Selasa, 3 Oktober 2023

HIDUP INDAH SATU KETIKA DULU


SATU KETIKA DULU

HIDUP INI MEMANG

INDAH

KHALAS

PAS AJAK BERTEMPUR


PAS tidak rayu keputusan batal pilihan raya Kemaman, kata Takiyuddin

PAS tidak akan merayu keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calonnya di kerusi Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

Katanya, PAS membuat ketetapan itu selepas Hakim Anselm Charles Fernandis hari ini mengesahkan keputusannya membatalkan pilihan raya pada 19 November 2022 itu atas alasan wujud sogokan kepada pengundi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang terlibat dengan rasuah semasa pilihan raya di Kemaman.

“Keputusan saya bagi kes petisyen pilihan raya ini adalah terdapatnya unsur-unsur rasuah bagi bahagian pilihan raya Parlimen ini. 

“Namun begitu saya tidak menamakan mana-mana pihak,” kata hakim, seperti dipetik oleh Takiyuddin dalam kenyataannya hari ini.

Fernandis mengesahkan keputusannya dalam sesi pengurusan kes yang berlangsung melalui sidang video.

“Sehubungan dengan itu PAS menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” tambah Takiyuddin.

Pada PRU15, calon PAS Che Alias Hamid mengalahkan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said dengan majoriti 27,179 undi.

Ahmad kemudian memfailkan petisyen pilihan raya dan berjaya membuktikan ada elemen rasuah untuk mempengaruhi pengundi di Kemaman semasa PRU15.

Semasa perbicaraan petisyen, antara keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah termasuk sumbangan dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan di majlis rasmi kerajaan negeri semasa tempoh kempen pilihan raya.

Mahkamah Ppilihan Raya sebelum ini membatalkan juga kemenangan calon PAS di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, yang pilihan raya kecilnya diadakan pada 12 Ogos lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon PAS Ahmad Amzad Hashim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional sekali lagi menang dan kali ini dengan majoriti jauh lebih besar berbanding PRU15. – 3 Oktober, 2023.

WOIT

MACAM DIRANCANG

KAH KAH KAH

MACAM MAHKAMAH

BERI BANTUAN

KAH KAH KAH

PELUANG NUSI

TIBAI PUDIN

KAH KAH KAH

BOLA TANGGUNG

UNTUK PAS TIBAI

GEROMBOLAN

AMIN

UNTUK BUKTIKAN

MELAYU ISLAM

MASIH AMPOH

AMIN

KHALAS

SUMPAH NO ANWAR NO DAP


PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan didakwa mereka-reka cerita palsu dengan mendakwa PAS sebagai pengkhianat.

Naib Presiden PAS,  Idris Ahmad membidas Mohamad atau dikenali Tok Mat itu supaya tidak memusingkan fakta untuk menyalahkan parti tersebut dan mengingatkannya berhubung pengkhianatan sumpah “No Anwar, No DAP sebelum ini”.

“Dalam PAU (Perhimpunan Agung) 2020, UMNO menyatakan pendirian, ‘No Bersatu, No Anwar, No DAP”.

“Dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka, UMNO menyatakan pendirian tiada kerjasama dengan Bersatu mahupun PAS. Dalam PRN Johor, UMNO terus angkuh dan memilih bergerak solo.

“UMNO juga menolak penyatuan yang kita tawarkan dalam menghadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum). Kononnya parti keramat terbesar orang Melayu itu mampu bergerak sendiri. Hasilnya, UMNO terciduk ditolak rakyat. Tiba-tiba PAS yang salah?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berjanji kepada akar umbi tiada kerjasama dengan  Anwar Ibrahim dan juga DAP, namun menukar pendiriannya untuk membentuk kerajaan campuran bersama seteru politiknya itu.

Idris berkata, PAS berkorban banyak bagi memastikan perpaduan ummah orang Islam dan Melayu, bagaimanapun UMNO semakin angkuh dan ego.

“UMNO kian terdesak. Terdesak sehingga Tok Mat terpaksa mereka-reka naratif palsu menuduh PAS khianat.

“Pengkhianat inilah yang menghulur tangan waktu UMNO kalah PRU-14. PAS bahkan elak pertembungan kerusi dengan UMNO. Cara nak berkawan.

