.

Rabu, 24 Disember 2014

SELAMAT BERGUMBIRA



JAI  DAN EZI
ucapkan 
selamat bergumbira


CHARLIE BROWN
apa maknanya christmas


WAJAH PEJUANG



KOMENTAR
16 september tahun hadapan
akan lagi heboh chin peng
ini adalah hari kematian
pejuang kemerdekaan
tidak dapat tidak
akan ada cuti umum

pasti akan ada usaha
agar cuti umum dibatalkan



Individu dalam mural itu adalah penduduk lokal

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan individu dalam lukisan mural di Jalan Tun Sambanthan, di sini bukan Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi merupakan penduduk tempatan.

Bahagian Perhubungan Awamnya dalam satu kenyataan semalam, berkata, ia dilukis oleh seorang pelukis dari Lithuania bernama Ernest Zacharevic berdasarkan wajah seorang penduduk tempatan.

“Pihak MBI sekali lagi menjelaskan lukisan mural yang terdapat di dinding sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan bukan imej Chin Peng,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, satu video di laman Youtube bertajuk ‘The Art of OLDTOWN with Ernest Zacharevic - Old uncle with cofee cup mural’ adalah bukti lukisan mural tersebut bukan imej Chin Peng

Individu sebenar dalam lukisan mural bertemakan ‘old uncle with cofee cup’ dihasilkan Ernest itu didakwa seorang pengendali kren.

Kelmarin, sebuah lukisan mural mencetuskan kontroversi apabila seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, memuat naik status dalam laman Facebook mendakwa imej berkenaan mirip Chin Peng.



KAH KAH KAH

woit
ini hebat
sosok bernama chin peng
memang hebat
abu chin peng ditakuti
wajah chin peng ditakuti

wajah pejuang 
menentang british

APA PUNYA TUUUR







--------

RIWAYAT POTONG KAKI







RIWAYAT POTONG KAKI

Mengikut kata Sahibul Hikayat adalah kesah disebuah negeri Entah Berentah. Negeri molek lagilah indah. Negeri turun temurun milik cucu cicit Wan Empok dan Wan Malini.

Kesah ini sampai dari mulut ke mulut. Pada saat dan ketikanya pada hari baik bulan yang baik maka hamba bersurah kesah ini agar menjadi hawa telinga agar menjadi ajaran hendaknya. Amin.

Maka hamba pun memanjang lidah membawa ceritera ini dari Tok Perawi ke Tok Perawi dari Tok Penggwa ke Tok Guru. Dari hulu kampong ke hilir kampong. Dari hulu sungai hingga ke tebing laut. Telinga hamba mendengar kesah ini dari lidah Tok Guru. Jika kesah ini tidak benar maka tidak benarlah cakap Tok Guru. Jika kesah ini pencong maka penconglah hati Tok Perawi. Hamba ini hanya berangan-angan untuk menjadi Perawi Soheh agar anak cucu cicit hamba akan selamat tujuh keturunan.

Mengikut ceritera yang hamba dengar dalam negeri Entah Berentah ini ada seorang Putera Raja yang kacak lagi bergaya. Berdastar macam anak Raja Melaka. Berkuda macam anak Raja Mongolia. Memanah tepat busar mengena apa sahaja. Berlari sederas angin. Berenang sepantas ikan. Bila memanjat kepala tak ubah saperti berok dan ungka. Ada pun nama diberi Putera Buana Embun Nila Derai Ulai Lembayong – dipendekan menjadi Putera Bendul.  Dimanjakan menjadi Mat Bendul

Mengikut tuan empunya cerita Putera Bendul yang masih belum beristeri masih juga belum ditabalkan sebagai Raja Negeri. Ini mengikut surah Tok Guru yang mendengar dari Tok Batin yang mendengar dari Tok Penggawa yang mendengar dari Tukang Masak Istana bahawa Mahkota Diraja telah hilang dilarikan oleh saekor Ungka Bertina. Mengikut yang empunya ceritera Ungka Betina ini pada satu malam yang gelap telah masuk ke bilik Gong Seri dan mencuri Mahkota Diraja.

Adalah menjadi cerita pada satu ketika dahulu Ungka Betina ini hidup makan tinggal dalam Istana. Kesah benar ini menjadi pelik lagi menghairankan kerana Ungka Betina mencuri Mahkota Diraja dengan niat untuk menjadikan anak kesayagannya sebagai Raja.

