.

Jumaat, 4 September 2015

KLIM WAKIL TUHAN







KLiM WAKiL

TUHAN



Hadi: Allah, Rasulullah akan laknat mereka yang langgar bai’ah

 | September 4, 2015
Presiden Pas mengulangi kenyataan dalam kuliah agamanya di Masjid Rusila.



PETALING JAYA. – Wakil rakyat Pas yang mengkhianati bai’ah dilafazkan mereka sebelum menjadi calon parti pada pilihan raya umum yang lalu akan dilaknat Allah dan Rasul.
Kenyataan itu dibuat Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia Online, selagi Pas terus berjuang pada landasan menegakkan al-Quran dan Sunah selaras dengan ajaran Islam, bai’ah tersebut seharusnya diteruskan.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, (PRU13) semua calon Pas yang bertanding atas tiket parti itu melakukan baih untuk tidak melompat parti.

KAH KAH KAH
woit
tak payahlaaa 
klim jadi wakil tuhan
tak payahlah klim
online dengan tuhan
kurun ke 9 hingga ke 12
pope di rome dah buat kerja ini
bukan saje klim online
malah kalau bayar jongkong emas
boleh terus masuk syurga
kah kah kah
tak payahlaaa kelentong
ni dah tahun 2015
roket dah naik ke bulan
anak muda dah turun berdemo
kah kah kah

CANDAT  

SOTONG


-------------


WASAPADA BULAN SEMBILAN









WASPADA

SEPTEMBER


UDAH SAMPAi



Putin Says Dump Dollar

September 01, 2015 "Information Clearing House" - "RT" -  Russian President Vladimir Putin has drafted a bill that aims to eliminate the US dollar and the euro from trade between CIS countries.

This means the creation of a single financial market between Russia, Armenia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan and other countries of the former Soviet Union.

“This would help expand the use of national currencies in foreign trade payments and financial services and thus create preconditions for greater liquidity of domestic currency markets”said a statement from Kremlin.

The bill would also help to facilitate trade in the region and help to achieve macro-economic stability



--------------

LAWAK PETANG JUMAAT









MAT BOPENG




KAH KAH KAH

PADAN MUKA

---------------

LE GRANDE FINALE







BERSIH 5 - LE GRANDE FINALE


Bersih 4 baru berjaya selesai. Tapi  hari ini sekali lagi saya membawa ayat-ayat songsang. Sekali lagi saya membawa ayat-ayat sesat. Sekali lagi saya membawa berita buruk. Najib TIDAK akan berundur. Kemusnahan negara ini akan berterusan. Ini hakikat.

Sebenarnya dari fakta sejarah - sayalah sosok yang seharusnya bergumbira dengan Bersih4.  Seharusnya saya merayakan satu kejayaan pribadi.



Pada tahun 1998 - lebih tepat lagi pada petang Sabtu 24 Oktober 1998 - lebih kurang jam 5.00 petang saya telah ditangkap disebelah bangunan Pertama Komplek Jalan Tunku Abdul Rahman. Saya dibawa ke rumah pasong Dang Wangi untuk ditahan. Kamera SLR Nikon AE saya  telah dirampas sahingga  hari ini TIDAK dipulangkan.



Esoknya - pagi Ahad 25 Oktober 1998 - saya telah dibawa ke PULAPOL di Jalan Semarak. Disana saya dikumpulkan dengan puluhan lagi penunjukan perasaan yang kelihatan telah ‘ dibelasah’. Ramai yang kelihatan cedera, bengkak-bengkak dan kelihatan berdarah dan luka yang telah kering. Dalam sejarah - ini adalah - Malam Reformasi Kampong Baru.



Pada Ahad 25 Oktober 1998  induk berita muka depan Mingguan Malaysia - ada kenyatan  resmi Perdana Menteri Mahathir Muhamad  yang mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa DALANG DEMONSTRASI  yang menyokong Anwar Ibrahim telah berjaya ditangkap. Dalang yang dimaksudkan oleh Mahathir Muhamad ialah  Hishamuddin Rais. Ini terpampang di muka depan Mingguan Malaysia.



Pada ketika itu saya bukan dalang. Tetapi saya memang memiliki pandangan dan garis politik yang mengajukan tunjuk perasaan jalan raya sebagai wadah politik. 



