Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 13 Ogos 2012

JANJI BERSIH BERTAMBAH HEBAT



KOMENTAR TUKAR TIUB
ombak rakyat mahu perubahan
tidak dapat ditahan tahan
ombak rakyat untuk turun ke dataran merdeka
tidak dapat dibendung bendung

inilah masanya
inilah ketikanya
ini saatnya
inilah detikanya

kiat semua sebaris mendobarak
united malays national organisation

inilah tugas suci
bulan ogos 2012
inilah tugas abadi
bulan ogos 2012

kita bangun menuntut janji
kita bangun untuk tidak ditipu
kita bangun untuk melawan
kita bangun untuk tidak dibodohkan!


ANAK MUDA MENCIPTA SEJARAH










AMK KERAH ANAK MUDA SELURUH NEGARA TURUN JANJI BERSIH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka, 30 Ogos nanti.

“Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya. Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

LAGI DIUGUT LAGI MELAWAN


“Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

“Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Shamsul.


radio bangsar ialah radio resmi janji besih:



TUKAR TIUB AJEN YAHUDI DAN ATHEIST











AGEN YAHUDI YANG ATHEIST

saya rasa ini adalah agenda yahudi kristian untuk menyesatkan kita semua. TT adalah agen Yahudi. Dia atheist. Kemudian dalam masa yang sama, dia juga agen komunis. Persamaan pada dua idealogi yang nyata bercanggah antara satu sama lain ialah permusuhan kepada Melayu Islam.

Tanda-tanda kubra anda tidak percaya pada agenda murtad yang terdapat pada tulisan ini, adalah apabila anda tidak percaya Kitab Injil ada di dalam bentuk kuasa solar. Setakat ini kita hanya ada Quran berkuasa bateri AA. Lebih elok pakai Duracell dari EverReady kerana warna Duracell hitam emas mencerminkan perjuangan ikhlas Islam dan warna hitam merah EverReady mencerminkan ketua paderi kristian (pope) yang dilantik untuk menghancurkan akidah umat islam sahaja dalam cita-citanya.


Apa yang TT tulis adalah juga agen kepada Cina dan India untuk menguasai ekonomi bumi melayu. Orang Melayu berniaga di Pasar Ramadhan pun dia cuba tanamkan anasir-anasir subversif Cina dan India. Cuba kita lihat satu contoh, Cina sudah kaya raya dengan usaha mereka kerana kita melayu perlu juga kaya raya seperti mereka tetapi kita perlu cepat! Sebab itu kita perlu rasuah, seleweng dan juga tipu melayu lain asalkan kita dapat bersaing dengan kaum lain. Biar 1 juta melayu hidup melarat asalkan ada 1 orang melayu yang dapat bersaing dengan kaum Cina.
By Pro_Pembaharuan on UCAPAN SELAMAT BEBUKA PUASA DAN JANGAN LUPA BELI M... on 8/13/12


Artikel sampah.. Cuba nk ubah sejarah.. Korg nk sgt tadbir negara kan amiklah tp xyah nk spin2 sejarah.. Aku pengundi atas pagar tp aku xtrpengaruh lgsg dgn apa yg ko tulis buat aku meluat ada la.. Tlg jgn politikkn sejarah klau korg nk mng pru-13 fikirkn kehadapan mcm mana nk majukn lg negara dan menyatu padukn rakyat bkn fikir ke blkg n brcerita benda yg dh ditelan zaman..
By Anonymous on 31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA - 16 SEPTEMBER MALAP... on 8/12/12


PERNIAGAAN BUMIPUTERA PALING BERJAYA IALAH JUAL KONTREK DAN MEMBODEK











NOTA:
ini adalah terbaik
untuk dapat undi china
lagi heboh malaoan ini
lagi banyak undi china masuk

ah lan wa sah lan
kah kah kah




NGO ANCAM TINDAKAN AGRESIF KE ATAS JANJI BERSIH
- mkini

Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut.

Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".

MTPKL pada Jun lalu mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, S Ambiga di Kuala Lumpur.