Adalah menjadi sumpah turun temurun sesiapa memiliki Mahkota Diraja maka Si Polan itu akan ditabalkan menjadi Raja. Inilah adat lama turun temurun yang dibawa dari Bukit Seguntang Mahameru.

Putera Bendul amatlah susah hati kerana belum ditabalkan lagi. Mahkota Diraja telah dilarikan oleh Ungka Betina. Maka untuk membaik keadaan Putera Bendul pun mula menukar corak. Kalau dulu suka bergedebe ke Golok suka bergedebe ke Danok kini Putera Bendul turun ke masjid untuk menunjukkan pada rakyat jelata bahawa dirinya Putera Raja yang adil lagi warak.

Setiap tahun bila bulan puasa masuk Putera Bendul akan berzakat fitrah. Sedekah ke setiap kampong dan desa. Lembu dipotong itik dipanggang orang kampong tak pernah pulang kosong mendapat pelbagai zakat dari Putera Bendul.

Mengikut tuan yang empunya ceritera semua lembu dan itik semua duit dan belanja zakat datangnya dari tangan Mamak Bendahara Kerajaan Negeri. Ada pun Mamak Bendahara ini amatlah bijak lagi bistari mengurus sawah longkang dan parit. Kerana bijak bistari maka Putera Bendul telah menganugerah derajah kebesaran Datuk Diraja Nila Angkasa kepada Mamak Bendahara. Jika dipedekkan maka Mamak Bendahara ini dipanggil Datuk Dna.

Adalah dikatakan tahun yang baru berlalu Putera Bendul ingin berzakat lagi. Maka Datuk Dna telah dipanggil mengadap. Kesah punya kesah cerita punya cerita labon punya Datuk Dna telah berjanji akan memberikan hutan balak kepada Putera Bendul.

Mendegar hutan dara penuh dengan meranti merbau dan jati maka melelehkan air liur si Bendul ini. Maka Putera Bendul pun pergilah berjumpa Pak Sedara Kaya untuk meminjam emas sebara sementara tanah balak diukur dan dikira. Kesah punya kesah maka Putera Bendul pun mula berzakat saentero negeri. Melawat masjid dan surau. Memontong lembu dan kerbau.

Maka hari berlalu bulan pun berlalu. Maka sampai hari dan ketikanya Pak Sedara Kaya datang mengadap Putera Bendul untuk meminta kembali emas sebara untuk meminta duit dan harta. Maka tergesa-gesa Datuk Dna dipanggil datang untuk mengurus hutang piutang.

Datuk Dna mengigil datang. Membawa peta map dan butang. Semua bertujuan untuk mengenal hutan balak dan hutan lojing. Cari punya cari. Peta punya peta. Tok Batin Gua Musang dipanggil datang untuk mengenal hutan melintang. Tok Batin menggeleng kepala. Ada pun mengikut ramalan Tok Batin semua peta dan map tipu belaka. Tidak ada hutan tidak ada balak . Tidak ada jati meranti dan merbau.

Maka amat murkalah Putera Bendul. Muka merah menyinga taring mula keluar. Putera Raja ini merasa dihina dihadapan Pak Sedara Kaya. Putera Bendul merasa dimalukan oleh Datuk Dna. Maka Putera Bendul mahu Datu Dna dihalau ke Laut Kalzum. Tugas digantikan dengan Mamak Bendahara baru. Maka krisis politik mula muncul dalam Kerajaan Negeri Entah Berentah.

Mengikut tuan empunya ceritera Datuk Dna telah mengigil sejuk ketakutan. Apabila Istana murka ertinya masa depan Datuk Dna akan terkubur. Takut punya takut Datuk Dna telah mendengar nasehat Bomoh Suling untuk menjemput datang dua pakar ilmuan yang boleh menyelesaikan krisis politik negeri Entah Berentah dengan Istana Raja.

Maka Datuk Dna dengan cergas dan pantas telah menjemput ilmuan negara bergelar Datuk Serban Berat Sebelah dan ilmuan negara bergelar Datuk Seri Sang Koper. Mereka ini bertanggung jawab melantik diri mereka sendiri sebagai pakar dalam hal politik dan tadbir negara.

Pada hari dan saat yang ditetapkan maka tiga kepala jendul ini pun duduk berfikir. Mengikuit kata sahibul hikayat mereka berbincang pagi dan petang. Dari siang hingga ke senja dari  senja hingga ke subuh mencari jalan bagaimana cara untuk menutup kesah Putera Bendul yang sedang murka dari diketahuii oleh rakyat. Jika penipuan ini diketahui oleh rakyat maka cangkul dan sabit akan datang mencari leher Datuk Dna dan kuncu-kucunya yang kunun menjalankan pentabiran Islam di negeri Entah Berentah.

