Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 14 Januari 2010

BERITA BERITA DARI JERANTUT




MENCARI GULAI ASAM ROM IKAN KENERAK


Jam 1.15 terdengar bunyi keretapi dari bilik tidor.
ertinya aku tidak berada di kuala lumpur.

menaikan berita melalui lap top ini paling cilaka.
paling cilaka kerana aku tidak senang tanpa tetikus.
paling cilaka aku kesaorang dalam pekan yang bagini asing.

awal pagi tadi - untuk kali pertama aku awal.
satu tugas yang maha susah untuk aku lakukan.

tujuan bangun untuk ke jerantut mencari sambal rom
ke jerantut untuk mencari ikan air sungai
ke jerantut untuk meleser - bukan meleser - aku bekerja
kerja yang paling enak dalam dunia ini -
makan dari satu warong ke warong
dari satu cafe ke satu cafe
dari satu restoran ke satu restoran
makan dan menikmati makanan

(jangan cuba melamar - kerja ini telah lama aku lakukan)

di tengah jalan entah di kampong mana aku berhenti membeli buah dukong
hanya empat ringgit sekilo berbanding dengan lapan ringgit di chow kit road
kakak penjual ketawa bila aku katakan durian belandanya yang kecil lagi
comot tidak harus digantung untuk dijual.

sedang kami bercanda datang seorang pelanggan yang ingin membeli rambutan.
lalu aku tanyakan tempat terbaik untuk memakan ikan di raub.

setalah mendapat maklumat aku menuju ke raub. tercari cari dari warong ke
warong aku berpindah. aku telah bosan dengan ikan patin masak temoyak.
lalu bertemu kedai ikan ayer tawar yang terbaik di raub. aku memesan
ikan baung dan pastilah sayur nordin kardi dan sayur ungku aziz (sayur kang kong )

enak enak enak - harganya pun enak - untuk ikan kelah aku wajib menalipon dua jam lebih awal kerana ikan ini wajib di keluarkan dari pembekuan. nah ini lain kali akan aku lakukan.

dari raub menuju ke jerantut - terlihat tanda - TASIK BURUNG MANDI - lalu menyimpang meredah jalan jalan kecil tersesat sambil bertanya. Nah ! jangan terperanjat ! untuk aku bukan tasik tapi kolam. ditepi kolam ini ada dua anak muda sedang berehat.lalu kami menjadi mesra. lalu mereka menerangkan tassik ini asalnya lombong emas satu
ketika dahulu - dizaman british.

betul aku melihat burung layang layang menjunam masuk ke dalam kolam - untuk minum air atau membasah badan. anak muda itu menerangakan jika aku menunggu hingga jam lima maka lebih ramai burung layang lanyang yang akan menjunam.

aku tidak memiliki masa - lalu beredar ke jerantut.

kami berlegar mencari tempat tidur. lalu singgah di warong di kawasan perhentian basa yang gagal. gagal kerana stesen bas telah siap tetapi tidak ada bas. yang menjadi penunggu ialah peniaga yang menjual barang barang dari ccl - cheap chinese labour -

cilaka ! belum sempat aku memasang keretek di warong hujan turun mengila. tempias membasah kerusi. tiga kali aku beralih. akhirnya aku memesan nasi lemak dengan sotong bersama kopi o kosong.

kerja makan yang aku lakukan ini wajib waspada - jangan makan banyak - tetapi makan di banyak tempat untuk mengadu selera. nasi lemak disini enak mungkin jam 7 petang aku telah lapar ditambah oleh hujan yang membuatan kelaparan bertambah.

beredar dari warong ini aku bertemu dengan kedai durian.lalu berjanji akan datang lagi apabila telah ada tempat tidor.

hujan makin gila.

lalu menempah bilik di rumah rehat.lagi mendapat maklumat tentang sambal rom. tukang masak di di rumah rehat adalah insan yang baik. dia mengajar aku tentang cara membuat sambal rom ( ini rahsia lagi ). kemudian dia membawa sebalang sambal rom bersama saekor ikan kenerak.

