Ahad, 24 Januari 2010

PROJEK TIPU MELAYU



NANTI AKAN DIKELUARKAN FATWA - DAKWAT HITAM ADALAH AJEN YAHUDI




UNDI POS BAKAL DIKENALI PENGUNDIAN AWAL - malaysian insider

Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH… KAH KAH KAH

woit… APA PUNYA TUUUUUR… kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA MAHU UNDI POS DI HAPUS… BUKAN TUKAR NAMA… kah kah kah..

kah kah kah…. RASUAH TUKAR JADI: KOMISEN… SELESAI.. MALAYSIA TAK ADA RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… ROMPAK TUKAR JADI : AMBIL TANPA KEBENARAN… SELESAI… MALAYSIA TAK ADA ROMPAKAN… kah kah kah..

kah kah kah.. TIPU TUKAR JADI : MAKLUMAT TAK CUKUP… SELESAI…MALAYSIA TAK ADA KES TIPU…. kah kah kah..

woit… BANGANG… INI NAK MENIPU MELAYULAAA….kah kah kah..

woit… KENAPA TAK BUAT PERATURAN… UNTUK CALON GEROMBOLAN KIRA SAMPAI MENANG… kah kah kah

nota:
indonesia dan thailand pakai dakwat hitam
kenapa tak nak ikut?
takut gerombolan tak boleh undi berkali kali kah kah kah





MUSIM HUJAN SUDAH SAMPAI



INI BUKAN GAMBAR KASUT INI GAMBAR KERUSI




HARAMKAN JUAL PASIR ELAK PENYULUDUPAN – PERKASA – melayau

Kerajaan perlu bertindak mengharamkan penjualan semua jenis pasir ke luar negara bagi membanteras sindiket penyeludupan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Ibrahim Ali berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak perbuatan menyeludup pasir berkualiti tinggi ke negara jiran.

KAH KAH KAH

woit… MUSIM HUJAN DAH SAMPAI KE??….kah kah kah…

kah kah kah… APA PUNYA TUUUUR… kah kah kah…

woit… SELUDUP BERLAKU KERANA PASIR TAK BOLEH DI JUAL….kah kah kah…

woit… TAK ADA LESEN JUAL …ITU SEBAB SELUDUP…. kah kah kah..

nota:
dalam ekonomi ada satu hukum
dimana ada permintaan
di situ akan muncul pembekal
ini hukum ekonomi – kapitalis atau sosialis sama sahaja
permintaan dan pembekal wujud.

singapura memerlukan pasir
malaysia larang jual pasir
berlaku penyuludupan

singapura memerlukan katak
malaysia ada banyak katak
kalau jual katak dapat untuk banyak
duit boleh buat lagi luas sekolah katak kah kah kah




JAMES BUM



SILA TANYA DRIBER LORI INI - DIA ADA MAKLUMAT




KEDUTAAN AS PATUT KONGSI MAKLUMAT - melayau

Kedutaan Amerika Syarikat patut berkongsi maklumat dengan Malaysia tentang kebimbangan terhadap keselamatan rakyat negara itu di negara ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Mohd. Shafie Apdal hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… TAK PERLU KONGSI MAKLUMAT…. kah kah kah..

woit… BACA SAHAJA AKHBAR HARI AHAD 24HB JANUARI 2010…kah kah kah..

kah kah kah… AKAN TAHU BETAPA BAHAYA INI NEGARA INI….kah kah kah

sila baca ini:

AMAH MATI DIHENTAK OBJEK TUMPUL – berita hairan

MELAKA: Laporan bedah siasat terhadap mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia Khamis lalu, mendapati kematiannya berpunca daripada kesan ‘blunt trauma’ atau kecederaan disebabkan oleh hentakan objek tumpul

MAYAT TERIKAT DALAM SAWIT – berita hairan

BATANG KALI: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Remok, lebih kurang 200 meter dari Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini, semalam.

PEMUDA CUBA POTONG LALUAN KEMBAR MAUT – berita hairan

KUANTAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta ketika cuba memotong di garisan berkembar di Kilometer 337 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat Kampung Ajai, Raub, semalam


DENGGI KONI TAHAP BAHAYA
- melayau

PULAU PINANG 23 Jan. - Kes demam denggi di negara ini kini berada pada tahap sangat bahaya dan orang ramai diminta mengambil serius perkara tersebut.

