.

Jumaat, 15 Mei 2015

DUA GARIS POLITIK







FACE BOOK

Mat amar awak kata mana????? gege semacem dua menja ni... Demo nok gapo weh??? doh takut nok tanding jawatan timb press supo 2 thn lepah.. kow demo fobia ??? Lah kecek deghakkkk, tapi habuk pom x dop... Sekala jaguh dale kapong hok kecek supo mg.. Kalau takut nok g lawan muktamar , demo dok diam2. Jgn supo cacing kepanasan..








---------------

TABUR DUIT






DOLAH AL-TIDURI
Woooi kita tak boleh samokan Pak Lah Al-tiduri dengan Bini Badak.....itu silap besar. Bezonyo Pak Lah Al-tiduri monang bosar dulu lopeh tu baru tersungkur sobab lupo diri (ingatkan masih kuek dan popular). Pak Lah Al-tiduri tak tabur duit sobab itu dio dapek sokongan tak iklas. 

Bini Badak pulo kalah dulu.....dan dio tahu.....untuk monang kemudian (PRU14) dio perlu ada bekalan duit yang berlaksa-laksa banyaknyo. Mulo-mulo duit itu disumbekkan pado mulut perwakilan terutamo ketua-ketua UMNO (naik gaji dan sumbangan setengah juta RM pada perwakilan takada jawatan). 

Sobab itu sokongan pada Bini Badak ini lobih berisi dan teraso iklasnyo (agak nyo lah). Nanti bilo PRU14 dah dokek Bini Badak akan tabur pulo duit pado pengundi. Ini lobih kurang macam panggil ayam masuk roban. Dah masuk roban apolagi di sombolih lah. Kemudian disalai. Lopeh tu suruh Bik Mama masak cili api ala minangkabau. Sooodap ooo. on NAJIB TIDAK TUNDUK
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
at 3:09 PM


UNDUR

TANGKAP

DAKWA

--------------

ADA MACAM MACAM GILA







FACE BOOK


MAKIN DITUKAR ORANG, MAKIN BERTAMBAH GILA

Idea KERAjaan PENYANGAK..

Nak elak bayar GST, dah beli topup jgn guna.. Kalau guna gak, KERAjaan akan kenakan GST setiap kali korang guna servis topup...

Tips elak bayar GST:
Dah beli topup, simpan byk2 sampai mati.. Dgn syarat jgn guna topup tu.. FAHAM !!!




















---------------

AL- FATIHAH






AL- FATIHAH




BB King dies in Las Vegas aged 89

BB King has died in his home in Las Vegas at the age of 89.Blues legend BB King has died in Las Vegas at the age of 89, his lawyer has said.
Brent Bryson told the Associated Press King died peacefully in his sleep on Thursday at his home in Las Vegas. The Clark county coroner, John Fudenberg, confirmed the death. 
Blues Jam 3 Pagi
muncul tahun 1950


-------------

KENTUT BUKAN KHABAR ANGIN








KAH KAH KAH

woit
ini betul
wajib sokong
jangan sebar 
khabar angin
kentut bukan
khabar angin
berita rosmah  slim
macam ziana zain 
adalah khabar angin
berat rosmah 187 kg
adalah khabar angin
berat sebenar  hanya
187kg 42.9 gram

JANGAN KENTUT



------------------

MALAM INI DI BANGSAR




MALAM INI


Siri Kuliah Universiti Bangsar Utama

- Ideologi dan teori sosial - 


Bermula malam ini!
Hanya RM20 untuk nota kuliah
Untuk maklumat lanjut hubungi kelaspolitik@gmail.com


Tarikh : Jumaat, 15 Mei 2015
Masa : 8.30 malam
Tempat : Universiti Bangsar Utama, 52C, Tingkat 3, Jalan Kemuja off Jalan Bangsar, KL (atas restoran Mydin, sebelah Malaysiakini lama)


Displaying kelas_kbu.jpg

Minggu 1 : Usman Awang (Humanisme dan pemberontakan romantis)

