Rabu, 18 Mac 2020

HUBAYA HUBAYA








HUBAYA HUBAYA

MARI KITA DENGAR


JIRAN KITA 


INDONESIA
I



SINGAPURA




  AUSTRALIA





-----

HUBAYA HUBAYA






HUBAYA HUBAYA

DENGAR DENGAR

DALAM HAL INI

WARGA WAJIB

IKUT ARAHAN


Gelombang ketiga Covid-19 bagai tsunami jika tak serius, pesan KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.

“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.

Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai: “Duduk di rumah dan jangan keluar.”

Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai orang.

Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam. – Bernama, 18 Mac, 2020.


DEMI 

KESELAMATAN

KITA BERSAMA
----------

TOK GOPOH





TOK GOPOH

Anwar agresif sangat. Kalau dia pandai,dia akan nilai covid lebih utama dari kerusi yang dia idam sangat tu.tak kacau minda orang.nak maki tak boleh,laki sendiri,bapak sendiri.
sudah bawak je la jalan jalan pusing putrajaya sampai tokwan selesai abandon ship.kau cuba bayangkan dalam pejabat kau sendiri ada mangkuk ayun yang suka bagi arahan.mana kau nak dengar?bos kau ke mangkuk ayun tu.selamat 
on 
BELUM TERSIMPUL 
MASIH TERBURAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 18/03/20

Ari





--------

REBAK MAKIN MEREBAK





REBAK MAKIN

MEREBAK

117 kes baharu Covid-19 dilaporkan, kata menteri


SEBANYAK 117 kes baharu Covid-19 dikenal pasti di Malaysia menjadikan jumlah kes kepada 790, umum Menteri Kesihatan hari ini.

Dari jumlah baharu ini, 80 dikaitkan dengan kumpulan tabligh di masjid di Seri Petaling, kata Dr Adham Baba.

“Setakat ini 15 kes dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.

Beliau berkata 11 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas dirawat menjadikan jumlah pesakit pulih seramai 60 orang. – 18 Mac, 2020.


MARI KITA

SAMA SAMA

 IKUT

ARAHAN




-------

KAMPONG GUA BERNAMA WAVRE




NEGARA ANGAT

GUA  BELGIUM

KINI

BERKURUNG

Belgium menjadi negara terbaharu berkurung, dengan warga diminta tinggal di rumah dan membatasi hubungan dengan keluarga terdekat mereka, menulis Jennifer Rankin.

Dari tengah hari tempatan (CET) semua kedai-kedai yang tidak penting dan pasaran udara terbuka akan ditutup dan orang-orang akan dijangka bekerja di rumah.

Majikan yang memerlukan kakitangan berada di lokasi, tetapi tidak dapat memastikan denda wajah menjauhi sosial dan bahkan penutupan.

Langkah-langkah itu adalah serupa dengan yang diguna pakai Perancis dua puluh empat jam lebih awal, tetapi agak longgar. Orang ramai akan dapat melawat pasar raya, farmasi, profesional perubatan, bank, pejabat pos dan kedai buku.

Pasar raya mesti mengehadkan jumlah pelanggan kepada satu sepuluh meter persegi, yang bermaksud orang mungkin harus beratur di luar, di mana mereka juga harus memerhatikan perpindahan sosial dengan berdiri jauh.

Berjalan untuk berjalan-jalan atau berlari, atau menunggang basikal dibenarkan, "walaupun digalakkan" pihak berkuasa berkata, selagi orang melihat jarak satu setengah meter dari sesiapa yang bukan ahli rumah tangga mereka.

Sekatan-sekatan, yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam masa aman, telah dipersetujui pada malam Selasa oleh dewan keselamatan negara Belgium, termasuk perdana menteri Sophie Wilm├Ęs, timbalan perdana menteri, ahli politik kanan dan perkhidmatan keselamatan.


