Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 4 November 2012

NAZRI SUDAH MASUK PERANGKAP SOROS





KENYATAAN JMM BERKAITAN ISU NAZRI - utusan meloya

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berpendapat, dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.


BERIKUT adalah kenyataannya:

1.  Mohamed Nazri Aziz mungkin akan menjadi 'political liability' kepada Barisan Nasional (BN) jika benar desas-desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak simpan rahsia hitam membabitkan seorang ahli keluarga beliau. Anwar pasti akan ambil kesempatan ini untuk peras ugut sesiapa saja jika beliau berpeluang. Kita semua tahu bekas ahli PKR memang tahu sangat dengan cara 'political blackmail' jika serasi dengan falsafah politik Anwar. Tindakan Rafizi baru-baru ini mungkin ibarat 'the first show' sahaja.

2. Anwar sekarang di dalam keadaan politik yang amat terdesak dan beliau tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja untuk dapat selamatkan Suaram. Suaram merupakan 'weapon of last resort' kepada Anwar untuk menyerang pemimpin dan agensi kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

3. Anwar juga sedar bahawa Suaram sekarang berada dalam situasi yang amat tenat dan Anwar perlukan orang dalam BN untuk memberi ruang bagi Suaram bernafas pada saat genting. Komplot Scorpene mula dirancang oleh Anwar pada September 2004 di Munich dan peranan utama diberi kepada operator Suaram yang hanya sebuah syarikat sdn. bhd. tetapi berlagak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili rakyat Malaysia.

4. Ramai yang membuat tafsiran bahawa tindak-tanduk Mohamed Nazri kebelakangan ini seolah-olah memberi talian hayat kepada Suaram. Mungkin perkara ini berlaku secara 'coincidence' atau mungkin tidak.

5. Walaupun ramai antara kita yang menghormati keadaan Mohamed Nazri tetapi kita semua lebih mementingkan keselamatan dan kedaulatan Parlimen serta negara ini. Menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani. Menteri tersebut perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA MAKNA KENYATAAN INI ?..... kah kah kah..

kah kah kah... SESIAPA PUN BOLEH KELUAR KENYATAAN.... kah kah kah..

kah kah kah...TAPI BILA MELOYA KELUARKAN PASTI ADA NIAT TERSOROK... kah kah kah..

klah kah kah..MELOYA IALAH AKHABR GEROMBOLAN.... kah kah kah...

woit...KENYATAN INI SUDAH TIBAI NAZRI... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNANYA  ADA KUMPULAN YANG DAH MUAK DENGAN KERENAH NAZRI ANAK BERANAK.... kah kah kah..

MEMBURET ANAK BERANAK



kah kah kah... TIM MANA YG NAK BUNUH NAZRI?... kah kah kah..


JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... PASTILAH TIM MUHYIDDIN.... kah kah kah..

kah kah kah... NAZRI INI ROTTWEILER SETIA.... kah kah kah..

kah kah kah...TANGAN MANA BALING BANGKAI... TANGAN ITU AKAN DICIUM.... kah kah kah




ANCAMAN PALING CUN - BUATKAN MUHYIDDIN TERSENYUM LEBAR


DARI AKHBAR DUNIA
KOMENTAR TUKAR TIUB
syabas !
inilah asa terbaik untuk buat ancaman
masa najib sedang sesak nafas
masa najib sedang cari sokongan rakyat
masa najibsednag buart kempen
ini baru betul
ini baru tekanan tepat

dari tempat selamat bala boleh berbuat apa saja

malah kalau bala bijak
bukan hanya beri maklumat pada media asing
tetapi beri maklumat kepada muhyiddin yassin
untuk membantu muhyiddin menendang najib

masa cukup tepat
keluarkan cerita najib bunuh altantuya ini sebelum
untited malays national organisation bersidang
bagi huru dan hara
bagi susah dan kacau

inilah contoh terbaik perjuangan untuk membantu
bukan hanya maruah orang india di malaysia malah
membantu orang ramai menjatuhkan kerajaaan
united malays national organisation

NOTA:
rakyat malaysia 
menunggu bala

NOTA:
jaringan melayu islam akan tuduh
bala dapat duit dari soros dan sudah
jadi yahudi kah kah kah
 
PI BALA ANCAM DEDAH SEMUANYA JIKA SPRM TERUS MEMBISU - mkini
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat. 

Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".

Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.

SIAPA UPAH BUNUH?

PENCERAHAN DARI PEMBACA


MENGEBAS HARTA RAKYAT
KUMPULAN ZAKAR hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyembah atau taat atau bersetuju atau mengikut atau tunduk atau menghormati SISTEM ROJAGOPAL kerana mereka mendapat elaun bulanan dengan menGEBAS hasil titik peluh rakyat. Ini kerana amalan tersebut membodohkan orang ramai. 

