Sabtu, 23 Mei 2020

BUDAYA MELAYU SELAMAT HARI RAYA






 LAGU ISLAM 

BUDAYA

BERGUMBIRA

DI HARI RAYA



KITA MELAYU BUKAN ARAB





KITA MELAYU

BUKAN ARAB
 Hyang mulya Raya. Raya tu maksudnya besar,arab kata akbar. Nama panggilan manusia tanah melayu pada Tuhan. Begitu ramai insan pelosok dunia ini,panggilan mereka yang rindukan pencipta ikut Mana asal tinggal dan kalam lidah. 
Ada panggil Rabb,ada panggil Yahweh. Cuma,kenapa melayu suka tukar nama.buka posa atau sungkei jadi iftar,sorga jadi jannah,kurma jadi tamar,babi jadi khinzir dan akhir wal akhir kalam....sembah Hyang jadi solat.adalah malu zakar sebenarnya adalah kotey? 
on 
TUHAN ASAL
 BANI MELAYU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 18:55

Tu

PETANG RAYA








PETANG RAYA

PUASA

PUASA SELESAI ESOK RAYA
HARI INI KUALA LUMPUR
PANAS TAPI TAK PANAS TERIK
CUACA BERSAMA MENGIRINGI
KITA YANG BERPUASA

GUA AMAT SANTAI PUASA
TAHUN INI
TAK SAKIT KEPALA
LETIH ADA TAPI OKAY
YANG MENARIK GUA TURUN
TIGA KILO LEBIH
LEPAS NI GUA 
ANAK AMAL PUASA SELANG SELI
DAN BUANG LAGI 
BEBERAPA KILO

KELUAR DARI KAMUNTING DULU
BERAT GUA 55 KG
PULANG DARI BERKELANA 20 TAHUN
BERAT GUA 62 KG
BERJAYA BUANG 3 KG
GUA KEMBALI ASAL USUL
GUA PASANG NIAT
NAK  KE SANA

DULU MASA DI JELEBU
JARANG PETANG RAYA HUJAN
KALAU HUJAN GUA 
PALING SEDIH
PELITA MINYAK TANAH BASAH
TAHUN INI
PELITA PUN TAK DA

MACAM GUA DI KAMUNTING
PELITA PUN TAK ADA

MASA GUA BERKELANA
GUA TAK IKUT SANGAT
HAL PUASA INI
TAPI HARI RAYA SAMPAI
TOWKAY RESTORAN 
TEMPAT GUA CARI MAKAN
ADA JUGA BUAT KUEH
HALWA BELULUK
MEREKA MELAYU
DARI MEDAN

PETANG RAYA 2020
GUA BERBUKA SPESIAL
GUA ADA NASI IMPIT
KUAH KACANG
RENDANG DAGING SEGAR
RENDANG AYAM
ADIK GUA YANG BUAT

ADIK GUA 
DULU DI LONDON
DI TUKANG MASAK
DI BAYSWATER
DAN
DI WOKING

KAWAN KAWAN
PEMBACA TUKAR TIUB
YANG BUDIMAN
YANG ADA NAMA
YANG ANINO MOUS
YANG MENYAMAR
YANG KUTUK GUA
YANG MENYAMPAH PADA GUA
YANG OK DENGAN GUA
SEMUA GUA UCAPANKAN
SELAMAT HARI RAYA

GUA PENGANUT
ISLAM BUDAYA
KAMI MERAYAKN  SEMUA
PESTA BUDAYA
YANG WUJUD DI TANAH MELAYU
 DI SABAH SARAWAK

ISLAM BUADAYA 
TAK ADA
KEMARAHAN KEPADA SESIAPA
KECUALI YANG MENYAMAR
YANG MENGGUNA AGAMA
GUNA AYAT SUCI
GUNA NAMA NABI
SEBAGAI TOPENG
UNTUK MENIPU
ORANG RAMAI


KAMI ANAK SEMUA BANGSA
KAMI BANGSA SEMUA AGAMA
KAMI ANAK BUMI MANUSIA
MENGUCAP 
SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT BERKHALWAT




IDAK ADA BUDAYA PUASA



MENCUBA TAK SALAH








CUBA

TAK

SALAH

AWAS


Sebanyak 1,613 kenderaan cuba rentas sempadan negeri berpatah balik

“Semalam juga sebanyak 1,613 kenderaan didapati cuba rentasi negeri atas alasan pulang ke kampung tetapi telah diarah berbatah balik yang mana angka ini berkurangan sedikit berbanding 2,539 kenderaan rentasi negeri yang dikesan pada hari sebelumnya,” ujar beliau.

