Rabu, 20 Mei 2020

MALAM TUJUH LIKUR



ISLAM BUDAYA
MALAM TUJUH LIKUR



BAHAYA POLITIK BAHAYA KOBID







BAHAYA POLITIK

BAHAYA KOBID


Arahan kerja dari rumah masih berkuatkuasa, kata menteri


Sebahagian Pasar TTDI ditutup 



AWAS

Patuhi SOP untuk elak kluster Raya, kata menteri


KEWUJUDAN kluster Raya dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Antara SOP itu ialah dengan duduk di rumah, amalkan jarak sosial termasuk ketika berbual, amalan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dan lakukan sanitasi dalam rumah khususnya atas permukaan yang kerap disentuh, katanya.

“Kita melihat kepada aliran jangkitan apabila ada perhimpunan besar-besaran atau pergerakan di satu tempat. Ia memungkinkan jangkitan itu berlaku kerana kita tidak tahu virus di mana,” katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan wujudnya kluster Raya Covid-19.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan anugerah Clinical Research Malaysia (CRM) Sponsored Research kepada lima penerima sempena sambutan Hari Kajian Klinikal Sedunia di Putrajaya hari ini, Dr Adham berkata, setiap orang harus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk melindungi keluarga dan komuniti ketika merentasi daerah termasuk di zon hijau.

“Sementara tunggu vaksin dibangunkan, kita perlu laksanakan normal-normal baharu,” katanya. – Bernama, 20 Mei, 2020.

RAYA 

BERJAGA

BERAWAS


TAK PERLU BUNUH KAREKTOR






TAK PERLU

BUNUH 

KAREKTOR
kahkahkah kami faham sangat kau mmg tak suka dgn pak sheikh, tt. selagi kau boleh tulis, kau tulislah macam2 utk bunuh karektor dia. kami ok jer tt, kami tetap tak sokong umno. langkah sheraton tetap kami anggap pengkhianatan. 
kikiki kami ok jer. 
on 
ABAM LARI 
BILA MADEY 
TIBAI MUHYIDDIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/05/20

U

BERBUKA KE 27






BERBUKA KE 27
HARI INI KUALA LUMPUR
PANAS  
BERPUASA NYAMAN
MAKLUMLAH DAH SEASONED
LAGI TIGA HARI 
KITA RAYA

PETANG  JAM 5.43
GUA MASUK KWANTUNG
BELUM SEMPAT 10 MINIT
UJAN DAH TURUN
PETIR KILAT GURUH BERDENTUM
GUA LARI
TAK SEMPAT SAMPAI RUMAH
TUNGGU HUJAN TEDOH
TEMPAT LETAK KERETA
EZI DAN TAK TAK
AMAT TAKUT DENGAN GURUH

TUNGGU PUNYA TUNGGU
HUJAN MAKIN LEBAT
BILA REDA SIKIT
KAMI BELARI BASAH PULANG

PETANG INI
BERBUKA
GUA ADA KUEH MELAYU
KUEH GULUNG KARIPAP LENGKONG
KIRIM DENGAN KAWAN
DI BELI DI BRICKFEILD
JUGA PISANG BERTAMBAH
SMPAI PAGI RAYA

PETANG KELMARIN GUA KE PJ
JALAN KOSONG
TAPI TAK MERAYAU
SEMBANG PUNYA SEMBANG
JAM 12.00 MALAM
ADA WAKTU LARANGAN  KE?

