.

Rabu, 26 Ogos 2015

BANGSA JOHOR NAIK MINYAK






BERiTA BAiK
perang sedang merebak
perang makin semarak
perang makin mendesak
ini berita baik
untuk 28 juta warga malaysia





Mahu Jamal mohon maaf secara terbuka


SEGAMAT – Pemuda Umno Bahagian Segamat menempelak Ketua Umno Bahagian Sungai Besar,  Jamal Md Yunos dan meminta beliau supaya meminta maaf secara terbuka kepada Pengerusi Umno Johor,  Mohamed Khaled Nordin.
 
 
“Perlu difahami juga bahawa Umno Johor sentiasa memberi peluang kepada ahlinya untuk menyuarakan pendapat dan tidak sewajarnya dijadikan alasan kelemahan kepimpinan Mohamed Khaled dalam memacu Umno Johor.
 
“Johor juga adalah tempat lahirnya Umno yang berpunca dari suara rakyat sendiri dan oleh itu pendekatan ini (menyuarakan pendapat) wajar diteruskan dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ini bangsa johor naik minyak
ini bangsa johor tak tahu ke?
ini bangsa johor gegak gempita
ini bangsa johor tegak berdiri
padan muka

GASAK GASAK

-------------

SEBUAH GURINDAM






Sajak: Kebangsatan Politikus

Mitos, bogeyman, dongengan
fiksyen seribu satu hayalan
menjadi teras perjuangan
survival legasi kesialan
parti yang menggadai keturunan
mencambah mundur kelayuan
dari sumbang pemikiran
sebagai resipi pertahanan
kekuatan propaganda pembohongan
demi tamak kuasa petualangan
dulu, kini selamanya kebobrokan.
Kebangsatan politikus jalang
bersongkok bersampin garang
menghunus keris replika usang
meneriak sekuat suara jembalang
seakan dunia mahu kiamat
kalau tersungkur parti keparat
konon-konon bertaraf keramat
walau sudah lama khianat
selagi pembodek dan penjilat
sedawa masih belum sarat
terus merompak dan meliwat
sisa khazanah rakyat.

25 Ogos, 2015. – Fudzail
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/sajak-kebangsatan-politikus-fudzail#sthash.U8j08ElR.dpuf



--------------

INI CONTOH TERBAIK








CONTOH

TERBAiK
satu contoh terbaik
satu contoh ulung
bagaimana agama telah digunakan
untuk mempertahankan kejahatan
untuk menghalal yang batil
untuk menerukan kezaliman



NGO berbai’ah jangan sertai Bersih

KUALA LUMPUR - Ayahanda-ayahanda dan semua ahli badan bukan keranaan (NGO) di negara ini diingatkan agar tidak terlibat dengan demonstrasi jalanan, Bersih 4.0 kerana jelas menyalahi rukun bai’ah serta lafaz akujanji yang diperjuangkan.

Pengerusi Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas), Syed Husain Al-Shahab berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat ahli NGO berbai’ah berhasrat menyertai perhimpunan itu

Menurutnya, sekiranya hasrat berkenaan diteruskan, ia nyata bertentangan dengan perjuangan mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu, tanah air, dan ketaatan kepada ALLAH SWT, Rasulnya Muhammad SAW dan Ulil Amri.

“Mungkin mereka yang berhasrat untuk terlibat ini mendapat penerangan yang salah dan tidak tahu apa matlamat sebenar Bersih 4.0, terpengaruh dengan janji manis, atau mungkin menerima ganjaran,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.



KAH KAH KAH
ya ampoon ya maulana
ya habibi ya malaoni
ya bangangi ya gubraki
kah kah kah

NGOOOK


------------

KRISIS EKONOMI DUNIA







INGAT iNGAT
maklumat telah diberi
berita telah disampaikan
ekonomi dunia sedang merundum
sejarah kelihatan berulang

lihat nanti apa terjadi
pada bulan september
pada bulan oktober

dalam krisis yaang bagini hebat
kaum pemodal internasional
akan berkumpul
akan berbincang
dari pengalaman yang lalu
kaum pemodal akan memilih peramng
untuk menyelamatkan diri

zaman meleset 1929
di muncul kan
perang dunia ke dua 1941
zaman meleset 1970
perang vietnam
zaman meleset 1988
perang iraq pertama
perang iraq kedua
zaman meleset 2008
perang arab israel
perang syria

beringat!






