Ahad, 23 Julai 2023

JANJI TRUMP JIKA JADI PRESIDEN


JANJI TRUMP

JIKA JADI PRESIDEN

KHALAS

MALAPETAKA IKLIM - INI BARU PERMULAAN !!!


MALAPETAKA IKLIM

INI BARU

PERMULAAN

KHALAS

WARGA KELANTAN SUDAH BERUBAH



Rakyat Kelantan perlu bangkit untuk perubahan, kata PM

RAKYAT Kelantan perlu bangkit melakukan perubahan bagi membolehkan negeri itu terus membangun dan dimajukan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ini kerana kerajaan Kelantan ketika ini tidak mampu membangunkan negeri tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.

“Akhirnya rakyat yang menentukan. Rakyat kena sedar, bangkit dan tuntut perubahan ini.

“Kerajaan Kelantan tak mampu, kena ada dukungan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya beritahu perkara benar bukan nak bercakap sombong. Begitu juga Perlis, jika kita tidak bantu beri peruntukan, nak bayar gaji pun tak mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa, di Gua Musang hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar berkata justeru, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat diperlukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

“Namun situasi yang berlaku adalah sebaliknya apabila kita di pihak kerajaan bagi projek, mereka kata kita tipu, kita bagi pandangan dan bercakap, mereka kata masuk neraka.

“Jadi saya mohon kawan-kawan termasuk ustaz-ustaz yang ada dalam PAS, tegurlah mereka. Jangan asyik nak hukum orang saja,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha membangunkan negara, termasuk di Kelantan.

“Beberapa bulan ini, saya berunding dengan (bekas menteri kewangan) Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminta berunding memulihkan ekonomi negara… beliau (Tengku Razaleigh) beri kerjasama baik. Ini kita manfaatkan,” katanya.

Anwar juga sekali lagi menyangkal dakwaan kononnya pentadbiran Kerajaan Perpaduan mengikut telunjuk DAP.

“Selama ini projek untuk golongan usahawan, penduduk desa dan program berbilion ringgit untuk orang Melayu tidak pernah DAP menyanggah atau bantah.

“Yang kena marah adalah (wujudnya) orang yang sakau (duit). Itu kita kena lawan,” katanya.

Selain Kelantan, lima lagi negeri yang turut mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di keenam-enam negeri itu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos. – Bernama, 23 Julai, 2023.



WOIT

WARGA KELANTAN

TELAH & SEDANG

BERUBAH

AMIN

TAPI KENA

SAILANG OLEH

PENGUNDI YANG

CARI MAKAN

DI LUAR

 KELANTAN

AMIN

30 TAHUN

MINUM TEH TARIK

WARGA KELANTAN

YANG DUDUK

DI KELANTAN

DAH TOLAK

TALIBAN

AMIN 

PENGUNDI LUAR SELAMATKAN 

TALIBAN

KHALAS

KITA SOKONG AMIER THE HERO



MARI  SEMUA

SOKPONG

AMIER TEH HERO

MASUK MECUBA

KHALAS


Amier The Hero commented on
 "HORMAT UNTUK YANG BERANI"

Kemon la tt, cubo adjust sket².. mano tau kami² ni sumo meraso makan nasik minyak tt dgn ct kassim. Antar la wasap kek ct kassim, kato tt totap penyokong apo pun di bolakang ct kassim.

CANADA KEMARAU DAN BAJIR SEKALI HARUNG


CANADA MASIH

TERBAKAR

AMIN

BANJIR SAMPAI

KHALAS

AMANAH - PARTI MASA DEPAN


Amanah senarai calon bagi 31 kerusi di 6 negeri

PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu hari ini menamakan semua 31 calon parti itu bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos.

Beliau berkata, parti itu yang bertanding di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH), akan menampilkan sembilan calon masing-masing di Selangor dan Kedah selain tujuh calon di Kelantan.

Ia juga akan menurunkan dua calon masing-masing bertanding di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada 31 calon itu, tujuh daripadanya wanita dan tujuh lagi daripada Pemuda Amanah. Sembilan adalah penyandang manakala 15 muka baharu.