TERBAIK UNTUK DAPAT UNDI INDIA



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MALAON INI ADA LAGI.... kah kah kah...

kah kah kah... KEDAI IKAN BAKAR DAH ABIS TUTUP.... kah kah kah..

kah kah kah..... APA JADI DENGAN BERSIH 4 ....kah kah kah...

kah kah kah...CAKAP NAK HIMPUN BESAR BESARAN DI BUKIT JALIL..... kah kah kah...

kah kah kah...TAK NAMPAK NAMPAK APA PUN... SENYAP AJE BUKIT JALIL... kah kah kah..

kah kah kah...PINDAH KE BUKIT JALANG KOT.... jkah kah kah


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA JADI DENGAN PERTANDING HADIAH KERETA MAHAL ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA PEMENANG?.... kah kah kah...

kah kah kah....BERAPA YANG MASUK PERADUAN ITU?.... kah kah kah...

woit.... SEMUA SENYAP... TAK JADI CAKAP TAK JADI...kah kah kah..

kah kah kah....KALAU KENTUT SENYAP SENYAP PASTI BAU HEBAT BUSUK.... kah kah kah...

kah kah kah...YANG INI SENYAP SENYAP .... MESTI PANCET GAGAL TAK ADA SOKONGAN...kah kah kah







UCAPAN SELAMAT BEBUKA PUASA DAN JANGAN LUPA BELI MERCUN







SEMUA KLIM ONLINE DENGAN TUHAN















PUASA DAN INGATAN BERPUASA

Sehari sebelum puasa saya telah bersembang dengan beberapa kawan. Kami bernostalgia tentang berpuasa. Kami berkisah tentang curi-curi makan ketika berpuasa dizaman kanak-kanak. Cerita berpuasa zaman kanak-kanak memang menarik. Puasa setengah hari. Tipu puasa. Puasa untuk dapat duit raya. Sekarang sudah besar panjang - nak puasa atau tak puasa terpulang kepada kepercayaan masing-masing. Sesudah dewasa - tidak ada sesiapa yang akan merotan jika tidak berpuasa.

Kalau saya kisahkan disini mungkin tidak ramai yang percaya bahawa cara kita berpuasa juga telah banyak berubah. Apa yang saya maksudkan berubah itu bukan dari segi konsepnya. Puasa masih lagi pada bulan Ramadan. Orang masih lagi berpuasa dari matahari terbit hingga matahari tenggelam. Ini tidak berubah.

Tetapi, dalam masa 30 tahun ini telah jelas kelihatan perubahan. Biar saya kisahkan tentang arloji atau jam. Sebenarnya arloji yang menghitung masa ini adalah objek yang baru masuk ke dalam budaya Melayu. Konsep masa dan waktu orang Melayu amat jauh berbeza dari detik tanda arloji. Manusia Melayu menghitung masa melalui perbandingan dengan alam. Masa dan waktu untuk manusia Melayu tidak dikira dengan saat dan minit.


Manusia Melayu mengira waktu dengan senang sekali - pagi, tengah hari, petang, senja dan malam. Misalnya, apabila ditanya bila kenduri akan bermula, maka jawapan akan diberi hanya - tengah hari sebelum matahari naik. Atau apabila menetapkan tarikh bila perkahwinan akan berlangsung - manusia Melayu akan menjawab, "...selepas musim menuai atau selepas musim buah..." Konsep masa dan waktu untuk manusia Melayu cukup menarik dan tidak menekan.

Untuk ini saya masih teringat lagi ketika berpuasa di zaman kanak-kanak. Keluarga kami duduk di pendalaman. Keluarga kami tidak memiliki arloji untuk menentukan bila waktu yang tepat untuk berbuka. Perkara ini diselesaikan dengan senang oleh arwah Nenek. Pada firasat Nenek saya, waktu yang tepat untuk berbuka ialah apabila tidak lagi dapat melihat bulu roma dilengan. Ini cukup menyeronokan untuk kanak-kanak. Sering kami ke bawah pokok kayu yang redup untuk melihat bulu roma agar kami dapat berbuka. Ini dizaman yang begitu lama dahulu.

Mungkin ada yang akan bertanya tentang radio dan peranannya. Objek radio ini juga sampai agak lewat. Biasanya Ketua Kampung akan memiliki radio. Maklumat dari radio ini akan disampaikan dari mulut ke mulut. Pada zaman Jepun, radio ini dianggap sebagai musuh. Sesiapa yang memiliki radio akan memiliki maklumat - maklumat tentang tentera Jepun yang semakin terdesak. Beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu, amat jarang rumah yang beradio. Hakikatnya dizaman dahulu radio tidak memiliki apa-apa peranan agama.