Minggu 2 : Syed Hussein Alatas (Ideologi dan keadilan sosial)

Minggu 3 : Ali Shariati (Keinsanan, revolusi dan kesyahidan)

Minggu 4 : Kassim Ahmad (Sastera untuk masyarakat)

Minggu 5 : Paolo Freire (Membaca kata, membaca dunia)



------------

JANGAN MAKAN EKOR SOTONG





 

KOMENTAR
mamat ganu ini
tergelicir sasaran
ini bukan hal tanding
ini bukan hal jawatan
ini kes jenayah najib

mahathir tanya
1- siapa arah sirul bunuh altantuya?
2- siapa upah sirul dan azilah?
3- macam mana duit 1MDB lesap?

tiga soalan ini wajib dijawab
jangan alih alih persoalan
jangan putar putar



Saran Mahathir tanding jika tak puas hati

KUALA TERENGGANU - [KEMASKINI] Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Terengganu menyarankan agar Mahathir Mohamad bertanding pada pemilihan Umno nanti sekiranya tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang.

Pengerusi BBC Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, pemilihan perdana menteri berdasarkan pemilihan presiden parti dan jika Mahathir tidak puas hati bolehlah berlawan untuk jadi presiden parti baharu.

“Buatlah kalau nak tukar (ganti PM) pun, tiada masalah. Sekarang, beliau (Najib) adalah presiden parti, kecuali cukup korum untuk buat mesyuarat agung luar biasa untuk usul turunkan presiden parti, itu cerita lainlah.


“Kalau tak, kita tunggu tahun depan siapa nak berlawan, siapa yang bising-bising... berlawanlah. Boleh jadi presiden parti baharu, jadi perdana menteri. Mudah sahaja,” katanya ketika sidang media pada Sidang Dun ke-13 yang berlangsung di Wisma Darul Iman, semalam.

Katanya, kenyataannya itu bukan cabaran kepada bekas perdana menteri itu, namun tidak wajar apabila  Mahathir terus mendesak dan menyerang agar PM berundur.

“Bila kita suruh orang turun.. kita kena ingat, kita dulu pun tak sempurna. Semua pemimpin ada kelemahan, ada kelebihan,” katanya.


KAH KAH KAH

woit
ini bahaya
makan ekor sotong
jadi ngok ngang
macam najib
tanya hal altanyuya
buka surah jubo saiful
buka surah sumpah sumpit
APA PUNYA  NGOK
-----------

AWAS BERJAGA JAGA




KOMENTAR
anak anak muda
mat mat rempit
para pemandu
awas!

kerajaan najib rosmah 
sedang terdesak
negara sedang sesak duit
dana negara makin susut
hutang bertimbun timbun

kesalahan trafik akan digunakan
sebagai satu cara untuk
mendapatkan dana 
selain dari GST


438 pesalah trafik diburu di tempat kerja
KOTA BHARU - Sejumlah 438 pesalah trafik yang memiliki tiga waran tangkap antara tahun 2013 dan 2015 akan diburu polis di tempat kerja mereka menerusi Ops Warta bermula, Isnin ini.





----------------

SEJARAH DI ULANG



KOMENTAR
ini bukan sejarah berulang
ini sejarah sengaja diulang
ini sengaja dirancang
dulu projek singkir dolah
sekarang projek singkir najib rosmah

NOTA
orang ramai
penyokong pakatan
anak anak muda
amat gumbira 
baca berita ini
teruskan lagi

panjangkan lagi perang
serang jangan tak serang




 Mahathir pulang, sejarah 2008 berulang?4:49PM May 14
Kepulangannya dari tanah suci kali ini mungkin bukan kepulangan biasa.
 
Di tengah-tengah kontroversi penggunaan wang Tabung Haji untuk pembelian tanah projek 1MDB, pengkritik utamanya Mahathir Mohamad terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Bekas perdana menteri itu, yang menjadikan 1MDB senjata utama mengasak  Najib Razak, dijadual pulang esok bersama isterinya Siti Hasmah Ali

SMS mengajak orang ramai berkumpul di Terminal Subang Skypark bagi menyambut pasangan itu telah beredar.

