Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 9 Oktober 2012

PERSOALAN BESAR UNTUK KURUN INI



KESAH TIGA AWEK CUN

persoalan ialah:
siapa awek awek ini?
apakah awek awek ini akan datang ke bersih rocks?

jika awek awek ini membaca tt
atau kenalan awek awek ini membaca tt
sila sampaikan jemputan untuk awek awek ini
sila datang ke stadium kelana jaya
sabtu 13 oktober 2012 jam 4 petang

hanya awek cun merubah hidup!


LAGENDA TIGA AWEK CUN 

KITA TURUN BERDEMO LAGI - TUNTUT 8 TUNTUTAN



Kenyataan Media
9 Oktober 2012

KEADILAN GESA RAKYAT HADIR KONSERT BERSIH

KEADILAN menyokong sepenuhnya usaha kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Bersih 2.0 yang mengadakan Konsert Bersih 8 Tuntutan pada 13 Oktober 2012 demi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya pilihanraya diadakan dengan bebas dan bersih.

Seperti yang umum sedia maklum, 8 tuntutan Bersih 2.0 hingga ke hari ini masih belum lagi dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Malah pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi untuk tidak melaksanakan kelapan-lapan tuntutan tersebut, yang memberi persepsi SPR seakan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem pilihanraya di Malaysia.

Oleh itu, KEADILAN menggesa seluruh rakyat Malaysia termasuk anggota-anggota KEADILAN untuk hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8 Tuntutan 13 Oktober ini. Marilah kita bersama-sama menunjukkan yang rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih.

YB Chua Tian Chang,
 Ahli Parlimen Batu 
 Naib Presiden KEADILAN

BERITA SMS BARU MASUK DARI DUBAI





INI SMS DARI DUBAI:

sms dari kawan2 dari dubai
ada kawan sms dari doha
bik mama di doha
embassy Msia tutup 3 hari 
nak layan dia
Agong dtag Doha pun embasy tak tutup!


JANGAN LUPA ADAT TRADISI DAN BUDAYA MALAYSIA : ROSMAH - minsider

DOHA, 9 Okt — Rakyat Malaysia di perantauan perlu sentiasa menyemai dan menyuburkan semangat cintakan negara di hati mereka dan anak-anak agar tidak melupakan adat tradisi dan budaya Malaysia.






Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor (gambar) berkata tradisi dan adat budaya Malaysia adalah unik dan merupakan resepi negara dalam mencapai keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.







KITA BERDEMO LAGI



TOLONG JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU




  BERHIMPUN  DI STADIUM KELANA JAYA
SABTU 13 OKTOBER JAM 4:00 PETANG
MENUNTUT 8 TUNTUTAN
BERSIH ROCKS
 
           
ZAHID : MALAYISA TAK KAN DIJADIKAN PANGKALAN TENTERA ASING - mkini

 Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut.

"Lawatan muhibah tentera laut dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik.

"Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak," katanya..
   
Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily, yang menggesa kerajaan BN tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini.
   
Mahfuz merujuk kepada kehadiran kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang pada hari Ahad dan dilaporkan persinggahan sulung selama lima hari itu bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BIOL PUNYA HUJAH.... kah kah kah..

kah kah kah..BILA KAPAL ITU BERLABUH.... MAKNYA BAWA DUITLAA MASUK...kah kah kah..

kah kah kah.. SOLJAR AMERIKA MELANGGAN LENDIR... INI BAWA DUIT... kah kah kah..

kah kah kah..SOLJAR AMERIKA SEWA HOTEL ... INI BAWA DUIT... kah kah kah..

kah kah kah...KAPAL INI BUAT JAMUAN... INI B AWA DUIT... kah kah kah..

woit... NAK BAWA DUIT INI BUKAN HANYA CARA SOROS SAHAJA..... kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK PERLU  BUAT PENGKALAN.... kah kah kah..

jah kah kah... DATANG REPAIR... DATANG BUNG LENDIR  ..PUN SUDAH CUKUP... kah kah kah..

woit...TOLONGLAA JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU...kah kah kah..

