Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 30 Ogos 2009

TERSENYUMLAH DI PETANG INI - SELAMAT BERBUKA




BETUL KE


betul ke ni
esok kita merdeka
betul ke esok merdeka
kalau esok merdeka kenapa tak boleh main mercun


ESOK

esok aku seperti biasa selama 52 tahun ini
aku akan bangun lambat
katakan apa sahaja
surahkan pelbagai hadis
tunjukan setiap kitab
kau taburlah pelbagai janji
esok aku tetap akan bangun lembat

tidur lebih enak dari segala galanya

tidur dan bangun lewat pada
pagi 31 Ogos adalah tanda penentangan

tidur meninggi hari pada pagi 31 Ogos
adalah cool

tidur meninggi hari pada 31 Ogos
adalah tindakan revolusineer


BURUNG

saekor burung dari tundra
melintasi padang sahara
dalam perjalanan mencari hidup
singgah terbang melayang

saekor unta liar
berjalan mencari ayer
tiga wadi dilintasi
tiga wadi kontang

saekor kuda
gagah perkasa
mengelinjang berlari
merentas masa

saekor semut menjalar
tanpa henti
berapa umurnya
sebelum dia mati


PETANG YANG PERMAI

tersenyumlah
pada petang yang indah

buka mata
dan nikmati hidup
sedut udara
rasakan sejuknya

ketika berjalan
rasakan nikmatnya
tapak kaki bergerak
tapak kaki bertemu aspal
tapak kaki mara ke depan

ketika berjalan
lihat kira dan kanan
lihat rumput yang mati
lihat rumput yang hijau
pandang betapa indahnya dunia ini

ketika berjalan
dengarkan siolan unggas
percikan ayer
dan gesekan buluh

betapa indahnya dunia ini
terima kaseh kerana sinar mu
wahai sang matahari




BERKIBAR LAH




BERKIBARLAH SANG SAKA MALAYA



BERKIBARLAH SANG SAKA MALAYA

bekibar
berkibarlah
menjulang ke awan
merentas benua

berombak
berombaklah
dendangkan lagu kebebasan
dendangkan lagu rakyat

dengar
dengarlah
irama indah ketukan loji buruh
dengar
dengarlah
irama seruling cangkul pak tani
dengar
dengarlah
pekikan gempita anak muda
semua mengacung tangan ke udara
melihat kibaran sang saka

berkibar
berkibarlah
sang saka memecah alam
membawa harapan anak semua bangsa




BERITA BAHAYA – SATU MALAYSIA WASPADA !!!




LOJI NUKLEAR DI CHERNOBYLL DAN STADIUM DI KUALA TERANGGANU


Loji nukelar Chernobyll runtuh pada 26 haribulan April 1986.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badfak Kuala Terengganu
runtuh pada pagi Isnin 1 haribulan Jun 2009.

STADIUM SULTAN MIZAN TERENGGANU

KEROSAKAN HASIL DARI RADIO AKTIF

MEMBESAR SEBAGAI MANGSA RADIO AKTIF

BAYI YANG BARU LAHIR MANGSA CHERNOBYLL

LOJI NUKLEAR CHERNOBYLL

TEKNOLOJI NUKLEAR BANTU MALAYSIA CAPAI STATUS NEGARA MAJU – berita hairam

WALAUPUN isu nuklear tidak serancak diperkatakan ketika harga minyak mentah melambung dulu, usaha kerajaan untuk memajukan teknologi nuklear masih tidak terlambat apa lagi jika dibandingkan dalam konteks negara serantau.

Di kalangan negara Barat, nuklear sudah tidak asing lagi. Tenaga nuklear digunakan dengan meluas dan jiran terdekat kita seperti Korea Selatan, sejak tiga tahun lalu dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektor berkenaan.

Secara jujur, kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan pupus apabila tiba waktunya.