“PAS mengalah demi Penyatuan Ummah sehingga UMNO menang satu demi satu PRK. Demi kawan. Bagi PAS, kejayaan Penyatuan Ummah lebih mahal. PAS mengalukan semua yang ingin berkawan atas dasar Penyatuan Ummah.

“Syarat PAS mudah, Penyatuan Ummah ini perlu disertai semua parti Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem,” ujarnya lagi.

Tegas Idris lagi, UMNO ditolak rakyat kerana pemimpin mereka yang lupa diri dan hanya mementingkan diri.

“Sedangkan UMNO memilih untuk tetap mengalir dalam air yang keruh sehingga sanggup bersama PH-DAP.

“Sedarlah. UMNO bukan kalah kerana PAS tetapi kerana pimpinan UMNO yang lupa diri. Kerana Presiden UMNO yang pentingkan diri. Ahli UMNO perlu sedar perkara ini,” ujarnya.

INI SUMPAH SUMPIT

LADA API

MAK KAU BUNCIT

DI BAHAN BENGKALI

KAH KAH KAH

CUKONG BERI DANA UNTUK PRU



CUKONG BERI

DANA UNTUK PRU 

AMIN

KHALAS 


Unknown commented on 
"CUKONG BELI PADI"

Dah salahkan cukong pulak, siapa cukong? Kawan baik siapa ? Adakah cukong baru muncul atau cukong menjaga kerabat atau menjaga pemimpin Melayu kita? Saja tanya mohonlah pencerahan kalau ada? Cukong kepada siapa? Cukong kepada mana-mana parti politik kah? Cubalah terang dengan fakta jangan ikutkan cakap kosong pulak?

Unknown commented on
 "CUKONG BELI PADI"

Itu lah pemerintahan selama ini sejak 1957, cakap dah merdeka tapi mana mereka sekarang kah kah kah, berpuluh tahun cakap tuan tanah tapi cukong berkuasa rupanya kah kah kah, mana pejuang pemimpin Melayu Isle kita semua sekali tak kiralah aliran politik mana pergi demi bangsa demi agama demi negara? Selama inilah siapakah pemerintahan kah kah lagi malu kalau masih sokong pencuri perompak sangatlah woit

Unknown commented on 
"CUKONG BELI PADI"

Punca pada dua. Ini nak minta tolong adik adik woksyop, kedai welding, giat mara. Seru ya tolong tt. Cipta mesin kecil potong dan milling padi. Jepun buat kobota tolong banyak orang.

JEREBU ILANG

 

JEREBU ILANG

PETANG INI JAM 5.46 
KL & KL SENTRAL DI LIHAT CERAH
JEREBU PAGI TADI DAH HILANG

ARAH KE SUNGAI BESI
AWAN MENDUNG
ARAH KE SEREMBAN MUNGKIN
DAH HUJAN
KEDENGARAN SAYU SAYU
BUNYI GURUH

MALAM INI GUA
NAK PEGI URUT
DI BRICKFEILD
URUT ORNAG BUTA
AMIN


JEREBU MENGANCAM



Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan

ORANG ramai terutama golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan salur pernafasan ekoran keadaan berjerebu ketika ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

“Tiga penyakit berkaitan jerebu yang dipantau Jabatan Kesihatan Melaka ialah asma, jangkitan konjunktivitis dan saluran pernafasan di beberapa klinik kesihatan sentinel seluruh negeri dan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

“Bagaimanapun daripada pemantauan berkenaan, tiada trend kenaikan ketara direkodkan bagi kesemua penyakit berkenaan sejak awal Mac hingga 30 September lepas,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri akan meneruskan pemantauan serta bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan Pelan Tindakan Pengurusan Kesihatan Akibat Jerebu bagi menangani situasi semasa sekiranya keadaan semakin buruk.

Katanya sebagai langkah pencegahan penyakit berkenaan, orang ramai dinasihatkan duduk di rumah atau dalam bangunan dan mengelak berada lama di luar serta memakai pelitup muka.

Ngwe berkata mereka juga dinasihatkan mengikuti nasihat dan saranan kesihatan diberikan Jabatan Kesihatan serta mendapatkan maklumat berkaitan langkah pencegahan kesihatan akibat jerebu di laman sesawang https//:www.infosihat.gov.my dan www.moh.gov.my.