Setakat ini, katanya, Selangor mengungguli carta negeri yang mencatatkan cubaan rentasi negeri tertinggi iaitu 329 kes, diikuti Kedah (211 kes) dan Pulau Pinang sebanyak 196 kes.

“Tindakan jika tak diambil terhadap mereka yang berjaya atau mencuri masuk negeri, mereka mungkin diambil tindakan selepas balik ke ibu kota atau bandar tempat mereka kerja,” ujarnya lagi.



HANG KANTOI

HANG BUAT 

TRAPIK JAM

GANGGU ORANG

NAK RAYA

KAH KAH KAH

TIGA BAHAYA DARI PENDATANG HARAM





TIGA  BAHAYA

PENDATANG

 HARAM


Kawalan keselamatan sempadan diperketat, kata Ismail Sabri


PASUKAN keselamatan akan meningkatkan kawalan sempadan negara dalam beberapa minggu akan datang bagi menghalang kemasukan pendatang haram, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau bimbang pendatang haram akan cuba menceroboh masuk ke negara ini selepas Hari Raya.

“Kita bimbang pendatang haram dari negara jiran akan kembali, terutama apabila sektor pembuatan dan sektor lain dibuka semula selepas cuti Hari Raya.

“Kita telah keluarkan arahan kepada agensi penguatkuasa yang mengawal sempadan, termasuk laluan haram, untuk memperketatkan kawalan keselamatan sempadan,” katanya yang juga menteri pertahanan pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata, usaha sama daripada pelbagai agensi keselamatan membawa kepada penahanan 287 pendatang asing dan 28 tekong ketika mereka cuba membolosi sempadan negara secara haram.

Menurut Ismail, pendatang haram ditangkap di pantai barat semenanjung, sempadan Malaysia-Thailand, sempadan Sarawak-Indonesia dan pantai timur Sabah.

Pihak berkuasa turut mengusir 29 pendatang haram yang menaiki tiga buah bot ketika cuba memasuki sempadan negara.

“Mereka bukan sahaja penceroboh tetapi juga mungkin pembawa Covid-19 yang boleh menyebarkan virus itu kepada rakyat kita.

“Kerajaan menerusi agensi penguatkuasa akan terus memperketatkan kawalan sempadan.– 23 Mei, 2020.


KERJA TAKDA

DIA MENYAMUN

BAWA KOBID

DUDUK BERASAK

SEBAR KOBID

KHALAS

TINGGAL TIGA BERANAK - INI PUN BELUM PASTI - KAK WAN LARI






TINGGAL 

3 BERANAK
INI PUN BELUM PASTI
ENTAH ANAK ETAK MAK LARI
KAH KAH KAH
Semua dah lari dan akan lari, 
nak jawatan nak habuan, 
dijangkakan yang tinggal hanya 103, 103 nak lawan 119? 
Mana 103 nak menang... 
on 
APADIA 103
Publish | Delete | Spam
hamim
on 23/05/20

A

KENAPA LARI DARI PKR







YA TAK CAYA

LAGI PADA 

AUTA ANWAR 
Kehkehkeh patut la parlimen bersidang 2 jam jer. Rupanya lobi melobi kumpul nombor belum selesai kahkahkah brp mat sembab dan jemin semburit bayar mp johor tu? Mesti lumayan. 
on 
SIAPA DIA 
YB KELUAR PARTI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 23/05/20

S

TUHAN ASAL BANI MELAYU






DEWATA 

MULIA RAYA
TUHAN ASAL BANI MELAYU
SILA BACA PERJANJIAN 
BATU BERSURAT
ANTARA TUHAN MELAYU
 DENGAN TUHAN ARAB
Tt, dewata mulia raya tuhan kau tu hindu, kan? Cer kau pandang betul2. 
on 
SYURGA 
KONSEP HINDU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:17

