.

Selasa, 13 Oktober 2015

BILA NAK TANGKAP NAJIB






PENDEDAHAN SPRM SIASAT ORANG PALING BERKUASA DI MALAYSIA – APAKAH ATAU ADA-KAH KESUDAHANNYA?
Pendedahan yang dibuat oleh  Zakaria Jaffar iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang secara rasminya bersara semalam bahawa siasatan SPRM melibatkan ‘orang paling berkuasa’ di Malaysia mengesahkan beberapa perkara mustahak.
Pertama, gangguan terhadap SPRM dimana 7 orang pegawai disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri beberapa bulan yang lepas berkemungkinan ada kaitannya dengan ‘orang paling berkuasa’.
Kedua, walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran, SPRM masih lagi sedang menjalankan siasatan dan ini akan terus menjadi duri dalam daging kepada ‘orang paling berkuasa’ tersebut.
Ketiga, mereka yang tahu selok-belok atau terlibat membantu siasatan ini hanya mampu bersuara setelah mereka dipindahkan atau bersara. Ini menunjukkan tekanan ‘orang paling berkuasa’ begitu hebat dan pegawai-pegawai ini hanya tampil setelah mereka bukan lagi dalam sistem.
Kesimpulannya, jika trend atau perkembangan ini berterusan, memang jelas akhirnya hasil siasatan SPRM akan sia-sia belaka kerana sebarang tindakan terhadap ‘orang paling berkuasa’ tidak akan berlaku selagi beliau berkuasa.
Pegawai-pegawai SPRM perlu suntikan semangat pahlawan?   
Jika Bank Negara Malaysia boleh dedahkan hasil siasatan mereka dan menunjukkan pelanggaran undang-undang pemindahan wang oleh 1MDB, maka sudah pasti SPRM juga mampu dedahkan hasil siasatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita tahu identiti dan kesalahan undang-undang oleh ‘orang paling berkuasa’.
13 OKTOBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW)






----------------

BUNG








BERBiNI

RANGGi

BERCAKAP

BENAR



Bung Mokhtar akui serangan enam tokoh lemahkan UMNO/BN

 | October 13, 2015
Tindakan enam tokoh diketuai Mahathir Mohamad akan membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang untuk menyerang BN.






PETALING JAYA: Tindakan enam tokoh politik yang menyerang Najib Razak melemahkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO,  Bung Mokhtar Radin berkata, tindakan enam tokoh yang diketuai  Mahathir Mohamad itu membuka ruang seluas-luasnya untuk pembangkang menyerang BN.

“Tindakan Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO dan BN amat tidak wajar. Mereka telah melemahkan parti dan membuka ruang kepada parti pembangkang untuk menyerang,” katanya kepada FMT.


KAH KAH KAH
woit
ini contoh politikus jujur
bukan kaki kelentong
bukan kaki auta
tu pasal dapat bini cun
bukan bini anak badak
kah kah kah

BINI CUN




---------------

SINDROM POLIS PENCEN












SINDROM

POLIS PENCEN




KOMENTAR
zakaria jaafar  bekas
timbalan pesuruhjaya SPRM
mengeluarkan kata kata
yang terang jelas keras
agak berani seolah-olah
najib akan ditangkap esok

tapi bila diselidiki
depan nama zakaria
ada perkataan B-E-K-A-S
zakaria dah pencen
maka disini timbul
budaya POLIS PENCEN

APA BUDAYA POLIS PENCEN
polis pencen akan bising
dia tahu siapa jual dadah
dia tahu siapa bawa
pelacur masuk dari china
dia tahu siapa dibelakang
towkay mesin judi
dia tahu tan seri mana 
kepala gengster
siapa makan duit lendir
pegawai mana rasuah
dan dan dan...
semua kes dia tahu
tapi mamat ini dah pencen

SOALAN HAKIKI
ketika dia bekerja
ketika dia bertugas
ketika dia ada kuasa
kenapa TIDAK bersuara
kenapa senyap membisu
inilah namanya sindrom 
polis pencen

diharapkan bekas 
pegawai tinggi SPRM ini
tidak dilanda oleh 
sindrom polis pencen
kerana kenyatan keras
saperti ini menaikkan
semangat orang ramai
untuk melihat najib 
ditahan dan didakwa
menaikan harapan bahawa
negara ini dapat kita
bersama selamat kan

hendak hendaknya
suara zakarian bukan 
suara polis pencen




SPRM dedahkan siasat 

individu paling 

berkuasa di Malaysia 

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.
Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri  Najib Razak.
Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.
"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.
"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.
"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai 'serangan' yang diterima SPRM, menyaksikan 7 pegawainya disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Pedana Menteri yang diberikan kepada 2 pengarah kanannya pada Ogos lalu.
"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.
Justeru, beliau menyeru pegawai yang terlibat menyiasat kes SRC International dan RM2.6 bilion untuk menjalankan tugas tanpa gentar.
"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.
"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya. – 12 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-timbalan-ketua-dedahkan-sprm-siasat-individu-paling-berkuasa-di-malay#sthash.MXYCug2u.dpuf