BERGEGAS PULANG

DEPAN ANGKSAPURI
ADA DUA TIGA KERETA
LAIN SEMUA KOSONG
SEMUA PATUH PKPB

DALAM HIDUP INI
GUA SELALU BERHARAP
ORANG RAMAI AKAN
MEMILIKI TENAGA
DAYA FIKIR YANG LEMAH
YANG KURANG
UNTUK 
MELAKUKAN KEJAHATAN
TAPI
GUA BERHARAP
ORANG RAMAI MEMILIKI
KUDRAT DAN FIKRAH
YANG AMPOH 
LAGI GAGAH
UNTUK BERBUAT BAIK

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT



AMAT BODOH DITIPU OLEH ORANG BODOH





AMAT BODOH

DITIPU OLEH

ORANG BODOH
Catatan dari bangsa arab mesir, Arab Saudi dan Arab Kuwait adalah tuan, bangsa lain adalah hamba. Arab palestine selalu belot dan tak boleh dipercayai sebagai rakan perjuangan
 jadi tak hairanlah 
on 
PLO PUTUS HUBUNGAN 
DENGAN CIA DAN MOSSAD
Publish | Delete | Spam
zaki
at 15:37

Te

KUMPUL UNDI UNTUK KUMPUL HARTA






KUMPUL UNDI

UNTUK KUMPUL

HARTA
selama ini satu saja isu yang TT bawa betul, kalau pilihanraya dapat mengubah apa apa maka pilihanraya akan diharamkan, ini point kritikal dalam politik Malaysia, siapa jadi PM kita tak kisah tetapi apa dia buat untuk rakyat, itu kita nak kisah, selama ini sejak merdeka lah, apa PM PM ini sudah buat selain mengamalkan dasar pecah perintah ala British, sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen negeri, sentimen parti politik melampau ? 
yang wayang satu Malaysia, wayang dasar negara semua untuk diri dan keluarga sahaja, sampai 2020 pun mereka masih sama, tikam sondol sula semua musuh politik walau pun dalam situasi Covid sekarang, maka baik kita semua amal autokratik penuh,biar mereka buat semua, sapa nak jadi apa biar lah, menyusahkan rakyat segenap lapisan dengan mainan kotor sampah politik jijiknya,ramai rali barut termasuk geng geng cyber trooper dalam media sosial, 
kah kah kah 
on 
PUASA KE 27 - 
KHALWAT E 64
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/05/20

Apa 

DI AKHIRAT ADA PETAI ?







DI AKHIRAT

ADA PETAI ? 

DOSA TU APA ?

Apa macam Hisham? Setempek taik lembu hinggap kat muka kau, jilatlah, tunggu apa lagi, tanya jemin puas hati? Tanya yidin puas hati? Nampak sangat langkah sheraton langkah bodoh,mn hanya nak memperkudakan yidin dengan jemin je, sekarang sedaplah kena tunggang ya...
itu baru balasan didunia sebab mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat, balasan diakhirat hanya Allah yang tahu, dosa dengan Allah bolehlah bertaubat, dosa dengan maknusia tanggonglah sendiri.... 
on 
MUHYIDDIN PARAH
Publish | Delete | Spam
hamim
on 20/05/20

Ma

BETUL - INI CONTOH BAHAYA PAU







BETUL INI 

CONTOH BAHAYA

PAU YANG JELAS
Mahiadin pun kena pau kiri kanan dgn Umno dan MCA utk faraidkan jawatan top boss GLC.
 Siapa lagi yang x akan kena pau 
on 
MUHYIDDIN PARAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/05/20

buka

BUKAN KERJA POLITIKUS







BUKAN KERJA

POLITIKUS 
Sebok minta polis pantau hariraya apa kata pm tm.pm menteri2 menteri besar exco , yg baru dpt jawatan lantikan politik dan segala yg sewaktu denganya bertugas sepanjang bulan shawal ni gantikan polis tentera doktor nurse kakitangan sepital dan yg bertugas dibarisan hadapan sbb gaji n elaun dah dapat kerja belum sibok temasuk hisham aka tt 
on 
MERAKAM SEJARAH - 
DIKURUNG BERHARI RAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/05/20