K

KEBENARAN TETAP BENAR WALAU PUN TAKDA ORANG PERCAYA





KEBENARAN
 TETAP BENAR
WALAU PUAN TAK ADA
SIAPA YANG PERCAYA
Jikalau ikut pandangan blog TT, semua pehak tipu Di episod ini. Tak payah cakap pasal pehak Yang kena tertipu , mereka tak penting sbb mereka tak tau apa yg baik atau pun yg buruk. 
Kebenaran Tu subjektif. Selamat Hari Raya, comrade . Kita terus berjuang atas landasan berlainan - maaf zahir Dan batin. 
on 
APA DAIM KATA 
TENTANG MADEY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 23/05/20

o

SYURGA KONSEP HINDU






      स्वर्ग
Hisham tengah tunggu petai satu ikat, separuh nak makan pada hari raya, setengah nak bawa kesyurga, sebab Hisham takut kat syurga tak ada petai, semasa di sheraton Hisham dah jumpa lobai, lobai dah bagi tiket masyyyoook syurga, almaklumlah dah bekawan dengan lobai.... 
on 
BERBUKA KE 29
Publish | Delete | Spam
hamim
on 22/05/20

Ka

ANWAR KENCING DAP AMANAH KLIM ADA NUMBER







DAP AMANAH

KENA KENCING
Kahkahkah bersatu chow dari ph. Madey tak cukup majoriti utk jadi pm sebab tu dia letak jawatan. Celah mana pulak abam sabotaj madey? Madey letak jawatan ada tanya gabungan parti2 dlm ph ke? 
Atau dia letak jawatan sebab ada niat nak join pn dan jadi pm? Kahkahkah nak salahkan abam jugak ke, sakai? Kau jugak subahat dlm berkomplot langkah sheraton yg dah tempang tu, salah abam jugak? 
Kikikiki 
on 
APA DAIM KATA
 TENTANG MADEY
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 22/05/20

Da

PENUH SIMPATI


PENUH 

SIMPATI

TAPI SEMUA

DEMI

KESEHATAN

KESELAMATAN



Malaysia sambut Raya pada Ahad


Langgar larangan rentas negeri, adakah kerana teruja sambut Aidilfitri?


MENJELANG sambutan Aidilfitri esok, terdapat segelintir pihak yang masih tidak berputus asa mencuba nasib melakukan perjalanan rentas negeri menghala ke kampung halaman masing-masing.

Sukar difahami kenapa masih berlakunya pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun peringatan demi peringatan oleh pihak berkuasa agar tiada pergerakan rentas negeri dilakukan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pada Khamis saja, 2,539 kenderaan cuba merentas negeri diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai kebenaran, malah menggunakan pelbagai alasan remeh.


LALUI UNTUK

SATU

PENGALAMAN

KEHIDUPAN

AMIN

SIAPA DIA YB KELUAR PARTI





APA KOBA

JOHOR

APA KHABAR

SELAT  MELAKA

 OOPS...SILAP

SELAT TERBERAU



Seorang lagi ahli Parlimen PKR akan keluar parti

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.

Sumber dalaman parti beritahu FMT bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.


LAAAAA

BETUL KE

RAMAI LAGI

NAK KELUAR

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

APADIA 103






APA ITU

ALHI PARLIMEN KELUAR PARTI







SIAPA

Seorang lagi ahli Parlimen PKR akan keluar parti


BERITA MENYUSUL

SAPA LEBIH KUASA MUHYIDDIN ATAU DAIM







SAPA 

LEBIH KUASA

DAIM ATAU 

MUHYIDDIN

Ko diamlah daim. Masa limguan eng jadi menteri kewangan rakyat dpt 30hengget jer. T.kasih pada malingkup sembab dan jemin semburit sebab khianat dan kudeta rampas kuasa dari madey kahkahkah 
on 
BILA DAIM
 MULA BERCAKAP
Anonymous
on 23/05/20