Berikut calon Amanah di PRN 6 negeri:

SELANGOR (9)
Sabak – Samad Hashim
Hulu Bernam – Amran Sakir
Taman Templer – Anfaal Saari
Batu Tiga – Danial Al-Rashid
Pandan Indah – Izham Hashim
Sungai Ramal – Mazwan Johar
Seri Serdang – Abbas Salimi Azmi
Meru – Mariam Abdul Rashid
Morib – Hasnul Baharudin

KEDAH (9)
Kota Seputeh – Dr Salmee Said
Kuala Nerang – Ridzwan Abu Bakar
Alor Mengkudu – Mahfuz Omar
Kubang Rotan – Asmirul Anuar Aris
Pengkalan Kundur – Dr Ismail Salleh
Tokai – Zainal Abidin Saad
Sungai Limau – Siti Balkhis Husain
Belantek – Mazli Saipi
Kupang – Suhaimi Hamzah

KELANTAN (7)
Kota Lama – Dr Hafidzah Mustakim
Pengkalan Pasir – Rushdan Mustafa
Demit – Ismail Ghani
Tawang – Mat Isa Che Dir
Kadok – Azizan Razak
Bukit Panau – Dr Samsu Adabi
Temangan – Abdul Kadir Othman

TERENGGANU (2)
Batu Buruk – Zamir Ghazali
Ru Rendang – Suhaimi Sulaiman

NEGERI SEMBILAN (2)
Klawang – Bakri Sawir
Paroi – Norwani Ahmad

PULAU PINANG (2)
Bayan Lepas – Azrul Mahathir Aziz
Permatang Pasir – Faiz Fadzil
– 23 Julai, 2023.

AMANAH

PARTI MASA

DEPAN

AMIN

DENGAN SYARAT

PENUH ILMU

GARIS CERAH

ISLAM DEMOKRAT

KHALAS

CANADA MASIH TERBAKAR



HUTAN CANADA

MASIH TERBAKAR

AMIN

BERJUTA HEKTAR

SUDAH HANGUS

AMIN

TEGAKKAN KEBENARAN


MARI BERSAMA

TEGAKKAN 

KEBENARAN

KHALAS


Unknown commented on
 "SELAMAT BERAHAD"

Saya ingat lagi tukar tiub dilancarkan di permatang pauh, tahun tak berapa tak ingat sangat, beribu juta masuk membaca komen TT, tapi sekarang ini selepas berkawan dengan Mahathir TT semacam tak mahu hentam Atok lagi? Betul kah? Asyik hentam Bossku bini beranak betul kah? Saja tanya arah TT sekarang kah kah kah

RIBUT TAUFAN BANJIR DI BOSNIA


RIBUT TAUFAN

BANJIR DI BOSNIA

AMIN

PERANG UKRAINE MEREBAK KE POLAND ?


PERANG UKRAINE

AKAN MEREBAK

KE POLAND ?

AMIN

LAUK UNTUK PN ?


DAP terkilan kerusi DUN Dusun Tua diserah pada BN


KUALA LUMPUR – DAP terkilan apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua yang disandang parti itu kini diserahkan kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya negeri (PRN) pada Ogos depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP perlu akur dengan keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.

INI NAMANYA

TOLAK ANSUR

KAH KAH KAH

AMIN

APAKAH INI

KERUSI LAUK

UNTUK PN

KAH KAH KAH

DAP PERLU

BERKORBAN

AMIN

KHALAS

TENGKU ZAFRUL TAK DA TAHTA


Tengku Zafrul tidak tersenarai calon PRN

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku  Zafrul Abdul Aziz tidak tersenarai sebagai calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan.

Ini sekali gus menjawab desas-desus bahawa Ketua UMNO Kota Raja itu antara yang dipertaruhkan pada pilihan raya di negeri tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengumumkan senarai nama calon rasmi memaklumkan sebanyak 12 kerusi dipertandingkan oleh BN bagi DUN Selangor.

WOIT

APA AKAN JADI

PADA BAKAL PM

MALAYSIA

AMIN

LEPAS NI HILANG

KERUSI SENATOR

AMIN

JADI TENGK

TANPA DAERAH

KAH KAH KAH

KHALAS

GREECE TERBAKAR


Ribuan dipindahkan akibat kebakaran hutan di Greece


KIRA-KIRA 30,000 orang dipindahkan ke tempat selamat di pulau Rhodes di Greece apabila sebahagian besar hutan terbakar di kawasan itu.

Jutaan penduduk di selatan Amerika Syarikat berdepan gelombang panas apabila merekodkan cuaca paling panas sepanjang minggu bagi Julai dalam tempoh 50 tahun, dengan suhu melonjak melebihi 40 darjah Celsius.

Beberapa pakar berpandangan suhu panas itu akibat perubahan iklim yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil, dan menyifatkan pemanasan global memainkan peranan penting dalam cuaca melampau itu.

Di pulau Mediterranean, Rhodes, di mana kebakaran hutan berlaku selama berhari-hari, bot membawa 2,000 orang ke tempat selamat dari pantai di timur pulau pelancongan popular itu.

Tiga kapal pengawal pantai mengetuai lebih 30 kapal persendirian dalam pemindahan kecemasan, manakala sebuah bot tentera laut Greece sedang menuju ke kawasan itu.

Di tempat lain puluhan bas membawa orang ramai ke tempat yang selamat manakala yang lain terpaksa berjalan kaki apabila kebakaran menyebabkan jalan terputus perhubungan.