Menteri Kesihatan, Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 776 kes membabitkan enam kematian dilaporkan antara 17 dan 21 Januari lalu.

KAH KAH KAH…

woit… NAMPAK BETAPA BAHAYANYA …. kah kah kah..

woit… NAK BUAT APA BANTUAN AMERIKA….kah kah kah..

woit… INI BELUM SEMUA BERITA BAHAYA DI LAPOR…kah kah kah..

kah kah kah… AGAKNYA.. KALAU SEMUA DILAPORKAN MUNKIN LEBIH BAHAYA DARI GAZA…. kah kah kah

nota:

berhati hati
untuk keselamatan anda
jangan lupa pakai topi keledar
untuk kepala atas dan kepala bawah kah kah kah




BETUL TAK ?



WAK NI DAH TIPU BERAPA RATUS EKAR TANAH KERAJAAN JADI MILIK SENDIRI?





65,000 KES PENIPUAN HAK MILIK DIKESAN
– berita hairan

Jabatan Tanah dan Galian (PTG) mengesan kira-kira 65,000 kes penipuan status hak milik tanah daripada 6.5 juta pemilik tanah dilaporkan dalam tempoh dua tahun lalu.

Susulan itu, PTG bercadang memperluaskan pelaksanaan sistem biometrik di seluruh negara tidak lama lagi bagi membendung kegiatan atau sindiket penipuan urusan pindah hak milik tanah.

Ketua Pengarahnya, Abd Halim Ain, berkata sistem biometrik perintis yang diperkenal dan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak setahun lalu terbukti mampu menangani masalah penipuan urusan pindah hak milik tanah.

"Sistem ini diwujudkan hasil cadangan polis kepada PTG sebelum ini supaya kita cipta satu kaedah khas yang dapat menangani kes pemalsuan permohonan hak milik tanah.

"Ia bertujuan memudahkan pihak polis dan kita membuat siasatan serta mengenal pasti individu atau suspek terbabit dalam penipuan status hak milik tanah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sistem biometrik memerlukan pemohon atau individu membuat pengesahan menerusi cap ibu jari terbukti ketika hendak memproses permohonan.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan transaksi urusan pemindahan hak milik tanah yang dilakukan secara penipuan sebagai tidak sah.

KAH KAH KAH…

woit… PULUH RIBU RAKYAT KENA KELENTONG…. kah kah kah…

woit …PULUH RIBU RAKYAT HILANG TANAH…kah kah kah…

kah kah kah… INI MESTI ADA BANTUAN ORANG DALAM TUKAN GRAN…kah kah kah..

kah kah kah… KALAU CARI BETUL BETUL MESTI JUMPA TAIKO PENIPU MACAM INI…. kah kah kah

woit… MESTI ADA RASUAH… MESTI ADA ABANG LONG YANG JAGA…kah kah kah…




MACAM HARTA MAK AYAH DIA



KALAU BUDAK KECIL TAK MAHU TIDOO - TUNJUKAN GAMBAR INI - JAMIN AKAN TAKUT




JADI AHLI UMNO BARU DAPAT KERJA - Surat Sofi Wahab - harakah daily

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.

Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno.

Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.

Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.

KAH KAH KAH…

woit… INI SUSAH TEROK…. kah kah kah…

woit… DULU KES BUDAK THAMBI KECIK…. kah kah kah..

woit… MELAKA INI SATU NEGERI YANG TOTOK GEROMBOLAN… kah kah kah…

kah kah kah…BAYANGKAN KALAU KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR BUAT PERATURAN MACAM INI… kah kah kah..

kah kah kah…MESTI HEBOH SATU DUNIA…. kah kah kah..

kah kah kah... MESTI ADA DEMO KEPALA ARNAB PULAK... kah kah kah

woit… MESTI HARI HARI ADA KUTUKAN DARI MEDIA…kah kah kah…

woit… BILA GEROMBOLAN BUAT… SATU HABUK TAK ADA BERITA… kah kah kah..