Rabu, 4 Disember 2019

SIKALANG LU ADA CAYA?







SIKALANG LU

ADA CAYA ?

Man accuses senior politician of ‘un-Islamic, morally repugnant’ acts against him


------------

CILAKAK FMT









WOIT

F.M.T

SAPA SAPA

SAPA

Lelaki tuduh ahli politik melakukan ‘perbuatan keji, tidak bermoral’

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 26 tahun hari ini mencadangkan seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai “perbuatan keji, teruk, tersembunyi dan berbahaya, dan tidak bermoral” terhadapnya, pada satu sidang media mengkritik pihak berkuasa kerana tidak bertindak atas laporan polis yang difailkannya terhadap Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini.

Muhammed Yusoff Rawther bagaimanapun enggan memberikan butiran dakwaannya, mengatakan ia sebahagian daripada akuan berkanunnya yang masih belum dimaklumkan.

Yusoff, cucu kepada pembela pengguna Pulau Pinang yang terkenal, SM Mohamed Idris, sebelum ini menuduh Farhash, yang juga setiausaha politik Anwar Ibrahim, menyerangnya pada Mei, di pejabat presiden PKR itu di Petaling Jaya.

Dia berkata satu laporan polis dibuat selepas kejadian itu, dan pada September, dia memfailkan saman terhadap Farhash dan seorang pembantu media Anwar.

Tetapi pada satu sidang media hari ini yang disiarkan di Facebook, dia berkata tiada tindakan oleh pihak berkuasa walaupun dia memberikan laporan perubatan yang mengesahkan kecederaan yang dialaminya.

“Nyatalah kepada saya semua cakap-cakap tentang keadilan hanya berpura-pura saja, dan gimik politik. Saya amat kecewa dengan keadaan yang sudah berlaku ini. Saya mesti tanya, adakah tiada keadilan untuk orang kecil di Malaysia?” katanya dalam kenyataan.

Yusoff hari ini berkata dia percaya kegagalan untuk bertindak itu berkaitan dengan satu kejadian membabitkan seorang ahli politik kanan yang berlaku pada Oktober tahun lepas.

Dia berkata dia mempunyai sebab untuk percaya “keengganannya untuk bekerjasama” dengan ahli politik “akhirnya membawa kepada serangan di pejabat itu”.

FMT tidak menyiarkan nama ahli politik itu sementara menunggu respon daripada pejabatnya.


CILAKAK FMT

PORTAL NI TAU

CISSS

BAGI SATU DUNIA

TERTANYA-TANYA

MADEY KAH?

SABU KAH?

TIAN  KAH?

SAPA  SAPA

SUSPEN GILA
KAH KAH KAH
---------

SAPA NI?



SAPA NI?

Man accuses senior politician of ‘un-Islamic, morally repugnant’ acts against him


TARIQ RAMADAN

SAMPAI KE SINI?

WOW


---------

IKUT TOK ARAB










IKUT TOK  ARAB
    Tiru mentality kaum Arab. 
Lambat laun jadi mental. 
Bagus la, check-in 
Tanjung Rambutan cepat. 
on 
CONTOH
 PEMIMPIN ISLAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/12/19

A




-----------

ARAB SAUDI KAGUM




ARAB SAUDI

KAGUM DG

TUAN HAJI NAJIB

KAH KAH KAH

Kagum dengan Islam moderat Malaysia, Arab Saudi beri derma, kata Najib


BERAT INI

AMAT BERAT

KAH KAH KAH


----------

ZAMAN SAPA?








BERITA

TAK

JELAS



SPRM akan semak dakwaan penyelewengan tender bot TLDM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyemak jika terdapat laporan wujudnya penyelewengan berhubung tender bot Fast Interceptor Crafts (FIC) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata perkara itu akan didedahkan kepada umum setelah pihaknya mendapat kepastian tentang hal tersebut. 

“Kita akan menyemak jika terdapat laporan berhubung kes berkenaan. Anda semua akan diberitahu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Etika dan Integriti Perniagaan: Mengembangkan Perniagaan Menerusi Amalan Beretika di Petaling Jaya, hari ini. 

Beliau ditanya media mengenai penularan di aplikasi Whatsapp yang mendakwa kononnya berlakunya penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan tender bagi pembekalan 18 bot FIC oleh TLDM.

Sementara itu, Latheefa berkata kebanyakan syarikat komersial telah bersedia mematuhi pelaksanaan peruntukan baharu undang-undang SPRM iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009, yang akan berkuat kuasa pada Jun 2020.

Menurutnya, peruntukan berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada pelaku rasuah, malahan turut mengheret individu yang mengarahkan aktiviti rasuah itu berlaku ke muka pengadilan. 

