Khamis, 30 Julai 2020

PANDANGAN JUJUR KHAIRY JAMALUDDIN






KATA-KATA JUJUR

 KHAIRY JMALUDIN

HEBAT LANGKAH APDAL



HEBAT CEKAP

TUNTAS 

LANGKAH APDAL

TAK MACAM

DI PERAK

PUTAR SANA

PUTAR SINI 

Shafie Apdal gagalkan usaha Umno bentuk kerajaan, kata Zahid

RANCANGAN Umno untuk membentuk kerajaan di Sabah gagal susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata usaha untuk membentuk kerajaan baharu itu telah dinafikan selepas Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin mendapat nasihat daripada ketua menteri, Mohd Shafie Apdal bagi pembubaran DUN.

Umno katanya akan bertanding dalam pilihan raya negeri dan memberi amaran perkara sama boleh berlaku di negeri lain.

“Hakikatnya pembubaran ini menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat, untuk rakyat menentukan dalam bentuk mandat baru yang akan diberikan.

“Saya mengharapkan apa yang sedang  berlaku di Sabah harus menjadi iktibar kepada lain-lain negeri kerana keutamaan kepada rakyat hendaklah digarisbawahi supaya kemelut seperti ini tidak akan pernah berlaku,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Zahid, oleh kerana Muafakat Nasional setakat ini belum ada di Sabah maka sebarang keputusan berkenaan kerusi pilihan raya negeri kan ditentukan oleh kepimpinan Umno Sabah dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional

“Kita ketahui bahawa Umno Sabah telah diberikan kuasa autonomi, maka sesuatu pertimbangan akan saya bincangkan terutamanya dengan kepimpinan Umno Sabah dan juga Tan Sri Musa Aman sendiri serta rakan-rakan yang lain yang memimpin parti-parti politik Sabah yang bersama-sama Barisan Nasional.”

Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman semalam mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pagi tadi, Shafie dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini umum pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas mendapat perkenan dari YDP.

Beliau juga berkata akan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua menteri sehinggalah pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. – 30 Julai, 2020.


SIAPA 

DIBELAKANG

PROJEK INI

CUBA  CARI

CUBA TANYA

CUBA SELIDIK

AMIN

INI PROJEK

NAK HALANG

APDAL  DARI  

JADI CALON 

PERDANA 

MENTERI

AMIN

TER KINI TER NOWW TER HOTT






GEROMBOLAN

DIGAGALKAN 

LETIH MENGUNDI






LETIH MENGUNDI
Penat beratur untuk mengundi, rupanya calon katak bersalut manusia. Rusa ku tembak gajah yang kena, ku suluh lihat pelanduk yang mati.
 on 
SABAH - 
CEKAP TUNTAS
 BERHEMAH
Publish | Delete | Spam
Warga tua pesara Kerajaan
at 16:38


Saya fikir malas nak pergi mengundi. Tapi, idea awak sangat best. Elok diapplikadikan. Katak-katak perlu diajar. "Fucking you. You usless ape!" tulis kat kertas undi. Biar padan muka dia........Boleh tak? 
on 
LOMPAT TINGGI
cikminah
at 16:00

LANGKAH BIJAK SHAFIE




BIJAK BRO 

Shafie Apdal gagalkan usaha Umno bentuk kerajaan, kata Zahid


BERITA MENYUSUL


DIMANA JHO LOW BERADA ?