China 2015: beware the links with 1929

On day one the stock market fell by 13%. On day two it fell by a further 12%. On day three hopes were high the storm had blown over after equity prices recouped the previous session’s losses. Let this be a cautionary tale. These figures relate not to the Shanghai Composite index in August 2015 but the Dow Jones Industrial Average in October 1929. 

The stock market bubble has now well and truly popped and the rebalancing of the economy away from over-investment has not yet begun. China’s leaders cannot stave off a hard landing for ever. Indeed, the hard landing may already have arrived. This financial crisis is not over. The question is what impact it will have on the global economy. 





------------

SALUT ANAK MUDA








ANAK MUDA

BANGUN 

MELAWAN!
  • Radzi Razak | 9:45AM Aug 26
    #Langkahsiswa akan teruskan rancangan berkampung di luar Parlimen jika semua 17 rakan mereka dibebaskan.




--------------

KENAPA KE JALAN RAYA









KITA KE JALAN RAYA

Saya selalu memberi penerangan tentang apa makna ‘jalan raya’. Saya selalu menulis tentang politk jalan raya. Saya juga selalu berkempen dan menghasut warga untuk turun ke jalan raya. Saya juga telah menulis buku tentang politik jalan raya.

Semua ini saya lakukan dalam usaha untuk memberi pencerahan tentang  stratiji dan politik jalan raya.
Telah bagitu lama warga Malaysia ditakut-takutkan, malah dibodoh-bodohkan  agar tidak memilih jalan raya sebagai wadah politik. Ramai ditangkap, ramai dipenjara , ramai didakwa sebagai taktik untuk menakut-nakutkan orang ramai agar jangan turun  ke jalan raya.

Saya selalu juga menerangkan bahawa untuk memahami politik Malaysia ini bukanlah bagitu payah. Kita tak perlu pergi ke univesiti Yale, Oxford atau UKM untuk memahami politik. Malah di Malaysia  politik amat-amat senang untuk fahami. Amat senang untuk diketahui  mana garis politik  betul dan apa kerja politik salah.

Memahami politik salah benar di Malaysia ini menjadi amat senang kerana semua media dimiliki oleh United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.  Justeru, apabila akhbar Utusan, Berita Harian,The Star,  Nanyang, Sin Chew, Tamil Nesan, NST termasuk semua saluran TV menentang tunjuk perasaan, memperlekeh dan mengutuk demonstrasi maka kita sedar bahawa tunjuk perasaan dan demonstrasi  yang kita lakukan itu adalah kerja politik tepat,  benar dan betul. 

Bila musuh menyerang ertinya kita betul. Bila musuh  tak ambil pot apa yang kita buat ertinya kita buat kerja bodoh - buang masa. Kita membuat kerja politik yang salah lagi bodoh hinggakan musuh politik kita tak ambil peduli. 
Awas - apabila musuh mengalu-alukan apa yang kita buat ini bermakna  kita telah sama satu saf dengan musuh.

Ini hukum politik yang telah teruji. Hukum politik ini tidak akan berubah-ubah dimana sahaja kita berpolitik. 

Tunjuk perasaan atau demonstrasi ini adalah senjata politik yang paling ampoh untuk rakyat tertindas. Ini telah terbukti dengan jatuhnya Presiden  Marcos (1986), Shah Iran ( 1979) dan  General Haji Muhamad Suharto (1998). Rejim  zalim  terbaru  yang berjaya ditibai, digasak dan didobrak  oleh oleh penunjuk perasaan ialah rejim Hosni Mubarak ( 2011) di Mesir dan rejim Zainal Abidin di Tunisia ( 2011).

Di Malaysia kita telah juga menyaksikan kejayaan tunjuk perasaan. Akta Kelamatan Dalam Negeri (ISA) telah dihapuskan kerana rakyat turun ke jalan raya. PPSMI telah dibatalkan kerana gerakan jalan raya. 

Yang lebih menonjol ialah hasil PRU13. Sebelum PRU 13 - pada tahun 2007 -  Bersih1, Hindraf dan Majlis Peguam telah turun ke jalan raya. Hasilnya dituai dengan kemenangan  kerusi oleh kumpulan anti-United Malays National Organisation. Gerombolan Ketuanan Melayu  dalam PRU13 untuk pertama kalinya  telah dinafikan kuasa majoriti 2/3 di Parlimen.