Tanpa arloji, tanpa radio menjadikan waktu berbuka dan bila tamatnya waktu sahur agak longgar. Ketika itu Islam tidak dilihat sebagai agama yang menekan. Islam tidak dilihat sebagai agama yang suka menghukum. Tuhan Yang Maha Esa pada ketika saya membesar adalah Tuhan yang penuh dengan Al-Rahman dan Al-Rahim. Tidak ramai yang bangun mendabik dada untuk mengakui bahawa mereka memilki wasiat untuk mewakili Tuhan atau bercakap bagi pihak Tuhan. Islam ketika saya membesar adalah sebahagian dari budaya Melayu. Berpuasa dan berhari raya adalah sebahagian dari ciri-ciri budaya Melayu - yang indah murni dan bersopan.

Sekarang, saya melihat puasa telah banyak berubah. Sebenarnya bukan hanya puasa yang berubah - malah seluruh tamadun Melayu itu sendiri telah dan sedang berubah. Adalah begitu molek sekali jika kita memahami kenapa berlaku perubahan. Untuk saya, dari pemahaman saya, perubahan yang berlaku ini hasil dari pencapaian ekonomi kita. Ekonomilah yang membawa perubahan ini. Apabila ekonomi berubah, maka ciri-ciri budaya kita pun berubah.

Pertumbuhahn kelas menengah Melayu semakin membesar. Mereka ini memiliki keupayaan untuk membeli belah. Dari segi bancian, kumpulan ekonomi kelas menengah ini paling besar jumlahnya dalam negara kita. Jika ekonomi terus berkembang kelas ini akan lagi membesar. Dalam sistem ekonomi kapitalis, kekuatan kelas menengah ini amat penting. Keupayaan mereka untuk membeli belah dan berbelanja menjadikan kelas ini tulang belakang dalam sistem ekonomi kapitalis ini.

Kehadiaran kelas menengah Melayu ini dibuktikan dengan keupayaan mereka bebelanja di Pasar Ramadan. Sebenarnya budaya Pasar Ramadan ini adalah manifestasi dari kemunculan kelas menengah Melayu. Pada satu ketika dahulu di musim berpuasa tidak ada orang berjual beli seperti yang dilihat hari ini. Kalau ada pun, yang dijual dikampung-kampung hanyalah air batu. Kuih-muih untuk berbuka akan dibuat di rumah masing-masing.


Pasar Ramadan ini juga memperlihatkan satu ciri peralihan yang amat ketara dalam pembudayaan Melayu. Pasar Ramadan boleh kita tafsirkan sebagai batu tanda dimana manusia Melayu beralih dari komuniti agraria kampungan ke masyarakat industri pembuatan.

Kalau dahulu, manusia Melayu kebanyakannya duduk di kampung dan tidak memiliki pekerjaan yang khusus. Ketika itu masa tidak dinilai dengan dolar dan ringgit. Ketika itu juga tenaga yang dimiliki belum boleh dijual beli. Hari ini semuanya telah berubah. Hari ini masa boleh dikira melalui arloji. Jika masa dikahwinkan dengan tenaga ianya boleh dijual dan dinilai dengan wang ringgit.

Perubahan bentuk ekonomi ini telah membolehkan manusia Melayu menjual tenaga mereka. Memburuh di kota atau menjadi buruh tani di kawasan ladang. Ini bermakna manusia Melayu telah diikat untuk bersama mengambil bahagian dalam sistem ekonomi kapitalis. Masa dan tenaga kini boleh dijual beli. Justeru, Sang Isteri tidak lagi membuat kuih muih untuk berbuka. Sang Suami juga tidak lagi ke hutan mencari buluh untuk membuat lemang. Komuniti agraria telah kehilangan masa dan tenaga, tetapi untuk gantinya mereka kini memiliki duit dan ringgit - sebagai daya untuk berbelanja.

Pada awalnya, pembudayaan yang dibawa oleh ekonomi industri pembuatan ini agak lunak. Semakin rancak pertukaran masa dan tenaga untuk dijadikan dolar dan ringgit, maka semakin rancak berlaku perubahan bentuk-bentuk budaya. Ekonomi wang ringgit ini secara perlahan-lahan mula menghakiskan kemahiran manusia Melayu itu sendiri.