K

APA DIA 103







APA DIA




MUHYIDDIN DIPANGGIL ABAH







MUHYIDDIN

DIPANGGIL ABAH
Bukan kedah je bruh.. Satu Malaysia -kebanyakkan pakcik dan atuk rasa diaorang lah yang bijak pandai dalam semua perkara. Muhyiddin pull macam tahu orang muda meluat golongan ni,so dia buat macam bodoh semua perkara. tetibe jer dah ramai panggil dia abah. Lol. on 
TAK PERLU
 SOKONG MADEY
Publish | Delete | Spam
Hudbenseman
on 20/05/20

sel

PLO PUTUS HUBUNGAN DENGAN CIA DAM MOSSAD







PLO  PUTUS 

HUBUNGAN 

DENGAN

CIA  DAN  MOSSAD


Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas, telah mengisytiharkan berakhirnya kerjasama keamanan dengan Israel dan Amerika Syarikat, dengan alasan ancaman segera dari aneksasi Israel di beberapa bahagian Tepi Barat.

"Organisasi Pembebasan Palestin [PLO] dan negara Palestin dibebaskan, mulai hari ini, dari semua perjanjian dan persefahaman dengan pemerintah Amerika dan Israel dan semua komitmen berdasarkan pemahaman dan perjanjian ini, termasuk perjanjian keamanan," Abbas berkata dalam ucapannya.

PLO memilih untuk mengakhiri kerjasama dengan Israel dan AS pada 2018 dan menyerahkan kepada Abbas untuk melaksanakan langkah tersebut. Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mengancam untuk menghentikan kerjasama tersebut beberapa kali sebelumnya, dan pada hari Selasa tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh pengisytiharannya dalam praktik, terutama dalam hal masa depan alat keselamatan Palestin.


BARU SEKARANG

SEDAR

BANGANG

PULUH TAHUN

KENA TIPU

KHALAS

MERAKAM SEJARAH - DIKURUNG BERHARI RAYA



MERAKAM SEJARAH 

DIKURUNG BERHARI RAYA


Hari ini Senin 18 Mei 2020 kita telah berpuasa  selama 25 hari. Kita juga telah berkhalwat –  tunduk mengikut  Perentah Kawalan Pergerakan (PKP) ke tahap PKPB (BERSYARAT)    selama 62 hari. Pagi Senin ini juga   Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional a.k.a kerajaan Muhyiddin Yassin bersidang untuk kali pertama. 

Saya menangguhkan sambungan tulisan mengenai xenophobia. Pada hemat saya hari baik bulan baik ini biar saya merakam sejarah tentang puasa dan hari raya. 

Untuk rakaman  ingatan kita semua  puasa dan hari raya tahun kini kita berkurung dirumah atas perentah  Majlis Keselamatan Negara.  Untuk pertama kalinya kita mengalami puasa dan hari raya dalam suasana yang amat amat berlainan. 

Untuk saya raya tahun ini   tak ada lemang, tak ada rendang daging, tak ada ketupat , tidak ada tapai,  tak ada letupan mercun, tidak memasang pelita minyak malah bunyi ledakan meriam buluh tidak kedengaran. 

Semua ini ialah ciri Islam Budaya yang saya anuti. Tapi  raya tanpa semua ini bukan satu yang baru untuk saya. 

Raya  senyap sunyi dan tidak sibuk tanpa tamu pasti satu pengalaman baru untuk majoriti ummah. Kesian kanak-kanak tahun ini duit raya pun tidak ada. Inilah yang saya panggil Raya Kobid. Amin.

Mengikut istilah warga Belgium saya ini dipanggil  célibataire a.k.a Jantan Bujang bukan Jantan Kobid. Jantan yang memilih gaya hidup membujang sebatang kara   tidak akan menghadapi kesunyian bersendirian.  Ini tepat sekali  untuk diri saya. Malah berpuasa dan dikurung ini telah saya lalui berkali kali.

