Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 9 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur mendung. Udara nyaman.
Tuan empunya warong jajan gembira.
Saya juga turut sama gembira.

Mereka inilah orang-orang yang tidak pernah ada hak keistemewaan.
Mereka kerja keras. Buat kueh dan jual kueh.
Mereka tidak ada saham di bursa saham

Berpindah dari satu kawasan ke satu kawsan
Cari tapak untuk berniaga
Dari pasar malam ke pasar ramadan

Hari Raya lagi 21 hari

Tiket bas pulang ke kampong sudah naik harga
Permintaan tinggi - harga makin naik
Bukan salah ulat atau salah kutu
Ini hukum kapitalis

Pulang ke kampong nak jumpa sudara mara
Atau nak tunjuk kereta
Ada baju baru leh jumpa mak we/pak we
Kalau nasib baik boleh minum air nira
Kalau nasib lagi baik malam-malam raya
Dapat cium eheeeem dia

SATU KETIKA DAHULU

Ramai yang melupakan sejarah ekonomi negara kita ini. Fakta pertama – sesudah Perang Duni Ke Dua – Persekutuan Tanah Melayu adalah negara terkaya di Asia sesudah Jepun. Ini fakta sejarah ekonomi.

Ramai juga warga yang melupakan fakta bahawa sesudah penjajah British mengundur dan Tanah Melayu berkerajaan sendiri, ekonomi kita telah menggunakan pendekatan ekonomi sosialis. Air, api, hospital, sekolah, lembaga pengajian tinggi, jalan raya, perumahan – semua lembaga-lembaga ini adalah hak milik kerajaan. Hanya perlombongan, perladangan dan banking yang masih dimiliki oleh British.

Sehingga ke zaman pentabiran Hussein Onn lembaga ekonomi ini masih lagi kukuh. Hanya apabila Mahathir Muhamad menjadi kepala maka semua lembaga ekonomi hak milik negara ini diagih-agih kan kepada para kroninya.

Bentuk ekonomi – sama ada kapitalis atau sosialis – bertanggung jawab melahirkan bentuk-bentuk budaya. Asas budaya manusia lahir dan wujud dari sistem ekonomi yang digunapakai. Budaya bangsa bukan lahir dari awang-awang. Bukan lahir dari mimpi-mimpi. Atau di harap-harapkan.

Tamadun budaya bangsa lahir dari sistem ekonomi. Sistem ekonomi ialah pembuatan dimana manusia membuat sesuatu – tidak kira apa – untuk hidup dan merayakan kehidupan. Dalam proses merayakan kehidupan inilah lahir budaya – kepercayaan, kesenian, adat resam, sistem sosial – semuanya dibentuk oleh sistem ekonomi.

Ekonomi kapitalis menjurus kepada pemilikan persendirian. Ianya muncul dari sistem feudal, dimana raja dan kaum kerabat istana membolot tanah-tanah pertanian yang luas. Tanah-tanah ini di usahakan oleh kaum tani. Kaum feudal ini telah memungut upah/sewa/upti dari tanah-tanah mereka. Ini mejadikan mereka kaya raya dan berupaya untuk mengaji ‘orang lain’ untuk menjaga harta benda mereka. ‘Orang Lain’ ini akhirnya akan menjadi soldadu, askar dan polis.

Tahap budaya dan tamadun ilmu pengetahuan manusia berkembang. Perkembangan ilmu pengetahuan menimbulkan satu kelas baru – Kaum Pemodal. Kaum Pemodal muncul kurang lebih 200 tahun dahulu – di zaman Revolusi Industri. Benda-benda baru muncul – tenaga wap, tenaga bahan bakar arang batu, timah, logam besi – semua ini mengalihkan cara pembuatan dari pertanian ke industri. Ini perubahan bentuk ekonomi yang pasti membentuk satu budaya baru.

Ini juga berlaku dalam negara kita. Tanah Malayu pada 100+ tahun dahulu adalah negeri petanian, kemudian dizaman kolonial muncul perlombongan dan perladangan. Asas ekonomi kaum tani Melayu tidak berubah dalam zaman peralihan – kemunculan buruh lombong dan buruh ladang - ini kerana British telah membawa masuk buruh dari India dan Tiongkok. Masyarakat Melayu terus dalam dunia feudal mereka.

