Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata seruan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah adalah "kenyataan berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di Malaysia."
Beliau mengulas kenyataan MP Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today, yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris – Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.

Laporan itu menyebut, Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang.

Ucaptama program tersebut disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.