Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 25 Ogos 2008

STOP PRESS @ 1143

Anwar Ibrahim terus menyampaikan ucapannya.

Dia terus berlawak sambil berterusan mengutuk UMNO.

Katanya jika menang malam esok, dia akan mengetuai pembangkang di Parlimen.

Anwar juga turut menyanyi “tiada kata seindah bahasa” di samping menasihatkan kepada anak-anak muda supaya tidak mengadakan sebarang perarakan.

Jam sekarang 1143pm.

CERAMAH TERAKHIR ANWAR IBRAHIM

Saya telah sampai ke tempat ceramah terakhir Anwar Ibrahim.

Ketika ini jam 1130pm Anwar Ibrahim sedang berceramah.

Ribuan pendengar berada di sini. Mereka terus berada di sini walaupun hujan masih lagi turun.

Kereta yang diletakkan di bahu jalan terpaksa disusun 3 lapis di samping ribuan motorsikal.

Sambutan ke atas ceramah terakhir Anwar Ibrahim sememangnya sangat besar.

PEMERHATI PILIHANRAYA

Lima orang pemerhati pilihanraya dari Filipina telah pun sampai pada petang ini.

Kumpulan ini akan menyertai pemerhati pilihanraya di P44 Permatang Pauh.

NIEI telah mempunyai 12 orang pemerhati mereka di sini, termasuk 4 orang dari luar negara.

Kesemua mereka berada di sini untuk memastikan tidak berlakunya sebarang penipuan.

SEBERANG JAYA 1055PM

Hujan turun dengan begitu lebat pada ketika ini.

Kesesakan lalulintas juga berlaku di jalan baru Seberang Jaya.

Ini berikutan kehadiran orang ramai yang begitu luar biasa, untuk menghadiri ceramah terakhir Anwar Ibrahim.

SATU ANALISA

Hari hari maut United Malays National Organisation semakin dekat. Parti yang didirikan atas sokongan penjajah British pada tahun 1946 dahulu ini semakin malap cahaya sokongan dari orang ramai. Nafasnya semakin terdesak.

United Malays National Oganisation ditubuh, dilonjak dan dijaga oleh British. Parti ini diperlukan untuk dijadikan barua oleh British kerana pada ketika itu (1948), penjajah British sedang menghadapi Perang Rakyat.

Perang Rakyat adalah perjuangan angkat senjata yang di terajui oleh pakatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Hisbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan berbelas-belas lagi kumpulan patriotik yang anti-British.

Para patriot tanahair dari semua bangsa telah bangun bermandi darah dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ini sejarah gilang gemilang rakyat negara kita yang terus dibohongi oleh United Malays National Organisation. Kita diberi tahu bahawa negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah.

Ini bohong. Pergi ke hadapan Dewan Bahasa Pustaka dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Taiping dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Lubuk Kawah dan tanya berapa ratus anak muda Melayu yang masuk hutan. Pergi ke Behrang Selangor dan tanya berapa banyak anak muda Melayu yang ke hutan mengangkat senjata.

Nama nama seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Chin Peng, Ishak Haji Muhamad, Wahi Anwar, Abdullah Sidi, Rashid Maidin, Abu Samah adalah para nasionalis dan para patiotik yang telah bangun menentang penjajah British.

KMM ada parti politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu dengan garis politik nasionalis yang menolak semua bentuk sifat perkauman dan sifat rasis keMelayuan. KMM adalah parti politik awal yang melaungkan slogan Ketuanan Rakyat. KMM juga adalah parti politik yang pertama melaungkan MERDEKA. Ini sebelum United Malays National Organisation berani menuntut merdeka dari tuannya – penajah British.

Apabila penjajah British kalah maka British telah memunculkan apa yang kita ketahui sebagai United Malays National Organisation. Nama parti ini higga ke hari ini masih lagi dalam bahasa Inggeris – United Malays National Organisation – ini kerana parti ini adalah parti yang telah dijadikan barua oleh British.

Selama 50 tahun orang Melayu telah dibodohkan oleh United Malays National Organisation. Peranan dan proses pembodohan ini telah dilakukan melalui akhbar, media dan sekolah. Lihatlah betapa bodohnya penyokong-penyokong United Malays National Oganisation.