Indeks pencemaran udara (IPU) negeri Melaka merekodkan tahap tidak sihat di tiga kawasan di negeri itu iaitu Alor Gajah (122), Bukit Rambai (155) dan Bandaraya Melaka (134) pada 2 pagi semalam, manakala bacaan IPU berkenaan turun kepada tahap sederhana iaitu Alor Gajah (92), Bukit Rambai (92) dan Bandaraya Melaka (85) pada 12 tengah hari tadi. – Bernama, 3 Oktober, 2023.


JEREBU

MENGANCAM

JENG JENG JENG

KALI INI JEREBU

DARI MANA

ASAL USUL

AMIN

SAPA MEMBAKAR

APA DIBAKAR ?

AMIN

KHALAS

SANUSI TOLAK PENCALONAN


SANUSI TOLAK

PENCALONAN

AMIN 

OLIGARKI


OLIGARKI

KHALAS 

abuqassim commented on
 "LAWAN CUKONG"

Cukong.. Kartel.. Mafia.. Kaputalis..
Namo yo lain..
Org eh samo...
Samo yo kok namo roscail ko.. Jepimogan ko...
Asal namo eh pemimpin politik..
Semuo eh tolo kono picit kek dorg...
KAH KAH KAH

PESANAN YANG BAIK DARI SAHABAT



PESANAN BAIK

DARI SAHABAT

AMIN



SEJARAH CUKONG TIPU KERAJAAN


SEJARAH CUKONG

TIPU KERAJAAN

AMIN

KHALAS

ANWAR KAKI MERAPU KATA TUN



Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal

Sikap sambil lewa dan gagal mentadbir negara dengan baik menyebabkan kerajaan campuran kini tidak lagi diyakini rakyat, kata Tun Faisal Ismail Aziz.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) itu berkata  Anwar  tidak mempunyai hala tuju dan sering merapu sehingga pelabur tidak yakin, malahan rakyat juga meragui kemampuannya susulan permasalahan yang gagal ditangani dengan baik.

“Tiada hala tuju yang jelas – PM10 pun jenis bila ditanya soalan, dia dok merapu ke lain, macam mana pelabur nak yakin.

“PM10 dan kerajaan PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) hari ni berhadapan dengan krisis keyakinan, rakyat tidak yakin, peniaga tidak yakin, penjawat awam tidak yakin, pelabur tidak yakin, pasaran pun tak yakin,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Tun Faisal membangkitkan isu dihadapi negara ketika ini, kejatuhan ringgit serta kenaikan harga barang ketika ini yang tidak terkawal dan juga bekalan makanan asas yang hilang di pasaran seperti beras dan telur sebelum ini.

“PM10 dan kerajaan PH-BN hilang kawalan ke atas banyak perkara, harga barang, kos sara hidup, bekalan barangan, termasuk bekalan barangan asas, OPR (Kadar Dasar Semalaman), nilai ringgit dan prestasi menteri-menteri.

“Rakyat susah, peniaga susah, penjawat awam pun susah, kos sara hidup tinggi, harga barang melambung tinggi, bayaran bulan kpd bank tinggi, sewa meningkat, bil letrik melambung tinggi, harga barang kawalan pun meningkat tinggi, bekalan barangan, termasuk makanan asas kurang, ringgit jatuh, pasaran saham jatuh… maruah rakyat pun jatuh, terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan beras tempatan,” ujarnya lagi.

Mengambil kira semua faktor kegagalan kerajaan campuran tersebut, Tun Faisal mempersoalkan sama ada wajar ia relevan lagi untuk terus dikekalkan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat setiap hari.

“Bolehkah kita terus memberikan keyakinan dan sokongan terhadap Anwar, jika keadaan negara dan rakyat semakin hari semakin teruk?” soalnya.

WOIT

KALAU DAH

SUSAH TUN

NAK BUAT APA?

KAH KAH KAH

SAMA ADA TUN

CAKAP BETUL

ATAU TUN PUTAR

KITA LIHAT PRK

PELANGAI DAN

KEMAMAN 

JENG JENG JENG

KHALAS

LAWAN CUKONG


Kamu sorok beras, kamu jaga’ – PM

BENTONG – Perdana Menteri memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang mengambil menyorok bekalan beras putih tempatan (BPT).

Mereka yang bertindak demikian, pastinya akan diheret ke muka pengadilan, tegas  Anwar.

Beliau percaya ada segelintir pihak yang berbuat demikian demi mengaut keuntungan.