Demonstrasi membantah pemenjaraan Anwar Ibrahim diteruskan. Dari segi fakta sejarah - saya terlibat  secara langsung menyusun dan mengatur gerakan menentang Mahathir dan United Malays National Organisation. Akhirnya - Mahathir Muhamad menahan saya dibawah ISA pada tahun 2001.



Pada era ini Mahathir Muhamad adalah Perdana Menteri. Dia  telah berkali-kali membuat kenyataan: Demonstrasi BUKAN budaya kita. Demonstrasi adalah budaya asing.



Mahathir Muhamad  juga memperlekeh Gerakan Pelajar Demo Baling 1974. Garis Mahathir - demo bukan budaya kita  - telah disambut oleh tukang bodek dan tukang cari kontrek untuk menjadi naratif nasional.  Tetapi Hishamuddin Rais meneruskan garis politik jalan raya tanpa henti-henti.



Akhirnya  pada Sabtu 29 Ogos 2015 jam 7.37 petang Mahathir Muhamad telah datang turun ke persimpangan Jalan Tun Perak dengan Jalan Raja Laut. Mahathir telah turun ke jalan raya.



Mahathir muncul untuk memberi sokong kepada Bersih4. Sebelum ini  Mahathir telah ada dilaporkan berkata bahawa demo ialah adalah jalan akhir untuk menjatuhkan Najib.



Hakikatnya  garis politik jalan raya Hishamuddin Rais telah berjaya. Jalan raya  kini telah menjadi budaya politik Malaysia. Hakikatnya Mahathir  Muhamad kini tunduk dan akur dan mengikut jejak langkah Hishamuddin Rais.

Ini kemenangan pribadi untuk saya. Tetapi  politik jalan raya bukan tentang kemenangan pribadi. Politik jalan raya ialah satu pendekatan untuk menumbangkan kezaliman  dan menegakkan keadilan.



Justeru  bukan kemenangan pribadi  yang hendak saya rayakan. Saya mahu menganalisa  dan mencari sebab musabab kenapa Mahathir Muhamad akhirnya menerima politik jalan raya - yang satu ketika dahulu amat-amat dibenci.  



Pada hemat saya Mahathir memiliki maklumat-maklumat  dalaman yang amat tepat. Contohnya - bekas pegawai  number dua Cawangan Khas PDRM amat-amat setia kepada Mahathir. Pastilah Mahathir  mendapat maklumat tepat lagi tuntas. Pastilah Mahathir mendapat penerangan dari masa ke  masa tentang apa yang sedang berlaku dalam negara. 



Berpandukan maklumat ini Mahathir kini  cukup yakin Mohd  Najib bin Abdul Razak TIDAK akan  meletakan jawatan. Najib akan meneruskan kuasanya. Malah Mahathir kini yakin Najib akan memanggil pilihanraya dalam masa terdekat.



Saya juga menerima hakikat bahawa  Najib TIDAK akan berundur. Datanglah apa sahaja - Najib akan terus berkuasa.  Untuk memperkukuhkan dan menghalalkan kuasa maka Najib akan menggunakan  PRU14. 



Saya cukup yakin dalam PRU14 ini United Malays National Organisation  dan Najib  akan mendapat kemenangan yang amat cemerlang - land slide victory - kemenangan tanah runtuh. Saya juga yakin Najib akan mendapat kembali sokongan dua par tiga dalam Parlimen. 



Apabila kemenangan PRU14 berlaku maka Najib Razak dengan angkuh dan bangga  akan berkata kepada Mahathir Muhamad  ‘ ...$#@! You Mahathir....lihat aku dapat sokongan majoriti rakyat... Kamu nak cakap apa..’



Sedar bahawa ayat-ayat ini akan dihamburkan oleh Najib  sesudah PRU14 maka Mahathir sanggup turun dua kali ke jalan raya untuk memberi sokongan kepada para penunjuk perasaan. Mahathir hanya berkata - teruskan lagi!



Kemenangan besar gerombolan bani Ketuanan  Melayu dalam PRU14 ini akan diheboh-hebohkan sebagai kejayaaan pimpinan Najib Razak. Kemenangan besar dalam PRU14 ini akan digunakan untuk menutup semua mulut pengkritik Najib Razak.