Rakyat di Negeri Entah Berentah memang telah lama marah kepda Datuk Dna dan kuncu-kuncunya. Rakyat tahu bagaimana hutan balak telah ditebang dan digadai hinggakan orang kampong susah untuk mencari makan. Sungai menjadi kotor. Sawah menjadi kering. Semua akibat hutan balak ditebang. Jika kesah Putera Bendul ini diketahui  rakyat maka retak menjadi belah. Rakyat Entah Berentah akan memukul tabuh dan canang untuk menumbangkan kerajaan yang bertopengkan agama.

Buka fail tutup fail. Buka buku tutup buku. Akhirnya terjumpa sebuh kitab kuno yang dipanggil Kitab Ilmu-Ilmu Sutut. Ada pun Kitab Ilmu Sutut ini adalah kitab ajaran Bani Tamud yang dikatakan telah musnah dalam satu banjir lumpur ribuan tahun dahulu. Kitab Ilmu Sutut ini dikatakan telah ditemui selamat dalam mulut ikan paus yang mati terdampar satelah banjir lumpur reda.

Mengikut pandangan Datuk Serban Berat Sebelah dan Datuk Seri Koper cara terbaik ialah mengalihkan pandangan rakyat dengan mengenalka Hukum Sutut yang dipungut dari Kitab Bani Tamud. Hukum-hukum Sutut ini akan memeranjatkan dan menakut-nakutkan orang ramai. Bila orang ramai terperanjat dan takut mereka akan lupa tentang kegagalan iktisad Kerajaan Negeri Entah Berentah.

Kegagalan Kerjaan Negeri Entah Berentah dalam banyak pekara telah lama tersebar. Kesah-kesah ban balak, kesah anak menantu jadi kaya. Malah kesah baru terbuka tentang Peti Bendahari Negeri penyimpan harta , emas dan dinar dan riyal telah hampir kosong. Orang kampong telah mula berlabon kesah Dayang dan Sida termasuk Pengawal dan Bentara tidak mendapat upah kerja. Jika kesah Putera Bendul ini pecah maka akan terbarailah semua kesah-kesah yang lain. Akan gemparlah Negeri Entah Berentah.

Maka Datuk Dna pun memukul tabuh dan canang. Mengheboh ke saentero negeri bahawa Kerajaan Entah Berentah akan memperkenal Hukum-hukum Sutut. Rakyat diberitahu bahawa satu persidangan khas akan dipanggil untuk meluluskan Hukum Sutut ini.

Hukum Sutut ini amatlah keras lagi menakutkan. Adalah dimaklumkan Si Lelaki yang didapati memakai kasut perempuan maka kaki Si Lelaki ini akan dipotong. Si Perempuan yang memakai lebih dari 3 pasang gelang tangan maka tangan Si Perempuan ini akan dipotong. Manakala jika kanak-kanak lelaki dan perempuan yang didapati kencing berdiri maka dengan serta merta ibu dan ayah kanak-kanak ini akan disebat. Sesiapa yang didapati makan petai jering dan kerdas tanpa menggunakan budu maka Si Pemakan ini akan direjam.

Mengikut kata sahibul hikayat ketika hamba membuka riwayat ini rakyat seantero negeri telah mula takut. Kesah-kesah air sugai kotor kesah sawah padi kesah curi hutan balak telah tidak kedengaran lagi. Orang-orang kampong mula jadi takut dan ngeri. Bayangkan betapa ngerinya jika Si Suami terpakai selipar Sang Isteri jawabnya Sang Suami akan kehilangan kaki.

Sampai kesini dahulu hamba berkesah. Tidaklah hamba tahu apa gerangan berita terjadi kepada Putera Bendul. Apakah hutang Putera Bendul telah diselesaikan oleh Datuk Dna. Apakah Putera Bendul tahu tipu muslihat dan rancangan dua ekor Musang Berjanggut Datuk Serban Berat Sebelah dan Datuk Seri Koper yang sedang membuat Hukum Sutut untuk menutup kesah hubungan Istana dengan Kerajaan Negeri.