BEERITA KINI

MEENULAR

RUPA RUPANNYA

JHO LOW 

DAN 

AZEEEZ  RAHEEEM

ADALAH 

ORANG YANG SAMA



SATEELAH DISEELIDI

JEELAS JHO LOW

ITU IALAH AZEEEZ

YANG MEEMAKAI

BEEDAK CUTICURA

AMEEEN




AWAS PENJUAL AGAMA




AWAS 

PENJUAL AGAMA

Akhir kalam, ingatlah semua, janganlah jadi walaun/walauntit yang diperkotak-katik sang penunggang bangsa ,agama dan penjual hadis palsu,kelak dirimu akan menjadi orang munafik yang dibonsaikan pikiran yang tidak mampu berfikir mana yang bahtil dan mana yang benar.
 gunakan akalmu supaya anakonda hanya mampu memberi penjelasan kepada olarmak akhir zaman,sekarang bosku sudah jatuh hukum apakah relevan lagi penjelasan anakkonda tuh???.Bila dikedudukan pembangkang, orang yang tak setuju diratib ditanam dijirat cina, bila dah menjadi kerajaan tebuk atap/kerajaan pintu belakang/katak lompat untuk hawatan glc-menteri 
boleh pula gecek ruu 335 tidak sehaluan dengan perlembagaan.inilah nikmatnya naik keta merc sambil dilaungkan ana tahu, ana tahu pada masa yang sama mengecam Sarawak Report dan membayar kepada Sarawak Report.Apa punya hal, hari selasa kita saman DOJ, ok.. 
on
 KUASA BURET
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/07/20

htt

BERITA APA INI ?




BERITA APA ?
berita mula menular

ada yang ternampak

datin seri rosmah

berjalan seorang diri 

berkaki ayam 

sambil menghisap 

sebatang curut

di tepi belukar 

di jalan duta

dilaporkan  semenjak

jadi isteri tua 

ini  kesehatan mental

 datin seri makin kacau


 AWAS

WASPADA 

BERITA SAPERTI 

INI  BUKAN BETUL 

DIBUAT DENGAN 

NIAT BERJAHAT

 AMIN

MAKNA BERITA INI






BUNYINYA

MACAM 

TAK CAYA

MAHKAMAH

TAPI MUSTAHIL

SEMUA SUDAH

 TERBUKTI

AMIN


Peluang Najib bebas tinggi di Mahkamah Rayuan – Shafee

KUALA LUMPUR – Peluang Najib dibebaskan daripada tujuh pertuduhan jenayah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd dilihat tinggi sekiranya dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Menurut peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ini kerana pihak pembelaan mempunyai asas yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi.

“Kami tentu saja akan membuat rayuan kedua-dua sabitan dan juga hukuman, dan kami yakin kami mempunyai peluang baik untuk kedua-duanya,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur malam tadi.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah atas tiga pertuduhan kesalahan pengubahan wang haram, tiga pertuduhan kesalahan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana salah guna kuasa, dan masing-masing 10 tahun untuk enam kesalahan lain; yang semuanya akan dijalankan serentak, menjadikan tempoh sebenar bagi kesemua kesalahan adalah 12 tahun.

Hakim juga mengenakan denda terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sebanyak RM210 juta kerana penyalahgunaan kuasa. – 


CAKAP CAKAP

MACAM NI

MACAM NAK

BUAT DEAL

KAH KAH KAH

BILA ADA 

GAMIN BARU

KAH KAH KAH

POLITIK MAKIN BERAT





JAWATAN MAHU

TAPI TAK NAK

JADI KERAJAAN

BERAT MAKIN 

BERAT



Umno tidak sertai Perikatan, umum Zahid Hamidi

UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN), jika ia didaftarkan, tetapi akan amenyokong kerajaan yang dibentuk oleh gabungan itu di Putrajaya dan beberapa negeri, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Umno tidak menyertai gabungan itu kerana mahu memperkukuhkan kerjasama politik dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dan komponen Barisan Nasional (BN), jelasnya.

“Umno membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional.

“Sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan ahli Parlimen Umno dan BN serta Adun dalam pembentukan kerajaan pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Bersatu mahu masuk Muafakat Nasional

Zahid berkata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam memaklumkan hasrat partinya mahu menyertai MN. Hasrat itu disampai dalam pertemuan perdana menteri bersama ahli Parlimen BN di bangunan Parlimen tengah hari semalam.

“Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi,” katanya.

Katanya, beliau menyerahkan kepada jawatankuas induk MN untuk menimbang hasrat Bersatu, dengan melihat sejauh mana penyertaaan parti itu akan mengukuhkan lagi muafakat demi kepentingan rakyat dan negara.

Sementara itu, menjawab soalan wartawan, Zahid berkata keputusan tidak menyertai PN dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuarat pada 24 Julai.

Katanya, keputusan itu mengambil kira bahawa MN adalah wadah terbaik untuk Umno dan PAS dan parti-parti lain menghadapi “apa saja kemungkinan dalam waktu yang terdekat”.