Maka akan dikeluarkan hujah kenapa  United Malaya National Organisation menang besar dalam PRU14. Pertama: kerana Pakatan Rakyat tidak wujud. Kedua: Kerana parti Pas telah pecah. Ketiga: Kerana dalam PKR tanpa Anwar dan ada jalur pandangan yang berterlagah. Keempat: Kerana tidak ada kerjasama antara parti pembangkang. Kelima: Kerana orang  Melayu sedar jika mereka tidak sokong parti Ketuanan Melayu maka parti Cina DAP akan berkuasa.



Hujah ini akan dijaja ke hulu ke hilir  sebagai  naratif politik untuk memperlihatkan keunggulan dan ketrampilan pimpinan sosok yang bernama Najib Razak.



Apakah kemenangaan ini betul? Sebenarnya TIDAK. Semua ini adalah  dongeng.



Yang tepat dalam PRU14 nanti gerombolan  parti Ketuanan Melayu akan menang besar. Yang betul  United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan terus berkuasa. Yang tepat dan betul ialah Rosmah Mansor akan terus mengendalikan negara.



Dari sekarang saya beri tahu bahawa  kemenangan Najib  Razak dalam PRU14 nanti adalah hasil penipuan. Lagi besar kemenangan yang dicapai lagi besar penipuan. Lagi banyak undi diterima lagi licik penipuan.



Ini bukan fitnah. Apa yang saya lakar ini  berasaskan fakta  dan babak politik yang telah terjadi.  Apabila saya berkata dalam PRU14 Najib  akan menang besar adalah satu pandangan yang saintifik - yang berasaskan data dan maklumat.



Fakta dan data telah muncul bagaimana Najib  dikatakan akan mendapat surat dakwaan  kes pecah amanah. Surat dakwaan telah disiapkan oleh Peguam Negara dan hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada Najib. Ini kes penyaluran duit sebanyak 42 juta ringgit dari Syarikat SRC International Sdn Bhd masuk ke dalam akaun pribadi Najib.



Sebelum surat dakwaan sampai Najib telah ‘menerajang senyap’ Peguam Negara. Najib memandulkan Badan Petugas Khas Parlimen dengan mengambil 4 anggota badan ini  untuk jadi Menteri. 



Saterusnya - Najib memaksa Ketua Pengarah SPRM Abu Kassim Muhamad terbang ke Amerika untuk dipotong buah pinggang - atas nama cuti berehat.  Seramai 4 orang saksi penting telah diatur untuk menghilangkan diri. Ini bukan fitnah. Ini fakta sejarah.



Jika semua ini boleh dilakukan oleh Najib Razak tanpa menghitungkan salah benar. Tanpa mengambil kira hukum hakam. Semua  ini dilakukan hanya untuk memastikan Rosmah Mansor akan terus menjadi teraju utama negara ini.



Maka mustahil Najib tidak boleh mengarahkan Suruhanjaya Pilihan  Raya untuk bersedia dari sekarang. Arahan yang cukup senang bunyinya - ‘PM mahu menang besar’. 



Mustahil ahli Lembaga SPR berani mengengkari arahan Najib. Pasti mereka  sayangkan buah pinggang dan tidak mahu dipaksa pergi bercuti  ke Amerika. Ini hakikat. Ini bukan fitnah.


Justeru - diatas kesedaran inilah maka Mahathir Muhamad sanggup menjilat air ludahnya dan mengikut mashab Hishamuddin Rais turun ke jalan raya sebelum ke pilihan raya.



Mahathir pasti dapat melihat langkah dan tindakan  yang akan diambil oleh Najib. Dia bekas PM selama 22 tahun. Mahathir tahu peranan semua alat dan jentera daulah. Mahathir tahu bagaimana semua jentera  boleh digunakan.  Mahathir kenal hati perut dan saikoloji penjawat awam dari Tan  Seri hinggalah ke pencuci lantai. Mahathir tahu juga sikap feudal dan kebebalan fikrah ahli United Malays National Organisation.  Malah wujudiah kekebalan Najib hari ini adalah hasil kerja Mahathir sendiri.



Kebelakangan ini Mahathir telah  menyebut beberapa kali tentang pilihanraya. Malah pada petang Sabtu Bersih4 - Mahathir telah meminta pengundi kawasan Pekan untuk TIDAK lagi mengundi Najib.  Dalam masa yang sama pada hari kedua Bersih4 - Zahid Hamidi pula telah berkata agar parti-parti komponen BN bersedia untuk menghadapi PRU14.