Tun Razak telah membawa satu perubahan besar dengan rancangan Felda – memberikan tanah kepada kaum tani Melayu yang tidak memiliki tanah. Ini adalah bentuk ekonomi Kapitalis Daulah. Petani miskin dibantu dan di beri hak untuk berladang secara moden dan tersusun.

Di zaman Razak selain dari memberi tanah kepada yang tidak bertanah, sistem pembelajaran dan hospital masih percuma, di tanggung oleh daulah. Sistem jana leterik, air, keretapi, talipon, pelabohan, lapangan terbang – adalah harta hak milik negara.

Memahami konsep harta hak milik negara ini amat penting. Negara/daulah/state itu ertinya rakyat/orang ramai. Kita sebagai warga adalah daulah. Tanpa kita tidak wujud state. Kita yang membayar cukai mukai dalam negara ini. Cukai ini dijadikan modal untuk daulah bergerak. Ini bererti leterik, talikom, jalan raya – adalah harta milik kita bersama. Harta negara adalah harta perlaboran kita semua. Keuntungan dari lembaga-syarikat ini akan masuk ke kantong daulah. Ertinya masuk ke dalam saku kita semua.

Dana keuntungan dari lembaga/syarikat daulah ini akan dipusingkan kembali untuk menjadi belanjawan negara – untuk sekolah percuma, untuk hospital, untuk memperbaiki jalan raya.

Ini amat berbeza dengan lembaga/syarikat hak milik negara yang telah di swastakan. Apabila leterik, talikom, air, jalan raya, hospital, perlabohan, lapangan terbang diswastakan pastilah akidah utama lembaga/syarikat ini bukan lagi untuk kebajikan umat. Ianya bukan lagi untuk kebajikan orang ramai. Kaum pemodal tuan empunya syarikat ini hanya menjaga dan memastikan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam poket mereka sahaja. Tidak ada perkongsian ramai.

Lihat bezanya - kalau harta kerajaan – untungnya akan pergi kepada kerajaan – ertinya kita, rakyat dapat sama-sama menikmati untung. Inilah perbezaan fundumental di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi sosialis. Kapitalis mementingkan keuntungan maksima untuk si pemegang saham. Sosialis mementing kesejahteraan umum bukan keuntungan pribadi.

Idea penswastaan di munculkan di zaman Thatcher/Reagan – 1980’an. Dasar Thatcherite ini bertujuan untuk menumpaskan gerakan kesatuan buruh terutama pelombong arang batu di United Kingdom. Kesatuan pelombong arang batu ini melalui mogok telah berjaya menjatuhkan kerajaan Konservatif Edward Heath pada tahun 1974. Dasar penswastaan ini juga bertujuan untuk melipat gandakan lagi keuntungan Kaum Pemodal Anglo dan syarikat multinasional Anglo yang menyokong Parti Konservatif.

Mahathir Muhamad meniru dasar penswastaan untuk memperkayakan kroni-kroninya. Kroni-kroni Mahathir ini juga adalah penyokong setia Mahathir dalam United Malays National Organisation. Mereka menyokong dasar penswataan kerana mereka dibenarkan menjarah dan merampok harta kekayaan negara.

Dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru – banyak harta milik rakyat telah di agih-agih kan (baca rompak ) oleh kroni Mahathir. Lembaga Leterik Negara, Talipon Negara, Radio, stesen Tv, perlabuhan, lapangan terbang, Mas, Misc, keretapi, perkapalan, Jabatan Kerja Raya, Hospital, jalan raya dan ratusan syarikat-syarikat negeri (SEDC) telah diagih-agihkan kepada para kroni.

Apkah bezanya syarikat-syarikat ini sekarang kalau di bandingkan dengan dahulu ?

Tidak ada bezanya. Hanya satu yang amat ketara - kalau dahulu keuntungan akan masuk ke dalam dana negara. Hari ini keuntungan masuk ke dalam poket Kaum Pemodal.

Ketika ekonomi kapitalis berkembang maka Kaum Pemodal dan para kroni berkenduri sakan. Berbilion juta ringgit masuk ke dalam saku mereka. Mereka berpesta macam tidak ada subuh. Pink form terbang melyang-layang. Jual beli saham harta negara yang diswastakan menjadi topik dari coffee house hingga ke masjid. Ini berlaku dalam tahun-tahun 90’an.

