Khamis, 16 Oktober 2008

HUJAN HUJAN LAGI

Hujan turun lagi
Buat susah orang jalan kaki
Baju diampaian terus berdaki
Sejuk dan selalu kencing kerana banyak minum kopi

Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan cuaca di bumi kita ini. Apakah ini hasilan pemanasan dunia. Apakah ini hasil perubahan cuaca yang sementara. Apakah ini tanda-tanda akhir zaman seperti dalam Kalender Maya yang menetapkan 2012 nanti kita semua akan kaput.

Saya selalu bertengkar dengan diri sendiri. Antara panas dengan hujan mana yang baik. Antara musim sejuk dengan musim panas mana yang enak.

Bila hujan saban petang seminggu ini – saya mahukan panas.
Bila panas terik pula saya berharap hujan turun.
Bila sejuk mengigil dalam salji saya bermimpi musim panas
Bila panas membakar saya bermimpi tidur dalam salji.
Saya sendiri pun tidak tahu apa yang saya mahu.

Bekas kekasih saya seorang gadis Basque – kami selalu bertengar – tentang hal hujan dan panas. Di London sejuk dan gelap. Dia mengajak saya berpindah ke Sepanyol. Di Sepanyol panas dan cerah. Lalu saya ajukan bahawa di Malaysia panas sepanjang tahun. Tidak ada musim panas dan musim sejuk. Lalu saya pelawa dia datang ke sini. Gadis ini menolak kerana dia tidak boleh hidup dalam negara yang tidak ada empat musim. Saya pun senang hati kerana boleh terus mencari kekasih lagi.

Petang ini hujan turun lagi. Saya gelisah. Petang kelmarin saya nampak Sungai Klang padat. Dua tahun dahulu ada buaya naik berjemur betul-betul di belakang tempat saya menunggu bas.

Bilik saya tidak jauh dari tebing Sungai Klang. Kalau banjir Nabi Noh sampai sekali lagi maka kawasan saya mungkin yang awal tenggelam. Kubur-kubur di sekeliling tempat saya tinggal juga akan tenggelam. Kalau bah Nabi Noh datang lagi saya akan menyelamatkan lima ekor kucing saya dalam kapal Nabi Noh. Nabi Noh menyelamatkan binatang berpasang-pasang agar nanti akan ada zuriat yang baru. Dalam hal ini saya ada masaalah. Semua kucing saya telah putus haid – bukan saya yang buat – ini kerja bomoh binatang.

Bila agaknya hujan ini nak berhenti.
Saya rindu nak tengok kuala lumpur banjir lagi macam tahun 1971.
Seluruh batu road seminggu tenggelam. Kemudian ada jual murah. Saya ingin melihat Sogo tenggelam kali ini kerana saya ternampak ada seluar dalam terjual disitu tetapi harganya mahal. Bila banjir menyerang pasti harganya merosot.

Woit ! tak henti-henti lagi. Ini kopi yang entah berapa belas kali! Sejuk sejuk macam ini saya teringat alangkah seronoknya kalau saya di katil tidak bersendiri.



NAJIB KATA DIA TAK SALAH - TERBARU ! HOT

Najib Razak sekali lagi menafikan yang dia telah menyalah gunakan kuasa dalm kes Sms gadis cun Altantuya dari Mongolia.

Najib memberi tahu para YB Barisan Nasional di parlimen.

‘ Najib kata dia tak salah guna kuasa. Kalau dia salah guna, Razak sudah bebas,’ kata seorang YB kepada Malaysian Insider.

Dua hari dulu Najib juga telah membuat pengakuan yang sama.

Rakyat dan orang ramai terutama orang Melayu sedang menunggu-menunggu bilakah agaknya Najib Razak akan bersumpah sekali lagi. Beberapa bulan dahulu Najib telah bersumpah yang dia tidak mengenali gadis cun Altantuya dari Mongolia.

Kali ini orang ramai ternanti-nanti sumpah Najib tentang komunikasi Sms antara Najib dengan Shafee Abdullah , peguam Razak Baginda. Razak Baginda ialah penasihat dan juga rakan niaga Najib Razak.



TERBARU - HOT ! BERITA GUMBIRA - ajensi berita

President President Rafael Correa Isnin lalu telah mengumumkan satu Piagam Perlembagaan Baru untuk Ecuador. Ini setelah mendapat sokongan 70% dari warga Ecuador yang telah mengundi untuk melahirkan piagam ini.

Ecuadore kini akan menjalankan dasar ekonomi sosialis.

Perlembagaan Baru ini akan memberikan warga hak terhadap air, kesihatan, pencen dan pembelajaran percuma dari tadika hingga ke universiti.

Perlembagaan Baru ini juga akan memilik negarakan tanah-tanah yang luas untuk diagih-agihkan kepada kaum tani yang tidak bertanah. Ini adalah dasar Tanah Untuk Penggarap.

Presiden Correa juga TIDAK akan memperbaharui perjanjian Khemah dan Lapangan Terbang Tentera Amerika di Manta, Ecuador. Ini berdasarkan pengharaman wujudnya tentera asing di bumi Ecuador.