Dalam budaya baru ini, kreativiti kemahiran individu itu semakin luntur. Contohnya, pada satu ketika dahulu lelaki dan perempuan Melayu tahu memasak untuk menyediakan makanan sendiri. Apabila Sang Lelaki dan Sang Isteri mula menjualkan masa dan tenaga di pasaran terbuka, maka tugas memasak telah berubah. Dengan tersendri, kreativiti memasak hilang. Segala jenis masakan, segala jenis kuih muih untuk merayakan amalan berpuasa kini boleh didapati di Pasar Ramadan.


Kuih untuk pagi Syawal Hari Raya - hari yang dianggap kemuncak amalan berpuasa - kini tidak lagi hasil buah tangan sendiri. Kreativiti individu menyediakan makanan untuk merayakan hari besar ini juga telah diambil alih oleh mesin yang diarahkan oleh ekonomi.

Jelas terbukti, bahawa ekonomilah yang membawa bentuk-bentuk pembudayan. Ekonomilah yang melahirkan budaya dan kepercayaan. Pasar Ramadan yang kita saksikan saban petang ialah manifestasi komuniti Melayu sedang merayakan budaya agama mereka. Apa yang kita lihat itu ialah intrepretasi Islam dari kaca mata manusia Melayu.

Awas! Harus disedari, intrepretasi Islam ini juga bersangkutan dengan duit dan ringgit. Lihat sahaja bagaimana hotel-hotel yang berbintang sedang menyediakan pesta berbuka puasa. Bufet Ramadan ini jelas muncul dari budaya kelas menengah Melayu. Ianya tidak ada sangkut paut dengan tuntutan agama. Membayar puluhan atau ratusan ringgit untuk berbuka puasa seharusnya dianggap lucah apabila tidak jauh dari hotel lima bintang ini ada sekumpulan gelandangan yang berlapar tidak makan.



Lihat juga bagaimana hotel-hotel berbintang-bintang ini memberi intrepretasi mereka tentang Islam. Para pelayan akan dipakaikan baju Melayu dan bersongkok. Para pelayan sentiasa siap siaga untuk memberi khidmat selunak mungkin kepada para Ummah yang sedang berlapar dahaga. Masuknya waktu berbuka akan dimulai dengan pukulan kompang. Ketika menjamu selera para Ummah akan dihiburkan dengan lagu-lagu atau dengan gesekan gambus dan biola. Kompang, nasyid dan gambus akan dianggap Islamik.

Pasar Ramadan dan Bufet Ramadan ini meminta saya bernostalgia kembali untuk melihat budaya berpuasa ketika saya membesar dahulu. Untuk saya berpuasa di zaman ini, hanyalah budaya yang diselarikan dengan tuntuan agama. Atau saya tersilap. Sebenarnya puasa ini adalah tuntutan agama yang diselarikan dengan intrepretasi budaya Melayu yang suka pesta-pestaan? (TT)


NOTA:
untuk jangan tertidur lupa sahur
layari stesen punk rock terunggul
di asia tenggra




SEMAKIN BANYAK ORANG RAMAI DAN NGO MENYOKONG DAN AKAN TURUN UNTUK JANJI BERSIH




NGO NGO YANG BARU BERSETUJU UNTUK BERSAMA


Unit Ehsan Malaysia
Alumnus Sekolah Politik (ASP)
Agent of Change (AoC)
Akademi Pak Sako (APS)
Selamatkan Teluk Rubiah
Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

PAK SAMAD AKAN TURUN



KEADILAN SOKONG JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA: AZMIN - suara keadilan

KUALA LUMPUR 12 Ogos: KEADILAN menyokong perhimpunan ‘Janji Bersih’ yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada malam sambutan hari kemerdekaan, 31 Ogos ini, kata Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

Azmin berkata, KEADILAN sentiasa menyokong hasrat mana-mana pihak untuk melihat sambutan kemerdekaan lebih bermakna, termasuk memberikan ruang kepada rakyat menyatakan pandangan dan kritikan demi kebaikan negara.

“Oleh itu kita dukung hasrat mereka untuk adakan perhimpunan ‘Janji Bersih’.



“Saya fikir mereka punyai matlamat yang cukup jelas untuk pastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil agar rakyat dapat memilih pemimpin yang dirasakan lebih baik untuk mereka,” katanya yang ditemui di Masjid An-Nur, Batu Caves dalam program Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri, semalam.

