.

Sabtu, 14 November 2015

KESAH HAJI DAN HAJJAH








INi KESAH

HAJi & HAJJAH

REMBAT DUiT

ANAK YATiM

UNTUK ENJOY

MAiN GOLF

Di AMERiKA




JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Tuan Haji Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Haji Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau  Hajjah Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.
Lawatan Haji Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.
Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM’, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-
1.      Golf – keraian Menteri
2.      Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
3.      Jamuan Makan – keraian Menteri
4.       Cenderahati Menteri
5.      22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT
Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah “upscale outlet” barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.
Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah  Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala  Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Haji Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.
Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya.
NOW dengan ini mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat.
Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.
Buat  Haji Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai.
NOW juga menuntut agar  Haji Jamil Khir Baharom,  Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan perjalanan luar negara.
Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ini akur dengan kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan setiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka.
 AKMAL NASIR 
PENGARAH NOW




-------------------

APA DIA JAKIM






JAKiM

JABATAN KEKELIRUAN 
ISLAM MALAYSIA


FACE BOOK

Harta anak yatim, amanah terbesar. Khianat harta anak yatim, dosa teramat besar.
Jakim sensitif isu sentuh anjing, sedangkan tidak ada ulama kata haram sentuh anjing, walaupun ulama dalam mazhab syafie nyatakan kena basuh 7 kali basuh bila sentuh anjing.
Jakim bukan sekadar tak sensitif isu harta anak yatim yang melibatkan menteri agama, malahan dalam fb mereka siap back up lagi menteri terbabit.
Jabatan Kekeliruan Islam Malaysia.



















-----------------

HAJI DAN HAJJAH TURUN KE AMERIKA









 HAJi & HAJJAH

TURUN

BERSHOPPiNG


Haji dan Hajjah turun bershopping

Katanya, rombongan Haji Jamil Khir terbabit turut bermain golf dan mengunjungi pusat beli-belah 'upscale outlet' barangan berjenama yang terletak di Washington DC sebanyak 4 kali.

Haji Jamil Khir's lack of explanation on the allegations has raised several questions. He did not shed light on his entourage's visit to the Leesburg Corner Premium Outlet for four days

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/we-wont-say-sorry-to-jamil-khir-over-us-trip-allegation-says-anti-graft-gro#sthash.zfSJfL9E.dpuf







KAH KAH KAH
woit
hang ingat apa
tok lebai tak ada taste
hang ingat apa
mak aji tak ada taste
kah kah kah
semua kerana allah
semua kerana agama
semua kerana bangsa
kah kah kah

TiPU LAGi
------------

BILA MULA 24 JAM









BiLA MULA

24 JAM





Jamil Khir tuntut mohon maaf dalam masa 24 jam 
Jamil Khir menuntut Akmal Nasir dan portal berita The Malaysian Insider menarik semula segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
“Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya,” katanya.

KAH KAH KAH
woit
lagi berapa jam
nak jadi 24 jam
kah kah kah
bila mula kira
kelmarin ke 
pagi ini
kah kah kah
sekarang tinggal lagi
berapa jam?
kah kah kah

BiLA KiRA















\
--------------

BILA NAK SAMAN?










NAK SAMAN

SAMAN LAH

TAK PERLU 

GERTAK






Jamil Khir: Akmal mesti mohon maaf atau disaman

Jamil Khir Baharom menuntut pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir (bawah) memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Ia berhubung dakwaan yang mengatakan menteri itu menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.


KAH KAH KAH
woit
tak perlu gertak gertak
nak saman saman lah
cakap nak saman tak guna
24 jam ini mula dimana
kah kah kah
ini sama macam najib
nak saman akhbar
wall street journal
sampai sekarang taraaak
kah kah kah
satu habuk taraaak

TARAAAAK

----------

LAGI 31 HARI






LAGi SATU

BULAN

KES 1MDB

SELESAi

INi JANJI

NAJiB







--------------

JADI TUKANG HASUT








AKHiRNYA

TERiMA 

GARIS POLiTIK

JALAN RAYA

&

KiNI JADI 

PENGHASUT



KITA TUNGGU DAN LIHAT






Jamil Khir: Akmal mesti mohon maaf atau disaman

Jamil Khir Baharom menuntut pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir (bawah) memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.




KiTA TUNGGU

DAN L
iHAT

KAH KAH KAH


------------

HUSAM MUSA BANGUN MELAWAN








ADA SAMSENG

BERNAMA

MAHFODZ


NOTA
bukan mahfodz omar



Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng


Bekas naib presiden PAS  Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.
Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.
"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.
"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.
Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS  Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.
"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.
"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.
Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.
"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.
"Ketika bertanding di Parlimen, selain  Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.
Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.
"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"
"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
tak disangka sangka
dalam parti islam
ada samseng
kah kah kah
samseng ni macam mana
cakap ana  dan unta ke 
oppps..silaplaaa
cakap ana dan anta
kah kah kah
ini berana dan berunta
kah kah kah

LAWAN LAGi
----------------

DAKWA JANGAN TAK DAKWA





DAKWA

JANGAN

TAK DAKWA




Tanda-tanda Mahathir akan didakwa

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat tanda-tanda beliau mungkin didakwa di mahkamah selepas pihak berkuasa menyoal siasatnya minggu lepas.
Polis pada 6 November lalu menyoal siasat Mahathir susulan kenyataannya berkaitan  Najib Razak dalam himpunan BERSIH 4 pada Ogos lalu.

JENG JENG JENG

woit
kesah makin hebat
perang berterusan
ini amat baik
makin ramai sedar
makin ramai bertanya
ini parti ketuanan melayu?
ini parti ketuanan rasuah?
jawabnya:
ini parti sunnah wal rasuah
duit anak yatim pun rembat
kah kah kah

PERANG LAGi

-------------

SAMAN JANGAN TAK SAMAN






FACE BOOK



Menteri Ini jaga hal ehwal agama islam , semua perbelanjaan main golf DLL guna Dana ank yatim & miskin. Apa lg nk harap dgn umno ni.. Sila saman Akmal Nasir cpt skit.




























BiLA NAK

SAMAN

KAH KAH KAH





------------

AL - FATIHAH










Families mourn victims of Beirut suicide bombings

A three-year-old Lebanese boy orphaned in the deadly twin suicide blasts that ripped through a southern neighborhood of Beirut is not likely to remember much of the explosion that killed his parents, but the pain and terror of the previous night were etched on his face on Friday.






--------------

DUNIA TERPERANJAT PAGI INI







DUNi

TERPERANJAT


PAGI iNI


About 140 dead after siege at Bataclan concert hall and attacks across Paris – live



Attack at Paris's Bataclan: 'two or three men began shooting blindly at crowd'




---------------