kah kah kah...ORANG MELAYU INI DAH RAMAI BODOH.... kah kah kah


 KITA BERDEMO LAGI



ORTOPEDIK MORAL KEBANYAKAN ADALAH GAGALIS TAK LAKU



NOTA:
seorang imam
seorang lebai
seorang pelacur
seorang homosexual
seorang penkid
seorang mat rempit
seorang haji
seorang pemadat
seorang minah cun
seorang mamat jambu
seorang profesor
seorang guru
seorang towkay
dab dan dan....

mereka semua setaraf
setiap mereka memiliki satu undi



KITA BERHIMPUN DI STADIUM KELANA JAYA
SABTU 13 OKTOBER JAM 4:00 PETANG
MENUNTUT 8 TUNTUTAN
BERSIH ROCKS

 KONSERT BERSDIH - BERSIH KONSERT 

Ada juga suara ahli parti PR yang sinis menyindir bahawa konsert ini tak perlu.
Ada juga yang berpesan agar jangan lupa solat, jangan lalok, jangan tak tutup aurat, jangan buat sampah dan jangan bergaul bukan mahram.

Baik!

1. Jika Pakatan Rakyat bukan bermaksud "Pakatan Tiga Parti Politik" atau termasuk PSM sebaliknya PR merangkumi semua 'rakyat' seperti slogan "For All" maka mereka harus faham akan perbezaan cara dan kepelbagaian gaya. Rakyat bermaksud semua golongan tak kira ahli parti atau di luar parti yang lebih ramai termasuklah pelacur, mat gian, haji dan hajah, OKU dan lain-lain. Ahli parti ini yang masih gagal menghayati pemikiran pemimpin mereka (dan mungkin ada sesetengah pemimpin juga masih tak faham) harus tidak menolak habis-habisan kelainan ini dan memaksa golongan ini menyertai mereka. 

baca seterusnya disini:

http://kulupsakah.blogspot.com/2012/10/ada-juga-suara-ahli-parti-pr-yang-sinis.html


KESAH ROTI NAJIB BERSAMBUNG LAGI




NOTA:
racangan untuk menipu di pru 13
sedang berjalan rancak
nama nama pengundi telah dialih
nama nama pengundi telah diubah

ditempat tempat dimana gerombolan merasa kecewa
saperti di bukit bintang
saperti di seputeh
maka pengundi akan dialihkan ke lembah pantai
kerja saperti ini telah berlalu
dengan kerjasama spr

bakal pengundi di nasehat untuk
melihat nama mereka setiap minggu
kerana banyak nama pengundi telah sengaja di hilangkan

SELANGOR AKAN JATUH
selangor akan jatuh
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi kerana penipuan

PURTAJAYA AKAN GAGAL
pakatan akan gagal ke putrajaya
bukan kerana tidak ada sokongan
tetapi kerana penipuan

8 TUNTUTAN MASIH TIDAK DI TUNAI
bersih masih menuntut 8 tuntutan ini
jika 8 tuntutan ini tidak ditunai
maknya pru13 adalah pru tipu

KAH KAH KAH
INI SI MAMAK PENCANAI ROTI

INI NAJIB MELIHAT ROTI YANG TELAH SIAP


BERHIMPUN DI STADIUM KELANA JAYA
JAM 4:00
SABTU 13 OKTOBER
KITA MENUNTUT 8 TUNTUTAN

BERSIH ROCKS
 

MALIKUL SEMBAB BERFAKWA LAGI




BERHIMPUN DI STADIUM KELANA JAYA
SABTU 13 OKTOBER 2012 JAM 4:00 PETANG
MENUNTUT 8 TUNTUTAN

TANGANI PLURALISME, LIBERALISME - meloya

KUALA LUMPUR 8 Okt. -  Muhyiddin Yassin berkata, penyebaran fahaman pluralisme agama dan liberalisme merupakan satu cabaran serta ancaman yang melanda umat Islam pada masa kini.

Menurut  Muhyiddin, fahaman tersebut menganjurkan pengikutnya terutama umat Islam membebaskan diri daripada kepercayaan serta peraturan yang menjadi asas keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pendokong fahaman itu menghalalkan pergaulan bebas, perkahwinan sejenis, perbuatan murtad dan segala bentuk kemungkaran lain yang kononnya atas nama kebebasan individu dan hak asasi manusia.

