Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 12 Mac 2009

BUKTI BARU ALTANTUYA ? KETUA PEMUDA PKR DIPANGGIL POLIS - mStar


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta hadir memberi keterangan oleh pihak polis pagi ini berhubung dakwaannya yang menemui bukti baru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Shamsul berkata, beliau akan hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 pagi ini berikutan laporan polis yang dibuatnya Sabtu lalu berhubung bukti baru itu.

"Saya akan hadir untuk memberi keterangan susulan laporan yang dibuat saya Sabtu lalu di Balai Polis Dang Wangi.

"Ia mengenai bukti baru mengenai kes Altantuya melalui satu laporan yang ditulis oleh seorang wartawan Perancis dalam akhbar mereka berhubung kes tersebut," katanya.


jeng jeng jeng… jeng jeng jeng… jeng jeng jeng….

kah kah kah…. JANGAN JOLOK JOLOK... JUMPA JERAT... JUMPA JIBON… JIBON JAMAN JEPUN...JAWAB... JAWAB....JENG JENG JENG…. kah kah kah…



TER NOW !!! THE FLYING DENTIST OR THE FLYING TOYOMAN!!!



Kos tambang udara Khir Toyo lebih RM300,000


Kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan.

Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata statistik itu berdasarkan rekod waran perjalanan udara yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan Pejabat Menteri Besar, katanya menjawab soalan Mohamad Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Woit… TAN SRI …. BIASALAH … MUNKEE NI DOKTOR GIGI… BANYAK PANNGILAN SAKIT GIGI….. kah kah kah..

kah kah kah… KAT LONDON JAGA GIGI LADY DIANA… KAT BANGOK JAGA GIGI PRINCESS SERIKIT…. KAT LOS ANGLES JAGA GIGI ANJOLINA JOLIE… KAT DUBAI JAGA GIGI SHARIFAH DURAH…. KAT OSAKA JAGA GIGI MADAME YOKUNI…. KAT OSAKA JAGA GIGI YAGIKAMIMOTO… KAT SOUL JAGA GIGI GONG LI…. KAT PARIS JAGA GIGI ISABELA ADJANI… KAT MILAN JAGA GIGI BASCOLINI… KAT AMSTERDAM ?...kah kah kah….

kah kah kah… KAT AMSTERDAM JAGA GIGI SIAPA?.... JAGA GIGI SEMUA PEREMPUAN DALAM RUMAH KACA…. kah kah kah…

woit… KAT KUALA LUMPUR JAGA GIGI SIAPA ?.... kah kah kah..

kah kah kah…. MESTILAH JAGA GIGI IBRAHIM ALI… JANGAN TUMBUH JONGANG LAGI…. kah kah kah



BERITA PELIK - BERITA GANJIL - HOT !!!





SPRM PANGGIL AZLINA - PEJABAT DI SERBU
– berita hairan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membantu siasatan berhubung rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek kementerian itu.

Ini berikutan serbuan pegawai SPRM ke pejabat Kementerian Pelancongan di Tingkat 36, Menara Dato' Onn di sini semalam. Dalam pemeriksaan oleh dua pasukan itu, SPRM turut merampas sejumlah dokumen dan menyoal siasat beberapa pegawai.

Sumber SPRM berkata, dalam serbuan itu, SPRM Wilayah Persekutuan memberi tumpuan kepada kes rasuah politik, manakala pegawai Bahagian Risikan ibu pejabat suruhanjaya itu menyiasat dakwaan penyelewengan pengurusan syarikat milik Tourism Malaysia, Pempena Sdn Bhd (Pempena).

"Dalam pemeriksaan hampir tiga jam itu, SPRM turut mengambil keterangan kira-kira 10 pegawai kementerian berkenaan, bagaimanapun menteri terbabit tidak berada di pejabatnya ketika itu.


kah kah kah…. CUBA BACA LAPORAN DI BAWAH INI…. kah kah kah


8 PEGAWAI MENTERI DISIASAT
-melayau

Lapan pegawai kanan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Hari ini sahaja, dua pegawai kanan menteri telah diambil keterangan kira-kira sejam oleh tiga pegawai SPRM yang datang ke pejabat kementerian tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 11.30 pagi.