hujan makin reda.

kuliah masakan aku selesai. aku mandi dan menuju ke kedai durian. durian kampong ayang aku pileh. terbaik hinggakan terlebih beli.

esok aku berjanji untuk ke pasar melihat barang hutan. juga untuk melihat sendiri ikan kenerak. kedai makan yang menjual asam rom ikan kenerak ini telah aku temui.

jam telah hampir dua pagi - aku masih belum mengantuk. aku perlu membaca untuk tidor.aku paling susah untuk tidor ditempat baru. nasib baik aku ada membawa sebuah buku ibnu arabi - buku ini akan melayan aku untuk tidor.

esok - aku tidak akan sarapan -kerana ingin makan di tiga tempat sebelum berjalan lagi. aku masih belum pasti arah mana yang akan aku tuju. berjalan jangan sesekali membawa peta atau alamat. aku tidak pernah merancang arah yang aku tuju. atau telah memesan tempat tidor lebih awal. aku rasa ini membosankan.berjalan tanpa arah tujuan adalah nikmat berjalan.

esok kalau aku tidak mabuk dengan asam rom aku akan menulis lagi.

selamat menelan air lior !




<--nuffnang-->


BALA YANG MEBAWA BALA





BERITA BALA YANG MENGGERUNKAN


BOS SPRM yang baru kata dia sanggup jumpa bala dimana sahaja.

WOW! ini hebat...kah kah kah..

kah kah kah... BETUL KE?... kah kah kah

sekarang bala berada diluar negara.
nak ambil bahan apa lagi.
orang yang patut disoal tidak disoal.

cacing kerawit di buntut obama nampak
anak badak berkeliaran depan meja tak nampak.

betul ke nak jumpa bala?
atau hanya acah acah?
atau nak pergi bombay nak jumpa tan sri sharouk cunt kah kah kah




CAP CUP MASAK TELOR



BERITA TAKUT - TAPI TAK RAMAI YANG TAKUT


ini bukan berita baru.
ini berita lama.
berita talipon bimbit ada radiasi.

bukti telah jelas.
ada cubaan dalam bilik makmal.
telor boleh masak kalau dilintasi oleh ombak radiasi dari dua talipon bimbit.

tak percaya - cuba buat sendiri.

bukan saja talipon bimbit ada radiasi.
kabel leterik besar yang membawa tenaga itu juga
boleh menyebabkan barah untuk bayi yang belum lahir.

tak percaya cuba buat rumah berhampiran dengan kabel/pylon leterik.

bukti paling jelas yang terkini - semakin banyak manusia jadi sewel
kerana bergayut dengan talipon bimbit.
tak percaya - sila lihat bil yang datang kah kah kah

nota:
kalau tak ada talipon cam mana nak
hantar sms nak ajak geng turun demo kah kah kah





DARI LONDON MAKANG IKANG




MALIKUL SEMBAB BERFATWA TIDAK ADA DISKRIMINASI DALAM PEMBELAJARAN


Betul ke ini? Atau hanya nak bagi syiok Mat Saleh di London dengar.

KAH KAH KAH



IKANG KELMARIN GEDEBE - HARI INI JADI TAKUT

Akhirnya ikang janji akan dedahkan siapa yang bertanggung
jawab jadikan Ganu Darul Runtuh ....kah kah kah..

Ini kerana tekanan datang bertalu-talu.
Nak bengkeng pun udah malu.
Jadi kena buat putar belit.
Jadi kena telan bulu.

Munkee ni tak faham politik dah berubah.
Munkee ni tak sedar bik mama dah duduk di istana.
Munkee ni ingat mat ngantuk dah tidoo.

Munkee ni masih mencandat sotong.
Munkee ni betul betul nak jadi munkee kah kah kah