MAT KARTON DENGAN DADAH DADAH YANG BARU SAMPAI DARI KULUMMBIA
ONE FANNY MALAYSIA TERBITAN MALAYSIAKINI DIHARAMKAN - mkini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitanMalaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan olehKinibooks yang merupakan anak syarikatMalaysiakini, dua lagi komik Zunar -Perak Darul Kartundan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.
Ketua setiausaha KDN, Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.
KAH KAH KAH…
woit…
THIS IS REALLY FANNY FUCKING MALAYSIA…. kah kah kah..
kah kah kah…
NAK KETAWAKAN PUN DI HARAMKAN… kah kah kah..
kah kah kah…
LAWAK PUN MENGANCAM KRONI…kah kah kah
kah kah kah…
HARI HARI ADA LAWAK DI PARLIMEN … TAK HARAM PULAK...kah kah kah..
kah kah kah…
MAT MONGOL BUAT LAWAK BODOH ..I HELP YOU ..YOU HELP ME… TAK HARAM …. kah kah kah
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…KAH KAH KAH…
woit…
BESOK KENA TANGKAP KERANA KETAWA…. kah kah kah..
kah kah kah...
DI HANTAR KE KAMUNTING KERANA TERLALU BANYAK KETAWA...kah kah kah..
nota:ketawalah kamu hari ini kerana ketawa adalah percuma
ketawalah kamu hari ini kerana ketawa baik untuk kesehatan
ketawalah kamu hari ini kerana ketawa adalah senjata melawan gerombolan kah kah kah
nota:sila tanya lebai google apa itu fanny
nanti jumpa fanny tak kenal pulak..kah kah kah
BENDA HARAM MEMANG BESTdapatkan barang barang haram ini:
dengan membeli cara online : www.cartoonkafe.com
atau pukul talipon 03-22-72-40-45
atau talipon kdn dan minta bercakap dengan datok sri mahmood adam kah kah kah
NOTA KALAU KOMIK KARTON INI BAHAYA KERAJAAN
WAJIB BELI SEMUA KOMIK INI. BILA MUSUH DATANG
MENYERANG MALAYSIA BERIKAN KOMIK INI. MEREKA
AKAN TERPENGARUH DAN AKAN KETAWA KAH KAH KAH
HINGGA TAK BERANI MENYERANG NEGARA KITA kah kah kah
KENYATAAN RESMI MAT KARTON
"SAYA AKAN TERUS BERKARTUN HINGGA KE TITISAN DAKWAT TERAKHIR."Latar belakang:Setakat kenyataan ini ditulis, saya belum mendapat surat rasmi
dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman buku
saya.
Berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga
buku/majalah saya - 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu
Dalam Kartun telah diharamkan.
"1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartun saya
yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web
Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.
"Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikat saya sendiri,
Sepakat Efektif Sdn Bhd. "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah
bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini
tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.
Tahun lepas, sebuah lagi majalah saya "Gedung Kartun" telah
dirampas dan juga telah diharamkan. Berdasarkan kenyataan KDN ini
bererti keenam-enam penerbitan saya dan juga pasukan kartunis saya
telah diharamkan.
Dalam laporan Malaysiakini, Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri
Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan
kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan
kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat
untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai
untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan
ketenteraman awam," kata beliau.
Kenyataan saya:1Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan
yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang
kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh
memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius
dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.
2. Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya
sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya
yang terdapat dalamnya diharamkan.
3. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang
dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk
menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan,
ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."
4. Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana
dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang
dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak
sesuai untuk bacaan umum.
Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.
Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.
4. Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa
kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-
pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah
beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.
5. Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya.
Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.
Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah
dan salah laku kerajaan BN. Saidina Ali berkata, "Bercakap benar
kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".
6. Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh
mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh
mengharamkan minda saya. "Saya akan terus berkartun sehingga ke
titisan dakwat terakhir."
ZUNAR(Zulkiflee Anwar Ulhaque)
Kartunis/Editor kartun
zunar49@gmail.com
03 22724045