Nota:
waspada tulisan rencana seperti ini adalah persediaan untuk
membeli loji nukelar. ini adalah permulaan untuk mengolah
persetujuan orang ramai agar menerima tenaga nuklear.

hendak menjadi negara maju patukanya bukan dengan tenaga nuklear.

kalau hendak maju adakan perubatan percuma.
adakan pembelajaran percuma dari tadika hingga ke universiti
wujudkan sistem pengangkutan awam yang selesa.
wujudkan media yang bebas.
hapuskan segala macam akta yang menindas.
perumahan untuk mereka yang memerulan rumah.

waspada para kontrek junkies sedang
menjadi talibarut untuk membeli loji nuklear.
peranchis ada negara yang akan menjual kan loji ini.
para komisen ajen sedang ke hulu ke hilir untuk
meyakinkan para menteri. caranya sama
seperti membeli kapal selam.
para komisen ajen ini akan merasuah dan dirasuah.

kenapa peranchis ? kerana altantuya pernah makan
malam di restauran di paris.

tak percaya – sila tunggu perkembangan jual beli
loji nuklear ini.




SILA TONTON YOU TUBE BUKAN TUKAR TIUB




PENGANJUR : KEHADIRAN KEPALA LEMBU SATU MISTERI
- malaysiakini

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Mahyuddin juga tidak pasti sama ada sesetengah daripada mereka yang menyertai protes itu adalah penduduk sebenar Seksyen 23.

Katanya, terdapat beberapa pemimpin NGO yang turut hadir semalam, tetapi beliau tidak mengenali mereka secara peribadi.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

woit… TAK KAN TAK KENAL MUKA SIAPA YANG MEMBAWA NYA…kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN ADA 500 ORANG BERDEMO…kah kah kah…

kah kah kah… ADA 50 ORANG…. kah kah kah..

woit… BUKAN MAT BANGLA… BUKAN MINAH INDON… BUKAN CHINA DOLL… kah kah kah..

woit… TENGOK YOU TUBE…YANG BAWA BUKAN ALIEN DARI PLUTO…kah kah kah…

woit... TAK PAYAH LAH BUAT CERITA HANTU... CERITA MISTERI... kah kah kah

woit… JANGAN LAH BODOHKAN MELAYU… kah kah kah…

kah kah kah… TAK HABIS HABIS NAK BODOHKAN MELAYU…kah kah kah...



BULAN PUASA JANGAN MELEBONG




PAS TTERANGANU : JIJIK ADUN LOMBAP PARTI
-malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Terengganu menegaskan bahawa beliau memang tidak menerima seseorang wakil rakyat melompat parti – seperti diura-urakan akan melibatkan sembilan ADUN Umno.

"Kalau mereka mahu lompat, lompatlah. Tapi saya tidak suka orang lompat parti ini.

"Saya anggap lompat-lompat parti ini perbuatan jijik," kata Datuk Harun Taib kepada Malaysiakini hari ini.

Diminta mengulas kemungkinan wakil-wakil rakyat Umno melompat kepada PKR dan bergabung dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru di negeri itu, ADUN Manir berkata beliau tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..


woit… MAMAT INI LUPA … DULU MAMAT NI CAKAP ADA JUMPA… kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN HAL POLITIK TAPI HAL NAK BELI KAMBING…kah kah kah…

kah kah kah… HARI INI CAKAP TAK TAHU MENAHU… kah kah kah..

woit… MAMAT INI AHLI POLITIK KE… TOK PERAIH SOTONG…kah kah kah

Mari sini nak ajar politik sikit. Baca bawah ini :

ADUN AKUI ADA RUNDINGAN KELUAR UMNO
- malaysiakini

Seorang wakil rakyat Umno Terengganu hari ini mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain parti berkenaan berhubung cadangan untuk lompat parti.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… DAH BACA?… BACA BETUL BETUL… kah kah kah..

kah kah kah…. JANGAN BUAT BUAT TAK TAHU PULAK…kah kah kah…

kah kah kah… JANGAN NAK MELEBONG… kah kah kah…

kah kah kah... JIJIK APA?... JIJIK MACAM MANA?... kah kah kah

woit… KALAU TAK TAHU JUGA PERGI MAIN DEKAT DEWAN YANG RUNTUH TU… kah kah kah..

kah kah kah...DUDUK SITU DIAM DIAM….BIAR ORANG BUAT KERJA POLITIK... kah kah kah...