Jumaat, 2 Januari 2009

PELAKON SAMBILAN, PENYAMPAI BERITA SAH POSITIF DADAH – berita hairan



KUALA LUMPUR: Pelakon sambilan yang juga penulis skrip serta seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta yang ditahan dalam parti seks semalam, disahkan positif mengambil dadah.

Mereka dan tujuh yang lain ditahan selepas mengadakan parti seks dan dadah sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini.

Dalam operasi itu, polis menahan 26 orang dengan ujian air kencing mendapati sembilan daripadanya positif dadah jenis ectasy dan ketamin.


kah kah kah… tak abis abis cara laporan tak siap… semuan tergantung…. kah kah kah…apa punya tuuuur punya wartawan….kah kah kah..

woit….laporan berita ada hukumnya…. tak kan wartawan tah tahu…..dimana?.... siapa?... kenapa?... bagaimana?.... bila?....kah kah kah… stesen tv mana?... kah kah kah

woit… ada beribu ribu pelakon tambahan…. woit ….yang mana satu… kah kah kah…

woit…. ada berbelas belas penyampai berita …. yang mana satu… kah kah kah…

woit …. bila ada kes PAKATAN RAKYAT … bukan sahaja ada nama…. gambar pun ada keluar…. ingat tak kes di ipoh 3 hari sebelum pilihanraya kecil permatang pauh…. bukan main hebat lagi…. ada gambar… ada sex… ada dadah…. TAPI SEMUA KELENTONG…. kah kah kah….

kah kah kah… inilah teknik media arus perdana … tak tahu siapa yang di lapor…apa punya tuuuur…..kah kah kah… wartawan lulusan sintok…. kah kah kah




BERITA BAIK !!!! PEMUDA ANJUR PERHIMPUNAN DI KEDUTAAN PALESTIN – berita hairan



KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mengajak orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai satu perhimpunan secara aman di Kedutaan Palestin hari ini bagi membantah tindakan ganas rejim Israel terhadap penduduk Israel di Gaza.

Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata perhimpunan yang dinamakan Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel itu akan diadakan mulai jam 2.30 petang dan akan disertai semua pemimpin parti komponen Pemuda BN
.


woit …. rakyat malaysia wajib mengalu-alukan perhimpunan ini…. inilah cara terbaik … tak suka keluar tunjukkan perasaan…. suka keluar tunjukkan perasaan…. inilah satu ciri pendewasaan demokrasi…. tukar tiub cukup gembira bila rakyat ke jalan raya… inilah pilihan terbaik untuk menyatakan sokongan atau bantahan…. cara dewasa….semoga tradisi ke jalan raya ini akan berkembang dan berterusan….sertai apa sahaja tunjukan perasaan kerana kita susuk yang memiliki perasaan...lebih besar .. lebih meyakinkan... lebih gempaq...





SELAMAT SAMPAI 2009




Lecehlaa ada tahun baru

Tapi seronok juga
Alasan untuk berpesta
Macam hari jadi anak
Emak nak tunjuk perabut baru
Nasib nasib baik ada tamu nak tengok kasut Prada

Seronok juga tahun baru
Kalau ada duit
Boleh buka moet chandon
Kalau lagi banyak duit
Boleh buka lagi dom perignon
Kalau lagi ada banyak duit
Boleh lagi buka krug

Kalau tak ada duit tapai masam pun bolehlaaaaa
Kalau ciput sangat cari kedai toddy

Tahun hanya patokan
Tak perlu ada janji tahun baru
Buat leceh
Buatlah apa sahaja
Buat yang menggembirakan
Buatlah yang menyenangkan
Buatlah yang baik
Buatlah apa sahaja

Nak baca buku baca
Nak merokok hisap
Nak berjalan kayuh basikal
Nak awek carilah
Nak balak carilah

Nak kahwin
Nak buat apa?

Selamat sampai 2009





PERJALANAN IKAN PUYU




Kapal terbang kecil ini baru 10 minit memulakan perjalanan. Tetiba saekor ikan puyu melocat keluar dari bubu buluh.

Pagi tadi jam 8 aku di pasar Perijpur aku membeli dua ekor haruan dan lima belas ekor ikan puyu.

