.

Isnin, 12 Jun 2017

MELAYU DAH ABIS






WAHABI

BAGI MELAYU 

HABIS





TAMBANG BAS NAIK




PAKAT PAKAT

KIAT NAIK

UNTA




FACE BOOK

Zunar
3 hrs
Tambang bas naik 10 peratus mulai 22 Julai.
Apa komen anda?

Mohammad Asyraf Bang sy rasa elok kita naik peratus dari naik bas....😂😂😂😂semua nak naik ....i love my pm palabana😂😂😂😂
Reply
3
3 hrs
DrsKama Mohd Ali Haaaa...undilah lagi
Reply3 hrs
Azmi Ghouse yahuuuu
Reply3 hrs
Abdul Rahim Ani Rahim ❤️ PM

Like
Reply3 hrs
Roslan Mohd Ridzuan Nk pi mngadu kat dia niii
.."saya imam....saya imam"😀😀
Reply2 hrs
Zulst Said Jangan naik bas
Reply1 hr
Reply1 hr
LikeShow more reactions
Reply34 mins
Jamari Sungip Nak buat cmana ...pm nak pakai duit byk untuk berhibur kita rakyat ni beri ler tanda syg kan p.m...yg haram jadah
LikeShow more reactions
Reply14 mins
Kesh Kaeser Sekarang tinggal hotel pun kena bayar cukai pelancungan 😡
LikeShow more reactions
Reply9 mins

----------------

ASAL USUL PANGGILAN TAMARIND





ASAL USUL

AlKesah semasa zaman budak2  pukul lima setengah petang di suroh beli ayer batu di hadapan sawmill. Satu blok ayer batu dalam enam atau lapan inchi hanya lah sepuloh cent. Blok  ayer batu itu disalut dengan habuk gergaji kayu dan kemudian surat khabar supaya  ayer batu itu lambat chaair.Zaman 1960an tak ada plastic bag jadi beku lah tangan kechil ambor...nak buat lagu mana. Nak minum sirap lengkong sejok dan di rumah tak ada peti ais mahu pun TV.

TAMARIND

Ada pun buah Kurma pula tak ada kurma mewah macham sekarang ada Yusuf Taiyoob atau Medjool Dates.Sekarang sampai seringgit dua riinggit sebiji.Dulu 40 cent sekati. Kedai Kunchi Mohamed Mohideen Kutty di pekan Kota Bharu jual  kurma yang lebeh bermutu dari pasar. Apa tidak nya Dato"'2 dan keluarga Diraja juga melanggani Kedai Mohideen Kutty dah boleh bayar bulan..Ahem

ASAM

Kurma pula datang berketul dan kena pechahkan sebiji sebiji. Ini adalah kerana Kurma dibawa ke sini dalam guni anyaman tikar...mirip tikar mengkuang kita tapi tak berwarna.Asam jawa yang di import dari India juga menggunakan guni tikar yang sama. Semasa British menguasai Semenanjong Arab mereka juga melihat kurma atau Tamar didalam guni Tikar. Semasa di India ada yang tersilap Asam Jawa dengan Tamar kerana bungkusan sama...Malah buat seketika Asam Jawa itu Britsh panggil Tamar Indus...atau Tamar dari India.

JAWA

Maka perkataan Tamarind itu adalah Tamar Indus.
......kan lebeh baik tahu kesah Tamar dari jadi Kaki Pukol Buah Kurma..
Saja nak Gorma !!!



------------------

SELAMAT BERBUKA







MASUK HARI

LAPAN BELAS 
rasanya bagitu cepat hari berjalan
inilah yang dikatakan relatif
oleh albert einstein
masa kita kanak kanak
semua lambat 
nak berbuka lambat 
nak raya lagi lambat
malam raya menanti siang
menanti hari raya
amat amat lambat

kini semua cepat
semau bergerak pantas
hari ini dah 18 kita puasa
tak lama lagi raya

tapi dalam lokap
dalam penjara
di kamunting
semua lambat
relatif relatif relatif

hari ini cuti
hari ini gua dateline
tiap senin gua dateline
ini dah bertahun gua lakukan
jadi hari ni
bak kata orang belgium
rien special
tak ada apa yang spesial
kueh tak ada
gua ada buah pisang
gua ada buah mangga
dan buah tamar
cukup untuk berbuka

hari ini redup dan berangin
agaknya untuk menyambut cuti
agar adik abang tidak gundah
malam kelmarin gua lintas
jalan TAR
ah! sibuk sibuk sibuk
tapi tiask sesibuk dulu
dekat pasar chow kit
ada gerai yang kosong

