.

Khamis, 31 Disember 2015

SELAMAT TAHUN BARU





KAMI

SEDANG

BERJOGET 

BERGONJENG

BERMiNUM



BERPESTA

DiBANGSAR

SAMPAi SUBUH

DATANGLAH

join kami

LAWAK AKHIR TAHUN





LAWAK DAN 

SADIWARA

AKHIR TAHUN



SPRM cari dalang rumah urut
SELAIN politik, isu pembukaan banyak pusat hiburan, rumah urut dan judi di Selangor turut mendapat perhatian banyak pihak.

Selain penguatkuasaan daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor juga dikatakan sedang memberi tumpuan serius dalam hal ini. Mengapa dan siapakah yang terlibat?

ISelangor maju dari sudut pelaburan, pembangunan perniagaan serta infrastruktur. Kecenderungan penyalahgunaan kuasa dan rasuah sangat tinggi. Kesalahan jenis apakah yang paling banyak dilakukan di negeri ini dan ia melibatkan sektor apa?

Kesalahan yang paling cenderung dilakukan adalah kesalahan meminta dan menerima rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan cubaan merasuah penjawat awam di bawah Seksyen 17(b) Akta yang sama. Sebanyak 130 kes dilaporkan sepanjang tahun 2010 hingga 2015 melibatkan sektor awam.



KAH KAH KAH
woit
mustahil tak tahu
pergi kedai urut
sita rumah kedai itu
tuan punya kedai
pasti akan datang
tuan punay kedai
siapa sewa kedai
kalau tidak rampai kedai
dalam satu minggu 
semua kes selesdai
tak perlu sandiwara
tak perlu putar alam
tak perlu buat sidang akhbar
bereeeeeeees
kah kah kah
nak atau tak nak saje
atau dah masyuuuuuuk
kah kah kah

SEMiNGGU AJE




---------------

MEMANG HARAM JADAH






FACE BOOK





HARAM JADAH


---------------

SATU PERTANYAAN








PERTANYAAN
mana fak wa
mana fak wi
warga kuantan sedang  diracun
warga islam kuantan
sedang di racun
tumbuhan ikan binatang
semua sedang diracun
mana majlis fak wa
mana majlis fak wi
ngapa tak heboh
macam kes khalwat
mana mufka
mana mufki
pasal apa tak ada
fak wa fak wi
selalu suka keluar
fak wa fak wei
napa yang ini senyap



-------------

JANGAN KUTUK AHMAD MASLAN





JANGAN KUTUK MASLAN
Cuba korg jgn kutuk maslan.. Serius bai.. Aku lebih rela ada pm mcm maslan dari najib.. 2 ekor ni xmampu nk selesaikan mslh rakyat. So sama je sape jdk pm. Tp maslan ni berani dan confident melontarkan idea walaupun xberapa 3.85.. Tp dia berani. Ada markah utk berani.. 

Najib diam menikus lari mnyorokkan diri cocok org lain suh jawabkan.. Itu lg sakit hati.. Oleh itu korg kene setuju paling tidak kita rasa terhibur disebalik kesusahan dan kesesatan yg nyata.. Siapa kt cn lg suka dgr ayat geliga maslan dari dgr pidato-rasa-nak-tampar-muka-najib angkat tangan on ADA KERJA LUMAYAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/31/15



----------

RAKYAT NAIK DARAH









BERiTA BAIK

BiLA SEMUA

HARGA NAi

RAKYAT NAi

DARAH






5 perkara yang ‘NAIK’ pada 2015


Semua NAIK! Itu naik! Ini naik! FMT menuras lima perkara yang menandai liputan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Pada 1 April 2015, kerajaan telah menguatkuasakan GST dengan kadar cukai pengenalan sebanyak enam peratus.
Pelbagai bantahan dan demonstrasi telah dilakukan bagi menolak cukai yang dikatakan akan membebankan rakyat.
2. Pengangkutan Awam
Pada 2 Disember, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kenaikan harga tambang iaitu sehingga RM7.20 sehala.
Manakala, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) juga mengumumkan untuk menaikkan tambang sebanyak RM20. Namun ia berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 ini selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Manakala, tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur juga naik bagi sesetengah kawasan, namun kadar tambang di beberapa stesen kekal dan ada yang turun. Rasionalisasi ini berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd bertindak menyemak semula struktur tambangnya.
3. Kadar tol naik
Lapan lebuhraya bertindak menaikkan harga tol dengan kenaikan lebih 17 hingga 80 peratus iaitu di antara RM0.20 sen hingga RM3.00 pada 15 Oktober lalu.
Kementerian Kerja Raya berkata, penyelarasan kadar tol hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.
4. Utiliti
Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif air di Johor telah dinaikkan antara RM2.00 dan RM3.00 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan. Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Perkara yang sama turut dilakukan oleh negeri Pulau Pinang yang menaikkan kadar tarif air pada hari sama Kerajaan Persekutuan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 April.
5. Rakyat 'NAIK' darah!
Kenaikan beberapa perkara secara mendadak telah menaikkan kemarahan rakyat di negara ini. Ramai berpendapat kenaikan itu tidak sepadan dengan kualiti dan perkhidmatan yang masih di takuk lama.



KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
ini berita cun
ini berita molek
naik lagi 
naik naik lagi harga
kah kah kah
lagi naikan harga
lagi kenakan GST
mak cik pak cik
mula naik darah
kah kah kah
hasut untuk benci kerajaan
hasut untuk sokong pakatan
kah kah kah

NAiKKAN LAGi
--------------

KEBENARAN BUKAN MONOPOLI








KEBENARAN

BUKAN

MONOPOLi



Jangan ‘tutup mulut’ orang bahas isu agama

 | December 30, 2015
Bahaya jika rakyat tidak diberi perspektif yang tepat dalam isu agama apabila ada pihak berpendapat mereka sahaja layak memberi pandangan





PETALING JAYA: Mana-mana pihak tidak seharusnya cuba ‘menutup mulut’ orang lain untuk membahaskan apa-apa isu termasuk yang melibatkan agama Islam.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan itu akan mengakibatkan rakyat tidak mendapat perspektif yang tepat dalam sesuatu isu.
“Amat bahaya jika rakyat tidak diberi perspektif yang tepat dalam apa-apa isu kerana ada pihak tertentu yang fikir hanya mereka sahaja yang layak mengutarakan pandangan

KAH KAH KAH
woit
apa punya kelab ini
kalau ahli tak boleh bincang
kalau ahli tak boleh cakap
kalau ahli tak boleh komen
kah kah kah
lepas tu bila ahli nak celah
tak boleh pulak
tak dibenarkan
kah kah kah
banyak ahli bukan asli
banyak keran mak bapak ahli
kah kah kah

PUNYA TUUUR

------------

SOKONG HARGA TAMBANG NAIK





MARi KITA

SOKONG

TAMBANG

NAiK HARGA





Ibu-bapa rayu pengusaha bas sekolah jangan naik tambang

 | December 31, 2015
Ibu-bapa yang ditemui FMT tidak bersetuju sekiranya tambang bas sekolah dinaikkan





KUALA LUMPUR: Rajendran, 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi tersentak dengan hasrat pengusaha bas sekolah yang mahu harga tambang bas sekolah dinaikkan kelak.
Beliau yang terpaksa keluar dari rumah dan membawa teksi sejak awal pagi hingga lewat malam demi mencari nafkah buat menampung seisi keluarga mengakui terkesan jika tambang bas sekolah dinaikkan.
“Sebagai pemandu teksi, tol dan gas telah naik, dan ditambah pula dengan kenaikkan harga barangan yang saban hari semakin meningkat. Harga barang naik, tetapi gaji tidak naik. Kini, tambang bas sekolah juga akan naik,” ujarnya.

KAH KAH KAH
woit
mari kita sokong
tambang bas sekolah naik
sokong harga barang naik 
lagi naik lagi baik
lagi mahal lagi baik
bagi mak cik
bagi pak cik
rasa susah hidup
lepas tu senang dihasut
kah kah kah
kalau tak mahu dihasut
kata pada mereka
padan muka
kah kah kah

PADAN MUKA

------------------

SEMUA TIPU







AKAUN

Muhamad Najib bin Abdul Razak

di Am Bank

2112022011880

2112022011906



 Najib: Siasatan BNM terhadap 1MDB berkaitan 'pematuhan kewangan'

Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap 1MDB adalah berkaitan pematuhannya kepada syarat kebenaran untuk pelaburan di luar negara.
"Penyiasatan BNM adalah berkaitan pematuhan 1MDB kepada syarat kebenaran yang diberikan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) yang telah diganti dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk pelaburan di luar negara," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen.


KAH KAH KAH
woit
tunggu zeti berhenti
kah kah kah
pasti ada cerita
kah kah kah

PUTAR ALAM
 



--------------

BILA ? BILA ? BILA?