Kali pertama saya ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap adalah dalam bulan puasa September 1974. Satu malam saya ditahan dalam  lokap bandar Johor Bahru.Kemudian atas arahan mahkamah saya dihantar satu minggu ke Penjara Ayer Molek. Saya bersama arwah Yunus Ali dikumpulkan dalam satu lokap dengan tiga orang anak muda Melayu. 

Kem Komandan Ayer Molek memberi arahan semua tahanan reman Islam dipisahkan dari yang bukan Islam kerana bulan puasa.  

Tahun 1974 saya masih muda. Justeru puasa atau tidak puasa bukan satu yang penting untuk saya saorang peganut mazhab Islam Budaya. Puasa di Ayer Molek pada bulan September itu dipaksakan keatas diri saya oleh arahan sistem penjara. Kalau bebas diluar besar kemungkinan saya tidak akan berpuasa.
  
Kemudian pada  10 April 2001 saya ditahan. Kali ini dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA).  Saya ditahan bersama sembilan yang lain. Dua bulan kemudian 4 orang dibebaskan. Tapi saya bersama 5  yang lain  dihantar ke Kem Tahanan Kamunting Taiping  (KEMTA) untuk ditahan selama dua tahun.

Ezam Mat Nor, Saari Sungip, Tian Chua dan saya sampai ke Taiping dahulu.  Ini satelah siasatan dua bulan kami selesai. Kemudian diikuti oleh Lokman Adam dan Ustad Dr Badrul Amin. 

Sesampai di Kamunting Hishamuddin Rais dikenali sebagai Tahanan 2504.  Panggilan nama diubah untuk memastikan kami tidak memiliki identiti diri. Hanya dikenali dengan angka.

Malam pertama Ezam Mat Noor, Saari Sungip, Tian dan saya dimasukkan ke dalam bilik yang sama. Kawasan ini  dipanggil Kawasan Blok 4B.  Bayangkan kegumbiraan satelah dipenjara  bersendirian seorang diri  selama dua bulan kini dapat berbual dengan manusia. Dan bebas dari  mendengar lebong dan maki hamun SB yang menyiasat kami.

Kegumbiraan tak sampai seminggu.  Arahan baru sampai.  Kami dipisahkan. Saari dan Ezam dipindah ke Blok  4A.  Tian Chua dan saya terus tinggal di Blok 4B. Lojiknya jika kami berkumpul maka kami akan merancang bagaimana hendak menjatuhkan Mahafiraun a.k.a Mahathir Muhamad.

Blok 4b ini  ada dua bangunan. Setiap  bangunan  seluas bilik darjah. Disetiap bangunan  ada lima   tandas dan kolah air  mandi. Ertinya dibuat untuk menahan ramai orang.  Bagitu juga blok sabelah - Blok A.    Keluasan blok ini rasa saya 4 kali padang badminton.  Tapi kami hanya empat orang. Ruang satu blok amat amat lumayan untuk dua penghuni.

Saya dikurung bersama Tian Chua.  Minggu pertama memang seronok.  Bersembang dan bertukar kesah soal siasat. Kemudian habis cerita. Habis pekara nak ditanya.  Kami tak ada pilihan wajib berhadapan memandang muka yang sama. 

Bayangkan : pada bulan pertama kami dikurung tidak  ada bahan bacaan. Ketika ini saya mula berkawan dengan semut. Memerhatikan  perjalanan semut masuk ke lubang. Memberi semut serpihan roti.  Melihat betapa kuatnya semut berupaya  mengangkat serpihan roti yang lebih besar dari badan sendiri.  

Empat bulan kemudian  17 November 2001  masuk bulan puasa.  Kali ini saya memang berniat hendak berpuasa. Rokok telah saya tinggalkan semenjak petang 10 April 2001 -  petang saya ditangkap.  Dengan berpuasa saya mahu membesihkan tubuh badan yang telah saya cemari. Untuk penganut Islam Budaya puasa ialah  proses detoksifikasi.