Lihat apa terjadi apabila ada ekonomi kapitalis berhadapan dengan krisis – mereka jatuh muflis. Perhatikan apa Kaum Pemodal dan para kroni lakukan. Mereka pulangkan kembali harta-harta ini kepada negara. Maka terpaksalah GLC mengambil kembali Plus, Star, Putera, Mas, KLCC dan seribu satu macam syarikat yang jatuh muflis. Ketika untung mereka kaut – masa bangkrap dipulangkan kepada rakyat.

Kenapa tidak semua harta-harta dan syarikat-syarikat ini dimilik rakyatkan untuk selama-lamanya. Jadikan harta-harta ini hak milik negara. Keuntungannya untuk kita semua. Ini lah dia asas perbezaan ekonomi sosialis dengan ekonomi kapitalis.

TERKINI !! DR.MAHATHIR SEDIA KEMBALI KE UMNO

KUALA LUMPUR 9 Sept. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk kembali menyertai UMNO semula selepas mengambil keputusan keluar parti itu, Mei lalu.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.

Kah kah kah…… dah gila talak…… dulu keluar tak ada orang ikut… ni nak masuk balik.. kah kah kah…. mamat ni dah abis modal…. cam nak nak jatuhkan dolaaah.. kah kah kah….

Satu idea …. pinjam rambut palsu bini… lepas tu tanding ketua wanita… kah kah kah….

Kj – hang tak dapat tido lenalaaaaaaaa… hantu raya udah sampai… kah kah kah... tapi ada satu idea..... hang buka kes tanah yang banyak di rompak oleh muhyiddin di johor.... bagi dia juga tak tido lena.....  gua  ketawa .... kah kah kah.

WASPADA !!! FIKIR SERIBU KALI TENTANG PARTI GERAKAN !!!

Wanita Gerakan hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan keras menuntut Ketua Bahagian United Malays National Organisation Bukit Bendera Ahmad Ismail di tendang keluar parti kerana komen-komen rasisnya.

Ketua wanita ini Tan Lian Hoe berkata president United Malays National Organisation Abdullh Badawi seharusnya menahan Ahmad di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kah kah kah….. GERAKAN nah masuk Pakatan ? woit  ....kena fikir beribu kali…..kalau ketua wanita dia kencing berdiri anak buah dia kencing dalam almari .... kah kah kah….. ni laaaa contoh minah bodoh…. dah lah bodoh bangang pulak…. dah laaa bangang perangai hodoh pulak… mak dia sembelit masa lahirkan  dia … kah kah kah….

Apa bezanya antara tong taik, ahmad ismail dan tan lian hoe...... tong taik ada harga untuk mat pet...kah ah kah

TAK ADA BEZANYA MINAH INI DENGAN AHMAD ISMAIL

Ahmad Ismail – racist
Tan Lian Hoe – facist - asik-asik nak guna ISA…..pancut atas muka baru tahu….kah kah kah

PENGUMUMAN TERKINI

Aljazera International akan menayangkan TUKAR TIUB bermula hari Selasa 9hb September.

SELASA: Jam 9.30 pagi dan 20.30 malam

RABU : Jam 3.30, 11.30 dan 18.30

KHAMIS : Jam 7.30 dan 15.30

Sesiapa ada tv dan stesen Aljazera International dijemput menonton.

TIDAK DEMOKRATIK , BERMORAL UNTUK AMBIL ALIH KERAJAAN CARA LOMPAT – MUSTAFA ALI


Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali . Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan.

Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.

"Sesuatu undi tidak percaya ataupun 'peralihan kerajaan' akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?" soal beliau.

Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar.

"Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.

kah kah kah ….. mamat ni dari mana ni…. mamat ni lupa ke dulu tahun 1974 parti dia pun ‘melompat sama’ bila boy friend sarimah sudah bodek…. kah kah kah… mamat ni ayam berbulu musang ke atau kancil berbulu gajah…..kah kah kah.

woit ….apa yang ganjil …. dulu pun tahun 1974 – boy friend sarimah yang jemput you… you lupa ke…. kah kah kah…I tak lupa I ingat lagi … you masa tu ada kuasa perintah kelantan …. kah kah kah…kalau you nak duduk kerusi menteri lama you dulu… I okay je…. kah kah kah… you ingat boy friend sarimah tu bermoral ke…. kah kah kah…. tak kan you lupa kot…. kah kah kah... jangan jadi musang berbulu musang...kah kah kah.

you pindah dulu semata-mata kerana hendak menyokong boy friend sarimah ke ?.... kah kah kah

PUSAT PENGAJIAN MELAYU PERTAMA DI UK – Utusan Melayau

UNIVERSITI Teknologi Kreatif Limkokwing (UTKL) bukan hanya memperluaskan cawangan-cawangan kampusnya hingga ke luar negara, tetapi ia juga mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Pengajian Melayunya sendiri.