“Jom sambut negarawan terbilang Mahathir yang kembali dari Mekah bersama Siti ibu mithali negara pada 15 Mei Jumaat, jam 12.30pm di Subang Skypark Terminal.


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
perang perang perang
kah kah kah
hari ini najib
akan pergi ke JB
curah minyak lagi
berulang lagi

APA PUNYA PERANG

-------------

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG





KOMENTAR
ini satu amaran
ini amaran dari pengerusi CIMB
bunyinya bisnes
tapi
ini juga amaran
dari keluarga najib
awas
silap silap masuk penjara
semua kerana perangai isteri

NOTA
toh puan 
apa cerita
bila nak panggil anak
datang mengadap



Lantik audit bebas atau letak jawatan, kata Nazir Razak kepada pengarah 1MDB


Pengerusi Kumpulan CIMB  Nazir Razak semalam menggesa pihak pengurusan dan lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan jawatan kerana dilihat tidak bertanggungjawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat sarat hutang itu.
Nazir berkata, mereka sepatutnya segera melantik juruaudit bebas, dan bukan hanya menunggu tindakan daripada ketua audit negara.
“Langkah segera yang dilakukan sebuah lembaga pengarah bertanggungjawab ialah melantik juruaudit bebas serta merta, sekiranya tidak, saya berpendapat lembaga pengarah dan pengurusan perlu letak jawatan," kata Nazir seperti dilaporkan akhbar The Star sebagai memberitahu media di sebuah majlis Asean Business Club (ABC) semalam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lantik-audit-bebas-atau-letak-jawatan-kata-nazir-razak-kepada-pengarah-1mdb#sthash.AyypebEK.dpuf


KAH KAH KAH

woit
adik emak
semua dah beri amaran
tapi apakan daya
bukan salah 
ibu mengandung
salah berat badan bini
kah kah kah

APA PUNYA BINI


------------

NAJIB TIDAK TUNDUK








FACE BOOK
























AHAD, 10 MEI 2015 - 9:30PM Saya tidak akan tunduk tekanan letak jawatan PM, Presiden UMNO - Najib 

TAWAU: Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/semasa?page=2




KAH KAH KAH
woit
dah terlambat
hari ini
najib pergi jay bee
dan
hari ni juga
madey pulang umrah
semua berulang sama

SAPA PUNYA PLAN





----------------

UNIVERSITI DONUT








14 MEI 2015

REKTOR UIA PATUT LETAK JAWATAN JIKA TIDAK MENGHORMATI ILMU DAN KEBEBASAN BERFIKIR

Saya kesal dengan tindakan kasar Ketua Keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Razali Mohamad yang bertindak merampas mikrofon semasa saya sedang berucap di dalam satu forum mengenai GST di UIA semalam.

     DONUT TERPANJANG
Image result for donut terpanjang 
Saya telah dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP atau Students Representative Council, SRC) UIA untuk menyertai satu forum mengenai GST. Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa pihak UIA telah meluluskan penganjuran forum ini kerana ia melibatkan wakil dari Umno (Lokman Adam) dan wakil dari Jabatan Kastam dan Eksais.

Saya juga dimaklumkan oleh MPP bahawa Rektor UIA, Dato’ Seri Dr Zaleha Kamaruddin telah meletakkan garis panduan bahawa MPP boleh menjemput ahli politik berdiskusi dalam majlis ilmu di UIA dengan syarat ahli politik itu mempunyai kelayakan dalam bidang yang dibincangkan.

Saya hanya mendapat tahu semalam bahawa pada saat akhir, Rektor UIA telah mengarahkan supaya program itu dibatalkan. Menjelang jam 8 malam, telah timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan bahawa pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga.