APA JADI

DENGAN

KAMPONG GUA

BERNAMA 

WAVRE


---------

IRAN DALAM BAHAYA






IRAN DALAM 

BAHAYA


Iran study: 3.5m Iranians could

 die if government guidelines are 

not followed


Kajian Iran: 3.5m Orang Iran boleh mati jika garis panduan kerajaan tidak diikuti

Sune Engel Rasmussen, wakil tengah Timur Tengah untuk Wall Street Journal dan secara rasmi paroki ini, telah menulis tweet mengenai hasil kajian dari Universiti Sharif Iran, yang mendedahkan:

Sekiranya warga Iran bekerjasama dengan garis panduan kerajaan sekarang, 12,000 kemungkinan akan mati.

Jika mereka bekerjasama dengan cara yang terhad, 110,000 mungkin akan mati.

Jika tidak ada kerjasama, wabak itu mungkin akan meningkat pada bulan Jun dan menyebabkan 3.5 juta kematian.


SEKATAN

EKONOMI TAMBAH

MEMBURUK

KEADAAN


----------

MARI RAMAI RAMAI KITA MENUNTUT







 RAMAI RAMAI

KITA MENUNTUT

TT.. berat nak luahkan, berat lagi bahu aku yg pikul ni. Aku buat keje printing, meniaga kecik2. Ada job, ada duit. Takde job, takde duit. Minggu ni aku dapat 3,4 job utk sara hidup aku ni hah. Bila kata meniaga kecik2, maknanya gaji aku bergantung pada job. 
Besar job, besar la gaji. Kecik job dapat, kecik la gaji. 2 minggu kena close down mcm ni rasa mcm boleh buat aku mati tanpa kena covid19 tau tak. ada gomen baru ni pikir nasib org meniaga kecik2 mcm aku ni? 
on 
HARI INI 
17 MARCH 2020
Publish | Delete | Spam
Amier The Hero
on 18/03/20

Sem





---------

DITUNDA









DITUNDA

UNTUK MAKLUMAN SEMUA
LAWAK BERDIRI TUKAR TIUB
DI SELANGOR CLUB
PADA 11 APRIL 2020
TELAH DITUNDA
KE SATU TARIKH YANG LAIN
UNTUK LEBIH SELAMAT
BERHARIMAU BERSAUH  BERANGGUR
KAH KAH KAH
BILA ADA TARIKH BARU
AKAN DIUMUM
TERIMA KASEH







------

TA PAU








TAPAU


Restoran, kedai makanan boleh beroperasi – KPDNHEP

PUTRAJAYA – Kerajaan membenarkan kedai makanan dan restoran boleh meneruskan operasi ketika perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa esok.

Bagaimanapun, ia hanya untuk dibungkus dibawa balik atau melalui atas talian sahaja.



BUNGKUS
--------

HARI PERTAMA - PANAS TERIK







BERKHALWAT
HARI PERTAMA BERKHALWAT 
HARI PANAS TERIK 

TETIBA 
TEPAT JAM 4.34 PTG
ANGIN BERTIPU KENCANG
KILAT DAN GURUH
TUP TUP
HUJAN RIBUT TURUN

AH  AH AH
 UNTUK MENYEJUKKAN
WARGA KUALA LUMPUR
AMIN




------

ANGKA KEMATIAN





AL-FATIHAH 
VIRUS INI

TAK KENAL AGAMA

PADRI IMAM

SEMUA SAMA

Malaysia lapor 2 korban Covid-19



MALAYSIA merekodkan dua kematian kerana wabak Covid-19 hari ini, termasuklah seorang lelaki yang hadir majlis tabligh di Masjid Seri Petaling.

Selain itu, jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 120 kes yang menjadikan 673 kes positif Covid-19 di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini. 

Dr Adham berkata lelaki berkenaan yang berusia 34 tahun mula bergejala sejak 5 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia hari ini.

“Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif Covid-19.


“Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini,” katanya. 

Kematian kedua pula melibatkan seorang pesakit berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak yang mempunyai sejarah masalah kesihatan dan dikesan bergejala pada 7 Mac lalu.

“Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pd 14 Mac.

“Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.” 

Menurutnya lagi, daripada 120 kes baharu hari ini, 95 kes ada kaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling. 

Bagaimanapun, 7 kes juga dilaporkan pulih menjadikan 49 kes Covid-19 Malaysia sembuh sepenuhnya. 

Beliau juga menggesa orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kegagalan mematuhinya boleh menyebabkan 

Pesalah didakwa di bawah Seksyen 25 Akta 342 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan pertama iaitu penjara tidak lebih 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Akta juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan kedua dan berikutnya iaitu penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, kesalahan berterusan boleh didenda tidak melebihi RM200 bagi setiap kesalahan.

Sementara itu, Dr Adham juga menjelaskan pihaknya akan membuat pertimbangan untuk melakukan sidang media secara dalam talian berbanding sesi bertemu media setiap hari yang dilakukan kini di Putrajaya. 

“Kita tidak akan adakan sidang media setiap hari,” katanya. – 17 Mac, 2020.


WARAK ALIM

SEMBAHYANG

TAK WARAK

TAK ALIM

SEMUA SAMA

CARONA 

TAK PILIH

KHALAS
----------

KELUHAN RAKYAT BAWAHAN






KELUHAN

 RAKYAT BAWAHAN

ok. lepas 31mac gaji dapat separuh bulan. tolak hutang tinggal 100 lebih untuk survive lagi sebulan. kerajaan gesa banksupaya tangguh kutipan tapi ada bank respon? tak ada. rakyat bawahan kerajaan keluar akta kawalan. bank bank pemiutang semua tak boleh ke kerajaan keluar akta kawalan jangan kutip hutang. 
paham tak kalo paksa kami cuti gaji kami tak jalan? lepas abis covid, rakyat sengsara pastu pinjam ahlong sana sini. stupid! china pun lockdown wuhan je. tak lockdown satu china. lock down kl dengan selangor je sudah. situ punca wabak tersebar. 
on 
SATU SOALAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/03/20

K




-----------

JANGAN JADU MUNFIK







JANGAN JADI

  MUNAFIK

Kalau rakyat biasa/preman boleh kawal pergerakan/kontak itu pekara biasa tindakan seorang rakyat yang rasional demi keselamatan diri dan keluarga.Kalau wakil rakyat sama ada adun ataupun MP bergerak secara melompat katak demi jawatan hntuk kerajaan pintu belakang semburit itu pekara yang sangat luar biasa.
Apakah nombor majoriti MP atau jumlah yang lebih banyak MP untuk membentuk kerajaan mampu mencegah wabak covid-19?????Inilah kelemahan manusia sebenarnya, janganlah munafik/hipokrit atas nama bangsa/agama/negara. Kalaulah aktiviti setiap adun/mp boleh ditrack aktiviti dikawasan yang diwakili mereka maka tiadalah orang mahu jadi wakil rakyat. 
on 
SATU SOALAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/03/20

Fro







-------

YANG SUSAH LAGI SUSAH



SERANGAN 

VIRUS CARONA 

MENYEBABKAN

YANG SUSAH

TAMBAH SUSAH

Bagaimana dengan kami, soal kumpulan B40 kepada Putrajaya

RAKYAT Malaysia dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) terpaksa bertahan dengan lebih banyak masalah susulan perintah kawalan pergerakan oleh Putrajaya berkuat kuasa hari ini bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 yang kini meragut dua nyawa.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka mengadu pendapatan mereka akan tambah terjejas dengan perintah kawalan pergerakan kerana kebanyakan mereka berada dalam kategori perkhidmatan tidak penting dan terpaksa menutup perniagaan untuk sementara waktu.

Putrajaya pada Isnin mengumumkan semua perkhidmatan tidak penting ditutup.

Perkhidmatan penting yang  terus dibuka adalah melibatkan air, elektrik, telekomunikasi, pos, pengangkutan, minyak dan gas, perbankan, penjagaan kesihatan, farmasi, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan dan makanan.