Mereka menjerit-jerit sebagai berjuang untuk Melayu. Tanya pada mereka kenapa nama parti mereka dipanggil United Malays national Organisation. Kenapa TIDAK pakai nama Melayu?

Tanya ini dahulu.

BERHATI HATI

Seorang pemantau dari NIEI - National Institute for Electoral Integrity - telah ternampak satu kumpulan lelaki bermotosikal.

Pemboceng motosikal ini, antara lima atau enam orang kelihatan membawa rotan pendek yang mungkin boleh dijadikan senjata.

Insiden berlaku beberapa hari lalu si selekoh berhampiran Rumah Johor United Malays National Organisation.

Yang membawa motosikal ini dilihat seperti warga Permatang Pauh.


JAWI

United Malays National Organistion dalam usaha terdesak telah menggunakan tulisan Jawi - Undilah Barisan National - .Kaian rentang Jawi ini ditujukan khusus untuk warga Melayu di Permatang Pauh.


LAPORAN CUACA

Petang ini cuaca molek. Angin sejuk. Awan hitam kelihatan tetapi besar kemungkinan tidak akan renyai-renyai seperti dua malam dahulu.


BERITA RTM JAM 8.00

Pelik tetapi benar muka Abdullah Badawi tidak kelihatan lagi. Hanaya suaranya saha yang di dengar.

Apabila Najib di temu bual tiba-tiba terputus.

Seluruh 15 minit pertama berita RTM ini di tujukan khas kepada buntot Saiful.

STOP PRESS

Gagal. Kedai itek masih tertutup. Belum sempat menangis ada cadangan untuk makan bawal goreng di Perda.

Ikannya segar, rangup dan kerana saya belum makan apa-apa hingga jam tujuh petang maka sara rasa cukup enak.

Ini di tambah menarik kerana di sebelah meja saya ada dua Minah Jusco yang cun. Bila di tanya tempat gulai itek mereka juga mengarahkan ke tempat yang sama.

Kedai ikan bawal ini ok - dan banyak lalat yang kalau di makan tidak akan dimasukkan ke dalam bil.


STOP PRESS

Dalam Perjalan ke Permatang Tok Kandu dekat Masjib Batu terserempak dengan kereta bersuara. Ada iklan sembayang qiamulai Masjid Guar Perahu, Kubang Semang dan Masjid Perda.

Sesiapa yang hendak bangun awal sila datang ke masjid ini.


TERNAMPAK

Terpandang satu poster Najib yang tertulis Rakyat Di Hatiku

Satu lagi poster gambar Najib yang masih belum di pasang bertulis: Rosmah Berdengkur Di Sebelahku, Altantuya Mengganguku, C4 Jawapanku.


Juga ternampak poster Abdullah Badawi yang bertulis: Abdullah Badawi P47
Kepala terbatas.


STOP PRESS

Banyak Bilik Gerakan BN telah mula kosong. Ini hasil pengakuan Imam Romlang.

Najib akan sampai malam ini mungkin untuk mengibarkan bendera puteh.


TERKINI

Kereta Pelancung Politik semakin berburit-buritan memasuki kawasan Permatang Pauh.

Malam ini ada pertempuran terakhir untuk Projek 3P.

Sila tunggu laporan seterusnya

STOP PRESS - TERKINI

Dalam perjalanan ke Permatang Tok Kandu untuk mencari Gulai Itik.

Tunggukan laporan sama ada kedai ini meniaga hari ini atau tidak. Jika dibuka tunggukan lelehan air liur.

Jika ditutup lagi siapkan tuala mandi kerana saya hendak menangis.

MAKAN MALAM BERSAMA MONSTERBALL

Daripada kawan ke atas kawan saya pun 'bernasib baik' untuk dijemput menjadi tamu makan malam Monsterball.

Monsterball bukan Dansa Ganas tetapi salah seorang daripada ribuan pelancong politik yang datang berpusu-pusu ke Permatang Pauh. Cukup senang untuk mengenali mereka ini. Kereta mereka besar. Tidak memakai number plat P. Malah banyak yang memakai plat dua angka sahaja. Tingkap kereta mereka hitam mungkin untuk menyorokkan muka mereka.