“Syarikat berkenaan telah meminta bantuan daripada SPRM untuk menyediakan pelan antirasuah di syarikat masing-masing. Bagaimanapun, masih ada organisasi komersial yang masih bimbang dengan pelaksanaan peruntukan baharu undang-undang berkenaan. 

“Ini kerana tempoh pelaksanaan makin hampir. Jika dahulu pekerja yang melakukan rasuah sahaja didakwa tetapi melalui Seksyen 17A ini, majikan yang mengarahkan pekerja lakukan penyelewengan tersebut tidak akan terlepas,” katanya.

Seksyen 17A Akta SPRM 2009 telah diluluskan di Parlimen pada 5 April tahun lepas, yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial. 

Melalui seksyen berkenaan, organisasi komersial boleh didakwa sekiranya orang yang bersekutu dengan mereka terlibat dengan jenayah rasuah dengan tujuan untuk membolehkan organisasi komersial itu memperoleh atau mengekalkan kontrak atau kepentingan.

Latheefa juga tidak menolak sekiranya ada pihak yang mengganggap dirinya sebagai “whistleblower” atau pemberi maklumat dan akan menyalahgunakan akta itu sebagai pelindung. 

Namun, katanya status sebagai whistleblower itu akan ditentukan SPRM setelah siasatan menyeluruh dilakukan terhadap laporan yang dibuat. – Bernama, 4 Disember, 2019.


ZAMAN SAPA

NAJIB 

HISHAM H20

ZAHID HAMIDI

ATAU

MAT SABU
---------

JUAL DADAH JUAL LENDIR








NIGERIAN

JUAL DADAH

JUAL LENDIR
Org Pakistan naik basikal potong rumput, jual karpet. Org Bangla kerja kat stesyen pam minyak, kerja kontrak. Org Indon buat kontrak bikin renovasi rumah. Org Nepal jalan kaki jd sekuriti guard. Org Nigeria bawak keta Kia lepak minum2. Dia org keja apa? 
on 
AWAS 
WARGA NIGERIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 03/12/19

197

---------

A.R. BADUL







A.R

BADUL

TT, ada berita PM-menunggu dah beri amaran budak PKR "jangan uji dia'. Kalau tak uji, mana tau boleh buat kerja? Mana tau ada kebolehan buat kerja PM? Budak sekolah pun ada ujian, takkan nak jadi PM tak payah uji? Jawatan PM bukan takhta yang diwarisi. 
Kena bukti ada kebolehan dulu. Sehingga hari ini, rakyat hanya nampak kegagalan PM-menunggu, belum ada apa-apa kebolehan. Macam ini AR Badul lebih layak jadi PM, dia pandai lawak jenaka. TT pun pandai joker. Lebih layak lagi. 
on 
INI DULU - 
SEKARANG MACAM MANA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/12/19

Bebe




---------

KEMUT KELILING






KEMUT KELILING
Tt cakap bahaya ada dibelakang pintu, atau sebenarnya bahaya ada dipintu belakang. Bila sebut belakang maknanya golongan muda ni kemut keliling berahi amat pantang disua pasti mendapat. Nanti akan ada disekolah sosok se lokman adam dan se jamal jamban. 
on 
18SX-18SG-
18PL-18BU
Publish | Delete | Spam
Sari Timun
on 04/12/19

TT



-------

RAJIN MEMBACA




RAJIN MEMBACA

aku cadangkan lagi satu iaitu 18b..18 baca..remaja malaysia sekarang malas membaca..aku teringat buku yg aku baca zaman remaja iaitu the old man and the sea karya hemingway..
tentang kegigihan pelaut tua..aku rasa kalau remaja kita membaca dan menghayati novel ini pasti 10 tahun akan datang malaysia menjadi negara maju..tiada lagi sailang dalam politik.. 
on 
18SX-18SG-18PL-18BU
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 04/12/19

Tt

======

MARAH DAH MARAH







SILA TEKA

BILA ABAM

MARAH DIA BUKA

LAMAN APA

SAPA TAHU

KAH KAH KAH

TT, ada berita PM-menunggu dah beri amaran budak PKR - jangan uji dia - Kalau tak uji, mana tau boleh buat kerja? Mana tau ada kebolehan buat kerja PM? Budak sekolah pun ada ujian, takkan nak jadi PM tak payah uji? Jawatan PM bukan takhta yang diwarisi. Kena bukti ada kebolehan dulu. 
Sehingga hari ini, rakyat hanya nampak kegagalan PM-menunggu, belum ada apa-apa kebolehan. Macam ini AR Badul lebih layak jadi PM, dia pandai lawak jenaka. TT pun pandai joker. Lebih layak lagi. 
on 
INI DULU - 
SEKARANG 
MACAM MANA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/12/19

Be




----------

CONTOH PEMIMPIN ISLAM










TUAN HAJI NAJIB

CONTOH 

PEMIMPIN ISLAM

Najib pilih beri keterangan kerana tiada apa hendak disembunyikan, kata Shafee


NAJIB Razak memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi kerana beliau tidak bersalah dan tiada apa hendak disembunyikan, kata peguamnya ketika prosiding pembelaan kes SRC International bermula hari ini.