Mat sembab lagi power laa dari daim. Nanti dia uruskanlah krisis ekonomi dgn umno, dibantu juga oleh doa mustajab dari bani pas. Lu apahal daim? Cemburu ke? Masa ph jadi kerajaan takde langsung bantuan utk rakyat. Kahkahkah hidup geng sheraton!!! 
on
 BILA DAIM 
MULA BERCAKAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 23/05/20

Ge

TAKDA KERJA BAWA BAHAYA



61,000


ANGKA MANJA

KAH KAH KAH

INI ANGKA 

BERDAFTAR

RATUSAN RIBU

TAK DAFTAR

KERJA SENDIRI

PENDATANG 

HARAM


AKAN BAWA

MASAALAH

Walau ekonomi mula dibuka, kadar pengangguran dijangka naik 5%

AHLI ekonomi meramalkan kadar pengangguran di Malaysia akan mencecah 4.5% sehingga 5% dalam tempoh beberapa bulan lagi kerana kelembapan ekonomi disebabkan wabak Covid-19.

Kadar pengangguran sudahpun mencapai 3.9% pada Mac, melepasi rekod sebelumnya yang dicatat pada 2000 iaitu 3.69%.

Menurut ahli ekonomi lagi, disebabkan wabak masih memberi kesan kepada ekonomi pada April dan Mei, lonjakan kadar pengangguran bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Sosio-Ekonomi Dewan Perdagangan Cina Malaysia Lee Heng Guie memberitahu The Malaysian Insight yang kadar pengangguran memang boleh mencecah 4.5% sehingga 5%.

Katanya, kadar pengangguran mungkin mula melonjak pada hujung suku kedua atau suku ketiga tahun ini.

Antara yang terjejas teruk kerana wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa untuk mengekangnya adalah mereka yang bekerja sendiri, yang pada Mac berjumlah sekitar 2.8 juta orang.

Jabatan Tenaga Kerja sebelum ini berkata pasaran dijangka terjejas teruk kerana PKP yang dikuatkuasa sebulan pada April dan hanya mula dilonggarkan pada Mei.

Menurut jabatan lagi, jumlah penganggur dijangka naik sehingga 61,000 sekarang berbanding 52,000 orang pada tempoh sama tahun lepas. – 23 Mei, 2020.


BILA TAKADA

KERJA 

TAKDA DUIT

ROMPAK SAMUN

PECAH RUMAH

AKAN TIBA

APA AKAN JADI

DENGAN 

PENDATANG 

HARAM ?

KHALAS

CETAK DUIT LAGI







CETAK 

DUIT LAGI

suntikan berapa ? kah kah kah wei nak bagi mask kat front liner pon tak sampai, nak suntik billion billion lemon ada lah, kilang kecik dah tutup kedai, pekerja tiada kerja, dok melilau tunggu bantuan, kera jang suruh ambik duit EPF pakai dulu, depa dok sibuk politik,.mana ada masa mikir hal ekonomi rakyat negara ? 
 
kah kah kah yang buta tak nampak, yang pekak tak dengar, yang bisu tak.cakap, baik kita seluruh rakyat malaysia jadi buta bisu dan pekak 
kah kah kah 
on
 BILA DAIM 
MULA BERCAKAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 23/05/20

Eko

SAPA BANYAK DUIT






SAPA ADA 

BANYAK DUIT
jangan risau kalau campur campur duit yang dicuri pemimpin UMNO sejak merdeka ini kita semua jutawan, ambik saja pakai dulu, harta luar negara masih banyak,.Najib seorang pun bernilai billion, cuba check sapa paling banyak Mahathir atau Taib Mahmud
 kah kah kah 
on 
DAIM KATA BAHAYA
 AKAN SAMPAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 23/05/20

s

PASCA KOBID HILANG KERJA






HILANG KERJA

Walau ekonomi mula dibuka, kadar pengangguran dijangka naik 5%


BERITA MENYUSUL

TANPA MADEY PH SUSAH






TANPA MADEY

PH  SUSAH

Walau pun dah ada kerja sama hingga tertubuh nya ph tp bila kempen pru 14 parti masing2 berkempen dgn emosi dan penting kan diri dan parti...ada parti yg konon nya nak jadi kuda tonggangan tun sudah tua berapa lama dia bleh hidup tak lama lagi dia akan main majong sama lee kuan yew..
dan semua parti dlm ph bercakap tak pernah lupa apa yg tun telah buat dkat parti atau individu dlm gabungan ph....sekarang itu kuda sudah angkat kaki depan semua org ph sudah jatuh dan ada yg cedera teruk..lu org cakap tp tun yg bikin...sikalang sapa susah maaaa 
on 
SAPA KENCING 
AMANAH DAP
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 23/05/20