Kesemua mereka yang disoal siasat telah memberi kerjasama sepenuhnya termasuk mengemukakan segala dokumen.

Difahamkan ketika soal siasat dijalankan menteri terlibat tiada di dalam pejabat.

“Setakat ini tiada serbuan, rampasan atau pun penahanan dilakukan. Semua pegawai terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya,” menurut sumber rapat kementerian itu di sini hari ini.

Sementara itu, pejabat Menteri Pelancongan dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan beberapa pegawainya telah diminta memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM.


kah kah kah… SATU PEKARA TERJADI ADA 2 LAPORAN BERBEZA..kah kah kah…

kah kah kah… SATU KATA DATANG MENYERBU DAN MERAMPAS…kah kah kah

kah kah kah…. SATU KATA DATANG BERLENGGANG KANGKONG… TAK ADA RAMPASAN DOKUMENkah kah kah

kah kah kah… SATU KATA ADA KAITAN DENGAN RASUAH PAMPENA… kah kah kah

kah kah kah….SATU TAK SEBUT PAMPENA LANGSUNG…. kah kah kah…

woit…. YANG MANA SATU BERITA NAK BODOHKAN MELAYU?…. kah kah kah



BAHASA TURUN KE JALAN




BAHASA TURUN KE JALAN


Kepada warga yang terlalai sila buka mata dan bangun dari tidur. Basuh muka dan celikan mata. Cari dan sila baca Perlembagaan Malaysia. Kalau malas, cuba risek dan tanya peguam atau pelajar undang-undang tentang hak-hak asasi kita sebagai warga didalam negara kita ini.

Didalam Perlembagaan Malaysia di Fasal 10 ada termaktub hak asasi warga untuk : Bebas Berpersatuan, Bebas Bersuara dan Bebas Berkumpul. Perlembagaan Malaysia adalah rujukan kita semua untuk mendirikan negara bangsa.

Justeru berkumpul dan turun ke jalan raya itu adalah hak kita. Ini cukup jelas.

Berkumpul dan turun ke jalan raya bukan untuk terberak di atas jalan. Turun ke jalan raya bukan untuk pau orang lalu lalang. Hak berkumpul dan turun ke jalan raya ini kita dilakukan untuk merayakan, menyatakan sokongan atau menyatakan bantahan kepada apa sahaja isu.

Warga Muslim berkumpul beramai-ramai dan berarak dari Masjid Negara ke jalan-jalan raya dalam Bandar untuk merayakan Mauludur Rasul. Ini di lakukan setiap tahun. Ini hak kita. Saban tahun penganut agama Hindu berkumpul dan berarak dari pelbagai kuil menuju ke Batu Caves. Ini hak kita. Saban tahun masyarakat Tionghua berkumpul dan berarak di Kuil Bukit Robson. Ini hak kita.

Semua negara dalam dunia ini mengakui hak-hak asasi ini. Hanya negara-negara yang zalim sahaja yang menafikan warganya dari berpersatuan, berkumpul dan menunjukkan perasaan beramai-ramai. Negara-negara dibawah pemerintahan yang zalim melarang warganya dari bersuara, dari menyatakan pandangan atau dari berani membantah. Negara bentuk ini di panggil negara zionis atau negara fascist. Cakap Melayunya - negara seperti ini adalah negara kuku besi macam negeri dibawah pemerintahan Raja Bersiong.

Negara-negara zionis dan zalim ini wujud. Pemerintah didalam negara zalim ini tidak mahu rakyat bersuara , tidak mahu rakyat membantah dan tidak mahu rakyat menjadi bijak. Pemimpin dalam negara-negara yang menghalang hak asasi ini tidak mahu warga negara itu jadi cerdik dan mengetahui hak-hak mereka.