dulu berbunuh 
rasuah beribu bertukar tangan
tahun ini eleeeek

malah di jalan raya alang
yang diatapi sepanjang jalan
tidak sesibuk yang diharapkan

ekonomi ekonomi enokomi

tapi petai masih mahal
ratus ringgit untuk seikat
tak tahu berapa papan
dalam seikat

malam kelmarin gua mencari
buah avocado di pasar borong
tak sampai lagi dari sumetra
tapi gua dapat beli
jering 5 ringgit sekilo
ini harga borong
kalau di gerai dah jadi 8 ringgit

gua dah ada petai
gua dah ada jering
gua nasib baik meninggalkan london
kalau tidak gua kempunan
nak makan petai dan jering

SELAMAT 

BERBUKA









-------------

NAJIB NAK BELI UNDI






Memahami Kesusahan Pekerja 

Dengan Kaji Semula 

Dasar Tanaga Kerja Negara

Pulau Pinang – Najib baru-baru ini telah memberi 4.2 juta TV decoder secara percuma kepada keluarga-keluarga yang menerima bantuan BR1M. Selepas itu, dalam program yang lain, beliau menyifatkan bahawa kerja sebagai Perdana Menteri adalah sejenis pekerjaan yang paling menekan di dunia. Tambahan beliau bahawa sudah lama beliau tiada berpeluang untuk tidur selama 7 jam sehari. Kenyataan beliau telah menimbulkan perbincangan orang ramai tentang kehidupan sebenar seorang pekerja.

Sebenarnya, kenyataan Najib berkenaan dengan TV decoder dan masa tidur kurang daripada 7 jam telah mencerminkan bahawa pemimpin kerajaan yang telah hilang sentuhan dengan rakyat. Mereka langsung tidak faham tentang kesusahan dan kepahitan pekerja.

Kini, ramai pekerja perlu bekerja sampingan untuk mencari rezeki membiayai kos sara hidup untuk keluarga. Justeru, mereka bekerja dalam masa yang panjang sehingga tiada masa untuk menonton program kehiburan TV, malahan tidak berani berharap untuk tidur sepanjang 7 jam sehari.

ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon mempersoalkan Najibi ,”Tahukah kerajaan bahawa beban rakyat telah bertambah berat selepas kerajaan melaksanakan cukai GST 6%, penurunan nilai ringgit Malaysia dan kadar inflasi yang tinggi?”

“Mengapakah kerajaan tidak berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja dengan menghapuskan GST dan menghadkan masa kerja? Sebaliknya, kerajaan memberi TV decoder kepada keluarga penerima BR1M yang kebanyakkannya keluarga berpendapatan rendah, bukankah ini merupakan anestesia kepada rakyat yang hidup susah menderita sekarang?”

Konsep keseimbangan kerja dan kehidupan senang dicakap tapi susah dicapai tanpa dasar tenaga kerja yang melindungi para pekerja. Kini, keadaan pekerja yang semakin buruk dan gaji rendah. Ramai pekerja tiada pilihan tapi hanya bekerja dengan masa lebih panjang supaya dapat menyara keluarganya.

Cerita kepahitan pekerja sering berulang kerana waktu kerja semakin panjang dan semakin ramai pekerja bekerja dalam persekitaran kerja yang berisiko tinggi. Fenomena ini semakin serius sehingga terdapat kes kematian pekerja Malaysia yang mati di kastam dalam penjalanannya ke tempat bekerja di Singapura. Segala-gala ini sudah mencukupi untuk menarik perhatian kita semua terhadap masalah kerja terlalu lama dan letih.

Oleh itu, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon berpendapat bahawa kerajaan patut pandang berat tentang masalah masa kerja terlalu panjang, terutamanya mereka yang bekerja masa panjang dan miskin. Kerajaan harus mengubah dasar tenaga kerja serta memperbaiki sistem perkerjaan dan membina semula perlindungan untuk para pekerja seperti mengubal dasar tenaga kerja yang sediada termasuk meningkatkan gaji minima, menghadkan masa bekerja, menyediakan skin insurans pengangguran dan sebagainya. Langkah-langkah tersebut akan memastikan bahawa kelas pekerja boleh hidup dengan bermaruah, bebas daripada risiko keletihan akibat masa kerja terlalu panjang dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan indeks kebahagiaan rakyat. 


Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola 
Parti KEADILAN Rakyat Pulau Pinang
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif





---------------------