ja

DASAI KENG SEKALI LAGI







DASAI KENG

SEKALI LAGI

Bila DSAI tak mahu sokong atok dituduh angkuh mempergunakan atok. Habis tu atok jadi PM 22 bulan dengan 13 MP tu mempergunakan siapa? 
on 
SIAPA
 LANTIK ANWAR ?
Publish | Delete | Spam
azam
on 23/05/20


Itu tandanya DSAI dah bijak. 
DSAI boleh sokong rancangan atok
 jika DSAI jadi calon PM. 
on 
ANWAR 
AKAN SABOTAJ
azam
on 23/05/20

ja

PUASA KE 30 - KHALWAT KE 67







BERPUASA

BERKHALWAT
SABTU 23/5/2020
KITA SELESAI BERPUASA
ESOK HARI RAYA
KITA MASIH BEKHALWAT
HARI KE 67

HARI RAYA KOBID

PAGI INI
SEBELUM MASUK KWANTUNG
GUA SUDAH DENGAR
HEBOH UNGGAS
MURAI TIONG
 RAJA UDANG MERBAH
DIBANTU OLEH
SALAKAN
MEREKA DAH AWAL
MENYAMBUT RAYA

JAM 7.23 GUA MASUK KWANTUNG
CERAH SEGAR
TAPI MATAHARI 
TAK NAMPAK
DERAMAN KERETA TAK KUAT

TERNAMPAK
DUA EKOR 
ONGET ONGET BUMI
UNGGAS INI KECIL
SELALU NAMPAK
DI PASIRAN SUNGAI
TERUTAMA SATELAH HUJAN
LEPAS HUJAN PASIR BERUBAH
MEREKA MENCARI REZEKI

DI KWANTUNG
UNGGAS INI  MENCARI REZEKI
ATAS JALAN RAYA
YANG DIPENUHI PASIR
MACAM  PASIR SUNGAI

ONGET ONGET BUMI
KERANA 
BONTOT DAN EKORNYA
SENTIASA TURUN NAIK
KETIKA MENCARI REZEKI

TETIBA
BERSELISEH DENGAN
PACUAN EMPAT RODA
GUA KENAL SIAPA PEMANDU 
INI MINAH SALEH
NAMA DIA DEBIE
SUAMI NAMA PATRICK
KELUARGA INI DARI PANTAI DALAM
MEREKA ADA TIGA EKOR ANJING

DAH  HAMPIR  3 BULAN 
TAK NAMPAK MEREKA
INI KALI PERTAMA
SATELAH PKPB
SELALUNYA TIAP PAGI
AKAN BERSELISEH
MEREKA KE KWANTUNG
KERANA DEBIE JADI CIK GU
DISEKOLAH ALICE SMITH
JALAN BELLAMY
DI SEBELAH KWANTUNG

KELUAGA INI BAIK HATI
SETIAP KALI KE KWANTUNG
PASTI MEMBAWA BEKAL
UNTUK WARGA LIAR 
DI KWANTUNG

DETIK DETIK INI
AKAN HILANG 
HARI INI JADI SEMALAM
SEMALAM JADI  DULU
WAKTU DAN MASA
TERUS BERJALAN
TIDAK TERTANGGUH

HIDUP HANYA SEKALI
MASA TIDAK BERULANG
GUA HANYA MERAKAM
TIDAK ADA ULANG TAYANG

HIDUP DENGAN SEKARANG
JANGAN TERLEPAS
YANG DIDEPAN MATA INI
ADALAH KEHIDUPAN

CINTAILAH SOSOK
YANG SEBANTAL 
DENGAN KAMU

JANGAN DIPENJARA
OLEH KENANGAN
KERANA TERLUPA
MERAYAKAN SEKARANG

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT