Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini, sebuah jawatankuasa khas UMNO yang ditubuhkan telah mengumpul semua maklumat mengenai individu terbabit sebelum diserahkan kepada pihak atasan parti.

Pada masa sama katanya, beliau juga menyerahkan kepada kebijaksanaan Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengumpul segala maklumat terperinci mengenai tujuh pemimpin tersebut.