Beliau berkata keputusan itu “sudah difikirkan semasak-masaknya” oleh kepimpinan Umno dan BN. – 30 Julai, 2020.

KACAU MACAU 

BERMULA KERANA 

ANWAR IBRAHIM

 GILA NAK JADI 

PERDANA MENTERI

AMIN



SABAH - CEKAP TUNTAS BERHEMAH




SYABAS APDAL

CEKAP TUNTAS

BERHEMAH


DUN Sabah bubar untuk pilihan raya semula, kata Shafie Apdal


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan untuk pilihan raya semula, kata Mohd Shafie Apdal, sehari selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa pihaknya ada sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Menurut Shafie, selaku ketua menteri beliau menasihati Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN dalam pertemuan mereka pagi tadi.

Pembubaran ini menamatkan teka-teki kedudukan Sabah sejak pertukaran kerajaan di Putrajaya melalui percaturan kerusi di Dewan Rakyat pada hujung Februari lalu.

Shafie, yang juga presiden Parti Warisan Sabah berkata, beliau menyerahkan surat nasihat kepada Juhar dalam pertemuan mereka malam tadi, untuk membubarkan DUN.

“Pada tadi saya bertemu dengan Tuan Yang Terutama (Juhar) dan Tuan Yang Terutama juga memperakukan untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Pentabdiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Shafie kemudian menunjukkan watikah pembubaran DUN Sabah sambil disahut sorakan penyokongnya: “Hidup Warisan!”

“Jadi apa juga cerita… mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, ada jumlah (kerusi) sana jumlah sini, Dewan sudah dibubarkan,” tambahnya.

Menurut Shafie, beliau akan menjadi ketua menteri sementara sehingga pilihan raya negeri diadakan dalam masa 60 hari.

“Saya masih lagi menjadi ketua menteri mentadbir negeri Sabah ini.

“Sampai waktu ditetapkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru kita pilih… pilihannya kena tepat,” katanya, lalu menyebut nama pemimpin-pemimpin utama politik negeri.

Katanya, pilihan raya semula ini akan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk menerajui Sabah.

Shafie membuat pengumuman itu selepas pertemuan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen kerajaan Sabah.

Pilihan raya negeri ini akan mempertandingkan 73 kerusi berbanding 60 pada pilihan raya Mei 2018, selepas Dewan Rakyat meluluskan tambahan 13 kerusi pada Julai 2019.

Awal hari ini, Bernama melaporkan Shafie mengadap Juhar di Istana Negeri di Kota Kinabalu. Beliau dilihat memasuki Istana Negeri selama kira-kira 30 minit.

Sementara itu, Musa dijadual mengadakan sidang media di kediamannya tengah hari ini. – 30 Julai, 2020.

LANGKAH BIJAK

TEPAT  TAKADA 

PUTAR MUTAR

APA MAKNA BRIAT INI






JENG JENG JENG

APA MAKNA

 BERITA INI 

KAH KAH KAH


Peluang Najib bebas tinggi di Mahkamah Rayuan – Shafee



BERITA MENYUSUL


LOMPAT TINGGI






LOMPAT TINGGI
Mengundi pon tak guna pabila wakil adun/mp melompat katak, paling afdal cuba rosakkan undi dengan kapsyen #fuck youlah, sudah menang nanti lu lompat katak macam anak pelacur katak on 
BUDAYA 
POLITIK UNDI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/07/20

G

MAKIN STABIL








MAKIN STABIL
Gwa berpendapatang Malikul Sembab adalah sosok politik yg paling stabil ari ni. Zahid Totok paling tak popular gitu juga Abam dan Kutti ..desperado. Zahid dah mula merachau ..tak boleh dengar perkataang BULOH ..lemang pong dah tak makan sebab takut BULOH ..dah ckp milayu slang Bangla ..Lu misti tak PICAYA.
 on 
MUHYIDDIN BERNAFAS
 DALAM LUMPUR
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 30/07/20

