Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 27 Jun 2012

SYRIA DAN NEW WORLD ORDER













SYRIA DAN DEMOKRASI

Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sadikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir.Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkan sikap ‘budaya wajib mendengar’ dari bengolan-bengolan yang dikatakan memiliki ‘authoriti’. Bengolan-bengolan yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untukbercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap ‘suka membaca’ dan ‘suka mengkaji dan menyelidik’.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal.Kegersangan untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Shiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan Kristian.

Memang saheh, wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia ketiga. Mereka zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat harta kekayaan negara. Kezaliman dan penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik. Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia Ketiga.
Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti oxygen ertinya kontradiski wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi. Dalam kontradiksi ada pergeseran. Pergeseran dan percanggahan inilah yang mengerakan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fudumental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik ialah dalam sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua. Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental :penjajah Jepun.

Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini ialah diantara rakyat Syria dari semua mahzab agama dengan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun initelah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai, jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas maka Iran tidak akan diserang.
Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Berunai. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar tentera ke Afghanistan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama dengan USSR, kemudian dengan Russia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria yang digunakan untuk melawan zionis Isreal telah dibekalkan oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Russia terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turkey dan rakyat dunia. Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu –untuk dapat mempengaruhi Dunia Arab.Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul kerana Turkey memiliki viagra yang bernama Nato.

Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionis International.

Pada ketika ini kuasa dan pengaruh zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat– tahun pilihan raya - dimana tidak ada bakal Presiden Amerika yang berani bercanggah dengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal.Kita wajib sedar dan berwaspada kerana dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World Order – Satu Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar mereka pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk bertanya bila piliharaya akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT)

NOTA:
tulisan initelah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:03-22-72-40-45




PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI




PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT


sila pilih yang mana satu
pilih yang terdekat

mari datang buat ramai
mari datang untuk berjuang
mari datang buat sejarah!


NOTA:
paling bawah ialah
program makan sambil menghasut!


ESOK PAGI DI PARLIMEN KITA KUTUK NAJIB









































































































MALAM INI TEMU BUAL DENGAN SAIFUDDIN SHAFI

presiden anwar ibrahim club
memahami sejarah kelab ini
memahami perjuangan kelab ini

apakah kelab ini kelab bodek?
apakah kelab ini kelab nak masuk frame?
apakah kelab ini kelab nak menginding jadi yb?

kelab anak muda ini cukup popular
kenapa?
mengapa?

apa aktiviti?
apa yang kelab ini lakukan?

layari radio bangsar utama


SAIFUDDIN SHAFI AIC
















TEMU BAUL DI RABU
presiden anwar ibrahim club
memahami sejarah kelab ini
memahami perjuangan kebal ini

apakah kelab ini kelab bodek?
apakah kelab ini kelab nak masuk frame?
apakah kelab ini kelab nak menginding jadi yb?

kelab anak mudaini cukup popular
kenapa?
mengapa?

apa aktiviti?
apa yang kelab ini lakukan?

layari radio bangsar utama






MAT NAJIB BAPA APA?
















BAPA PROPAGANDA - NAJIB TAK SERIUS HAPUS ISA :GMI- mkini

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggelarkan Najib Abdul Razak sebagai "Bapa Propaganda" apabila didakwa tidak konsisten terhadap janjinya menghapuskan akta ISA.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perkara itu dilihat apabila hanya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) diperkenalkan walaupun Najib dua pengganti ISA diumumkan April lalu.

"Saya rasa kita boleh panggil Najib ini bapa propaganda atau bapa persepsi. "Sebab semasa dia bacakan rang undang-undang Sosma ini, dia telah sebutkan bahawa bukan satu tetapi dua undang-undang baru yang akan gantikan ISA. "Apa yang telah terjadi dengan (undang-undang) yang kedua? Sehingga hari ini kita tidak lagi mendengar tentang yang kedua itu," kata Syed Ibrahim.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TUAN SYED OOOI.... kah kah kah..

kah kah kah... TUAN SYED SALAH DAN SILAP BESAR.... kah kah kah..

kah kah kah...MAT NAJIB BUKAN BAPA PROPAGANDA.... kah kah kah...

kah kah kah... TUNKU BAPA MALAYSIA.... kah kah kah..

kah kah kah.... TUN RAZAK BAPA PEMBANGUNAN.... kah kah kah...

kah kah kah... HUSIN ONN BAPA OFF LETERIK.... kah kah kah..

kah kah kah...MADEY BAPA MIRZAN.... kah kah kah..

kah kah kah... DOLAH BADAWI MATA KETIDURAAAN ZZZZ.... kah kah kah..

kah kah kah...MAT NAJIB BAPA APA?..... kah kah kah...

woit.... MAT NAJIB BAPA PENGUMUMAN.... kah kah kah....

kah kah kah... BERAPA RATUS PENGUMUAN TELAH DIBUAT.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI SATU HABUUUUK.... TARAAAAK.... kah kah kah...


HADIAH 12 RIBU RINGGIT

$$$ $$$ $$$$ $$$$ $$$


NOTA:
mat rock
mat punk
mat bunga
mat jiwang
sila cuba menulis lagu
masih ada seminngu lagi untuk menulis




MALAM ESOK DI KULIM KEDAH






SATU JEMPUTAN







PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI.

Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

 Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

 Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti. Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat. Sekian dan terima kasih. che'GuBard Penyelaras Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA




TEMU BUAL DENGAN SAIFUDDIN SHAFI

presiden anwar ibrahim club
memahami sejarah kelab ini
memahami perjuangan kelab ini

apakah kelab ini kelab bodek?
apakah kelab ini kelab nak masuk frame?
apakah kelab ini kelab nak menginding jadi yb?

kelab anak muda ini cukup popular
kenapa?
mengapa?

apa aktiviti?
apa yang kelab ini lakukan?

layari radio bangsar utama


SAIFUDDIN SHAFI AIC














TEMU BAUL DI RABU
presiden anwar ibrahim club
memahami sejarah kelab ini
memahami perjuangan kebal ini

apakah kelab ini kelab bodek?
apakah kelab ini kelab nak masuk frame?
apakah kelab ini kelab nak menginding jadi yb?

kelab anak mudaini cukup popular
kenapa?
mengapa?

apa aktiviti?
apa yang kelab ini lakukan?

layari radio bangsar utama



SATU LAGI PROGRAM MELAWAN









GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)
PROTES ANTI ISA DIHADAPAN PARLIMEN
HENTIKAN PENYEKSAAN, BEBASKAN TAHANAN ISA

28 JUN 2012 (KHAMIS)
11.00 PAGI
DEPAN PINTU UTAMA, PARLIMEN

SEMUA AKTIVIS DAN MASYARAKAT AWAM DIJEMPUT BERSOLIDARITI


Dipukul dalam keadaan berbogel, dibelasah beramai-ramai, disebat menggunakan getah hos, seluruh badan dilumur dengan cili, dubur disumbat dengan cili kisar, dan direndam dalam bekas ais, inilah bentuk penderaan yang dialami oleh seorang tahanan ISA warga Iraq yang ditahan pada 2011. Beliau didera dan diseksa secara berterusan selama 60 hari pertama dalam tahanan ISA.

Sehingga hari ini, masih ada 45 orang tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Pada 12 Mei 2012, terdapat 6 orang tahanan ISA melancarkan mogok lapar menuntut pembebasan segera. Setelah bertemu dengan pihak SUHAKAM, mereka setuju untuk berhenti daripada mogok lapar dengan syarat Kementerian Dalam Negeri memberi jawapan terhadap tuntutan mereka. Namun setelah hampir sebulan, belum ada sebarang perkembangan positif yang diberikan oleh pihak KDN. Oleh itu pada 21 jun 2012, dua orang tahanan telah memulakan kembali mogok lapar.

Oleh itu sebagai tanda solidariti dengan tahanan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan satu protes dan serahan memorandum menuntut pembebasan segera kesemua tahanan ISA kepada Menteri Dalam Negeri pada 28 Jun (Khamis), jam 11 pagi bertempat di Parlimen. Semua aktivis dan masyarakat awam dijemput untuk turut bersolidariti.



MAT MONGOL MAKIN SESAK NAFAS



KENAPA 2 BULAN BARU MUNCUL






KOMENTAR TUKAR TIUB


apa maknanya ke sini?
kenapa satelah dua bulan baru muncul?
apa yang perlu difahami dalam kes ini?

ada 300,000 ribu orang dijalan raya
kuala lumpur pada 28/4/2012 yang lalu
bagaimana blog pro gerombolan boleh tahu
tiga diplomat singapura ada bersama di jalan raya?


analisa:
ertinya ada yang telah membocorkan
maklumat ini kepada tuan empunya blog
kemudian diberitahu kepada braheng
kemudian braheng berdemo


apa maknanya?

maknanya ini kempen anti najib
maknanya ada perancangan untuk malukan najib


tak percaya?

mustahil tuan empunya blog
akan kenal 3 diplomat ini
maklumat ini pasti dari orang dalam
pasti datang dari jabatan risikan
yang menjaga para diplomat
ertinya sengaja dibocorkan berita ini


tujuan:

untuk sabotaj najib
untuk pastikan najib terus ditekan
untuk pastikan najib akan undur






KES DIPLOMAT TERBABIT BERSIH 3.0 DITANGAI MALAYSIA , SINGAPURA
- meloya

SINGAPURA 26 Jun - Kes diplomat Singapura yang didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April akan ditangani oleh kementerian dalam negeri kedua-dua negara.

Hishammuddin Hussein berkata, Singapura dan Malaysia telah bersetuju kementerian masing-masing menangani perkara berhubung perhimpunan haram itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Penguatkuasaan Dadah antara Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Hishammudin dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean menandatangani MoU itu bagi pihak kedua-dua kementerian di Kementerian Dalam Negeri Singapura.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan.

Pada 22 Jun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra berhubung dakwaan penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan Bersih 3.0.



KETIKA NEGARA PALING SELAMAT - POLIS BOLEH MENGGANAS



KOMENTAR TUKAR TIUB

lihat gambar dan berita
ini ketika malaysia
di umumkan sebagai negara
paling selamat

bayangkan kalau malaysia ini
negara tak selamat
bagimana rupanya?

lihat gambar
baca berita

ketiak negara paling selamat
polis boleh mengganas
bayangkan kalau malaysia tersenarai
negara tidak selamat
macam mana agaknya

i rest my case ...my lord



TENGOK GAMBAR SUDAH CUKUP




MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING SELAMAT - berita hairan

JOHOR BAHRU: Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.



Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.


"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.