Satelah memerhatikan semua ini  dan  selesai sahaja Bersih4 - saya berani berkata bahawa PRU14 akan menjadi titik tolak sejarah pilihanraya. PRU14 ini nanti akan berjalan dengan penuh penipuan terancang.



Bersih pernah membuktikan penipuan melalui Tribunal Pilihan Raya yang dibuat sesudah PRU13.  Expose - pembocoran berita dari Wall Street Journal - telah membuktikan bagaimana duit sebanyak 2.6 bilion ringgit masuk untuk ‘ menipu’ PRU13. Hanya sekarang ianya terbocor. Ini  penipuan yang terbocor - berapa banyak lagi penipuan  yang  kita tidak akan tahu.



Secara terbuka saya katakan bahawa  penipuan yang amat-amat besar sedang dirancang untuk PRU14. Pemimpin United Malays National Organisation sedar  bahawa Najib dan Rosmah adalah dua biawak hidup yang wajib mereka pikul.



Beban memikul biawak  hidup ini ialah kekalahan dan kemusnahan parti United Malays National Organisation.  Pemimpin parti Ketuanan Melayu  sedar bahawa dua ekor biawak hidup ini TIDAK akan  mengundur. Justeru - untuk sama-sama selamat - kuasa wajib terus dipegang. Dalam PRU14 kuasa saperti dalam semua PRU hanya didapati  melalui penipuan undi. Kali ini bezanya dalam PRU14 - penipuan mega kan dijalankan.



Jika PRU14 adil dan Bersih - Pakatan Rakyat Perjuangan ( PKR-DAP-HARAPAN BARU) akan mengambil alih Putrajaya. Tetapi ini TIDAK akan berlaku.


Kepada para politikus dalam PKR, DAP, PAS, HARAPAN BARU - sila jangan ada ilusi untuk  menang dalam PRU14.  Semua akan lungkup hangus dipukul oleh Najib Razak.



Maka  pada petang dan malam keputusan PRU14 diumumkan secara sepontan BERSIH5 akan meledak. 



BERSIH5 adalah ledakan spontan rakyat tanpa  memerlukan Ambiga, Pak Samad, Mat Sabu,  Maria Chin, Tian Chua, Hishamuddin Rais mahu pun Mahathir Muhamad. Kemarahan rakyat telah sampai ke hulu hati. 



BERSIH5 adalah  ‘le grande finale ' - ledakan kemarahan rakyat spontan kerana  mereka tidak mahu lagi terus ditipu. Anak muda wajib bersedia dari sekarang.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------------

MINTA BANTUAN BOMOH DAN JIN







MEMiNTA

BANTUAN

BOMOH DAN JiN


Najib, tiga individu diarah bela diri

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan  Najib Razak dan tiga lagi individu memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen PRU13.

Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama  Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober, lapor The Malaysian Indsider.

"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.

Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.



KAH KAH KAH
woit
ini hanya permualaan
najib ada kes di paris
najib ada kes di zurich
najib ada kes di london
najib ada kes di shah alam
kah kah kah
mana mana pun tak kan lepas
babi sudah kena kepong
kah kah kah
sondol sana sondol sini
kah kah kah
lari lari lari
lari cari besan
lari dengan anak menantu
kah kah kah
besan pun wanted oleh interpol
menantu pun wanted di new york
kah kah kah
padan muka gwa happi

MAT SONDOL
 




-----------

BERITA ROSMAH TAK MAHU BACA






KOMENTAR
satu berita baik
dari latin amerika
jalan raya telah membawa hasil

suami najib dan najib sendiri
tidak mahu membaca berita ini

NOTA
anak muda bersedia!

Guatemala president appears in court as congress accepts resignation

Guatemala’s president, Otto Pérez Molina, has resigned and is now facing criminal charges in relation to a major corruption scam, prompting scenes of jubilation in the poverty-stricken Central American country, just days before a general election.
Congress voted unanimously to accept his resignation on Thursday afternoon, by which time Pérez Molina was already sitting before a judge, while prosecutors presented evidence to support charges of unlawful association, bribery and customs fraud.