“Beliau memilih untuk ke kandang saksi dan membenarkan dirinya disoal balas atas nasihat kami kerana tiada apa yang perlu ditakutkan,” kata peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah kepada wartawan selepas membuka kes pihak pembelaan hari ini.

“Anda boleh soal dia daripada pelbagai sudut. Saya pasti beliau akan jawab kerana kalau tak bersalah, tak bersalahlah. Jika awak ditipu, awak memang ditipu. Tiada apa yang perlu ditakutkan.”

Najib sedang membaca keterangan bertulis setebal 243 muka surat, yang dijangka mengambil masa beberapa hari. Dalam keterangan itu, beliau memberikan sebab mengapa perlu dibebaskan daripada tujuh pertuduhan jenayah- tiga pecah amanah, tiga pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

TUAN HAJI NAJIB 

AMAT JUJUR

WARAK SUCI

SEMBAHYANG

CIUM BATU ITAM

BERI SALAM PD

KUBUR

MANA ADA 

PEMIMPIN LAIN

YG SAMA MACAM

TUAN HAJI NAJIB

ISTERI TUAN HAJI

AMAT SOPAN

TAK TAMAK

TAK CARI HARTA

SELALU SEDEKAH

TAPI SEKARANG

TUAN HAJI

ANAK BINI

SEDANG

DIZALIMI OLEH

MADEY
KAH KAH KAH

--------------

18SX-18SG-18PL-18BU






                                         18SX - 18SG - 18PL- 18BU


Dalam negara kita ini ada  klasifikasi apabila hendak menonton filem atau program tv. Pendekatan klasifikasi sademikian digunakan dalam banyak negara. Justeru Malaysia bukan tersendiri. Yang membuat klasifikasi ini ialah Lembaga Penapis Filem (LPF) yang dibawah kawalan Kementerian Penerangan.

Klasifikasi filem atau program tv yang  ada tanda U - bermakna  umum – emak, abah adik, kakak semua boleh menonton bersama. Kalau ada tanda 18SG maknanya filem ini ada babak seram dan ganas. Bawah umur 18 tahun dilarang menonton. Kalau ada tanda 18SX ini bermakna banyak adigan  sex. Bawah 18 tahun dilarang menonton. Kalau ada tanda 18PL – ini bermakna wajib waspada kerana ada unsur agama dan politik. Bawah 18 tahun dilarang menonton.

Saya sedar hari ini telah wujud rangkaian internet  dan media sosial. Justeru sama ada larang ini masuk akal atau tidak  bukan pekara yang hendak saya lakar. Saya mahu melakar satu lagi klasifikasi 18 yang lain dari yang lain.

Saya – Hishamuddin Rais mencadangkan satu lagi kategori 18.  Ini saya namakan 18BU. Bukan tentang sex, bukan tentang hantu atau keganasan.   Kategori 18BU ini bermakna warga  yang berumur 18 tahun boleh mengundi.  Ini dasar baru kerajaan Pakatan Harapan yang telah diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Kerajaan Pakatan Harapan telah juga menunaikan satu lagi tuntutan orang ramai yang  mahu pendaftaran  untuk menjadi pengundi dilakukan secara automatic. Ini bermakna ada kerja sama yang intim antara Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini telah  dan sedang dilakukan.

Bersama pendaftaran  automatic dikahwinkan  dengan dasar 18BU. Sesiapa yang melintas masuk umur 18 tahun maka secara automatic Si Polan dan Si Polan itu akan didaftar sebagai bakal pengundi. Dasar ini kelihatan  radikal, progresif dan maju mara membuka ruang  demokrasi. Amin.

Laporan media yang saya baca menunjukkan pada  PRU15 nanti ada 7.8 juta 18BU  yang didaftarkan secara automatic. Pada PRU14 ada  14.9 juta pengundi. Pada tahun 2023 jumlah pengundi kurang lebih 22.7 juta.  Inilah penambahan pengundi dari apa yang saya namakan  18BU. Wow!