Hamba hanya pembawa kesah. Niat dihati nak jadi Perawi. Jika kesah labon hamba ini tidak kena dihati maka hamba candangan mu tulislah sebuah lagi riwayat saperti ini. Walah wal alam bissawab. Amin. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45




------------

SELAMAT HARI NATAL




UCAPAN

selamat hari natal
dan
tahun baru

JANGAN ADA ANGAN-ANGAN







KOMENTAR
jangan ada angan angan
PRU14 dapat tukar kerajaan
jangan ada mimppi
PRU14 akan berlaku perubahan

persempadanan semula
sedang disusun
untuk memastikan
parti ketuanan melayu
akan terus berkuasa

harus dingati
dalam negara dunia ketiga
tidak pernah berlaku
pertukaran kerajaan 
]melalui pilihan raya

di malaysia ini
jika pilihan raya boleh mengubah apa apa
pilihan raya itu telah diharamkan

tak caya?

pilihan raya majlis tempatan
sesudah 1957 wujud
setiap kali diadakan
banyak kerusi dimenangi 
oleh parti rakyat dan parti buruh
maka pilihan raya ini
diharamkan pada tahun 1964








Forum anti nuklear: 'Tiada pilihan kecuali tukar k'jaan'

Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menukar kerajaan sedia ada jika tidak mahu keselamatan mereka terancam akibat pembinaan loji nuklear di negara ini, kata seorang ahli panel forum anti-nuklear.

Kenyataan itu dilontarkan mantan presiden International Physician for The Prevention of The Nuclear (IPPNC)  Dr Ronald McCoy , dalam forum itu di ibu negara malam tadi.
 
"Satu-satunya cara untuk memberhentikan pembinaan loji nuklear  ini adalah dengan menukar kerajaan.

















------------

MAULUDUL RASUL NABI ISA






UCAPAN 

SELAMAT


tim tukar tiub
mengucapkan selamat memnyambut
mauludul rasul nabi isa
kepada penganut agama masehi
dan 
selamat tahun baru
gregorian 2015
kepada umat manusia

BERGUMBIRA









-----------

BILA MUSUH MENYOKONG





Hudud: Umno harap Pas tidak buat U-turn
SHAH ALAM - Umno yang memberi jaminan menyokong penuh Rang Undang-Undang Hudud di Kelantan yang akan dibawa Pas secara bersendirian di Parlimen berharap parti itu tidak membuat pusingan-U di saat akhir.

Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Puad Zarkashi berkata, Pas perlu tetap dengan pendirian walaupun pada masa ini, rakan parti komponen PR iaitu DAP dan PKR dilihat menjadi penentang kepada pelaksanaan undang-undang ini.





-----------

MENJUAL HUDUD






KOMENTAR
untuk parti ketuanan melayu
setiap kali hilang pengaruh
maka api perkauman akan disebar
cina adan dikutuk

untuk parti yang mengakui islam
setiap kali ada masaalah dalaman
ada masalah dengan istana
ada masalah  berebut kuasa
makan hudud akan dijual

lagi kurang sokongan rakyat
lagi kuat hudud dijual







Kelantan tidak bincang dengan jawatankuasa PAS pusat tentang enakmen hudud

Kerajaan PAS negeri Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen pelaksanaan hudud dengan Jawatankuasa Pusat parti tersebut.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir 15 Disember baru-baru ini.
"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kelantan-tidak-pernah-bincang-dengan-jawatankuasa-pusat-tentang-enakmen#sthash.nysJYSwh.dpuf



-----------

SANTAU NUKLEAR







KENYATAAN AKHBAR UNTUK SEBARAN SEGERA – 23 DISEMBER 2014

ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Dengan itu, AMAN menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia. 
 
AMAN sedar wujudnya penyebaran maklumat palsu dari penyokong-penyokong industri nuklear dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu serta ketidakwujudan ketelusan dalam perbincangan antara kerajaan dengan rakyat. Malaysia perlu berwaspada terhadap idea untuk mendirikan loji tenaga nuklear, lebih-lebih lagi apabila isu menangani sisa pembuangan radioaktif tidak mempunyai jalan yang selamat, lalu memberi kesan mudarat kekal terhadap kesihatan rakyat jelata.
 
AMAN mendesak kerajaan supaya membatalkan rancangan EPP11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa, yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi menukar fokus kepada penjanaan kuasa melalui tenaga boleh diperbaharui (RE) serta inisiatif keberkesanan tenaga (EE) untuk mengurangkan penggunaan elektrik.
 