Jika warga terus bodoh maka elit politik dalam negara zalim ini dapat melakukan pelbagai betuk kejahatan. Elit politik akan merompak harta kekayaan negara. Elit politik akan menjual khazanah negara untuk keuntungan diri. Elit politik di negara zalim hanya akan memperkayakan anak bini dan kawan-kawan mereka sahaja. Peluang untuk hidup selesa kepada warga lain akan dinafikan. Elit politik di negara zalim boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. Malah elit politik ini boleh membunuh rakyat tanpa dakwa dakwi.

Justeru, jika kita telah memahami semua ini maka tidak timbul tohmahan terhadap tunjuk perasaan yang berlaku Sabtu 7hb March lalu. Warga berkumpul dan membantah kerana warga tidak bersetuju pengunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Maths dan Sains . Khalas.

Dasar pengunaan Bahasa Inggeris ini telah dibuat oleh Mahathir Muhamad beberapa hari sebelum dia gulung tikar dari Puterajaya. Tidak ada perbincangan. Tidak ada kajian. Dan tidak ada apa-apa persediaan untuk melaksanakan dasar ini. Mahathir Muhamad membuat keputusan seorang diri. Ini hakikat.

Enam tahun kemudian hasilnya dilihat. Ibu bapa dan guru-guru mendapati bahawa dasar Mahathir Muhamad ini salah dan perlu di hapuskan. Ibu bapa dan guru-guru melihat anak-anak sekolah semakin terkapai-kapai untuk memahami satu bahasa baru. Anak anak juga merosot dalam pembelajaran maths dan sains.

Waspada! Jangan pusingkan dan menuduh para penunjukan perasaan itu yang turun ke jalan sebagai kumpulan yang tidak suka belajar Bahasa Ingeris. Ini tidak betul. Tidak ada sesaiapa pun menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.

Apa yang hendak ditempikkan oleh para demonstran melalui tunjukan perasaan itu ialah : Untuk mempelajari Bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa dalam dunia ini bukan melalui pembelajaran Maths dan Sains. Memperlajari bahasa ialah melalui sastera bahasa tersebut. Bahasa hanya dapat dihayati melalui sastera. Ini hakikat. Kenapa menteri yang bertanggung jawab ini masih pekak badak dalam hal ini.

Ahkir-akhir ini telah bocor berita yang melaporkan bahawa dasar yang dibuat seorang diri oleh Mahathir Muhamad ini sebenarnya bersangkut paut dengan peluang perniagaan dan kontrek. Beberapa bilion ringgit telah diagih-agihkan kepada penerbit buku, kepada pembekal komputer dan pembekal alatan sekolah. Maka inilah yang dipertahankan oleh menteri pelajaran. Menteri pelajaran mempertahan semua ini kerana menteri sendiri memiliki kepentingan diri. Cintakan bahasa ibunda tidak termasuk dalam kontrek ini.

Justeru, tomahan yang mengatakan parti pembangkang menjadi dalang membuat huru hara itu tidak betul:-

- Pertamanya - konsep parti pembangkang tidak boleh lagi dipakai. Lima negeri dalam negara ini kini dibawah pentabiran Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bukan parti pembangkang di negeri negeri ini tetapi parti yang memerintah.

- Kedua - pemimpin Pakatan Rakyat turut sama berada di jalan raya kerana parti mereka juga membantah dasar PPSMI. Adalah hak mereka untuk sama ke jalan raya. Ini hakikat.

- Ketiga – ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyatlah yang beribu-ribu turun ke jalan raya menunjukkan bantahan terdahap dasar PPSMI ini. Dalam masa yang sama ada juga penyokong dari Barisan Nasional yang turut sama menunjukkan perasaan. Mereka ini juga tidak menyokong dasar PPSMI.

- Keempat – ketua dan pemimpin Pakatan Rakyat bukan dalang tetapi sebahagian dari ahli jawatankuasa yang menyusun perhimpuanan tersebut. Ini hakikat.