Mereka tinggal di hotel-hotel di Pulau Pinang, Juru, Butterwoth, Bukit Mertajam atau Sungai Petani. Ada yang datang untuk Pakatan. Ada yang datang untuk Barisan. Ada yang datang untuk membeli saham menunjukkan muka.

Ada nak tunjuk muka pada Najib atau Khairy Jamaluddin – KJ nama manjanya. Ini saham masa depan untuk dapat kontrak.

Ada yang nak tunjuk muka kepada Anwar. Ini ' future trading' , mana tahu kalau-kalau Anwar akan jadi PM.

Tetapi Monsterball bukan daripada kitab ini. Dia seorang lelaki Tionghua pencen. Dia orang berada. Telah melintasi 70 tahun. Dia datang dari Kuala Lumpur dengan pemandunya seorang anak muda India.

Ini kali kedua saya bertemu Monsterball. Kali pertama dia datang ke Bau Bau Cafe berbulan dahulu. Tetapi saya begitu sibuk dengan ini dan itu. Tidak dapat mesra.

Pelancong politik Mosterball datang mencari ' ambience / suasana' pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh. Dia menginap di hotel terbaik di Bukit Mertajam. Dia ada kelas tidak tidur dilantai Tok Pekong atau tumpang rumah kawan.

Bila saya sampai ke restoran kelihatan beberapa 'ekor' Harimau telah terhidang. Saya memesan nasi keladi yang belum pernah saya rasa. Tamu yang lain memesan apa sahaja yang diidami. Monsterball cukup gembira dikelilingi oleh anak-anak muda kenalan barunya. Yang 'oldtai' hanya kami berdua – Monsterball dan saya.

Di kaca TV tersiar acara penutup sukan Olimpik di Beijing. Kami tidak ambil indah. Sambil makan sambil bercerita tentang itu dan ini. Tidak ada politik tegar dalam sembang kami. Semuanya ringan dan santai. Seolah-olah kami di Bau Bau Cafe, Pasar Seni.

Saya bertanya kenapa datang ke Permatang Pauh. Sambil ketawa dia berkata ' I want to see change...'

Monsterball ini tidak ada blog tetapi dia penulis tegar. Dia akan memberi komentarnya kepada blog-blog yang dilayarinya. Dan dia akan meninggalkan tanda siber – Monsterball. Inilah satu lagi hobi baru yang muncul dalam budaya alam siber. Kita berkenalan dalam alam siber dan akhirnya berjumpa di meja makan.

Monsterball si Tukang Komen blog ini memiliki hampir 15 ekor anjing – termasuk seekor Chihuahua. Mungkin apabila bosan bermain dengan si Kurus Kering ini si Monsterball akan berlayar ke alam siber. Ini juga hobi orang berada memelihara anjing import.

Selesai makan Monsterball membalingkan sebatang ’cigar’ kepada saya.. Hah! Terperanjat besar paru-paru saya kerana menerima kepulan asap yang baru. Bukan kepulan asap keretek seludup dari Indonesia.

Waktu berjalan dan sampai masanya Monsterball meminta diri. Dia ingin pulang awal. Umur telah melintasi 70 tahun pasti dia perlu tidur dan berehat. Bukan seperti anak-anak muda yang menjadi tamunya yang ingin meneruskan dengan botol-botol Harimau.

Saya dan kawan-kawan semuanya bangun berterima kasih kerana bil makan dipungut oleh Monsterball. Pemandunya bangun awal. Monsterball mengikut dari belakang. Tidak saya tahu kereta apa yang dipakainya dan apakah cermin tingkapnya hitam.

Sampai sekarang saya pun tidak tahu nama lelaki Tionghua yang baik hati ini. Saya hanya mengenalinya dengan nama Monsterball.

SEHARI KE D-DAY

Program Generasi Anak Merdeka bersama Anwar Ibrahim dan pimpinan AMK akan diadakan malam ini.

Waktu : 9 malam

Tempat : Jalan Tenggiri (Belakang ESSO).

STOP PRESS STOP PRESS

Daripada laporan-laporan yang sedang dan terus menerus diterima Anwar Ibrahim akan menang besar.

Kalau empat hari dahulu kedudukan ialah 50-50

Tiga hari dulu kedudukan ialah 60-40

Dua hari dahulu kedudukan masih 60-40

Satu hari sebelum D-Day – apabila Ustaz ’Saksi’ Saiful membuat pengakuan yang dia 'diarah dari atas' untuk menjadi saksi , sokongan terhadap Anwar melonjak. Kini kedudukan ialah 70- 30.

Tidak ada yang dapat menghalang Projek 3P. Anwar Ibrahim akan menang besar.

DUA PULUH EMPAT NABI ADALAH YAHUDI

Banyak VCD gelap tersebar. Sebuah VCD yang saya lihat malam tadi cuba menunjukkan bahawa PKR/Anwar Ibrahim ialah ejen Yahudi.

Pembuat VCD anti-Pakatan ini lupa bahawa 24 daripada 25 orang Nabi yang wajib diketahui oleh penganut Islam ialah daripada bangsa Yahudi. Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Ismail, Nabi Yaacob, Nabi Daud, Nabi Yunus, Nabi Noh – adalah berbangsa Yahudi.

Yang perlu dilawan bukan Yahudi.

Yang perlu dilawan ialah Zionisme, satu idealogi yang menganggap satu bangsa itu lebih hebat dan terpilih oleh Tuhan.Pandangan racist zionist yang menganggap bangsa dia sahaja yang ada hak. Orang lain tidak ada hak.

VCD anti-Pakatan ini kelihatan mengamalkan fahaman pandangan racist Melayu yang tidak ada bezanya dengan fahaman zionist.

Zionist bukan bangsa Yahudi. Zionist dianuti juga oleh sesiapa yang menganggap Kitab Suci mereka sahaja yang betul. Kitab Suci orang lain salah. Zionist menganggap mereka sahaja yang ada hak yang lain hanya memiliki hak sampingan.

Ini fahaman zionist yang menyamar dalam topeng Islam dan selimut Melayu.

YANG TERNAMPAK, TERDENGAR DAN YANG HILANG

Dalam kesibukan dari jalan ke jalan saya ternampak :

Blogger Zorro

Raja Petra

Marina Petra

Anil Netto dari ALIRAN

Dr. Rohana Ariffin USM

Nasir Reformasi

Danny Lim – blogger

Susan Loone – blooger

Hakim – King Kong

Black

Rahmat Haron

Che’Gu Bard

Kambing

YANG DENGAR ADA TAPI TAK NAMPAK

YB Gobala

YB Tian Chua

YB Sivarasa

YB Eli Wong

TB Ezam Mat Nor

TB Azwan Din

TB Roslan Kassim

TB Lokman Adam

TB Saiful Sumpah

Nota – YB ialah Yang Berhormat. TB ialah Tidak Bertanding

YANG TIDAK TERNAMPAK MUKA HIDUNG

Eddin Khoo

Johan Jaafar

Karim Raslan

Mat Nor Manutty

Idris Jusoh

Nazri Aziz – bekas pengarang Berita Harian

Nazri Aziz - yang akan menjadi bekas menteri

Rafidah Aziz – yang telah menjadi bekas menteri

Muhyidin Yassin – yang akan menjadi bekas menteri

Rais Yatim – yang akan menjadi bekas menteri

YANG PASTI TIDAK DATANG

Brad Pitt

Angelina Jolie

Mahathir Muhamad

Mawi Lek Lok

Siti Nurhaliza

Siti – kucing saya tinggal di rumah

Curvy – kucing saya tinggal di rumah

Mami – kucing saya tinggal di rumah

SEBATANG KERETEK TANDA PERSAHABATAN

Kami tidak pernah berkenalan. Dia dari Guar Perahu Permatang Pauh. Saya dari Jelebu Negeri Sembilan. Dia penjual ikan dari kampung ke kampung. Saya penjual cerita dari pekan ke pekan.

Di Permatang Pauh kami bertemu.

Saya menunggu kedatangan Ustaz yang menjadi 'saksi' Saiful. Dia datang ke padang yang sama kerana rumahnya tidak jauh dari kampung ini – Kampung Padang Ibu.

Kerana terlalu letih berdiri lalu saya mencari tempat untuk duduk. Di tepi batu longkang entah rumah siapa saya ternampak seorang lelaki berbaju t kuning, berseluar hitam lusuh dan berselipar. Saya memberi tanda untuk duduk sama. Dia ’berensot’ memberi ruang.

Janggutnya tidak terurus. Dalam gengaman tangan kirinya ada segulung daun nipah. Sahih dia orang kampung. Kami berpandangan sekali lagi sebagai tanda hormati menghormati.

Dia mula menggulung tembakau. Saya mengambil sebatang keretek lalu menghulurkan kotak ke arahnya. Dia tersenyum gembira tetapi rokok hanya tinggal sebatang. Dia enggan menerima lalu saya katakan bahawa dalam beg kecil saya ada dua kotak lagi. Dia tersenyum puas lalu membakar keretek.

Dalam gian asap keretek itu kami mula mengenal satu sama lain. Mohamad Fauzi lebih muda dari saya – 46 tahun – tapi kerana tanda hormat – dia yang telah berumah tangga - saya panggil dia abang.

Dia datang ke ceramah ini kerana diajak oleh seorang kawan. Bila saya tanya di mana kawannya dia menunjukkan ke arah padang gelap yang penuh sesak dengan penonton. Pasti kawannya lebih politikus daripada dirinya yang hanya duduk jauh mendengar.

Si Penjual Ikan ini rupa-rupanya tidak menyebelahi sesiapa pun. Sebelum datang mendengar ceramah ini dia telah juga diajak datang makan malam di rumah Barisan Nasional. Ada kurma ayam, sayur dan buah. Tapi tidak ramai tamu yang datang, katanya.

Di sana dia diberi satu tiket cabutan bertuah. Tiket ini untuk memastikan dia akan terus berada dalam rumah ini untuk menunggu tamu jemputan. Entah siapa yang akan datang. Dia tidak ambil peduli.

Saya bertanya siapa yang akan menang esok. Dia hanya berkata ' wallah hu a’lam..' Si Penjual Ikan ini nampaknya adalah 'warga baru' dalam politik negara'. Saya datang kerana hendak mendengar..' Loghat utaranya cukup kuat. Berkali-kali saya meminta dia ulangi ayat-ayat yang di tuturkan. Dia ketawa. Saya pun ketawa sama melihat bebal sendiri.

Si Ustaz yang ditunggu pun sampai untuk berucap. Saya meninggalkan si Penjual Ikan untuk rapat ke padang. Si Penjual Ikan tidak bergerak dari jubin longkang.

Selesai ceramah Ustaz saya datang kembali ke jubin longkang. Kali ini kami telah mesra. Dia bertanya apakah cerita yang saya tulis ini akan keluar di akhbar. Dia tidak membeli akhbar jauh lagi memiliki sistem internet. Dia penjual ikan yang dibelinya dari Pasar Bisik-Bisik di Kuala Muda.

Seorang Pak Haji berserban sedang berucap di pentas. Kami dapat melihat jauh dari kain wayang. Dia ketawa kerana katanya 'orang-orang Ustaz ini selalu buat macam tahu' tetapi di bahu kiri dan bahu kanan kita ada orang yang lebih tahu. Si Penjual Ikan kesian melihat si Ustaz berapi-api di pentas ceramah.

Hampir tengah malam Anwar Ibrahim sampai ke pentas. Saya ke hadapan untuk mendengar apa yang hendak di labunkan oleh Anwar. Tidak sampai 15 minit ceramah selesai. Saya mengundur ke jubin longkang untuk memasang sebatang lagi keretek.

Si Penjual Ikan tidak ada lagi di situ. Yang tinggal hanya kertas akhbar yang mengalas bontot kami daripada basah duduk di tepi longkang.

Saya menghisap keretek seorang diri. Sampai kiamat pun saya tidak akan sampai lagi ke tepi longkang ini. Dan sampai kiamat pun saya tidak akan bertemu lagi dengan si Penjual Ikan ini. Yang tinggal hanya ingatan.

SATU HARI KE D–DAY

Semua telah selesai. Poster telah dipasang. Kain telah direntang. Ceramah telah dijalankan. VCD telah diedarkan. Pintu rumah telah diketuk. Satu hari ke D-Day.

Projek 3P – Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya telah berjalan lancar.

Projek 3P begitu penting sekali bukan sahaja untuk warga Permatang Pauh tetapi untuk negara bangsa. Projek ini akan memastikan berlakunya satu perubahan yang hakiki – satu perubahan yang membawa makna – bukan perubah gincu dan bedak.

Seluruh negara sedang memerhatikan apa yang akan terjadi di D-Day Permatang Pauh. Seluruh dunia sedang meneliti ke mana arah Projek 3P ini. Media antarabangsa telah mula sampai pagi ini. Semuanya ingin membuat laporan tentang Projek 3P.

Semua yang perlu digelodak telah digelodak. Dari Port Dickson hingga ke Magnum. Dari buntut Saiful hingga ke panjangnya anu si Anwar.

Sepuluh hari, adalah sepuluh hari yang mengocak dunia. Sepuluh hari, adalah sepuluh hari yang akan memulakan penyapuan bersih ke atas semua karenah United Malays National Organisation.

Dari masjid ke kuil, dari kuil ke tok pekong, dari tok pekong ke surau – semua dibongkar. Daripada India ke Keling, daripada Keling ke Mamak, daripada Mamak ke Cina dan daripada Cina ke Pendatang Haram – tidak ada lubang yang tidak dikorek – semua dikorek – dari lubang Saiful ke lubang Anwar.

Satu hari ke D-Day seakan telah satu tahun di Permatang Pauh.

SEXISME – SEXIST

Ramai penceramah dari kedua-dua buah parti masih kurang arif tentang apa dia sexisme atau sexist.

Sexist ialah unsur yang sama dengan racist – api perkauman.

Kalau racist, ia membawa kebencian terhadap bangsa dan kaum yang lain.

Sexist pula membawa kebencian terhadap gender perempuan.

Contoh terbaik ialah ' kalau anak jantan.... saya cabar ....' Kata-kata ucapan ini telah saya dengar daripada Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ. Kata-kata ucapan ini juga telah saya dengar daripada Shamsul Iskandar, ketua Angkatan Muda Keadilan.

Perkataan seperti ' ....dia akan dayus jika dia .....' juga satu contoh sexist.

Semua ini adalah contoh sexisme yang memperlekeh kaum perempuan. Kenapa gunakan ' kalau anak jantan ?' Apakah untuk menunjukkan gagah? Atau dilihat macho?

Untuk tahu sama ada anak jantan atau betina apa yang perlu dilakukan ialah meraba sama ada wujud telor atau pun tidak. Kalau ada yang 'barang tercacak' ia anak jantan. Kalau leper terpekap anak betina. Ini cara untuk mengenal anak kucing.

Waspada – kalau tidak ingin menjadi Racist , kita juga wajib melawan sesiapa sahaja dari parti mana pun untuk mereka berhenti menjadi SEXIST.

STOP PRESS @ 2405

Anwar Ibrahim berucap di Padang Ibu di depan hampir 4 ribu pendengar.

2353 : Mikrofon telah terjatuh dan penonton ketawa ketika beliau berucap.

Ini merupakan ceramah yang terakhir untuk malam ini dan ia mesti berhenti tepat jam 12 malam.

Pada permulaan ceramah tadi, sudah terdapat helikopter yang datang menyuluh kepada pendengar.

Dalam ucapannya Anwar Ibrahim telah mengecam Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ.

Menurut Anwar, bukan KJ yang bakal menentukan siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil ini, tetapi penduduk Permatang Pauh sendiri yang akan menjadi hakimnya.

Anwar turut sama menyentuh peranan yang dimainkan oleh Utusan dan TV3 yang disifatkan sebagai memperbodohkan orang Melayu.

Kelihatan juga helicopter yang masih terus menyuluh dan tindakan ini telah ditertawakan oleh orang ramai.