Perintah kawalan pergerakan yang berakhir pada 31 Mac dilaksanakan selepas Malaysia mencatat 315 kes Covid-19 pada Ahad dan Isnin yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes.

Angka terkini berjumlah 673 jangkitan dengan dua kematian.

The Malaysian Insight menemui sekurang-kurangnya 10 individu dalam kumpulan B40 di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sarawak dan hampir semua berkata mereka menjangka pendapatan berkurangan separuh sebelum perintah ditarik balik pada 31 Mac.

Seorang penjual mi wantan, yang hanya memberi namanya sebagai Kam Chuan, memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak mempunyai pilihan selain menutup gerai di Taman Len Seng, Cheras, hari ini, kerana menjangkakan tiada pelanggan yang datang. – 18 Mac, 2020

TIDAK ADA

PILIHAN

KERAJAAN WAJIB

BANTU


----------

BELUM TERSIMPUL MASIH TERBURAI






BELUM TERSIMPUL

MASIH TERBURAI
Apa kesimpulan TT kepada - langkah madey - menjatuhkan kerajaan sendiri.. Mungkin masa tu madey lupa banget dia piem kpada kerajaan masa tu.. 
on
 HARI INI 
17 MARCH 2020
Publish | Delete | Spam
Mat Despatch
on 18/03/20

Sa




-------

SETUJU SOKONG





SETUJU

Petugas bendung Covid-19 layak diberi zakat, kata Mufti Perlis


SOKONG



----------

PASTIKAN MEREKA SEHAT UNTUK MASUK PENJARA






PASTIKAN MEREKA

SEHAT UNTUK

MASUK PENJARA
TT, semua perbicaraan akan ditangguhkan, bermakna kita tidak akan dapat mengikuti perkembangan berkaitan Najib, Rosmah, Zahid, Ku Nan, Bong dll sungguh membosankan, selama ini kes mwreka sebagai hiburan.....
 on
 HENTI SABENTAR 
MARI LAWAN CARONA
Publish | Delete | Spam
hamim
on 17/03/20

T






---------

AL-FATIHAH









AL-FATIHAH


Kematian kedua Covid-19 di Hospital Permai, mangsa hadir ijtimak tabligh

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan kes ke-178 mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020.

Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19.


---------

VIRUS TAK PILIH KASEH




VIRUS CARONA

TAK PILIH KASEH

Corona virus tak kenal entot depan, entot belakang, pisang kuning pisang hitam, semburit sempelir, Perikatan Nasional Muafakat Nasional, Haji Hadi Lim Guan Eng, Mat Sabu Mat Hassan, Azmin Ali Saifudin Nasution, Nik Amar Nik Nazmi, Saifool Bukhari Yusof Rawther, Isham Rais Mat Over.
 Kalu dia datang lu liberal ke, liberachi ke, pejuang demokrasi ke pejuang monarchy ke, berprinsip ke tak berprinsip ke, kaki lompat ke, kaki kudong ke, benci ulamak suka ulamak ke, kenal Tian Chua tak kenal Tian Chua ke, peminat Noam Chomsky peminat Shah Rukh Khan ke, 
suka Atok benci Atok ke, suka Abam benci Abam ke, otai reformasi otai cabut lari ke dia kasi sapu semua. Itu jam baru lu tahu politik boleh tewas ngan wabak penyakit. Bila dah sakit hanya Allah tempat bergantung. Politik ditempat ke sebelas. 
on 
MARI
 BEKERJASAMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/03/20

TT, sem




--------

AL-FATIHAH






AL-FATIHAH

Malaysia catat kematian pertama Covid-19 di Sarawak

KUALA LUMPUR – Sarawak mencatatkan kematian pertama Covid-19.

Mangsa pastor di Gereja Emmanuel Baptist di Kuching meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

Perkembangan terkini itu diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan.
“Jabatan Kesihatan negeri masih dalam proses mengenal pasti sumber jangkitannya,” kata kenyataan itu lagi.