----------------

MINYAK NAIK HARGA - RAKYAT NAIK MINYAK










KADAR TOL BOLEH DIKEKALKAN, HARGA MINYAK 

BOLEH DITURUNKAN LAGI

Kenaikan kadar tol (selain dari tambang LRT) di sebahagian besar lebuhraya-lebuhraya utama yang menghubungkan Lembah Klang dengan seluruh negara bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah ia membawa risiko buruk kepada perkembangan ekonomi negara.

Tahun 2015 telah menyaksikan pelbagai dasar dan kenaikan yang meningkatkan beban sara hidup isirumah keluarga Malaysia. Pada 1 April 2015, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang terbukti menaikkan harga barang dan beban cukai kepada rakyat.

Mekanisme penetapan harga minyak yang menghapuskan subsidi dan menggunakan harga rujukan di dalam Dollar Amerika Syarikat (USD) juga merugikan rakyat bila mana harga minyak terus kekal mahal sedangkan harga minyak RON95, diesel dan RON97 di negara-negara lain jatuh secara berkadar dengan harga minyak mentah di pasaran. Harga minyak di Malaysia kekal mahal (malah dinaikkan bulan ini) kerana kegagalan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengawal kejatuhan nilai matawang ringgit berbanding USD menjadikan ringgit matawang tercorot di Asia.

Dengan kenaikan kadar tol dan tambang LRT yang bakal berkuatkuasa, setiap isirumah terutamanya di Lembah Klang akan terpaksa membayar lebih. Kos pengangkutan juga akan meningkat di seluruh negara dan akan menaikkan lagi harga barang. Kesannya, pendapatan boleh belanja (disposable income) setiap isirumah di seluruh negara akan berkurangan akibat dasar-dasar ini.

Dalam suasana ekonomi Malaysia yang kurang mendapat keyakinan pelabur antarabangsa (yang telah menarik berbilion ringgit pelaburan keluar dari Malaysia dalam tahun ini), pertumbuhan ekonomi negara lebih banyak bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia berbelanja. Jika kuasa beli pengguna kukuh, kegiatan ekonomi rancak dan ekonomi boleh terus berkembang walaupun sentimen pelabur antarabangsa kurang memberangsangkan.

Sebab itu, kedangkalan pentadbiran Najib  Razak melonggokkan beban ekonomi negara kepada rakyat sebenarnya tindakan membunuh diri kerana ia membawa risiko melembapkan pertumbuhan ekonomi negara ekoran kurangnya kuasa beli pengguna.

Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan sedang memuktamadkan Belanjawan Pakatan Harapan yang akan dilancarkan di sidang Parlimen minggu depan. Salah satu teras utama pendekatan ekonomi Pakatan Harapan yang dikupas ialah langkah-langkah inovatif dan praktikal untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat bagi mengekalkan kuasa beli pengguna.

Kami yakin bahawa kadar tol boleh dikekalkan dan harga minyak sewajarnya lebih murah dengan melaksanakan cadangan-cadangan berikut:

MEKANISME MENGEKALKAN KADAR TOL
Alasan yang selalu digunakan oleh pentadbiran Najib Razak untuk menaikkan kadar tol adalah kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung pampasan yang tinggi kepada pemegang konsesi.

Sebelum ini pun, parti-parti Pakatan Harapan konsisten menegaskan bahawa perjanjian yang berat sebelah dengan pemegang konsesi perlu dirunding semula untuk mengelakkan pampasan yang melampaui batas. Pun begitu, selagi Pakatan Harapan tidak berkuasa di Putrajaya, langkah ini tidak dapat dijalankan.

Oleh yang demikian, satu lagi langkah inovatif dan praktikal yang boleh dilaksanakan segera ialah memberi hak kepada pemegang-pemegang konsesi terbabit untuk mendapat keutamaan terbabit di dalam projek-projek lebuhraya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaikkan kadar tol.

Hak untuk mendapat keutamaan (sering dirujuk sebagai “first right of refusal”) adalah amalan biasa di dalam perjanjian komersil. Dengan cara ini, pemegang konsesi sedia ada tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat di dalam projek lebuhraya kerajaan yang akan datang dengan syarat perjanjian akan datang ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Kerja Raya lebih kreatif dalam membela rakyat dan merundingkan semula dengan pemegang konsesi dengan tawaran “first right of refusal” dalam projek lebuhraya akan datang pada kadar keuntungan berpatutan sebagai pertukaran mengekalkan kadar tol sedia ada.