Saya telah dimaklumkan dari awal bahawa pihak Keselamatan UIA telah mengadakan sekatan jalanraya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA. Saya mengambil keputusan untuk menaiki motosikal dan berjaya memasuki UIA tanpa ditahan oleh pihak Keselamatan.

Sekitar jam 930 malam apabila saya tiba di satu ruang terbuka di mana siswa UIA telah berkumpul, saya mendapati Lokman Adam telah pun berucap. Saya juga mendapati kehadiran pihak polis Cawangan Khas yang ramai termasuklah beberapa anggota Cawangan Khas yang datang memperkenalkan diri mereka kepada saya.

Pihak MPP UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan bahawa pihak pengurusan teratas UIA telah membuat keputusan bahawa program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam yang dibenarkan berucap.

Image result for donut terpanjang uiaIni menimbulkan kemarahan dan kekecewaan siswa yang hadir. Lokman Adam kemudiannya menyatakan dia akan berhenti bercakap dan mahu program dihentikan. Pada ketika itu saya menyatakan kepada pimpinan MPP dan siswa yang hadir bahawa tidaklah adil jika saya langsung tidak dibenarkan berucap sedangkan Lokman Adam telah pun berucap selama 15 minit.


Pada ketika itulah pimpinan MPP berunding dengan pegawai Keselamatan UIA yang ada di situ dan menyatakan bahawa majlis akan berakhir setelah saya berucap selama 15 minit. Saya dijemput berucap dan pada minit kelapan (seperti di dalam video yang dilampirkan bersama), seorang yang tidak dikenali datang menghampiri saya dari sebelah kanan.

Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang. Saya menyatakan secara terbuka kepada orang itu bahawa tindakannya adalah biadap dan tidak menghormati majlis ilmu. Cara biadapnya itu bukanlah contoh terbaik di hadapan siswa.

Saya dimaklumkan kemudian bahawa orang itu adalah Superintendent Razali Mohamad, Ketua Keselamatan UIA. Saya juga dimaklumkan bahawa dia adalah seorang anggota polis dari Bukit Aman yang dipinjamkan kepada UIA sebagai Ketua Keselamatan.

Keadaan menjadi tegang apabila beberapa orang dewasa yang tidak beruniform menghampiri saya dan cuba untuk memaksa saya beredar dari kawasan itu. Saya dilindungi oleh puluhan siswa UIA yang memisahkan saya dari orang-orang yang tidak dikenali ini. Beberapa dari mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang Ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa orang-orang yang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas. Selepas 20 minit, saya akhirnya di bawa beredar dari kawasan itu dan siswa bersurai dengan aman.

Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA di bawah Rektor Dr Zaleha Kamaruddin membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan tokoh Pakatan Rakyat. Sebelum ini pun UIA mengundang kontroversi apabila membatalkan program-program UIA termasuklah yang melibatkan menteri, wakil kedutaan asing dan EXCO Kerajaan Selangor. Kecenderongan Rektor UIA ini memberi gambaran seolah-olah UIA tidak meraikan ilmu yang dijana dari perbezaan pendapat. Malah keputusan Rektor UIA yang membenarkan hanya wakil Umno untuk berucap semalam mendedahkan bagaimana beliau telah mempolitikkan kedudukannya bagi kepentingan Umno.

Saya juga bimbang dengan kehadiran anggota polis Cawangan Khas dalam program ilmiah yang dianjurkan oleh siswa. Malah, saya menerima aduan bahawa kehadiran polis Cawangan Khas di dalam kampus UIA ini adalah satu perkara biasa.

Tindakan-tindakan ini bertentangan dengan hasrat Kerajaan Barisan Nasional sendiri untuk menaiktaraf mutu institusi pengajian tinggi. Untuk menjadi universiti yang berwibawa, UIA perlu menghormati kebebasan ilmu dan kebebasan berfikir. Jika Rektor UIA tidak mampu memahami perkara asas ini, sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Rektor UIA dan mengambil jawatan baru di dalam Umno sesuai dengan kecenderongan beliau selama ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-----------