SATU DUNIA

SEDANG

TUNGGU

BILA?



SPRM mesti soal Najib isu RM2.6 bilion sebelum akhir tahun, kata peguam negara 

Peguam negara berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada tempoh hingga akhir tahun ini untuk merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya, sambil menambah siasatan terhadap derma kontroversi itu juga mesti dimuktamadkan sebelum tempoh itu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sprm-mesti-soal-najib-isu-rm2.6-bilion-sebelum-akhir-tahun-kata-peguam-nega#sthash.ELCD4PcH.dpuf

SPRM: Siasatan kes SRC International selesai akhir tahun

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan siasatan berkaitan isu SRC International - bekas anak syarikat 1MDB - akan selesai pada hujung tahun ini, Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


MINGGU DEPAN - PENANTIAN RAKYAT TERHADAP SPRM DAN PEGUAM NEGARA


Apabila SPRM mengumumkan ia akan mengemukakan hasil siasatan berkaitan SRC International dan derma RM2,600 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak pada minggu depan, tumpuan kini tidak lain ialah mengenai keputusan penyiasatan tersebut.

Apatah lagi SPRM turut memberi jaminan mereka akan  menjalankan siasatan secara bebas, telus, profesional dan tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

BILA? BILA?

------------

COOL DAN POYO







PENGUMUMAN

senarai cool & poyo
akan muncul
tahun baru 2016



WASPADA

senarai gagalis
juga akan muncul
14 feb 2016
untuk para gagalis
masih ada masa
untuk mencuba



NOTA
berbanggalah
jika nama anda
tersenarai
kerana
watak anda
diketahui oleh
tukar tiub






------------

YA AMPOOON - KUANTAN HACUR





Kenyataan Media Biro Alam Sekitar KEADILAN Terhadap Sungai Balok dan Pantai Beserah, Kuantan Yang Dipercayai Diakibatkan Oleh Perlombongan Bauksit

Biro Alam Sekitar KEADILAN merasa terkejut dengan pendedahan gambar Sungai Balok dan Pantai Berserah yang dicemari dengan tanah sehingga menjadi warna merah.

Ini bukan kali pertamanya pencemaran berlaku di pantai di sekitar Beserah, Pahang. Sebelum ini, air laut di sekitar pelabuhan Kuantan telah terdedah dicemari oleh mineral yang kelihatan memiripi tanah bauksit dan air sungai di sekitar Kuantan telah didedahkan memiliki kandungan merkuri dan logam berat yang melebihi piawai.

Saya merasa amat terkesal dengan sikap Kerajaan Pahang yang lalai dan tidak serius dalam mengendalikan isu pencemaran Bauksit. Sedangkan isu ini telah dibangkitkan sejak setahun yang lalu, tiada sebarang tindakan tegas kelihatan telah diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional Pahang untuk menyelesaikan isu Pencemaran Bauksit.

Isu pencemaran air yang dibangkitkan adalah perkara yang perlu dipandang serius dan perlu diselesaikan dengan segera sebelum kesihatan warga Kuantan terancam. Pencemaran air dan laut ini menimbulkan keraguan dan kerisauan warga Kuantan sama ada air paip yang menjadi sumber air minuman harian telah tercemar, malah warga Malaysia akan hilang keyakinan terhadap ikan, udang dan sumber lautan lain yang ditangkap di sekitar Kuantan.

KEADILAN mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mencampur tangan terhadap isu ini dan membekukan semua lesen export bauksit dengan segera. Rakyat Pahang sudah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Negeri dan kebanyakan rakyat berpendapat bahawa Kerajaan Pahang tiada keinginan untuk menyelesaikan isu pencemaran Bauksit.

Dengan pembekuan lesen export, segala aktiviti perlombongan akan dihentikan dengan secara automatik dan tindakan segera boleh diambil untuk memulihkan bandar Kuantan yang telah dicemari dan dirosakkan oleh aktiviti perlombongan bauksit ini. Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan.

Akhir sekali, KEADILAN menegaskan bahawa segala pembangunan dan aktiviti perlombongan harus dijalankan dengan syarat alam sekitar tidak dicemari. Rakyat tidak menentang pembangunan, tetapi segala pembangunan yang dijalankan haruslah menjadi pembangunan yang mampan dan sejajar dengan kelestarian alam sekitar.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Biro Alam Sekitar KEADILAN
Ketua Penerangan Angkatan Muda





--------------