Aku dibesarkan di sawah, aku tahu puyu ini boleh hidup tanpa air untuk dua atau tiga hari. Aku juga tahu dalam mitoloji Melayu ikan puyu adalah musuh kepada polong dan toyol. Kerana itu satu ketika dahulu orang-orang di kampung aku selalu menyimpan puyu sebagai ikan mainan – ini sebelum ikan emas dan kelisa datang membuat glamour.

Saban hari aku ke Pasar Perijpur. Aku paling berahi melihat pasar ikan. Dari kota ke kota – di setiap negara-negara yang aku singgah , pasar ikan akan menjadi tempat utama untuk di lawat sebelum ke lorong-lorong gelap untuk mencari tapai dan air anggur masam.

Pasar Perijpur penuh dengan ikan air tawar. Setengah jam dari pekan kecil ini ialah sungai besar – lima kali ganda Sungai Pahang. Agaknya dari sinilah rumah-rumah segala jenis ikan yang di waktu paginya masih lagi tercungap-cungap cuba bernafas di dalam bakul sebelum dibawa ke pasar untuk di jual.

Ikan puyu dan haruan ini ingin aku bawa pulang ke rumah dan jika ianya hidup aku ingin kenalkan dengan Curvey, Mami dan Siti. Aku ingin kenalkan mereka dengan budaya Melayu yang telah lama hilang.

Bila puyu ini meloncat dalam kapal terbang ini – teman aku - gadis Thai terperanjat. Dengan bahasa Inggeris dia mengatakan ikan aku sedang menari-nari. Perkataan ‘ your fish is dancing’ membuatkan aku terbarai ketawa. Bayangkan ketawa aku ini mungkin sampai ke pintu pilot.

Mak Cik Cun beranak seorang di sebelah kerusi aku hairan dan bertanya apa yang bergerak-gerak dalam bubu buluh. Bila aku katakan ikan dia juga turut tersenyum riang. Aku senang hati datang melahirkan senyuman dari seorang ibu yang sepanjang perjalanan di ganggu oleh tangisan anaknya.

Perjalanan udara hanya 30 minit – kami sampai ke Dhaka. Kemudian 40 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Zia ke hotel aku di Gulshan.

Sesampai di hotel aku bergegas ke bilik. Melambak kan ikan dari bubu. Haruan telah arwah. Yang masih hidup hanya lima ekor puyu. Mereka bernafas senang dalam kolah mandi. Yang mejadi arwah aku hantarkan ke dapor untuk di siang dan di simpan dalam peti air batu.

Pilihanraya telah selesai. Kerja aku telah tamat. Apa yang wajib aku lakukan telah aku lakukan. Apa laporan yang wajib aku tulis telah aku tulis. Untuk aku pilihanraya dalam apa bentuk pun tidak memiliki apa apa makna yang hakiki. Hingga ke hari ini aku adalah seorang warga yang tidak mendaftar diri dan belum pernah mengundi.

Aku tidak yakin kapitalisma boleh di perbaiki untuk di tampal, di tupang atau di cat. Aku juga tidak yakin sistem kapitalisma boleh di sunat dan di Islamkan. Atau bismilahkan dengan ejaan jawi seperti di Saudi, Pakistan atau di Iran. Hukum kapitalisma tidak pernah berubah dan berganjak.

Lima ekor ikan puyu mandi manda mandi dalam kolah. Ikan-ikan ini lebih menarik dari kaca mata hitam Khalida Zia yang tidak mahu mengaku bahawa dia dan para mullah berjanggut panjang telah kalah terok.

Lima ekor ikan puyu mandi manda dalam bilik sambil melihat aku memotong janggut dan menggosok gigi. Ikan-ikan puyu ini lebih menarik dari Sheikh Hasina yang parti Liga Awaminya telah menang besar.

Untuk aku mereka semua adalah lanun-lanun besar yang merompak harta kekayaan dan tenaga kaum tani di Bangladesh. Pilihanraya yang baru berlalu tidak membawa apa-apa perubahan struktural..

Parti yang memerintah berukar ganti – sistemnya masih sistem ekonomi kapitalis. Yang miskin akan bertambah miskin yang kaya pasti akan bertambah kaya. Pilihanraya hanya memberi harapan tetapi yakinlah selagi sistem tidak berubah – kemiskinan yang wujud tidak akan berganjak.