MEKANISME MENURUNKAN HARGA MINYAK
Rakyat Malaysia terus menanggung harga minyak yang mahal akibat dari beberapa kesilapan dan kelemahan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak walaupun harga minyak mentah dan minyak siap diproses (“refined products”) kekal murah di pasaran antarabangsa.

Kesilapan pertama ialah apabila formula menetapkan harga bulanan RON95, diesel dan RON97 menggunakan harga rujukan di dalam USD. Formula penetapan harga secara prinsipnya adalah:

Harga RON95 = Kos minyak mentah dan memproses minyak mentah menjadi RON95 + Jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan stesen petrol

Sejak tahun 1980an, kerajaan Barisan Nasional menggunakan harga rujukan dari Singapura di dalam USD untuk menentukan kos minyak mentah dan memproses minyak mentah sedangkan maklumat yang lebih tepat boleh diperolehi terus dari syarikat-syarikat minyak di Malaysia.

Kelemahan kedua ialah kegagalan mentadbir matawang ringgit sehingga ia jatuh merudum berbanding USD. Oleh itu, walaupun harga minyak di dalam USD sebenarnya kekal murah, apabila ia diterjemahkan ke dalam ringgit menggunakan formula, tiba-tiba ia menjadi mahal akibat faktor matawang (bukan kerana harga minyak yang mahal).

Pakatan Harapan menyeru supaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merombak kembali sistem penetapan harga minyak yang menggunakan harga rujukan di dalam USD untuk melindungi rakyat Malaysia dari kesan kejatuhan matawang ringgit akibat kelemahan Barisan Nasional sendiri.
 
Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan akan terus mengeluarkan cadangan-cadangan tuntas menjelang pembentangan Belanjawan Pakatan Harapan minggu depan.

JAWATANKUASA EKONOMI PAKATAN HARAPAN
13 OKTOBER 2015

YB Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

YB Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang

Dr Dzulkifly Ahmad
Pengarah Strategi AMANAH

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya



-------------

HUJAN HUJAN HUJAN







NASi

PANGGUNG

HUJAN LEBAT


Petang ahad hujan lebat
anak semua bangsa menumpang teduh
dibawah deretan kedai 
Meneruskan kerja bakti
berkongsi makanan bersama miskin kota

Menu Jalan Panggung ahad lepas:
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayam / Parpu Telur / Roti
Aunty Fazilah & Keluarga - Buah Epal / Cucur Sayur
Syafiqah - Roti

Anak semua bangsa yang datang berkerja bakti:
Aisyah, Quratul, Ying, Pardeep, Asyraf, Mimi
Lyn & Tim HELP Universiti, Komrad-komrad PSM
Kawan-kawan dari UPM, Fahmi UITM, Joyce, 
Awatif & Tim Recycle, Kawan2 dari SEKDEM, Fauzi
& semua yg hadir bersetiakawan di Jalan Panggung

Terima kasih daun keladi
next week jumpa lagi!

TERIMA KASIH SEMUA!

++ Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 

ezzuandi - 019-267-12-85
 atau Hadi Khalid  - 012-664-88-73


Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

12 Oktober 2015




---------------

NAIK BASIKAL KELILING DUNIA







KONGSi

PENGALAMAN

KAYUH

BASiKAL





RADiO

BUAT SiARAN

LANGSUNG


----------------------------

CAKAP SENANG -BUAT TAKUT







 | October 12, 2015
ling-liong-sik_najib_law_600
Peguam Najib masih menunggu arahan sama ada meneruskan saman atau tidak terhadap Ling Liong Sik.More ››


KAH KAH KAH

hot hot 

chicken shit

tok ezi

KAH KAH KAH







-------------

HEBAT JANTAN INI






HEBAT

JANTAN iNI



Khairuddin mahu lawan hingga tangan Najib bergari

Bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Najib Razak habis-habisan.
Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin
“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.
Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

KAH KAH KAH
woit
mamat ini cukup hebat
mamat ini nak terus lawan
mamat ini bawa harapan
satu malaysia nak tengok
najib kena gari
kah kah kah
lagi najib takut berhenti
kah kah kah
lagi lama sengsara
kah kah kah
payah jang oooi...