Bersih2 dan Bersih3 juga menghasilkan kemenangan yang lebih jelas untuk Pakatan Rakyat. Kemenangan 52% undi popular ini adalah bukti bahawa politik jalan raya membawa hasil. Tanpa politik jalan raya Pakatan Rakyat tidak mungkin malah mustahil akan mendapat sokongan 52% dari orang ramai.

Inilah bukti-bukti  apa yang selalu saya nyatakan dan terangkan  - sebelum ke pilihan raya kita wajib ke  jalan raya. Taktik ini berjaya membawa hasil. Politik pilihan raya tanpa politik jalan raya  terbukti membawa kegagalan meleset.

Saya wajib memberitahu pada pembaca bahawa hak untuk berhimpun/berdemo/menunjuk perasaan ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Dalam fasal 10 - tertera hak kita sebagai warga negara untuk berhimpun. Selama ini kita dibuli, kita ditakut-takutkan, kita diinjak-injak. Sekarang apabila kita  menjadi 52%  majoriti rakyat negara ini yang menyokong hak berdemo - maka kerajaan telah meluluskan APP - Akta Perhimpunhan Awam. Ini kemenangan turun ke jalan raya.
Tanpa kita turun berjuang di jalan raya mustahil kita dapat APP untuk kita  selesa berdemo dan menunjukkan perasaan tanpa diganasi.

Pada 29 Ogos ini kita berdemo lagi. Ini adalah demo anjuran Bersih yang ke-4. Bersih mengajukan  5 tuntutan:
1- bersihkan pilihanraya
2- bersihkan kerajaan
3- selamatkan ekonomi negara
4- kukuhkan demokrasi berparlimen
5- kukuh hak membantah

Lima pekara ini adalah tuntutan asal Bersih. Tetapi kali ini ada satu pekara yang amat-amat jelas yang dituntut oleh Bersih.

Bersih4 menuntut  suami Rosmah   yang bernama Mohd Najib bin Abdul Razak mengundur sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini satu tuntutan yang amat jelas. Ini satu tuntutan suci dari Bersih. Gabungan NGO Bersih melihat suami Rosmah  menjadi  beban yang amat berat yang dipaksa dipikul oleh  28 juta rakyat Malaysia. Beban memikul suami Rosmah ini semakin sehari semakin berat. Setiap hari semakin bertambah pembohongan dan penipuan yang dilafazkan oleh bengolan-bengolan penyokong Rosmah.

Tuntutan agar suami Rosmah ini berundur, celah, blah atau letak jawatan bukan hanya dari Bersih. Dalam parti United Malaya National Organisation sendiri tuntutan agar suami Rosmah ini ‘berehat’ semakin merebak dan semakin lantang kedengaran.

Suami Rosmah ini bukan lagi menjadi biawak hidup yang susah untuk dipikul. Najib Razak dan Rosmah Mansor telah menjadi badak berendam yang bagitu berat sekali untuk dipikul oleh 28 juta warga Malaysia. 

Pemuda  United Malays National Organisation bahagian  Tampin telah meluluskan ketetapan menuntut Najib Razak - Presiden parti mereka - berehat. Suara yang sama telah diluluskan juga di bahagian  Parit Sulung, Gelang Patah, Labis, Tanjung Piai dan Pontian.

Sesiapa yang menuduh Bersih  memiliki agenda sendiri  yang tersorok pastilah datang datang dari mulut  orang yang amat amat bebal. Ini kerana menuntut suami Rosmah  celah dan mengkosongkan kerusi PM bukan lagi tuntutan  parti PKR,  DAP atau NGO. Tuntuan ini  telah  menjadi tuntutan rakyat Malaysia saentaro dunia. 

Saya bersama Bersih dan bersama rakyat Malaysia dan bersama pemuda Ketuanan  Melayu Tampin  menolak Najib Razak ini bukan kerana Najib ini  suami Rosmah. 

Kerenah politik dan jenayah politik dan jenayah sivil yang dilakukan oleh suami Rosmah ini telah berganda-ganda. Ini saya belum   ambil kira jenayah  pembunuhan Altantuya.

Agenda ekonomi Najib Razak sedang  memudaratkan negara. Kemerosotan nilai ringgit sehingga duit ringgit Malaysia enggan diterima di Mekah. Ringgit enggan diterima di sempadan Siam dan di Jakarta. 