3 blo

TERKINI TER NOWW TER HOTT




TERKINI TERNOW 

 TER HOTT


Umno tidak sertai Perikatan, umum Zahid Hamidi



TER KINI TER NOWW TER HOTT






DUN Sabah bubar untuk pilihan raya semula, kata Shafie Apdal




CHINA MERAH GUNAKAN IMIGRAN CHINA UNTUK JADI SPY







AWAS

CHINA MERAH GUNA

CHINA TEMPATAN

UNTUK JADI SPY

BUDAYA POLITIK UNDI





BUDAYA 

POLITIK UNDI


Saya menulis  rencana ini pada pagi Selasa 28/7/2020 . Ketika saya menulis  rencana ini Najib Razak sedang berada di Dewan Mahkamah  Jalan Duta  untuk menunggu hukuman dalam  7 kes  SRC International Sdn. Berhad. Ini  kes salah guna kuasa dan pengubahan duit haram yang masuk ke dalam bank akaun pribadi Najib. Tapi bukan kes  ini yang hendak saya rungkai.   Tulisan ini  cuba   memberi latar kepada apa yang sedang berlaku  dalam politik Malaysia sekarang.

Saya hendak  membawa pembaca memahami  tentang  politik undi atau  dalam bahasa Inggeris electoral politic. Dari mana asal usul  budaya sistem politik undi ini. Pada hemat saya pencerahan  tentang kekuatan dan kelemahan politik undi ini amat-amat penting. 

Untuk memulakan -  kita wajib memahami konsep Dunia Ketiga. Malaysia tergulung dalam katogeri negara Dunia Ketiga. Ini adalah konsep politik yang lahir  pada tahun 60’an dahulu.  Dunia dibahagikan  kepada tiga kumpulan. Dunia pertama – Super Power – Amerika dan Soviet Union. Dunia kedua iaah negara Eropah Barat.  Negara dunia ketiga iah negara Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Pola dan ciri negara Dunia Ketiga ini amat jelas. Semua negara ini adalah negara bekas tanah jajahan. Bekas tanah jajahan Inggeris, Belanda, Belgium, Sepanyol , Peranchis atau German.  Negara negara Dunia Ketiga semua wjuud sebagai negara  hasil dari projek penjajah. 

Tanah Melayu meresap untuk dijajah oleh Inggeris sadikit demi sadikit melalui perjanjian Pangkor  1874. Satu demi satu negeri Melayu jatuh ke tangan Inggeris.  Ada yang bersekutu dan ada yang tidak bersekutu.  Tapi hakikatnya semua lorong bukan ke Riyad tetapi ke London.

Apabila ada perlawanan  dari anak watan yang mengangkat senjata  melawan  kuasa kolonial maka Inggeris telah mewujudkan parti politik yang sanggup bersetia untuk menjaga kepentingan kuasa kolonial.

Peranan budak suruhan ini dimainkan  oleh United Malaya National Organisation. Melalui sokongan Inggeris  gerombolan  budak suruhan ini telah mengubah nama asal bumi ini - Tanah Melayu  ditukar menjadi  Malaysia. Tidak cukup dengan penukaran nama  gerombolan anak didik Inggeris ini  telah memisahkan pulau Singapura dari Ibu Pertiwi.  Ini bukan dongeng. Ini fakta sejarah.

Perlembagaan rekaan Inggeris  telah  dipaksakan kepada  warga bekas tanah jajahan. Salah satu dari lembaga yang tercakup  didalam perlembagana rekaan kolonial ini  ialah politik undi. Ini adalah sistem  pemilihan perwakilan melalui  pilihan raya.  Mengundi untuk memilih pemimpin. Memberikan undi ditakrif sebagai memberi kuasa kepada yang telah menerima undi.

Dihujahkan bahawa sistem politik undi ini adalah  hasil pengalaman sistem undi Inggeris yang kini berumur lebih dari 700 tahun.  Dengan licik lagi bijak kuasa kolonial telah mengkahwinkan  politik undi ini dengan kebebasan  bersuara dan demokrasi. 

Jika warga boleh mengundi maka  negara itu  ditakrif sebagai warga bebas dan negara merdeka.  Negara yang tidak ada sistem politik undi ditakrif sebagai negara tidak demokratik, zalim dan kuku besi. Amin.

Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia. Dari tanah jajahan kini  bumi Melayu ini menjadi  negara neo koloni atau tanah jajahan bentuk baru. Semua ini berlaku atas nama politik undi.Yang membuat keputusan dihalalkan kerana mereka telah diundi untuk dijadikan wakil.

Kerana mereka  wakil maka mereka boleh membuat keputusan apa sahaja. Sama ada orang ramai bersetuju atau tidak bukan penting. Tidak ada perbincangan  luas kenapa nama Tanah Melayu ditukar. Tidak ada perbincangan tuntas kenapa Singapura dipisah dari Ubu Pertiwi. Amin.

Pada tahun 2020 ini  Malaysia telah melalui 14 kali  Pilihan Raya Umum (PRU). Kali pertama diadakan pada 27 Julai 1955 – dua tahun sebelum Inggeris memindahkan  kuasa   pentadbiran kepada United Malays National Organisation.  Proses peralihan kuasa  di make-up dengan gincu,    bedak dan celak melalui  politik undi.

Bertenang sajenak – sabenrnya politik undi mengudi  untuk memilih perwakilan atau ketua bukan satu yang asing dalam wilayah bumi Melayu. Bukan Inggeris  yang mengenalkan  bentuk pemilihan ini kepada kita. Masyarakat  feudal Melayu tradisional   sebelum kedatangan Inggeris  telah memiliki struktur  dan budaya pemilihan yang kompak lagi bersih.

Di Negeri Sembilan pemilihan  dilakukan  untuk memilih Datuk Empat, Ketua Kampong, Tok Penghulu, Kepala Adat termasuk  Datuk Undang.  Semua tersusun rapi dalam kumpulan  12 suku  masyarakat   tradisional  yang berpaksikan ekonomi sawah padi. 

Telah wujud sistem yang halus tersusun melalui adat turun termurun. Melalui pepatah petitih -  peraturan , atur cara dan pendekatan  pemilihan dirakamkan. Bulat air kerana pembentong – bulat manusia  kerana muafakat.  Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Inilah falsafah Melayu asli  sebelum menjadi lucah atau dilucahkan dengan undi moden.

Politik undi  sebelum era kolonial ini  lahir dari  sistem ekonomi tradisionl pertanian. Lebih tepat lagi  pemilihan  bermuafakat ini lahir dalam  sistem ekonomi sawah padi. Keperluan  bermuafakat bekerjasama amat penting sebagai tulang belakang ekonomi menanam padi.

Dalam kelompok masyarakat yang mengenal satu sama lain pemilihan ketua atau pemimipin berjalan dengan intim dan penuh semangat kekitaan. Warga kampong mengaku bersetia kepada yang telah dilantik. Mengangguk  muka atau mengakat tangan adalah tanda setia. Perlantikan melalui  adat budaya bukan disira  dengan wang ringgit.


Masyarakat  sawah padi  memerlukan  sikap kerjasama yang kuat sekali.  Sikap  dan budaya kerjasama ini  wujud kerana pembuatan menanam padi itu memerlukan budaya bergotong royong. Ekonomi sawah bukan ekonomi persendirian. Hak aku hak aku. Hak kau hak kau. 

Alam dan iklim melahirkan budaya. Hujan turun sarentak. Empangan  dan tali air wajib dibaiki bersama-sama. Ini kerana laluan air ini akan melintasi semua kawasan sawah bukan hanya untuk Si Polan seorang sahaja.   Kering dihulu bermakna akan kering dihilir.  Tikus dihulu bermakna tikus dihilir. Menyemai dan mengubah benih juga dilakukan bersama-sama.

Kuasa  Inggeris  membawa masuk ekonomi duit a.k.a kapitalisma.  Kapitalisma mengajukan hak bersendirian – private property. Ini konsep amat asing untuk Bani Melayu.  Tanah wajib ada geran. Ada cukai. Ada penama. Ada hak milik. Semua ini  menjadikan semua struktur masyarakat berubah. 