Seramai 193 orang yang berhubung rapat dengan mendiang telah dijejaki dan dikuarantin.



---------

SATU PENERANGAN






PENERANGAN

Politik isu lah yg menyebabkan covid 19 merebak..bila Kita fikir balik bila berlaku pergolakan politik..masa itu juga la jemaah tabligh berkumpul di masjid seri petaling..yg di khabarnya mempunyai warga IRAN di dalam himpunan terserbut..Dan kebetulan jgk peningkatan kes covid 19 di IRAN mmg tgh naik mendadak..
x salah kumpul tp x kena pd masa..pergolakan politik jgk la membuat kan org2 kerajaan terlupa yg Akan ada himpunan besar-besaran dan x di Tegah supaya jgn berkumpul di Saat virus covid 19 sedang menular..bukan hendak menidakkan ketentuan Allah swt..tetapi Mencegah lebih baik drp merawat..Skrg?apa jd?
org politik seperti biasa lah mempunyai duit..tetapi rakyat UNderClassHero mcm kami ni?mcm biasa gaji kena tolak..nnt hujung bulan ni ade la yg short yg nak bayar itu nak bayar ini..org politik?lek lek xpe..wa ok je..hak thuiiiiii lahhhhhh 
on 
HENTI SABENTAR 
MARI LAWAN CARONA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 18/03/20

Sa




----------

MATI SEKALI OK - SATU SATU JENOH PRK




MATI SEKALI OKAY

SATU SATU 

LETIH BUAT PRK
 
semoga covid19 hapuskan semua ahli politik kerajaan dan pembangkang. boleh terus buat PRU dgn calon2 muda yg baru.. barulah malaysia baru, semoga malaysia lebih aman. errr. boleh ke doa macam tu? kahkahkah 
on 
HARI INI 
17 MARCH 2020
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 18/03/20





YANG INI

MACAM MANA ?

Po




--------

LANGKAH TEPAT







LANGKAH TEPAT

TAPI MUNGKIN

TAK CUKUP

Pulau Pinang sedia RM20 juta untuk peniaga kecil terjejas kawalan Covid-19

KERAJAAN Pulau Pinang mengumumkan dana bantuan RM20 juta bagi peniaga kecil yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow berkata peruntukan itu bagi membantu peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan akibat perintah kawalan bermula 18 hingga 31 Mac.

“Kita sudahpun peruntukkan RM20 juta ini dulu, tapi bagaimana insentif ini diberikan belum dimuktamadkan.


KES CARONA

MEMBUKTIKAN

BAHAWA DULAH

MAIN PERANAN

UTAMA

BUKAN PASARAN

BEBAS

INILAH KEKUATAN

DAULAH DALAM

SISTEM EKONOMI

SOSIALISMA
-----------

KELUHAN RAKYAT







KELUHAN RAKYAT

Bagaimana dengan kami, soal kumpulan B40 kepada Putrajaya


BERITA MENYUSUL

------------

LANUN TOK AJI





LANUN TOK AJI

Gua sudah bilang...kunci pintu sebelum perompak masuk rumah. Kalau perompak sudah masuk rumah buat apa kunci pintu...mampus le. January lepas rakyat minta kerajaan PH tutup pintu negara dari orang luar...tapi tun kata belum kritikal. Ada pula yang bahalol kata jangan diskriminasi pelancung cina. Sekarang tangkap dua orang bahalol ni dan tanya sekarang apa idea bahalol ni boleh buat???? 
on 
MELONJAK 
KE 553 KES
Publish | Delete | Spam
kena pasung le
on 17/03/20

Akhir ni ramai penyamun oppps, maksud gwa pemimpin melayu rebut jawatan ..gwa nak tanya jawatan ni perlukah dalam PERJUANGAN .. 
on 
BILA NAK REHAT
panglimo potaseh
on 17/03/20