Dalam sorak sorai merayakan 18BU ini saya cuba membawa para pembaca ke satu jalur pandangan yang agak berbeza dari kegairahan 18BU. Ini bukan niat saya untuk  ‘potong stim’ atau untuk memperlekeh kejayaan janji Pakatan Harapan. Saya menyokong hak 18BU ini. Tetapi…. tetapi apa?

Sebelum memasuki politik 18BU biar saya nyatakan sajelas mungkin bahawa bakal pengundi 18BU untuk PRU15 yang akan datang pada ketika ini berada dalam tingkatan tiga.

Sila ambil perhatian. Saya ulangi sekali lagi. Bakal pengundi ini sedang berada dalam tingkatan tiga.  Betul. Mereka dalam Tingkatan Tiga. Umur mereka  baru masuk 15 ke 16 tahun. Kah kah kah.

Untuk ini – saya menjemput para pembaca melayari kembali ingtaan  ketika kita di tingkatan tiga.  Untuk warga saluran  satu mungkin agak susuh untuk membuka kembali data tingkatan tiga. Mungkin failnya telah  korup, berkarat, rosak dan terputus-putus atau 404.

Hishamuddin Rais bukan Abu Hurairah yang boleh mengumpul kembali kesah dan  cerita  yang telah berlangsung 200 tahun yang lalu.   Saya sendiri pun merasa agak susah untuk membuka kembali  fail  ingatan tahun 1966 ketika saya dalam tingkatan tiga. Internet membantu  saya mencerahkan ingatan. Walau pun banyak yang menjadi 404. Terima kaseh Ronald Reagan. Amin.

Saya masih ingat lagi di panggung wayang Ruby Theater di Kuala Klawang  Jelebu menayangkan filem  The Bridge on the River Kwai pada tahun 1957. Saya ingat pekara ini kerana   kain layer puteh  panggung Ruby  wajib ditukar untuk screen yang lebih luas.  Tahun ini juga saya masuk sekolah.  Jelas dari ingatan bahawa saya  bertandang ke panggung lebih awal dari bertandang ke sekolah.

Pada tahun 1966 empat orang anak muda dari Liverpool yang memanggil diri mereka The Beatles telah keluar dengan lagu  A Hard Days Night .  Di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika  yang sama itu M Osman  anak muda dari Jay Bee telah muncul  dengan lagu Oh Suzana. Pada tahun 1966 juga  muncul A. Ramly dan The Rhythm Boys dengan Kenangan Mengusikk Jiwa dan Oh Fatimah.

Dunia saya berubah.  Saya berjuang mahu menyimpan rambut panjang. Mahu dilihat cool macam anak muda dari Liverpool walaupun tidak tahu  dimana letakanya Liverpool. Atau tahu bezanya antara  Sungai Mersey dengan Sungai Thames.

Tahun 1966 saya dalam tingkatan tiga. Ada pepereksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun itu.   Saya tidak ambll pot sangat tentang LCE ini. Kenapa tidak ambil pot. Kerana umur saya baru 16 tahun.  The Beatle, Jeffrey Din dan The Siglap Five, Rolling Stones dan Mick Jagger kelihatan  penting  dan lebih menarik dari LCE.

Saya juga tidak ambil pot  dan ambil tahu apa yang terjadi kepada  Elvis Preseley dan Cliff Richard yang sebelum ini menghantui kakak saya. Saya melihat  Elvis dan P. Ramlee mengalami nasib yang sama . Mereka dilanggar oleh  kugiran   anak muda yang lebih rancak dan lebih mengghairahkan.

Dunia telah berubah. Dunia tidak akan  kembali kepada zaman Elvis dan P. Ramlee. Era pop  Yeah Yeah Yeah  dan Sixties sedang mengoncang dunia.

Kenapa pada tahun 2019 saya menulis hal ini?  Apa sangkut pautnya dengan 18BU?

Saya menulis dengan tujuan untuk memberi ingatan bahawa ketika saya dalam tingkatan tiga  saya tidak ada langsung memiliki kesedaran tentang arah dan tuju negara. Saya sedar ada Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Saya tahu Presiden Indonesia namanya Sukarno.  Nama Pengerusi Parti Komunis Indonesia (PKI) namanya D. N Aidit.

Saya sedar ada rancangan untuk mewujudkan Malaysia.  Saya tidak faham kenapa Sukarno marah dengan Tunku. Hakikatnya saya tidak ambil pot. Politik bagitu asing untuk anak sekolah dalam tingkatan tiga.