Katanya, fahaman ini jika dibiarkan menular akan menyebabkan berlakunya keadaan yang mana masyarakat tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan panduan dan pedoman agama.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... PLURISMA DAN LIBERALISMA BAHAYA?.... kah kah kah..

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN RASUAHISMA?.... kah kah kah..

kah kah kah..BAGAIMANA  DENGAN TIPUSISMA ORANG MELAYU?...kah kah kah..

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN BODDOHKANISMA ORANG MELAYU.?... kah kah kah

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN BUNUH ALTANTUYAISMA.... kah kah kah..

kah kah kah.... BAGAIMANA DENGAN  BELI CINCINISMA?... kah kah kah...

kah kah kah.... BAGAIMANA DENGAN JUAL AGAMAISMA.... kah kah kah..

kah kah kah... BAGAI MANA DENGAN BIK MAMAISMA.... kah kah kah

HIMPUNAN MENUNTUT 
8 TUNTUTAN


HIMPUNAN BERSIH MENUNTUT 8 TUNTUTAN PETANG SABTU INI




 HIMPUNAN BERSIH ROCKS 
STADIUM KELANA JAYA
SABTU 13 OKTOBER 2012
JAM 4:00 PETANG
KITA BERHIMPUAN MENUNTUT 8 TUNTUTAN
Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
8 Oktober 2012

RESOLUSI SAMM 03/2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 di Sekinchan, Selangor pada 6 Oktober 2012. Rapat yang diadakan sehari bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 10.00 malam menghimpunkan hampir semua penyelaras SAMM peringkat Kebangsaan, Negeri  dan Kawasan serta menghimpunkan orang sumber dari perbagai latar sesuai dengan agenda rapat kali ini "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13". Maka telah dilahirkan beberapa gerak kerja yang praktikal dan yang telah disimpulkan dalam 8 Resolusi.

Berikut ialah resolusi SAMM sempena rapat kali ini yang perlu diangkat kepada massa;
1. Negara ini sememangnya bermasalah maka diputuskan walau apa pun terjadi, regim Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.
2. Isu scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara. Isu ini perlu diadili dalam negara. SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perbincangan awal telah dibuat bersama SUARAM, dalam masa terdekat akan diumumkan siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa ’Najib’  Pertualang Negara.
3. Media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya regim pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif. Satu siri latihan dan gerak kerja penyampaian maklumat telah disusun di seluruh negara untuk perlaksanaan segera.
4. Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan Bn dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat. Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno / Bn di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu.
5. SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintahan regim ini wajib tidak diperbaharui. SAMM akan meneruskan usaha pendedahan penyelewengan regim dari masa ke semasa. SAMM akan terus berkerjasama dan menghargai usaha semua termasuk kakitangan awam yang mendedahkan maklumat penyelewengan. Kakitangan awam yang berani tampil mendedahkan penyelewengan regim adalah hero rakyat dan bagi kes tertentu SAMM akan memastikan identiti mereka terus dirahsiakan.
6. Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti regim untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa. SAMM dengan ini akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara. Satu program khusus sedang dirangka sesuai dengan maksud tersebut. Sebuah ormas yang dikenali sebagai APS dikenalpasti sesuai untuk menjadi rakan strategik SAMM.
7. SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar.  Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.
SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.
Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.
8. SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Sememangnya wujud musang berbulu ayam dan mereka ini seharusnya diperhatikan namun ia seharusnya tidak menghilangkan fokus menyatu gerakan menumbang regim. Sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) menyatu gerakan rakyat menumbang musuh utama akan diteruskan. Kerjasama dengan sekutu – sekutu diperbagai peringkat akan dipertingkatkan. SAMM akan berkerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.
Resolusi SAMM ini bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan regim pemerintah. Inilah "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13". 

"Perubahan Itu Harus DIdesak!"

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


HIMPUNAN BERSIH ROCKS
SABTU 13 OKTOBER JAM 4:00 PETANG
STADIUM KELAN JAYA 
MENUNTUT 8 TUNTUTAN