Tohmahan dan memburuk-burukan Pakatan Rakyat tidak akan menyelesaikan apa-apa. Menakut-nakutkan orang ramai dengan senjata, polis dan gari tidak akan menyelesikan masaalah. Menembak gas pemedih mata, memuntahkan cecair kimia dan memukul para demonstran tidak juga akan menyelesaikan masaalah.

Masaalah ini hanya akan selesai jika dasar PPSMI Mahathir Muhamad ini dihapuskan dan bukan diteruskan.(TT)- Disiar dalam keluaran terbaru Harakah.




KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA DEWAN KECOH - mkini




Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh seketika apabila wakil rakyat PKR cuba membacakan laporan akhbar berhubung dakwaan penglibatan timbalan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu.

Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) telah membaca laporan akhbar Liberation yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengenali wanita Mongolia itu di Paris.

Pemimpin PKR itu sebelumnya mengupas isu keselamatan dan jenayah yang meningkat di negeri itu sewaktu membahaskan titah ucapan Sultan Selangor sewaktu perasmian penggal kedua persidangan ke-12 DUN semalam.

Kes jenayah berprofil tinggi melibatkan Altantuya juga terjadi di negeri itu, kata Azmin.


kah kah kah…ALTANTUYA DI BUNUH DI MANA?.... DI PARIS KE ? … ATAU DI GOMBAK?…kah kah kah…

woit…. LIBERATION ?... INI BUNYI SURAT KHABAR KOMUNIS…. kah kah kah…

woit…. AKHBAR LIBERATION INI NAK MALUKAN NEGARA KITA…. kah kah kah….

kah kah kah… INI MESTI SURAT KHABAR EJEN YAHUDI NI….kha kah kah….

kah kah kah….KALAU BUKAN YAHUDI… MESTI AKHBAR HINDRAF…. kah kah kah

woit…. KENAPA PEMUDA GEROMBOLAN TAK BUAT LAPORAN POLIS?.... kah kah kah…



BERITA PELIK - PM AKAN UMUM TARIKH PERALIHAN KUASA – berita hairan



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan seharinya di negeri ini, hari ini.

Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatannya pada Perhimpunan Agung Umno, akhir bulan ini berkata, tarikh itu sebenarnya sudah ada dalam pemikirannya.


woit…. BERITA …PELIK BIN TAKJUB BINTI AJAIB ANAK LELAKI NGANTUK… kah kah kah

kah kah kah….BERAPA KALI NAK BAGI TARIKH…. kah kah kah…

kah kah kah…. CAKAP NAK BAGI APRIL FOOL DAY PADA RAKYAT MALAYSIA…. kah kah kah…

woit… TAK KAN NAK TUNGGU ILHAM DALAM MIMPI?…kah kah kah



HARGA SAHAM DI TUTUP RENDAH – berita hairan


Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, sekali gus menghapuskan keuntungan awal dengan aktiviti pengambilan untung dilihat terutama di kalangan kaunter mewah dan berkaitan indeks, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) lega 4.88 mata atau 0.571 peratus kepada 850.37 selepas dibuka 5.31 mata lebih tinggi pada 860.56.

Peniaga berkata aktiviti di bursa tinggi pada sesi pagi, dirangsang oleh pakej rangsangan RM60 bilion yang diumumkan kerajaan semalam.

Bagaimanapun, pasaran gagal untuk mengekalkan prestasinya pada penutup kerana pelabur enggan mengambil pegangan baru ekoran keadaan yang tidak menentu.


kah kah kah…. 60 BILION… ..BURSA SAHAM KUALA LUMPUR NO RESPECT !... kah kah kah..

woit…. APA PUNYA BURSA SAHAM NI… DAH BAGI 60 BILION RINGGIT….GORENG LAH SIKIT… KURANG KURANG 1 MINGGU…. kah kah kah..

kah kah kah…. TAK BAGI MUKA PADA MAT MONGOL… kah kah kah…

woit… INI MESTI ADA KONSPIRASI PAUL WOLFOWITZ NI… kah kah kah…

kah kah kah… MANA MAT MONGOL NAK SURUK MUKA?....KENA SURUK HANTU KOPEK.. kah kah kah….