Untuk warga Blok 4A - Ezam dan Saari Sungip tak ada masaalah. Mereka berdua akan sama berpuasa. Tapi bagaimana saya dan Tian Chua. Ketika berpuasa dalam Penjara Ayer Molek  bulan September 1974  dahulu saya dikumpulkan dalam satu sel.

Bayangkan jika Ezam, Saari,  Lokman,  Badrul, Tian dan saya akan dimasukan ke dalam satu blok.  Ini mimpi basah yang dikhayalkan.  Tetapi  dikurung  di Kemta  Taiping mustahil mimpi basah ini akan  berlaku. Arahan Kementerian Dalam Negeri a.k.a Pak Lah - enam tahanan Reformis  wajib dikurung dalam tiga blok yang berasingan
Satu minggu sebelum puasa , satu  lubang telah ditebuk dipintu untuk membolehkan dulang makanan  masuk. Kami dikurung dalam bilik dari jam 7 pagi hingga 7 malam.  Kerana itu dulang sahur wajib  disorong  melalui lubang ini  jam 12.00 malam tanpa membuka pintu.

Untuk menyenangkan pengurusan makanan dalam blok saya,  Tian Chua mahu ikut berpuasa sama.   

Tian diminta  menulis surat resmi  kepada Komandan Kemta untuk berpuasa. Jangan ketawa  bila membaca babak ini.  Ketika dikurung nak  berpuasa pun wajib tulis surat. Inilah surah  berkurung dalam bulan puasa Kemta.

Permintaan Tian Chua ditolak. Tian Chua kapir. Mungkin  jika Tian berpuasa ini  akan  mengelirukan Si Malaikat yang menulis dosa dan pahala.  Tian  menulis surat rayuan. Ini  beberapa hari sebelum puasa bermula.

Akhirnya pihak Kemta meluluskan permintaan Tian. Saya gumbira kerana saya boleh tidur awal dan Tian boleh mengambil dulang sahur. Amin

Kemudian untuk melunakkan berpuasa ketika dikurung  kami membuat rayuan agar kami berenam dapat berbuka bersama-sama.  Kami memilih blok Ezam dan Saari. Awalnya permintaan ditolak. Selama tiga hari kami berpuasa di blok masing masing. Akhirnaya hati Pak Lah dan menantunya terbuka. Rayuan kami diterima. Kami boleh berbuka secara berkumpulan. 

Tapi ada syarat. Ini macam PKPB – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Syarat kami ialah  semua  ikut arahan. Kami akan dibawa ke Blok 4A  sebelum berbuka.  Lepas berbuka wajib pulang ke blok masing masing. Tidak lebih dari jam 9.00 malam kami wajib masuk ke sel.  

Disini saya rakamkan sejarah  - pada bulan puasa  November 2001 untuk pertama kalinya saya dapat bertemu dengan Ustad Badrul dan Lokman Adam. Mereka dikurung dalam Blok 3B yang amat jauh dari Blok4.

Juga dalam bulan puasa inilah  pertama kalinya saya baru dapat mengenali  dan berbual dengan Ustad Badrul dan Lokman Adam. Walau pun  dalam kenyataan media  Ketua Polis Negara Norian Mai  mengatakan bhawa kami ini dalam satu kumpulan sulit. 

Kumpulan Reformis ini dituduh  sedang merancang untuk membuat huru hara. Kami dituduh akan  menggunakan  bom, molotov cocktail dan bola besi untuk menjatuhkan Mahafiraun.

Puasa  ketika dikurung di Kemta   penuh  nikmat dan seronok untuk saya. Bukan nikmat makanan tapi nikmat dapat bertukar pandangan dan mendengar pendapat yang lain tentang ke arah mana  gerakan Reformasi ini akan dihala. 

Dalam bulan puasa tahun 2001 inilah kali pertama saya dapat bertanya secara  jujur tentang pengalaman Ezam sebagai  Setiausaha Politik Anwar Ibrahim. Saya cukup yakin  dan percaya kepada surah dan kejujuran sosok yang bernama Ezam Mat Noor.