”Arahan jelas kepada pihak penguasa kalau kamu sorok, kamu jaga!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAHA

KERAS BUNYINYA

KAH KAH KAH

BERANI KE

LAWAN CUKONG

ATAU HANYA

GERTAK

KAH KAH KAH

KHALAS

JEREBU - PAKAI PELITUP MUKA


Kualiti udara bertambah baik, hanya 5 kawasan rekod IPU tidak sihat


KUALITI udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 156, diikuti Cheras dengan bacaan 154, menurut data terkini di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan IPU tidak sihat juga direkodkan di Seremban iaitu 142, manakala Banting di Selangor (119) dan Petaling Jaya (109).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Setakat 9 pagi, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana. – 3 Oktober, 2023.

JUNTUK JAGA

DIRI KITA

PAKAI KEMBALI

PELITUP MUKA

KHALAS

MIMPI DALAM TIDUR


MIMPI 

DALAM TIDUR

AMIN

Unknown commented on
 "DEMO SOKONG NAJIB - 
TAKDA SAPA NAK TURUN !!!"

https://youtu.be/g0PA2S2AK5E?si=6scn4JUG-z-WFHok

SOKONG PENCURI



SOKONG PENCURI

KHALAS

Unknown commented on
 "DEMO SOKONG NAJIB -
 TAKDA SAPA NAK TURUN !!!"

Pelik orang kita semua, suka sangat kepada pencuri perompak duit rakyat negaraku kah kah kah sejak dulu sampailah sekarang sama jugak kan? Lagi banyak mencuri lagi banyak sokongan kah kah kah kenapa saja tanya janganlah marah maruah sangat pulak kah kah kah

CUKONG BELI PADI


CUKONG BELI

PADI

AMIN

KILANG MILIK

CUKONG

AMIN

CUKONG BERI

PINJAM DUIT BELI

BAJA

AMIN

JUAL PADI

PADA CUKONG

KHALAS

Unknown commented on 
"PEMIMPIN MUDA 
HARAPAN BANGSA"

Tanam padi orang-orang kita, tapi macamana boleh sampai tangan cukong? Kah kah kah bernas itu siapa punya woit kah kah kah

LAGI 3 HARI


LAGI 3 HARI 

SELASA 3 OKTOBER 2023
LAGI TIGA HARI
MENGUNDI DI PRK PELANGAI

KEMPEN SEDANG HEBAT BERJALAN
PN LAWAN BN
MELAYU ISLAM
LAWAN 
MELAYU PENCURI
SAPA AKAN MENANG ?
JENG JENG JENG

WOIT
SILA AMBIL PERHATIAN
JANGAN KOMEN
KAKI LIWAT
KAH KAH KAH
NANTI KENA SERBU
KAH KAH KAH

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN GELABAH
 DUIT
UNTUK UKRAINE
BELUM LULUS
KAH KAH KAH

UKRAINE PERLU DUIT
PERLU DUIT GAJI
BUKAN HANYA UNTUK ASKAR
UNTUK KAKI TANGAN GAMIN
AMERIKA YANG TANGGUNG

PARTI REPUBLIKAN MENENTANG
DAN UNTUK UKRIANE
JENG JENG JENG

REPUBLIK CONGO
DOKTOR ALAT KELAMIN
DENIS MUKWEGE
MENANG HADIAH NOBEL KEAMANAN

DENIS MUKWEGE
BERKEMPEN LAWAN
KEGANASAN SEKSUAL DI CONGO
DIA NAK TANDING
JADI PRESIDEN CONGO

HOKKIEN
KERING  BERJEREBU
KL & KL SENTRAL ILANG
JEREBU TEBAL

MATA HARI  DAH MUNCUL
TAPI CAHAYA DI HALANG
OLEH JEREBU

DI PINTU MASUK
ADA SUARA KATAK
MEMANGGIL HUJAN
CENGERIK BERSIMPONI
TIGA EKOR TIONG
MENCARI CACING 
DALAM LOPAK AIR DI JALAN

SAEKOR KENG BERSUARA
HEBOH SATU HOKKIEN

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS BERJEREBU
BERLENGAS
DI BALKONI GUA
CAHAYA MATAHAR DAH SAMPAI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG BERJEREBU


BRO
SEJAK LIMAU DI MAKAN MUSANG
BANYAK ULAT DUDUK DI PARA
SEJAK NAJIB MASUK KE KAJANG
KAK MAH  JADI ANAK DARA

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERSELASA
JANGAN LUPA PELITUP MUKA