Lagi luas  tersebar ekonomi kapitalis lagi runtuh budaya masyarakat lama.   Sikap dan budaya  gotong royong luntur.  Empangan  kini  dibuat oleh kerajaan bukan melalui gotong royong. Pembetongn dan perparitan dijalankan oleh Jabatan Air Alam Sekitar.  Bantuan sokongan nasehat yang dahulunya datang dari  yang tua berpengalaman  kini diambil alih oleh  Jabatan Pertanian. Ekonomi duit membawa budaya baru . Ekonomi duit membawa cara pemilihan  perwaklian baru.

Kini ekonomi duit atau ekonomi kapitalis berkait rapat dengan politik undi. Betulkah apabila kita  boleh mengundi maka kita ditakrif bebas , merdeka  dan demokratik?

Malaysia dikatakan mengikut sistem parlimen  Westminster. Sistem pilihanraya Inggeris telah berjalan lama. Pada hari ini ianya telah telah  dewasa. Pada satu ketika dahulu cara pemilihan  perwakian dalam Parlimen  Westminster juga cacat.  Parlimen Inggeris  juga dilihat sebagai sarang dan tempat kaki putar. Penipuan  dan hukum hakam dilulus  untuk kepentingan  mereka yang berkuasa.  Sebagai bukti ialah sosok yang bernama  Guy Fawkes ( 1570-1606). Sosok ini secara jujur dan adil telah datang ke Parlimen Inggeris untuk meledakan bangunan parlimen yang dianggap sebagai pusat  penipuan. Amin.

Malaysia dan  di banyak   negara Dunia Ketiga - negara bekas tanah jajahan - pada ketika ini sedang  melihat  perwakilan parlimen  sama saperti apa yang dilihat oleh Guy Fawkes 500 tahun dahulu.

Politik undi pada hari ini semakin dilihat tidak  memberi manafaat saperti yang diharapkan.  Amerika Sarekat yang mengakui  sebagai negara pengamal demokrasi terulung dalam dunia ini  semakin diketawakan.   Statistik menunjukan ada hampir 300 juta warga Amerika yang boleh mengundi. Pada tahun 2016 hanya  55.7% pengundi Amerikan turun mengundi.  Manakala di United Kingdom yang turun mengundi pada pilihanraya 2019 hanya 42.4 % . Yang tidak turun mengundi tidak ambil pot.

Ada  satu pekara  yang  wajib kita  beri perhatikan teliti tentang politik undi ini. Dari  tahun ke tahun politik undi semakin mahal. Bukan sahaja mahal untuk SPR mengendalikan pemilihan. Yang menjadi mahal dan naik harga ialah perbelanjaan  berkempen untuk mencalonkan diri sebagai wakil.

Di Amerika calon Presiden memerlukan  1 hingga 2 bilion dollar untuk berkempen. Obama menggunakan 730 juta dollar manakala McCain berbelanjan sebanyak 333 juta dollar. Trump dilapor menggunakan  1.4 bilion dollar untuk masuk ke Rumah Puteh.

Justeru di Amerika hanya yang kaya boleh bertanding. Jangan lupa kepada Ross Perot bilionwan yang  bertanding atas tiket bebas  untuk jadi Presiden Amerika pada tahun  1992.  Hakikatnya hanya  yang memiliki dana boleh mecalonkan diri. Walau pun didalam perlembagaan tertera : sesiapa sahaja warga  Amerika boleh dicalonkan  untuk kerusi Presiden.   Fasal ini dalam Perlembagaan Amerika Sarekat  telah menjadi  dongeng. 

Berkempen dalam PRU di Malaysia juga semakin mahal.  Kalau  satu ketika dahulu  Sang Calon boleh menggunakan beberapa ratus ringgit sahaja. Kini zaman itu telah lama tamat.  Hari ini harga untuk menjadi wakil rakyat bukan  lagi puluh ribu. Buka ratusan ribu.  Kini telah mencecah jutaan ringgit.

Dari mana duit ini dicekau? Jeng jeng jeng. 

Inilah rahsia politik undi yang ingin saya rungkai.  Apa bila Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara untuk saya ini adalah  manifestasi politik undi. Apabila Najib  terlibat dalam kes 1MDB  pada hemat saya semua ini  hanyalah manifestasi  politik undi.