Perhimpunan ‘Janji Bersih’ dianjurkan oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mengingatkan Umno BN tentang janjinya mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

ABANG MAT BRONSON AKAN TURUN



NGO YANG MEMULAKAN JANJI BERSIH

EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Memacu Arus Perjuangan (MAP)
Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Angkatan Rakyat Muda (ARM)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama

PENGUMUMAN
radio bangsart utama
adalah radio resmi janji bersih
selesai bulan puasa radio bangsar
akan memulakan rancangan saperti biasa

semua maklumat tentang janji bersih
akan dapat didengar dari stesen punk rock
terulung di asia tenggara





SEMUA ADA AJENDA - BILA DAN MANA NAK TERKENTUT PUN ADALAH SATU AJENDA



AJENDA NAK AJAK RAMAI TURUN






IGP: JANGAN ADA AJENDA LAIN UNTUK JANJI BERSIH
- tiewnama

Ketua Polis Negara Ismail Omar menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu.

"Saya melihat beginilah... kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

ILLUMUNATI


"Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara," katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

Ismail berkata penganjur perhimpunan juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, jika mahu mengadakan sebarang perhimpunan.

Katanya, polis sentiasa berada dalam tahap bersedia dan keadaan terbaik untuk menghadapi sebarang situasi yang memerlukan kawalan keselamatan.

Di Shah Alam, Noh Omar berkata sentimen politik perlu diketepikan dalam sambutan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.

"Hari Merdeka ni patut kita kena ketepi hak sentimen politik dan kita kena datang di sana dengan suasana gembira, suasana perpaduan bukannya dalam suasana yang membimbangkan orang ramai," katanya.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN berkata jika perhimpunan BERSIH pada malam itu bermatlamatkan politik adalah tidak sesuai untuk mereka mengambil kesempatan pada perhimpunan rakyat yang bersatu padu ingin menyambut Hari Kemerdekaan. TIEWNAM


ZION




KAH KAH KAH
KAH KAH LAH
KAH KAH KAH


woit...BOSANLAH DENGAR JAGAN DI POLITIK KAN.... kah kah kah...

woit... SAPA BUAT KENYATAAN JANGAN DI POLITIK KAN IALAH ORANG BANGANG.... kah kash kah...

ksh ksh kh..MEMANG LAH SEMUA NYA POLITIK... kash la klah..

kah kah akh... SEMUA DI RANCANG UNTUK TUJUAN POLITIK... kah kah kah..

woit.... BUAT LOGO PUN ADA TUJUAN POLITIK... kah kah kah....

kah kah kah....BUAT PERAYAAN ITU PUN TUJUAN POLITIK....kah kah kah..

kah kah kah...LIHAT OLYMPIK DI LONDON ADA TUJUAN POLITIK ... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA DI RANCANG DAN DI REKA UNTUK IDEA NEW WORLD ODER...kah kah kah...

kah kah akh...SEKARANG INI SEDANG BERTEMMPUR CARI PENGARUH... kah kah kah...

kah kah kahh..... JANGAN BANGANG BUAT TAK TAHU.... klah kah kah..

woit.. . SEMUA ADA AJENDA.... PASAL APA TAK BOLEH ADA AJENDA.... kah kah kah..

AJENDA MENGANJING GEROMBOLAN



kah kah kah...MASUK JAMBAN PUN ADA AJENDA.... kah kah kah...

woit.... ORANG BODOH DAN GILA SAJE BUAT SESUATU TANPA AJENDA.... kah kah kah...

woit... AJENDA INI CAKAP ORANG PUTEH... CAKAP MELAYU AJENDA ILAH TUJUAN...kah kah akh..

kah kah kah...TAK KAN SAMPAI SEKARNG TAK TAHU AJENDA JANJI BERSIH.... kah kah kah..


ini stesen punk rock dengan ajenda menghasut






NASIONALISMA KADAZAN BANGUN KEMBALI - SABAHAN UNTUK SABAHAN





SABAH UNTUK SABAHAN JANGAN TIPU






KOMENTAR TUKAR TIUB

kalau pemimpin ini tak laku
mengapa beri jawatan menteri
kalau pemimpin ini tak laku
mengapa tak buat pru13 sekarang



PEMBELOTAN PEMIMPIN BERPENGARUH HANYA GIMIK PEMBANGKANG
- Mstar

KUALA LUMPUR: Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin .

Beliau berkata ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Memberikan contoh kes Tamrin Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai PAS malam semalam, Khairy berkata ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".

"Saya fikir media yang pro-pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. Seperti Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

JANGAN LUPA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BUKAN ZAMAN ZZZZZZZZZZ LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah... ZAMAN ZZZZZZ SURAT NIKAH LAKU.... kah kah kah...

kah kah kah...INI ZAMAN JANTAN TAKUBIN.... JANTAN TAKUT BINI.... kah kah kah..