Cor







-----------

BOHONG DIJADIKAN BENAR




BOHONG

DIJADIKAN BENAR
Tukar kebenaran jadi kebohongan ..kira ok la tu ..sebab melayu stim bila dibohongi. Yang BOHONG jadi BENAR lagi ok ..
terus thorpanchot .. on
TIDAK TERNILAI
 OLEH DINAR DAN DOLAR
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 20:17

A






----------------

HARI PERTAMA BERKHALWAT





HARI PERTAMA

BERKHALWAT

RABU 18.3.2020

MALAYSIA DIARAHKAN BERKURUNG
JAUHKAN DIRI
ANTARA SATU SAMA LAIN
BERKHALAWAT
UNTUK MENGELAK VIRUS CARONA

PAGI INI JAM 7.30
GUA SAPERTI BIASA
MEMBAWA EZI DAN TAK TAK
KE WILAYAH PERKURBURAN KWANTUNG
WILAYAH 300 HEKTAR
DIBELAKANG ISTANA NEGARA LAMA

TERDAPAT TIGA KERETA
BIASANYA PAGI SABTU
BULAN MARCH
WILAYAH INI AKAN PENUH
DENGAN
EMAK IBU ANAK CUCU CICIT
PESTA JIN MING TELAH BERMULA
INI PESTA KENDURI KUBUR
UNTUK ORANG TIONGHUA
KEMUNCAK PESAT JIN MING
IALAH
AWAL APRIL

JAUH KEDENRAN
DERAMAN KERETA 
DARI BRICKFEILD

SEKALI GUA TERDENGAR
BUNYI KERETAPI
TAK PASTI
KOMUTER ERL LRT ATAU MONORAIL

DIWILAYAH KUBURAN
GUA TERSEREMPAK
DUA MUKA BIASA
PENJAGA KUBUR
MEREKA BEKERJA
DILANGGAN OLEH
CUCU CICIT SI MATI
UNTUK
MEMBERSIHKAN
MAKAM MAKAM

ADUH!
PALING BINGAR PAGI INI
IALAH KICAUAN MURAI
BERDENDANG BERSAHUT SAHUTAN
TANPA SEDAR
KUALA LUMPUR SEDANG BERKURUNG

AWAL PAGI 
MERBOK DAN TERKUKUR
BELUM KELUAR DARI SARANG
TIONG JUGA BELUM RAMAI
KEDENGRAN

GUA MONOLEH KE LANGIT
NAMPAK ASAP KAPALTERBANG
ENTAH KE SUBANG ENTAH KE KLIA

KUALA LUMPUR SEDANG
BERKHALWAT

EZI SAKIT KAKI
TERDENGKOT DENGKOT
ADUH!
BAGAIMANA GUA NAK BAWA
KE KLINIK
KENAPA PERLU SAKIT KAKI SEKARANG
GUA JADI RISAU

BUDAK DUA EKOR INI
TIDAK SEDAR
APA YANG SEDANG BERLAKU

DITEMPAT KEDIAMAN
SEMUA SENYAP
KICAUAN BURUNG BANYAK  KEDENGARAN
ENTAH UNGAS APA
BERDESIP DESIP DISANA SINI

SESEKALI GRUMPY MENYALAK
GRUMPY ANJING JANTAN
BERSAMA DUA ISTERI
DATANG MENUMPANG TIDUR
DI TEMPAT LETAK KERETA
DAH  HAMPIR DUA TAHUN
 KELUARGA INI MENUMPANG

SUAMI ISTERI HIDUP LUMAYAN
RAMAI MAK CIK YANG SENTIASA
MEMBUAT AMAL JARIAH
BERSEDEKAH MAKANAN

GUA SABENARNYA 
TELAH KEHABISAN
MAKANAN SEGAR
BAWANG LADA KUNYIT
DAN DAN DAN
BUAH BUAH SEMUA TELAH HABIS
STOK DAH KERING

BIASANYA RABU
GUA AKAN KE PASAR CHOW KIT

GUA MERANCANG KESANA
ENTAH JADI ENTAH TIDAK
NAK MENUMPANG
KERETA ADAMAN SALEH
AMIN







------