Ketika dikurung dalam bulan puasa ini  Ezam  telah menyakinkan kami semua bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim hanya konspirasi Mahafirauan.
Setiap malam salepas  berbuka puasa ,  lepas sembahyang dan  sesudah makan malam kami akan menggunakan masa yang singkat untuk berbincang.

‘ Kalau Anwar gila nak jadi PM…  Anwar takan lawan  Mahathir….Anwar ikut sahaja apa kata Mahathir…Anwar boleh tunggu…’  Ayat ini saya dengar keluar dari mulut Ezam di Kamunting pada bulan puasa November 2001 di Blok 4A. 

Orang ramai juga sering  mendengar ayat yang sama  dalam ceramah  Ezam Mat Noor.

Pada hari baik bulan baik November 2001 - saya  telah  di yakinkan tentang kejujuran Anwar Ibrahim oleh Setiausha Politiknya. Tentang keimanan dan betapa waraknya sosok yang bernama Anwar Ibrahim. Dalam bulan puasa ini Ezam melupuskn semua was was  dan prasangka saya terhadap sosok yang bernama Anwar Ibrahim. Amin.

Tengah kami berbincag tetiba lampu picit datang  menyuluh. Setiap malam kami akan bertengkar dengan  Cik GU a.k.a  warder. Mereka  akan datang dengan lampu picit sebelum jam 9. Mereka akan meminta  kami  ikut arahan pulang ke blok masing masing.

Inilah tanda bukti budaya berkurung. Kami juga  sama saperti kawasan Pasar Borong Selayang  atau Selangor Mansion. Kami  di Kemta   dipagari kawat berduri. Ada tembok dan ada dinding zinc yang dibaluti oleh kawat berduri.  Kawat berduri  memagari kami bukan kerana Kobid tapi kerana fikrah kami.  

Satu minggu sebelum puasa tamat kami diberitahu   bahawa keluarga kami boleh datang membawa makanan pada pagi raya. Kami juga diberi tahu  bahawa Sembahyang Hari Raya akan diadakan di  kawasan tahanan jenayah.

Kami  mencuba nasib sekali lagi. Kami minta kebenaran  dari Kem Komandan untuk kami berenam bermalam di Blok 4A pada malam raya.  Permintaan kami diluluskan.

Pada petang 15 Disember 2001 Tian Chua  dan saya membawa bantal , kain selimut dan pakaian  kami untuk berpindah semalam ke bilik Ezam dan Saari di Blok 4A.

Pada malam raya itu kami cukup seronok. Esok hari  raya dan kami dapat bermalam bersama-sama kali pertama di Kemta.
Pagi esoknya  Cik Gu sampai dan kami diringi ke  kawasan tahanan banduan.  Kawasan amat luas. Dipagari oleh kebun sayur.  Kali pertama kami sampai  ke sini pada 31 Ogos 2001. Ini waktu Hari Sukan 31 Ogos. 

Dari kawasan ini kami dibawa ke satu bangunan kayu yang menjadi masjid kami. Yang membaca khutubah raya ialah Ustad Kemta. Saya tak ingat apa isi khutubah pada pagi itu. 

Mata saya merayau untuk mengenali  tahanan  dari blok lain.  Dibelakang  lilitan kawat berduri saya tahu ada tahanan  Mujahideen, tahanan Jamiah Islamiah, tahanan Al-maunah  dan tahanan Shiah.  

Selesai sembahyang kami bersalam salaman.   Tahanan politik dan banduan  semua tersenyum gumbira. Hati parah jiwa resah tanpa anak bini dan kaum keluarga dilupakan buat sementara. Kami tak sempat bercakap banyak. Cik Gu pengawal kami ingin bergerak. Mata-mata  terus memerhatikan kami dari jauh untuk memberi laporan kepada Pak Lah.