MUSTAHIL INI ANAK SABAH

woit... TU PASAL SEMUA ORANG LARI HAUH DARI NAJIB TAKUBIN.... kah kah kah...

kah kah kah... INI BUKAN GIMIK...kah kah kah...

kah kah kah...GIMIK IALAH DOLAH BUAT KORIDOOR DALAM MIMPI... kah kah kah...





31 OGOS IALAH HARI MALAPETAKA - 16 SEPTEMBER MALAPETAKAN UNTUK SABAH DAN SERAWAK





KIBARKAN SANG SAKAN TANAH MELAYU





ACARA JANJI BERSIH TAK JEJAS SAMBUTAN KEMERDEJKAAN : SAMM
- keadilan daily

Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengenai
‘Himpunan Janji BERSIH’ malam sambutan tahun baru.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku salah sebuah NGO yang sama mengajak rakyat turun ke Dataran Merdeka mengira detik ulang tahun kemerdekaan negara dengan ‘mood’ menuntut 8 tuntutan BERSIH ditunaikan menegaskan bahawa:

- Setuju sambutan kemerdekaan jangan dipolitikkan tetapi sedarkah Ismail bahawa sememangnya sudah lama sambutan kemerdekaan negara dipolitikkan.

Setuju sambutan ulang tahun kemerdekaan seharusnya meraikan sejarah kemerdekaan negara agar tidak dilupai oleh ganerasi sekarang dan akan datang. Selama ini sambutan kemerdekaan hanya mengenengahkan 5 – 6 sahaja tokoh kemerdekaan negara yang terdiri dari Presiden Umno sahaja.

Ya, Tunku Abdul Rahman terlibat dengan ulangtahun kemerdekaan negara tetapi apa kena mengena usaha memerdekakan negara dengan baki Presiden Umno selepas itu ?

SEJARAH PERJUANGAN


- Sambutan ulang tahun kemerdekaan memang sudah lama ditunggang oleh Umno BN demi kepentingan politik mereka tetapi tahun ini terlalu melampau kerana tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal (copy paste) dari tema yang digunakan dalam jelajah BN iaitu Janji DiTepati.

Lagu tema yang digunakan pula jelas telah digunakan dalam program Bn bagi menghentam seteru politiknya kemudian diubah sedikit sahaja lirik, bukan sahaja liriknya tiada langsung ciri-ciri kemerdekaan malah ada sumber yang mengatakan ia disadur dari lagu keagamaan dari negara jiran.

Sambutan kemerdekaan tahun ini lebih parah lagi dengan kemunculan logo kemerdekaan yang ‘buruk’ dan kemudian ditarik balik oleh menteri dengan mengatakan kita tidak punya logo rasmi. Jika Ismail menegaskan menolak sentimen politik maka Ismail seharusnya menegur regim penguasa terlebih dahulu.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK PERLU SUSAH SUSAH.... kah kah kah...

kah kah kah....UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION TAK PERNAH MENENTANG BRITISH...kah kah kah...

kah kah kah... YANG ANGKAT SENJATA UNTUK MERDEKA BUKAN GEROMBOLAN...kh kah kah..

kah kah kah.... TAK CAYA?.... kah kah kah...

woit... SENANG SAJE BUKTINYA..... kah kah akh...

kah kah kah... SIAPA PEMIMPIN GEROMBOLAN YANG DIBUNUH OLEH BRITISH?... kah kah kah...

kah kah kah...SIAPA AHLI GEROMBOLAN YANG PERNAH DI PENJARA OLEH BRITISH?.... kah kah kah...

kah kah kah...GEROMBOLAN BUKAN MELAWAN BRITISH TAPI JADI BARUA BRITISH...kah kah ajkh...

woit... 31 OGOS BUKAN HARI MERDEKA TAPI HARI MALAPETAKA...kah kah kah....

woit... HARI BRITISH MEMBERIKAN KUASA PADA GEROMBOLAN.... kah kah kah...

kah kah akh... SEMENJAK TARIKH ITU ... SATU TANAH MELAYU KENA MALAPETAKA.... kah kah kah kah...

woit.... KEMUDIAN 16 SEPTEMBER 1963... MALAPETAKA SAMPAI KE SABAH DAN SARAWAK...kah kah kah...