Orang ramai sepatutnya menghumban RajaGopal yang gemuk gedempol. AMalan ini adalah KEPARAT dan bukan jatuh KHURAFAT lagi. Kumpulan Zakar juga mengakui kebodohan mereka kerana tidak mengeluarkan FAKWA yang lebih gembak berkenaan isu2 kenegaraan sebaliknya lebih mengeluarkan Hukum atau FAKWA yang menyusahkan Hidup orang ramai seprti HUKUM memakai KONDOM, hukum PAKAI DAKWAT KETIKA PILIHANRAYA,

 hukum SAH atau TIDAK SANGSAKAWAN bersembahyang ketikA di BULAN, KAMI kumpulan ZAKAR sememangnya Adalah bersandar kepada Perdana Menteri sedia ada kerana mereka lah yang memberi KAMI makan. Rakyat Jelata diarah untuk memberi KErjasama kepada kami serta PAtuh kepada apa saja hukum yang pihak Kami keluarkan. Jika on PENCERAHAN DARI PEMBACA

KESAH SIBU DAN PASAR SIBU



TAMU  SENTRAL SIBU


PAGI KELMARIN DALAM PASAR


memang terbaik
memang memeranjatkan
memang susah nak jumpa
memang melawat pasar sibu satu pengalaman sepanjang hidup

ada 5 jenis cendawan hutan
aku bebelas  sayuran dari hutan
yang mustahil akan ditemui dipasar kl
ada umbut
ada ulam bijian yang  tak pernah terdapat dimana mana
inilah barangan hutan

IKAN IKAN IKAN
yang paling menarik ialah
warung yang menjual ikan sungai
ada dua tiga jenis ikan sungai yang belum pernah aku lihat
dan belum pernah di rasa

ikan tapah - 40 ringgit sekilo
enak manis

TAMU SENTRAL SIBU

PELBAGAI JENIS SIPUT SUNGAI
sibu ditepi sungau yang selalu banjir
maka dari paya bakau ditemui
pelbagai siput sedut dan siput kopek kulit

PALING RARE PALING TAK PERNAH DILIHAT 
biawak air yang telah kering disalai
agak murah harganya 12RM untuk satu kilo
lebih banyak daging dari biawak pasir dub


CATHRINE DENEUVE
NOTA:
tetiba dipasar buah melintas seorang wanita
pertengahan umur
dia bagitu elegant
tinggi langsing
penuh sopan
penuh keyakinan
melintas dihadapan mata aku

dia tidak menoleh
aku yang terhenti bernafas
wanita di pasar sibu ini
mengingatkan kepada cathrine deneuve
wanita peranchis yang elegant

siapakah agaknya wanita itu?

sampai kiamat pun sialan aku ini
tidak mungkin terjawab
maka ingat itu dipahat dihati



SEKARANG DI KUCHING
tadi aku naiki kapal sungai
yang jadi kapal laut
dan kemudian jadi kapal sungai

dari sungai rejang
masuk ke laut china selatan
kemudian masuk kembali ke sungai kuching

ini pelayaran yang aku cadangan wajib diambil
sekali dalam hidup

aku tidak ada abjad
aku tidak ada hurup dan ayat
untuk menuliskan betapa indahnya
pengalaam aku menaiki kapal ini
aku tidak ada nahu untuk menerangkan

keindahan awan
keindahan air
kampong dan hutan tidak mungkin dapat aku tulis

hanya aklu cadangankan ambillah sekali dalam hidup
naikilah kapaldari miri ke kuching
dan rasakan nikmatnya

...akan dsambung...




KERAJAAN BARU BUKAN HANYA DI NEGERI SEMBILAN




KOMENTAR TUJAR TIUB



betul akan dapat dijatuhkan 
hanya kalau pru13 bersih
hanya kalau pru 13 tak tipu
hanya kalau pru 13 tak pakai mat indon
hanya kalau pru 13 tak pakai mat bangla
hanya kalau pru 13 tak pakai undi hantu
hanya kalau pru 13 tak pakai undi pos
hanya kalau pru13 tunaikan 8 tuntutan


PEMUDA DIAJAK JATUHKAN BN NEGERI SEMBILAN - harakah daily

SEREMBAN: Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti.

"62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU.

"Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda.

"Dengan hanya sebatang pensel kita mampu membuat perubahan baru," katanya ketika berucap di acara pembukaan perhimpunan.

Walaupun padang basah dan becak akibat hujan lebat, orang ramai tetap memenuhi tempat program.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nazri Yunus pula berkata, ekonomi rakyat negeri tersebut dapat ditingkatkan jika ditadbir pemimpin yang berintegriti.

"Walau ekonomi Negeri Sembilan tidak sekaya selangor dan Pulau Pinang, tapi kalau ada pemimpin yang berintegriti di Negeri Sembilan,  saya yakin ekonomi rakyat mampu dimartabat.

"Mesej pemuda Pakatan jelas untuk kita pastikan Negeri Sembilan ditadbir  kerajaan rakyat, jatuhkan Kerajaan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai.

Ketua Publisiti Pemuda DAP Negeri Sembilan,  Teo Kok Seong mengulangi gesaan sama, mahu generasi muda menolak Umno BN dalam PRU ke-13.

"Tidak kira kaum, orang muda mesti membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya khususnya di Negeri Sembilan. Marilah kita sama-sama membuat perubahan," katanya.

Sebelum itu, konvoi bermotor Pemuda Pakatan Rakyat tiba di tempat program kira-kira jam empat petang disambut paluan kompang, tarian singa dan gendang India.

Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad sebagai mewakili wanita yakin golongan itu juga mampu membuat perubahan.

"Signal anak muda jelas bahawa kita akan menjadi sebahagian daripada kepimpinan akan datang.

"Golongan wanita akan memastikan Negeri Sembilan  juga akan masuk dalam senarai negeri Pakatan Rakyat selepas pilihan raya ke-13," katanya.