Ini berlaku kerana  dunia perniagaan semakin kurang yakin dengan najib sebagai pemimpin negara ini. Atau dengan ayat  kurang sopan - kaum pemodal mahu Najib Razak berambus.

Dalam sakelip mata hutang negara telah melonjak naik. Dalam sakelip mata dana simpanan negara telah merosot. Dalam sakelip mata harga makanan melonjak naik. Dalam  sakelip mata GST telah memiskinkan warga. Dalam sakelip mata banyak lembaga-lembaga daulah  dihunjak-hunjak oleh Najib dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya dari dihadapakan ke mahkamah.

Semenjak dari mengambil kerusi PM dari Dolah Badawi - suami Rosmah  telah menjadi jantan suwei yang membawa malapetaka kepada Malaysia. Apa sahaja yang diusik, apa sahaja  projek  yang cuba  dilakukan oleh Najib Razak semuanya menjadi taik dan membawa porak peranda kepada 28 juta rakyat Malaysia.

Paling jelas ialah projek 1MDB. Ini kes klasik yang tak perlu saya huraikan. Apa yang menjadi ajaib ialah bagimana Najib Razak telah menggunakan kuasa  membuang Peguam Negara, menyorokan saksi, menukar pegawai - semua ini  dilakukan untuk menutup kes siasatan 1MDB.

Tidak cukup dengan ini suami Rosmah ini telah berani berkata bohong bahawa siasatan SPRM terhadap kes rasuah 1MDB telah selesai. Walhal pada 23/08/2015 - Pengarah SPRM sendiri telah berkata siasatan kes 1MBD masih berjalan.

Tidak cukup dengan pembohongan ini - suami Rosmah juga telah membuat cerita karut lagi marut. Lebih ajaib dari Hikayat Seribu Satu Malam. Ini bukan kesah Pelayaran Sidbad - ini  ialah kesah Pelayaran 1MDB.

Kesah Pelayaran 1MDB ini telah menjadi  bagitu karut hinggakan Mahathir Muhamad terpaksa menggunakan bahasa kolonial untuk menerangkan  betapa karutnya  kesah duit derma 2.6 bilion ringgit dari Tok Arab.

Mahathir menganggap karut marut dari mulut  Najib ini sebagai ‘bull shit ‘. 

Waspada - berhati hati! Dalam budaya Inggeris bull shit ini amat amat hodoh bunyinya.  Jika Presiden Peranchis mengeluarkan kata yang sama terhadap Presiden Russia - mungkin  dua negara ini akan berperang. Inilah hakikat - taik lembu yang keluar dari mulut suami Rosmah.

Pada Sabtu 29/Ogos/2015 bemula dari jam 2:00 petang beratus ribu warga Malaysia akan  akan berhimpun di Dataran Merdeka selam 34 jam. 
Kali ini  saya berharap 1 juta warga Malaysia - anak semua bangsa akan turun berkampong di Dataran Merdeka. Dari Kangar hingga ke Tanjung Piai - semua telah dihasut untuk turun. Dari Kuching ke Kota Kinabalu - kita akan melihat Dayak berhimpun. 

Dalam masa yang sama warga Malaysia untuk pertama kalinya akan berSamba dan berCha Cha di Rio de Jenerio Latin Amerika. Di Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney, Jakarta, Bangkok, Hong Kong, London, New York, Los Angles -  dan dan dan... disebanyak 40 buah kota dalam 20 buah negara warga Malaysia akan melaungkan - undur Najib  undur.

Ini adalah UNDI TIDAK PERCAYA kita terhadap Mohd Najib bin Abdul Razak. Kita berdemo untuk memberikan tanda yang paling jelas bahawa suami Rosmah Mansor wajib diundurkan.
Seramai 52% rakyat Malaysia  kini ditambah lagi dengan ahli-ahli United Malays National Organisation - sedang melaungkan bahawa kami tidak percaya lagi kepada suami Rosmah.