Berikut merupakan 7 dasar bantahan AMAN:-
 
1. Loji tenaga nuklear adalah sangat mahal dan merupakan langkah ekonomi yang tidak bijak. Ini mengambil kira kos dari pembinaan, operasi, serta aspek pengurusan sisa-sisa nuclear hinggalah penyahtauliahan (penutupan) sesebuah loji itu. Jika diambil kira isu sumber uranium yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga mahal, ternyata langkah ini adalah satu kemunduran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya RM350billion diperlukan bagi proses penutupan 40 buah loji nuklear dalam 25 tahun yang akan datang.

2. Dewasa ini, bencana alam sering berlaku disebabkan perubahan iklim, loji tenaga nuklear jelas sangat terdedah kepada risiko tinggi bencana alam, seperti yang dilihat ketika peristiwa Fukushima, Jepun. Tiada jaminan loji nuklear 100% selamat daripada kesilapan operasi ataupun sabotaj mahupun ancaman pengganas. Malaysia langsung tidak bersedia untuk kejadian sebegitu, yang akan menyebabkan negara ini tidak akan dapat didiami untuk beratus tahun.

3. Tenaga nuklear tidak selamat, semacam bom jangka yang bakal meletup pada bila-bila masa. Meski pun, penyokong industri nuklear pula mengatakan sebaliknya, tetapi tetap juga berlaku bencana seperti Fukushima yang belum lagi ada jalan penyelesaiannya. Sudah terang lagi bersuluh, ancaman paling hebat terhadap kesihatan manusia berpunca daripada radiasi  sisa-sisa nuklear yang akan kekal sebegitu bagi tempoh beribu-ribu tahun serta tiada kaedah untuk pelupusan kekal dan selamat. 

4. Malaysia tidak perlu mendirikan loji tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik kerana penjanaan sekarang dan yang sudah dirancang serta daripada sumber-sumber lain mencukupi. Malah, usaha perlu ditumpukan untuk Tenaga boleh diperbaharui dan juga tenaga lestari yang boleh mengurangkan sehingga 30% penggunaan elektrik.

5. Selain daripada negara China, kadar pembinaan loji tenaga nuklear sedang menjunam, dengan satu sahaja loji tenaga nuklear yang sedang didirikan di Amerika Syarikat. Di negara Jerman pula, mereka telah menggubal undang-undang sedia ada supaya tenaga nuklear dihentikan menjelang tahun 2022 dan negara Perancis juga akan berbuat demikian. 

6. Jika Malaysia memilih menggunakan tenaga nuklear, Malaysia akan terpaksa bergantung kepada kuasa asing bagi teknologi serta bekalan sumber nuklear. Hal ini akan mengganggu keselamatan sumber tenaga Malaysia.

7. Loji nuklear juga akan menghasilkan plutonium yang boleh disalahgunakan, lalu membuka ruang untuk percambahan senjata nuklear. Hal ini secara langsung melanggar dasar Malaysia yang sudahpun menentang penggunaan senjata nuklear.
 
Secara umumnya, kegunaan tenaga nuklear sedang berkurangan. Pada tahun 2003, terdapat 438 loji nuklear yang beroperasi, manakala pada hari ini, hanya terdapat 388 loji yang masih aktif. Peratus penggunaan tenaga nuklear juga telah menurun, daripada 17.8% pada tahun 1996 kepada 10.8% pada tahun 2013. Sejak dari tahun 2000, kadar peningkatan tahunan bagi tenaga suria adalah sebanyak 25% dan sejumlah 43% bagi tenaga angin. Manakala tenaga nuklear pula menurun sebanyak 0.4%.
 
Negara Jerman telah berjaya dalam usaha melupuskan penggunaan tenaga nuklear dan sedang menghala ke arah tenaga boleh diperbaharui. Perancis pula telah meluluskan usul di Parlimen mereka untuk mengurangkan penggunaan tenaga nuklear daripada 75% kepada 50%, sejurusnya meningkat kadar penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada 15% ke 40%. 
 
Amat jelas, Malaysia wajar mengambil tindakan untuk menghentikan rancangan tenaga nuklear kerana langkah tersebut akan mendatangkan risiko yang amat hebat terhadap keselamatan tenaga negara. Kos dasar ini juga amat tinggi dan jauh melebihi semua faedah yang boleh dihasilkan. 
 
AMAN menyeru kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul untuk kebaikan semua dan juga buat generasi mendatang.  
 
DATO’ DR. RONALD MCCOY
PENGERUSI, ANAK MALAYSIA ANTI NUKLEAR (AMAN)




--------------