Perkembangan terbaru pusat pengajian universiti yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Lim Kok Wing itu adalah penubuhan Pusat Pengajian Melayu pertamanya di kampus cawangan London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.


kah kah kah….. woit nak tipu sapa ni…. nak tipu sintok bolehlaaaa…pertama? Pertama di uk? … biar betul… jangan buat syiok sendiri.. School of African and Oriental Study tu ajar apa? ….. pendita zaaba dulu di london mengajar dimana? Kah kah kah……

Mamat kang kung ni bila pulak ada phd …. kah kah kah….botsawana bolehlaaa kelentong….kah kah kah.

ni mesti nak kelepet duit gamin… dulu kang kung ni dah kelepet 84juta ringgit duit program kawan muda…. woit jangan muda lupa….. kah kah kah.

PERSATUAN ALUMNI UUM BERGOTONG ROYONG – Utusan Melayau

SINTOK 8 Sept. - Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalankan program kemasyarakatan termasuk gotong-royong membersih dan mengindahkan Masjid Kariah Kubang Lintah, Kuala Nerang dekat sini, baru-baru ini.

Gotong-royong dengan kerjasama Kelab Remaja Bestari, Uniutama Property Sdn. Bhd. (UPSB) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) itu turut melibatkan aktiviti mengecat, memunggah dan membersihkan balai lama, memperindahkan landskap, memperbaiki lampu masjid dan membersihkan kawasan tanah perkuburan.

Kah kah kah…… ini kerja alumini sintok….. baru gua tahu… ni macam kerja gua masa buat ‘job week’ zaman scout dulu…. kah kah kah. mana kardi?

DETIK KEMUSNAHAN MELAYU –IBRAHIM ALI – Utusan Melayau


KOTA BHARU 8 Sept  - Hasrat pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini hanya gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan usaha untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat itu hanya berasaskan impian kosong pemimpin pakatan yang tidak akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, jika perubahan kerajaan benar-benar berlaku pada tarikh tersebut, ia sebenarnya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

kah kah kah…. kemusnahan islam dan melayu di negara ini? kah kah kah….

musnah macam mana ni ? kalau mamat ni ada gigi 40 batang – tiga gigi jongang meTompel ke luar… lalu mamat ni pergi repair di Jepun… adakah semua gigi mamat ni musnah…. kah kah kah.

gua tak nampak hubungan kerajaan baru yang akan ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat dengan kemusnahan Islam dan Melayu ….. ini amat pelik. orang islam dalam dunia ini ada 1.4 bilion ( tolak raja petra dan ayah pin )…..tiba-tiba Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia ….. cam mana pulak islam musnah… ni yang buat gua konfuse…. kah kah kah.

macam mana pulak melayu musnah …. apa hubungan kerajaan baru Pakatan Rakyat dengan melayu di moro, di patani, di sumatra, medan, jambi, acheh…. musnah cam na? musnah tak dapat projek buat jambatan ke ….kah kah kah.

gua rasa gua tahu napa si tok brahim ni tak suka orang lompat parti….. kerana nanti  ada mamat baru yang akan klim nak jadi raja katak …. kah kah kah.

SEJARAH HURUF A

Mahathir cakap ABK - 1988
Mahathir cakap ABM - 1988
Mahathir cakap ABA - 1998
Mahathir cakap ABD - 2004
Mahathir cakap ABN - 2008

ABK = Asalkan Bukan KuLi
ABM = Asalkan Bukan Musa
ABA = Asalkan Bukan Anwar
ABD = Asalkan Bukan Dolah
ABN = Asalkan Bukan Najib

Rakyat jawab ABM - Asalkan Bukan Mahathir - 1998
Rakyat jawab ABN - Asalkan Bukan Najib - 2007
Rakyat jawab ABD - Asalkan Bukan Dolah – 2008

Tahun 2008 rakyat jawab ABU = Asalkan Bukan Umno – Mahathir ikut rakyat ke... keluar UMNO ….kah kah kah…… ni nak masuk balik ? kah kah kah….

Kah kah kah…… pelik orang tua ni…. kah kah kah – boleh pegang ke cakap dia ni…kah kah kah…. asalkan bukan aku kena tangkap….. kah kah kah.