Sejak amaran pemindahan dibunyikan pada awal petang, pelancong menuju ke pantai bagi menyelamatkan diri.

Orang ramai dibawa ke gimnasium, sekolah dan pusat persidangan hotel di pulau itu untuk bermalam sementara anggota bomba memadamkan kebakaran.

Usaha memadamkan api berterusan dibuat di kawasan Laermon dan Lardos apabila ia marak di luar kawalan.

Dalam tempoh 11 hari Greece sedang berusaha memadamkan kebakaran di puluhan hutan apabila gelombang haba yang menyaksikan suhu meningkat melebihi 40 Celsius. Ia boleh menjadi musim panas terpanjang yang pernah berlaku di negara berkenaan. – AFP, 23 Julai, 2023.

IKLIM DUNIA

BERUBAH

AMIN

LAGI 3 TAHUN

KALAU MANUSIA

TAK DAPAT HALANG

KENAIKAN SUHU

MAKA KITA TAKDA

JALAN PULANG

AMIN

UMAT NANUSIA

MENUJU NERAKA

KHALAS

HAPUSKAN UMNO


HAPUSKAN

UMNO 

AMIN


Rank&File commented on
 "BENAMKAN UMNO"

UMNO sekarang macam peluru berpandu permukaan keudara seawolf TLDM yang akan self-destruct setelah tak kena sasaran.The writing is on the wall cumanya maharaja dan hulubalang UMNO masih macam tiga ekor beruk yang ada mata tapi tak nampak ada telinga tapi tak dengar ada mulut tapi terkunci.

HORMAT UNTUK YANG BERANI


HORMAT UNTUK

YANG BERANI

AMIN



Amier The Hero commented on
 "SALUT UNTUK SITI KASIM"

Den pun tabik dgn siti kassim ni. Biar la netizen nak kutuk dio apo pun, den tetap tabik dgn dio. Wanita yg berani hanyo utk lelaki yg lantang mcm TT ajo. Apo laie TT, deduo single. Dari lopehkan kat kipidap, baik TT jodohkan dgn TT ajo


SELAMAT BERAHAD

 


KITA BERAHAD


AHAD 23 JULAI 2023
HEBOH SEDUNIA
PASAL KONSERT JANTAN BERCIUM
KAH KAH KAH

MEDIA DUNIA HEBOH
KAH KAH KAH
BAND INI JADI POPULAR
NAK PROMOSI DIRI
BIJAK CARI TEMPAT
KAH KAH KAH

KEMPEN SEDANG BERJALAN
SANA SINI ADA CERAMAH
ADA RAMAI 
ADA TAK RAMAI

SEPERTI BIASA
CERAMAH PEMBANGKANG
JADI HOT LAGI RAMAI
TAPI  APAKAH BOLEH JADI UNDI
KAH KAH KAH

UKRAINE
RUSIA TERUS BOM
PERLABUHAN ODESA
INI BERAT
CEKIK GANDUM DUNIA

GREECE
PANAS LEBIH 40 DARJAH SELSIUS
HUTAN TERBAKAR
MELARAT KE PEKAN
30,000 WARGA LARI
UNTUK DI SELAMATKAN

CANADA
LEPAS PANAS 
LEPAS HUTAN TERBAKAR
HUJAN TURUN AMAT LEBAT
REKOD HUJAN  LEBAT
40 TAHUN PECAH
BANYAK RUMAH DI SAPU AIR

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR SEJUK
HUJAN PETANG KELMARIN
KL & KL SENTRAL BERKABUS

MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
JANTAN BERKOKOK
GUA DENGAR TEMPUA 
RAMAI BERBISIK BISIK
BERGOTONG ROYONG
BUAT BAGLO 
ATAS POHON SAWIT

SEKUMPULAN PIPIT
BERTERBANG MENCARI BIJIRIN
ADA KAWASAN HOKKIEN
AUMPUT SEDANG DI POTONG
DENGAM MESIN RUMPUT

INI PROJEK
NAK JADIKAN HOKKIEN
WILAYAH LIPUR
UNTUK BERJOGGING
UNTUK BERJALAN
UNTUK BERBASIKAL
UNTUK BERANJING

GUA HARAP HARI INI
AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
KELMARIN GUA KE KUATAN
ADA KENDURI KAWIN

PULANG DARI KENDURI
SINGGAH DI MENTAKAP
SEMPAT BERHARIMAU
SEMPAT BERBULL DOG
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
AHAD YANG INDAH

WANGI BUNGA HARUM  SEKUNTUM
DI TIMPA PANAS LALULAH MATI
KOSERT MUSIK JANTAN BERCIUM
DI MANA MANA ADA LGBT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
AHAD YANG PERMAI