. Ini bukan fitnah. Ini cerita warga KT.

Ada juga berita yang disampaikan oleh seorang wartawan bahawa Wan Farid ini bukan sahaja susah nak senyum – hendak duduk bersila pun susah. Mamat ini kelihatan kekok.


MIC TUTUP KEDAI


MIC sehari sebelum penamaan calon cukup gah. Buka pejabat disebelah Hotel Ming depan 7/11.

Tiba-tiba habis sahaja penamaan calon – semua belah. Menghilang tidak dapat di kesan lagi. ( Ini laporan dari AMK Terangganu kerana pejabat resmi mereka betul-betul di sebelah 7/11 bertentangan dengan Hotel Ming).


CALON GEDEBAB LAGI

Ramai orang kurang sedar bahawa sesudah penamaan calon ada sidang akhbar. Banyak berita yang melaporkan.

Tetapi tidak ada satu pun yang menyebut bahawa calon gerombolan langsung tidak bersuara. Dia senyap sahaja. Mungkin telah diberi arahan agar jangan menjawab apa-apa soalan dari wartawan. Bahaya.

Akhirnya suami Rosmah yang berlabon dan berkata ‘ dia ini … hari ini macam pengantin… tak perlu cakap apa-apa…’


RESTORAN MAKANAN LAUT


Malam kelmarin DAP telah mengadakan jamuan makan di sebuah restoran makanan laut.

Lim Kit Siang dan para gedebe DAP hadir. Lebih dari 500 telah datang.Tetapi ini bukan cerita.

Yang jadi cerita ialah di restoran sebelah tercongok Adnan Mansor ( tidak ada kaitan dengan Rosmah). Dia membuka tiga meja. Dia seharusnya ligat berkempen tetapi sibuk berpow wow dengan gedebe tempatan.

Atau si Adnan ini tidak berani muncul mengaku sebagai Tengku kerana keluarga di raja Terangganu semuanya menyokong Pakatan Rakyat.


CUACA

Jam 3.00 petang tadi cuaca di KT cukup nyaman. Panas dan berangin.

Malam sibuk berkempen petang boleh duduk tepi laut.

Kalau ada rajin boleh pergi Penarik – pantai cukup landai – tidak sesibuk di Kuala Ibai.

Kalau lagi rajin naik perahu prgi ke Seberang Takir. Ada pantai yang tak ada orang.

Banjir telah reda. Hanya satu jalan ditutup. Jalan yang bukan pesisir pantai dari Marang melalui Ajil ke Kuantan – wajib ngelencong ke Chukai.

Di Chukai ada kedai kopi dan roti bakar yang paling terkenal. Ini bukan roti bakar biasa. Sila cuba dan sila cari kedai kopi ini.

Awas jam 6 petang kedai kopi ini telah tutup.

Di Chukai juga ada kedai ketam masakan Cina yang terbaik.



SIME DARBY BATAL HASRAT AMBIL ALIH IJN- melayau


KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd hari ini mengumumkan yang ia tidak akan meneruskan rancangannya untuk menguasai kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan di sini, konglomerat itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira sentimen awam dan maklum balas yang diterima berhubung cadangan itu.


kah kah kah…. inilah tanda kemenangan pertama … ini pukulan hebat dari kuala terangganu…. kah kah kah…

kah kah kah…. penswastaan ini di batal kerana takut dijadi ajenda ampuh masa berkempen… itu pasal sime darby buat kenyataan…. kah kah kah…

woit… kita ucapkan terima kaseh kepada warga terangganu…. kah kah kah



NAJIB : ISU ALTANTUYA TIDAK RELEVAN DIBANGKIT LAGI PEMBANGKANG - mStar


KUALA TERENGGANU: Tindakan pembangkang memainkan isu wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang dibunuh dua tahun lalu ketika kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah tidak relevan sama sekali.

"Nampaknya perkara itu cuba dibangkitkan pembangkang... kalau mereka bawa isu seperti ini maknanya mereka sudah bankrap isu.

"Ia tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya kecil ini," kata beliau.

Awal pagi kelmarin, enam anggota Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Timbalan Pengerusinya ditahan polis ketika menampal poster wajah wanita Mongolia itu di laluan-laluan dilalui Najib ketika berada di sini menjelang hari penamaan calon semalam.



kah kah kah… TIDAK RELEVAN?… biar betul… kah kah kah….

woit… inilah ajenda yang paling relevan… rakyat nak tahu kemana pergi nya P Balasubramaniam… kah kah kah…

woit… orang ganu nak tahu…macam mana nama altantuya boleh hilang dari rekod imigrisen…. kah kah kah…

woit… orang kemamang nak tahu… bom C4 itu dari mana…. kah kah kah…

woit…. jangan senang senang cakap tak relevan… kalau tak relevan pasal apa tangkap ahli AMK… nak suruk apa?... kah kah kah…