Dari Masjid Badrul dan Lokman pulang ke Blok 2B. Ezam, Saari dan  saya  ke Blok 4A. Tian Chua menunggu. Kemudian saya dan Tian  pulang ke tempat  asal kami Blok 4B.

Ahad ini kita berhari raya – Raya Kobid..  Bergumbiralah kerana  kita  selesai berpuasa.  Bergumbiralah kita masih selamat dari  Karona. Bergumbiralah kerana  semua ini satu pengalaman.  Hidup ini satu perjalanan. untuk sampai   bukan tujuan. Perjalanan itulah  kebahagian. Amin.  (TT)



KES JULUR PISANG LAGI









KES JULUR PISANG

Umpan dah kena..jeng jeng jeng.mat songel muncul diri. Tahu kenapa madey guna modal liwat jel abam?pasal dia kuat putar. lagi Tanya lagi putar.tak dapat jawab mengaruk melolong suruh orang tak tahu apa tolong dia.termasuk lah TT pun kena calit pisang kecut.
pakai modal liwat semua orang tak mahu tanya apa dah.apa pasal buat,dimana buat.terus eeeee jijiknyaaaa.khalas.kawtim.khatam.bungkus.abad 2020 mula mula masih org simpari.sekali abam pakai semburit,taktik madey dulu.konon senjata ampoh.makan tuan la.madey saja pandai guna political manuver sebab dia madey.madey adalah legend.bukan kau abam. 
on 
ABAM LARI
 BILA MADEY 
TIBAI MUHYIDDIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/05/20

Ab

APA EZAM KATA TENTANG ANWAR









RAKAMAN 

SEJARAH

Apa Ezam Mat Noor

 kata tentang Anwar di Kamunting

BERITA MENYUSUL

BATU YONI







BATU YONI
Atok gwa penah stori, bahawa sapo poei Mokah dongan duwit haram dan duwit rasuah mako dio akan sosek dan tak jumpo Kaabah. Tu yang gwa nak tanyo ..batu itam yang dijilat Zahid dan Mak Badak sampai tojulo lidah, batu apo pulak tu.
 on 
AGAMA ALAT 
MENGOLAH PERSETUJUAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 19/05/20

A

MUHYIDDIN PARAH






APA MAKNA

BERITA INI

MAKNANYA

MUHYIDDIN 

MAKIN PARAH

MAKIN BERAT

MAKIN TERDESAK


Perikatan Nasional hanya untuk sidang Parlimen, kata pemimpin Umno, PAS


PERJANJIAN persefahaman (MoU) menubuhkan Perikatan Nasional (PN) tidak mengikat parti-parti politik dalam kerajaan untuk mendaftar sebagai sebuah gabungan rasmi, kata pemimpin Umno dan PAS.

MoU itu, yang dipersetujui enam pemimpin gabungan dan parti politik kelmarin, hanya untuk memudahkan urusan pentadbiran Parlimen yang bersidang semalam serta membolehkan kerajaan bergerak, kata mereka.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata MoU itu untuk menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti daripada parti-parti politik yang membentuk kerajaan.

“Ia tidak mengikat. MoU itu sekadar MoU walaupun kenyataan (menyebut) bersetuju tubuh PN.

“Ia tidak akan menjurus kepada pendaftaran parti PN macam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), hanya nak tunjuk dan memudahkan perkara pentadbiran dalam Parlimen.

“Tidak ada apa-apa usaha menjadikan PN sebagai parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Pulai selama tiga penggal (2004-2018) menjelaskan apabila Parlimen bersidang, perlu ada garis jelas antara blok kerajaan dan pembangkang, dan MoU itu menggambarkan sokongan kepada kerajaan.

“Untuk memudahkan secara pentadbirannya, ahli Parlimen daripada beberapa parti buat MoU untuk gambarkan sokongan kepada PN.