Perkembangan terbaru di Ecudor ini adalah sebahagian dari gerakan rakyat Latin Amerika yang mengambil jalan sosialis yang bebas dan merdeka dari kuasa imperil Amerika Syarikat.



HORMATI PENDUDUK NUSANTARA – U.malayau

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri. Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

kah kah kah….. padan muka … masa ni mula nak cakap orang pulau bali orang melayu…orang batak orang melayu…. orang meluku orang melayu… sampai jose rizal dari filipina pun jadi orang melayu….. kah kah kah …. memanglah depa semua ini orang melayu ….. itu membuktikan bahawa melayu ini tak sangkut paut dengan islam… ada melayu hindu di bali…. ada kristian di meluku …. ada melayu kristian di filipina…… ini baru betul…. jangan cakap melayu tu islam dan islam tu melayu…. jangan kelintau kelintau…. kah kah kah

kah kah kah.... memang sejarah tak leh ubah-ubah.... melayu ini macam macam....kah kah kah... apak jadi dengan perpaduan melayu....kah kah kah



MAHATHIR BUKAN DALANG SAYA DAN NAJIB – U.malayau

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara.

"Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir). Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di sini hari ini.


kah kah kah…. wak sembab dah panik…. kah kah kah… madey bukan dalang? .…. madey memeng bukan dalang…. yang jadi dalang jawa…. madey dari kerala….kah kah kah….kalau madey bukan dalang wak sembab ni jadi munkee apa?..... jadi barua…. kah kah kah….

KESAN KRISIS EKONOMI TIDAK SETERUK NEGARA LAIN – U.malayau

KOTA KINABALU 15 Okt. Kesan krisis ekonomi dunia ke atas Malaysia yang dijangka mula dirasai tahun depan tidak akan seteruk negara-negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai asas ekonomi yang pelbagai sekali gus mampu menampan kesan buruk ekonomi dunia itu.


kah kah kah…. bila minyak petrol naik harga …. jawabnya … minyak kita lebih murah dari negara-negara lain…. bila tepung naik harga…. jawabnya …tepung kita lebih murah dari negara-negara lain…. kah kah kah… tak seteruk mana? … seteruk apa?....kah kah kah

munkeee….negara-negara lain tu apa namanya…. tolong cakap sikit….kah kah kah… adakah nama negara-negara ini port dickson?.... kah kah kah…. adakah nama negara-negara lain ini namanya mongolia….. kah kah kah…. negara-negara mana ni…. jangan nak tipu… cakaplah nama negara-negara lain ini…. jangan jadi mat mongol…. kah kah kah



BINA SEKOLAH BARU DITANGGUH - U.malayau

KUALA LUMPUR 15 Okt. Kementerian Pelajaran menangguhkan pembinaan beberapa infrastruktur yang baru berikutan kenaikan harga siling bahan binaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Penilaian semula projek itu perlu dibuat memandang kan kenaikan harga besi dan simen, katanya ketika menja wab soalan Datuk Yusoff Mahal (BN-Labuan) pada persi dangan Dewan Rakyat hari ini.


kah kah kah….. cakap tadi ekonomi tak teruk… ni tak ada duit pulak nak buat sekolah…. kah kah kah…. yang mana satu yang benar ni…kah kah kah…. pagi cakap lain petang cakap lain…. kah kah kah….ni dah flip flop….macam wak dolah…kah kah kah

kalau dah tahu tak ade duit buat apa beli kapal selam…. buat apa beli kapal terbang sukhoi…. buat apa beli bank indon yang bangkrap…. buat apa beli eurokopter…gunakanlaaa duit tu buat sekolah…. memanglaaa besi mahal… ingat kapal selam dari daun kayu…. ingat helikopter tu dari jerami padi…. kah kah kah



HINDRAF DIISYTIHAR HARAM

KUALA LUMPUR 15 Okt. Kerajaan hari ini mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

kah kah kah…. pelik binti hairan…. cam na nak haramkan…. Hindraf ni tak bersunat kee….bila pulak hindraf ni menjadi persatuan…. kah kah kah….haram macam mana… haram macam duit rasuah ke?…. haram macam judi ke?…. haram cam mana…gua ingat hindraf ni hanyalaa perasaan orang india yang tak puas hati…. Cam mana nak haramkan perasaan… kah kah kah



TUNGGU GILIRAN SAMPAI PENGSAN – U.malayau

SERIUS... Mardiana Mat Piah yang sakit perut dan demam, pengsan selepas tiga jam menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, malam semalam.

SERDANG 15 Okt. - Kementerian Kesihatan sering memberi jaminan yang tempoh menunggu bagi setiap pesakit di hospital-hospital kerajaan tidak akan melebihi setengah jam.


kah kah kah…. kan dah cakap buat apa beli kapal selam…. buat apa beli jey sukhoi… buat apa beli eurokopter…… buat hospital untuk orang ramai….. buat fakulti perubatan….. bagi belajar percuma…. rakyat mati sakit bukan diserang musuh…kah kah kah