HEBAT JANG


-------------

TITAH RAJA RAJA MELAYU










TiTAH

RAjA RAj

MELAYU


KOMENTAR
apakah akan berlaku
saperti yang dititahkan
oleh raja raja melayu
apakah akan dijalan
apa yang dititahan
oleh raja raja melayu

inilah persoalan hakiki
kurun ini pada bani melayu





SPRM: AG, aktifkan semula petugas khas siasat 1MDB


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zakaria Jaafar yang bersara hari ini mahu Peguam Negara Mohamed Apandi Ali untuk mengaktifkan semula pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

Berucap pada majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata badan itu sudah lama tidak bermesyuarat.
"Saya difahamkan badan petugas khas itu tidak bermesyuarat sejak Ketua SPRM Abu Kassim Mohamed pulang dari luar negara dan cuba mendapatkan maklumat tambahan bagi memperkuatkan kes mereka pada lewat Julai,” katanya.
Katanya, tindakan itu selari dengan titah Majlis Raja-raja Melayu yang mahu siasatan segera dijalankan.


TITAH TUANKU

-------------

MAHSURI KEMBALI








MAHSURi

KEMBALi

KOMENTAR
ada kalanya
sejarah berulang
sesekali watak lama
menjelma kembali
dalam sosok yang baru
membawa khabar yang sama
membawa seruan yang sama
membawa maklumat sama
mengajak umat manusia
ke jalan benar
mengajak umat manusia
berlaku jujur
mengajak umat manusia
berani berkata benar

MAHSURI LANGKAWI


Selepas gesaan Muhyiddin, Anina mahu lebih ramai ahli Umno bersuara 


Anina Saadudin hari ini menggesa supaya ahli Umno menyambut gesaan  Muhyiddin Yassin yang mahu melihat lebih ramai berani menyatakan pendirian, serta mendesak perubahan pucuk pimpinan parti dilakukan segera.
Bekas ahli Wanita Umno bahagian Langkawi itu berkata, tiada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi sekarang ini melainkan perubahan dibuat segera.
"Umno wajib menukar kepimpinannya yang sedia ada dan segera melakukan langkah strategik untuk melakukan modifikasi terhadap bagaimana parti tersebut ditadbir supaya sesuai dengan perkembangan persekitaran.
"Dalam usaha tersebut, Umno perlu berani berubah," katanya kepada The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-gesaan-muhyiddin-anina-mahu-ramai-ahli-umno-tampil-buat-perubahan#sthash.UTjpv7Bh.dpuf



--------------

SUARA MUFTI PERLIS






BARU BETUL

MUFT
i

BERSUARA



Mufti Perlis sifatkan Zeti lakukan jihad besar

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat menyatakan sokongan terhadap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)  Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi satu posting di laman Facebook beliau.
Asri menyifatkan tindakan tegas gabenor tersebut, yang tetap dengan keputusan pendakwaan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Devopment Berhad (1MD), satu jihad besar.
"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara daripada para pengkhianat dan penjenayah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-perlis-sifatkan-zeti-lakukan-jihad-besar#sthash.G4pfrnpS.dpuf


KAH KAH KAH
woit
biasanya para mufti
hanya nak menghukum
itu salah 
ini salah
itu haram
ini haram
letik dengan fakwa fakwi
takj habis habis
yang ini bari betul
suara mufti yang mahu
memperbaiki asas negara

MUFTi BETUL

---------------

LAPORAN MH17 KELUAR







PERSOLAN

kotak hitam MH17 ditemui
tetapi kerajaan malaysia
serahkan kepada pihak
britain

1- mengapa?
2- apa rakaman kota hitam?
3- hingga hari ini tidak
   diketahui
4- kenapa orang ramai tak
   diberitahu apa isi 
   kandungan kotak hitam?
5- MH370 - kita tahu 
   kata-kata akhir
   'Good Night Malaysia
   'three seven zero'

Ini Kata-kata Terakhir Sebenarnya dari Kokpit MH370

Liputan6.com, Kuala Lumpur- Pelaksana Tugas (Plt) Menteri Transportasi Hishammuddin Hussein mengonfirmasi kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines dengan nomor penerbangan MH370 yang dinyatakan hilang sejak 8 Maret 2014.

Dia menjelaskan, kata-kata terakhir sebenarnya adalah "Good Night, Malaysian three seven zero" - "Selamat Malam, Malaysia 370." Sebelumnya kata-kata terakhir yang beredar dari kokpit adalah "Alright, good night".


Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung kemalangan pesawat MH17 Malaysia Airlines hari ini.
Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi semua aspek siasatan.
Dokumen itu bertajuk 'About the Investigation' akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Beland
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/belanda-keluar-laporan-siasatan-mh17-hari-ini#sthash.uqw8DiNT.dpuf

MH17 crash report is set for release, but it is unlikely to offer closure

In a hangar at an airfield in southern Holland, a ghost has been conjured from the gloom.
Over the past nine months Dutch investigators have been fitting together pieces of recovered plane wreckage and debris. They have rebuilt part of the cockpit and business section. The plane is MH17, the Malaysia Airlines flight shot down on 17 July 2014 while flying above conflict-torn eastern Ukraine. All 298 people on board were killed. 



-----------------