Barang-barang telah di terima masuk. Pasport aku telah di periksa. Aku hanya menjenjeng bubu buluh yang di dalamnya ada lima ekor ikan puyu. Pemeriksaan pertama selesai. Tidak ada halangan. Puyu aku tidak menari-nari.

Aku di beri tiket dan angka tanda tempat duduk. Dalam masa 30 minit lagi kapal terbang akan bergerak. Aku pergi ke bilik khas merokok. Semuanya tenang. Kemudian aku beratur untuk masuk ke dalam kapal terbang. Semua barang di tangan wajib di periksa sekali lagi. Bubu buluh dimasuk ke dalam kotak x-ray.

Tetiba ada pegawai kastam yang berbadan besar ketawa. Seorang kastam yang bersari datang melihat. Kastam cun bergincu merah ini juga ketawa sama. Mereka meminta aku mengeluarkan apa yang ada dalam bubu. Lima ekor puyu meloncat keluar. Kami semua ketawa besar.

Nah! Rupa-rupanya ikan puyu ini tidak memiliki pasport untuk meninggalkan Bangladesh. Malah tidak ada visa atau permit kerja untuk ke Malaysia. Lalu mereka meminta aku meninggalkan lima puyu ini di tanah air mereka.

Aku bagitu sedih. Lalu mengambil gambar terakhir puyu-puyu ini yang sedang berloncatan dalam kotak plastik di tepi mesin x-ray. Kemudian aku meminta mereka memasukan kembali ke dalam baldi air sebelum di bawa ke paya atau kolam.

Aku pun mengucap selamat tinggal kepada Bangladesh. Yang aku tinggalkan ialah lima ekor puyu di Lapangan Terbang Zia yang asalnya dari lopak-lopak sawah di perkampung Perijpur. Yang aku bawa pulang hanyalah ingat-ingatan tentang sawah-sawah, lubuk-lubuk, sungai-sungai dan Pasar ikan Perijpur . Tidak mungkin lagi aku akan sampai ke sana.
(TT)




TAK ADIL TUDUH SPR TIDAK TELUS - melayau


KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meminta pihak yang terbabit dalam pilihan raya itu supaya tidak mudah menuding jari menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus.

Beliau berkata, menuduh SPR ’pejam mata’ berhubung isu pengundi hantu yang dibangkitkan Pas tidak adil kerana sebagai sebuah badan yang bebas, SPR sudah melakukan yang terbaik dalam memastikan setiap pilihan raya yang diadakan, termasuk pilihan raya kecil kali ini, berlangsung dengan baik.


kah kah kah…. SPR TELUS?.... kah kah kah…. TELOR ADALAH…. telus mana ada… kah kah kah…

woit…. apa hal dengan UNDI POS?..... ADA 700 UNDI POS DI KUALA TERANGGANU..…. siapa yang membuang undi ini?.... hantu dari mana?.... kah kah kah…

woit … undi pos ini bukan cerita barulaaa….. hapuskan saja undi pos….

woit... berapa banyak berita kita baca yang askar tak pernah melihat kertas undi….

kah kah kah…. kalau askar yang mengundi tak lihat.... kah kah kah ... maka inilah namanya HANTU LAAAA YANG MENGUNDI….. kah kah kah




HILANG KEPERCAYAAN PUNCA PALING TADAH – KHIR TOYO - melayau


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunaikan janji kepada rakyat menjadi faktor pemimpin parti itu 'berpaling tadah' sekali gus hilang kepercayaan terhadap kerajaan campuran di Selangor.

''Selepas sembilan bulan memerintah, mereka masih gagal menunaikan manifesto kepada rakyat sedangkan janji manis bertulis sudah diberi semasa kempen pilihan raya dulu.


Kah kah kah…. SEMBILAN BULAN MEMERINTAH !!!.... baru sembilan bulan… kah kah kah….

woit…. munkeee botox… macam mana dah LIMA PULUH TAHUN MEMERINTAH...… RAKYAT BERPALING TADAH ?..... tu pasal orang ramai undi pakatan…..kah kah kah….

woit… munkeee….apa cerita tanah di selangor…. satu habuk tak ada lagi… kah kah kah…

kah kah kah...itu pasal rakyat selangor bagi penyapu pada gerombolan…. kah kah kah