“Itu memorandum untuk memudahkan ahli Parlimen tunjuk sokongan kepada Muhyiddin kerana beliau kena tunjuk beliau ada sokongan (sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen) dan (semalam) beliau tunjuk beliau ada sokongan itu,” kata Nur Jazlan.

Aturan tempat ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam membayangkan pentadbiran Muhyiddin mempunyai 113 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat, menjadikannya kerajaan majoriti paling kecil dalam sejarah Malaysia.

Untuk kerajaan bergerak

Nur Jazlan memberitahu beliau tidak nampak bagaimana PN boleh ditubuhkan seperti BN kerana katanya, Majlis Tertinggi Umno sebelum ini tidak bersetuju dengan penubuhan PN.

“Umno sudah tolak penubuhan PN secara rasmi. MoU ini sebab Parlimen nak bersidang saja, bukan untuk tubuh parti politik… bukan perjanjian politik dan sebagainya,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Khairuddin Aman Razali berkata fokus utama MoU itu ialah untuk memastikan setiap parti ada ikatan kuat bagi membolehkan kerajaan bergerak.

“(Pilihan raya) kita bincang kemudian. Fokus pemerkasaan kerajaan sekarang, yang penting ikatan kita kuat dalam menguruskan kerajaan.

“Kita tak mahu berlaku macam PH yang longgar dari sudut hubungan dan berlaku pertembungan,” katanya, yang juga menteri dalam Kabinet Muhyiddin.

Kelmarin, ketua-ketua Bersatu, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan dalam satu kenyataan bersama persetujuan membentuk PN.

Kenyataan itu muncul ketika Umno yang menerajui BN bertelingkah secara terbuka dengan Bersatu dan beberapa pemimpinnya menegaskan kerjasama dalam PN hanya setakat sebelum pilihan raya akan datang.

Kenyataan bersama penubuhan PN semalam dikeluarkan oleh Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno.

Kenyataan itu juga disertai empat pemimpin lain yang mewakili parti masing-masing iaitu Abdul Hadi Awang (PAS) Abang Johari Openg (GPS), Dr Maximus Ongkili (PBS), dan Dr Jeffrey Kitingan (STAR).


BELI DENGAN

JAWATAN PUN

GAGAL

GEROMBOLAN

MAHU BOLOT

SEMUA KUASA

UNTUK SELAMT

MUHYIDDIN WAJIB

CARI SAUDARA 

KAWAN LAMA

KALAU TIDAK

AKAN LINGKUP

AMIN

BUDAYA PALAT DUNIA KETIGA







BUDAYA PALAT

DUNIA KE TIGA
sistem Malaya ni kena paham, ada dua sistem kerajaan, satu untuk orang kebanyakan, satu untuk team bangsawan, kah kah kah sejarah melayu dah bagi tahu lama dah, tapi berapa kerat melayu yang.sanggup baca, kah kah kah, 
semua nak short cut, masuk piem pakai short cut, tikam sula bonet depan belakang, bila pegang kuasa emak bapak pun lupa lah, sapa jadi mahagurunya PON lupa begitu lah malaysiaku yang serba serbi boleh kah kah 
on 
DI MALAYSIA 
SEMUA MUNGKIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 19/05/20

Atok g

PENCURI JUAL EMAK GADAI







PENCURI 

PENYAMUN

TAKDA KESETIAAN

MAK AYAH PUN

AKAN DIJUAL

TT, mana ada anak belot mak? Ini aturcara nak gagal pembicaraan ayah tiri ke? Anak jadi saksi, peguam soal, anak jawab sokong ayah tiri, buat keliruan. Orang putih kata - mistrial. 
on 
RIZA BELOT
 JADI KENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 19/05/20


Riza dah lawan bapak tiri? 
Ooo maknanya najib dan rosmah
 nanti masuk sel lain lain laa.
 on 
RIZA BELOT 
JADI KENG
Anonymous
on 19/05/20

U