Justeru - kita berjumpa di Dataran Merdeka. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARAN KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92213045



-----------------

MALAM INI DI ALOR STAR






MALAM INI


ALOR SETAR









----------------

SULTAN NILAI RINGGIT








ORANG RAMAi

SOKONG!




 | August 25, 2015
sultan-johor
Baginda juga menasihatkan pemimpin supaya tidak memperbodohkan rakyat dengan membuat kenyataan yang hanya sedap didengar bagi menutup 



JELAS

TERANG



---------------

DUIT JATUH NILAI







HUTANG BANK
Kejatuhan ringgit atas kebodohan kerajaan jatuh dlm perangkap kapitalis yg mengawal bank pemberi hutang 1mbd.. Kejatuhan ringgit memberi lebih peluang untuk menganyang dan mengawal ekonomi negara dan memaksimumkan keuntungan pungutan faedah hutang berbillion dari 1mbd.. 

Pasal tu kita telah kawal hutang bank dari usa dan europe selama ni..namun pm sekarang tertarik dgn nasihat yahudi dan melalui entitinye sachman telah dijadikan broker mendapatkan hutang bagi pihak 1mbd dari bank kapitalis mat salleh.. 

Negara islam yg dibanggakan telah berkerjasama dgn erat dan harmoni dgn kapitalis yahudi.. Wahai rakyat sedarlah siapa yg bergantung dgn kapitalis yahudi.. amat tidak logic seluruh negara oic hanya mendermakan usd 500mil dlm tempoh 15 tahun kepada palestin bagi tujuan kemanusiaan tp ade plak dermawan arab sanggup derma usd700mil dlm tempoh sehari kepada pm dgn alasan paling membangangkan rakyat iaitu melawan IS dlm tahun 2013..sedarkan rakyat pada masa sama PM kita tidak mengutuk on PROJEK BODOHKAN MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/25/15







--------------

BERSIH - TEMPAT MULA BERKUMPUL




LiHAT PiLiH

TEMPAT 

BERKUMPUL




SOGO

MENARA MAY BANK

PASAR SENi

MASJiD NEGARA

BRICKFEiLD

LAGI BERITA BAIK






LAGi 

BERiTA BAiK


UNTUK RAKYAT

Amerika, Jerman pantau demo BERSIH


Kedutaan Amerika Syarikat dan Jerman berkata akan memerhati perhimpunan BERSIH 4 hujung minggu ini.
Dalam e-mel kepada Bernama, kedutaan berkata:
“Amerika Syarikat mengiktiraf protes yang berniat aman dan menyokong kebebasan asasi untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman”.
Kedutaan Jerman pula berkata mereka menyokong kebebasan bersuaran dan hak untuk berhimpun, lapor agensi berita nasional.
“Jerman menjuarai urus tadbir yang baik, hak asasi dan kedaulatan undang-undang,” jurucakap kedutaan dilapor sebagai berkata.
Suruhanjaya Kanada dan Australia enggan mengulas manakala pesuruhjaya tinggi British tidak dapat dihubungi buat masa ini.




--------------

BERITA BAIK





BERITA BAIK

UNTUK ANAK

SEMUA BANGSA

Archbishop Kuala Lumpur Julian Leow mengesahkan bahawa tiga buah gereja Katolik di Kuala Lumpur akan membuka pintu mereka kepada peserta BERSIH 4 yang ingin mendapatkan perlindungan.
Katanya, atas semangat perikemanusiaan, Gereja Katolik telah memutuskan untuk membenarkan St John Cathedral di Bukit Nanas, Gereja St Anthony di Pudu dan Gereja Fatima di Brickfields menjadi tempat perlindungan ketika perhimpunan BERSIH 4.
Dalam satu kenyataan, Leow juga menjelaskan bahawa Gereja Katolik tidak memihak kepada mana-mana organisasi politik dan gereja itu telah berdoa untuk kesejahteraan negara tercinta ini.
Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, tiga gereja akan membuka pintu kepada peserta perhimpunan itu yang memerlukan perlindungan.
Ini telah membawa kepada kebimbangan bahawa tindakan akan diambil terhadap tiga gereja berkenaan.
Perhimpunan BERSIH 4 akan bermula pada jam 2 petang Sabtu dan berterusan selama 34 jam.
Selain menggesa  Najib Abdul Razak berundur ekoran kontroversi 1MDB, penganjur perhimpunan itu berkata, mereka juga menuntut pembaharuan institusi untuk membasmi rasuah.





------------

BAJU BERSIH - HABIS TERJUAL







Maaf, T-shirt kuning habis stok, kata Bersih selepas jualan pecah rekod




SEHELA

AKHiUNTUK 

ABANG MAT




---------------