---------------

PERANGAI USTAT





PERANGAI USTAT
Tu la.. masa sekolah dulu..kuat melancap. Bila dewasa, jadi ustat.. manalah nak datang cerdiknyer??? on LAWAK PAGI RABU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/2/15





------------

BOSAN BERITA DUD DUD











BERiTA

DUDHUD


DUD DUD

Adakah PAS masih menganggotai pakatan pembangkang, soal menteri


Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan kenyataan i Anwar Ibrahim yang menyebut PAS masih menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Beliau berkata adalah mustahil bagi PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang belum didaftarkan penubuhannya untuk sama-sama menganggotai pakatan itu.
Salleh berkata Pakatan Rakyat perlu memilih satu daripada dua parti itu untuk menjadi rakannya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adakah-pas-masih-menganggotai-pakatan-pembangkang-soal-menteri#sthash.tL5ueQ7I.dpuf

KAH KAH KAH 
woit
kah kah kah
ini satu percubaan
untuk alih pandangan
untuk bawa rakyat lari
dari kes najib razak
kah kah kah
woit
berita parti pas
dah tak relevan
berita duhud dud dud
tak menarik perhatian dunia
kah kah kah
yang menarik berita
rakyat nak terajang najib
dunia nak lapor politik jalan raya
dunian nak lihat najib terlungkup
kah kah kah
untuk kaki bodek najib
kita beri markah kesian
sila cuba lagi
kah kah kah

CUBA LAGI

--------------

APA KHABAR TUAN SIRUL







TUAN SiRUL


APA KHABAR 

Di AUSTRALiA

LAMA TAK

 ADA BERiTA

ADA CHAN

TENGOK TV? 



-------------

NAJIB TAK BERANI







BUBUH 

MiNYAK LAGi

Hisham: Pemecatan Muhyiddin, Shafie hanya khabar angin5:32PM Sep 3
"Ini khabar angin, kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu jika ia merupakan aganda tetap," katanya


KAH KAH KAH
woit
khabar angin 
atau kentut angin
sudah menjadi berita busuk
muhyiddin yassin jadi hero
najib bin razak jadi takut
kah kah kah
woit
kalau berani buang laa
rakyat nak tengok perang
nak tengok perang besar


PERANG BESAR

--------------

KES RASUAH NAJIB






KES RASUAH NAJIB
Tuan jose ugaiz. Selamat datang ke malaysia darul rasuah. Kalau pm najib tak jawab jugak pertanyaan tuan hal duit rm3 bilion itu ( nilai dollar dah naik), saya cadangkan tuan buat satu resolusi agar pesalah2 tahap mega seperti pm najib ini ditahan serta merta untuk siasatan kalau dia jejak kaki di mana2 negara anggota tranparacy international untuk membuktikan cakap berdegar2 tuan2 mempunyai makna dan teladan.

 Tuan jose ugaiz. Kami rakyat malaysia semua sudah tahu itu duit hasil dia merembat dan menyamun macam2 dana negara serta tabung rakyat dengan menggunakan macam2 teknik pelaburan wayang kulit semata2. 

Tuan jose ugaiz. Pm najib memang guna duit rakyat itu untuk dana pilihan raya yang lalu. Terang2 dia bayar kepada pengundi. Tapi kami yakin tidak banyak mana pun. Bakinya yang berlaksa2 itu dia sapu cukup2 kerana akaun itu atas nama dia. Ikut suka dialah hendak buat apa pun. 

Tuan jose ugaiz. Tak lama lagi dia nak umum buat pilihan raya lebih awal. Dia nak guna duit berlaksa2 itu on KES RASUAH NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/3/15

-----------

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU





PROJEK TiPU 

MELAYU


RM2.6 bilion bukan derma biasa tapi ‘rasuah hebat’, kata ketua Transparency International


Meskipun pemimpin Umno mempertahankan derma RM2.6 bilion kepada  Najib Razak dan berkata ia bukan hal besar, Pengerusi Transparency International Jose Ugaz menyelar balik dengan menyatakan ia ada semua elemen dalam rasuah yang hebat.
Ugaz, pejuang anti rasuah antarabangsa berkata, ada 3 ciri dalam rasuah hebat, antaranya ia dilakukan individu berkedudukan tinggi dan berkuasa, membabitkan jumlah wang yang besar dan memberi kesan terhadap hak asasi manusia.
Dalam pembentangannya di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Kuala Lumpur semalam, Ugaz berkata RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun bank peribadinya adalah contoh rasuah hebat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm2.6-bilion-bukan-derma-biasa-tapi-rasuah-hebat-kata-ketua-transparency-in#sthash.L0ptaKDK.dpuf

KAH KAH KAH
i have nothing
to add my lord
i rest my case
my lord
kah kah kah

BOPENG MUKA

---------------