Dua dekat kebelakangan ini kita selalu mendengar politik wang.  Apa sabenar nya politik wang. Bagaimana dan kenapa politik wang wujud.  Saya akan menyambung pencerahan minggu hadapan. Selamat hari Raya Haji. Amin. (TT)





POTONG TANGAN HUKUM KARUT






POTONG TANGAN

 TERBUKTI HUKUM 

HUDUD KARUT

dalam dunia ramai org jahat, gangster jahat, yahudi jahat, perogol jahat, pencuri jahat, tetapi yang paling jahat adalah orang yg bertopengkan agama menjual agama,kerana bila dia sanggup jual agama 
dia rela sokong gangster, sokong yahudi, sokong pencuri, sokong perogol sepertimana PAS skrg menyokong umno, yg penuh dgn segala mcm org jahat 
on 
PARTI ISLAM 
JUAL PENGAT TAIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/07/20

J

MUHYIDDIN BERNAFAS DALAM LUMPUR







BETUL KAH

MUHYIDDIN

DALAM 

BAHAYA?

CISS

SEMUA

SALAH ANALISA

AMIN

JANGAN LUPA

ANWAR IBRAHIM

AKAN MASUK

BILA ZAHID 

KELUAR

KHALAS


Perikatan dalam bahaya selepas keputusan SRC International

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan bahaya susulan keputusan kes SRC International kelmarin berikutan blok terbesar gabungan itu, Umno kini mempertimbangkan untuk tarik diri, kata sumber parti.

Tandanya dapat dilihat menerusi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang memberikan bayangan bahawa Umno menilai semula ikatannya dengan kerajaan PN selepas bekas presidennya, Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah dalam kes itu.

Malah, jika parti itu kekal dalam PN sekalipun, Najib yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, akan masih boleh merosakkan imej kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu, kata sumber Umno.

Najib, yang masih ada pengaruh dalam Umno, boleh menarik keluar sejumlah ahli Parlimen yang setia padanya untuk menarik semula sokongan untuk pentadbiran Muhyiddin pada pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat pada November depan.

Dengan hanya lima ahli Parlimen saja mengikutnya, Najib boleh menjejaskan rang undang-undang belanjawan pentadbiran Muhyiddin, maka menjejaskan kerajaan untuk beroperasi tahun berikutnya, kata sumber Umno itu.

“Ini akan menamatkan riwayat kerajaan PN, tanpa satu belanjawan anda tidak boleh beroperasi,” kata sumber yang enggan didedahkan namanya.

Seorang lagi sumber berkata Zahid akan mengadakan mesyuarat dengan majlis tertinggi parti untuk membincangkan kesan daripada keputusan mahkamah itu dan keberadaan Umno dalam PN.

Pilihan untuk keluar daripada PN dan mencetuskan pilihan raya umum kini mendapat sokongan kuat daripada sebahagian pihak dalam parti itu, kata sumber.

Sumber percaya Umno patut mengambil pilihan itu, tarik balik sekutunya, MIC dan MCA daripada Barisan Nasional, dan PAS, di mana Umno dan parti Islam itu mempunyai pakatan berasingan iaitu Muafakat Nasional. 

“Bersatu akan hanya sebagai parti tambahan jika pemimpinnya boleh bersetuju dengan peruntukan kerusi. Jika itu gagal, Muafakat Nasional akan teruskan tanpa Bersatu,” kata pemimpin di negeri utara itu.

Mesyuarat majlis tertinggi juga akan membincangkan tentang kemungkinan Najib bertindak sendiri dengan sebahagian ahli Parlimen dan bagaimana respons mereka nanti. -

Pada masa ini, Muhyiddin mempunyai sokongan 113 daripada 222 ahli Parlimen di Dewan Rakyat sementara pembangkang dengan nama “Pakatan Harapan Plus”  ada 109 undi.

Umno, yang bersekutu dengan Bersatu, parti Muhyiddin, menyumbangkan 29 kerusi kepada PN, jumlah terbesar bagi parti tunggal.

Kerajaan memerlukan majoriti mudah 112 ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang, termasuk rang undang-undang belanjawan. – 30 Julai, 2020

ANWAR AKAN

BAWA PKR

UNTUK SOKONG

MUHYIDDIN

AMIN

BRO BRO

APA LU NAK

KATA

INI POLITIK


KAH KAH KAH