Mengenai kemasukan Sabah dan Sarawak untuk menjadi Malaysia  yang dingati oleh  hampir semua anak muda generasi  saya ingat - ialah potongan rambut Temenggong Jugah Anak Barieng. Ini kerana  potongan rambut  Jugah Anak Barieng  ini hampir menyamai potongan rambut John Lennon dan The Beatles.  Temenggong Jugah dilihat cool. Amin

Bayangkan ketika  saya sibuk-sibuk dengan John Lennon dan Temenggog Jugah  tetiba tiga tahun kemudian  - dalam PRU3 dalam tahun 1969  - saya diwajibkan mengundi. Saya wajib mengundi kerana umur saya telah masuk 18 tahun. Saya wajib memilih dan menentukan garis dan arah tuju  negara.  Ini satu tanggung jawab. Aduh!

Maka kembali kita  kepada persoalan  18BU. Anak anak muda melintasi umur 18 tahun ini boleh mengundi. Mereka boleh memangkah. Mereka di benarkan memilih siapa menjadi wakil mereka di Dewan Negeri dan  Dewan Rakyat. Hebat bunyinya.

Inilah yang kita hadapi sekarang. Betul. Memang  bukan The Beatles, bukan A. Ramly dan bukan Temenggong Jugah yang menjadi  hot dikalangan ank sekolah tingkatan tiga. Apa  yang menjadi hot dan kontemperori dalam dunia budak sekolah yang berumur 16 tahun sekarang? Saya kurang arif. Kalau mengikut Salalatul Salatin jawanya cukup senang -  walahu alam bissawab.

Betul dan saheh apabila anak muda masuk 18 tahun mereka boleh menjadi polis dan soldadu. Boleh angkat senjata. Boleh  bunuh  orang jahat atau musuh. Justeru tidak ada masalah bila masuk 18 tahun juga mereka boleh mengundi dan memilih perwakilan. Amin.

Tapi timbul persoalannya kematangan. Jadi solddu dan jadi polis dengan senapang dan pistol – tetapi mereka mengikut kawalan dan arahan.
Justeru disinilan persoalan hakiki untuk kurun ini. Untuk anak muda 18BU  dalam PRU15 – siapa  mengawal dan siapa yang memberi arahan?

Saya sedar gulungan Pak Lebai ektremis agama sedang menunggu. Saya juga sedar gulungan   ektremis perkauman sedang membuka pintu untuk menjemput masuk generasi 18BU. Saya sedar bahaya ada dibelakang pintu.

Saya tidak pisimis.  Saya juga bukan optimis gila-gila. Saya realis. Saya akui ini realpolitik. Maka wajib difahami dengan tuntas dan jelas.
Justeru, saya yakin pasti akan muncul  dari kampong  entah mana? Dari pekan  entah mana? Dari ulu kampong entah mana seorang anak muda  saperti Joshua Wong pemimpin Gerakan Payung Hong Kong yang telah memulakan kerja politik ketika berumur 14 tahun.

Saya juga yakin akan muncul pemimpin anak muda Malaysia saperti anak gadis sunti Greta Thunberg yang baru  berumur 16 tahun  dari Sweden. Greta sedang memimpin gerakan Perubahan  Cuaca  (Global Warming ) di pentas dunia. Nota: Gerakan Global bukan gerakan sekolah atau kampong.

Jadi timbul persoalan - apa agaknya agenda 18BU untuk PRU15.  Agenda 18SX? Agenda 18SG?  Saya ada pandangan. Tunggu minggu hadapan. (TT)




Tulisan ini juga disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
akhbar 2 minggu sekali
Sesiapa ingin melanggan 
sila pukul talipon:
03-92-21-3045







----------

KETAHUI ASAL USUL KAMU




KETAHUI ASAL

USUL KAMU

Izzy Wülf
Tatoo bukan budaya melayu?
Perkataan tattoo berasal dari kata "tatau" = Cacah , bahasa suku besar nenek moyang korang yang dituturkan suku Autronesian/Polynesian/Malenesian,dan masih sampai sekarang digunakan suku lain antaranya Maori , Samoa , Rapa Nui & Iban.Melayu adalah sebahagian besar suku-suku ini. Melayu saja meninggalkan budaya dan tradisi ini atas pengaruh Islam, dan jangan kau berani halang budaya dan tradisi saudara yang masih mengimaninya pula (saudara kau jugak!).

Pegi lawat saudara Mahmeri di Klang dan Senoi untuk mendapatkan idea rupa moyang dan tok nenek enkorang dulu kala!
Nah sekarang secara am,boleh dikatakan Melayulah antara suku terawal yang mencipta tattoo sehingga diakui dan digunakan perkataannya di seluruh dunia! Apa macam ?!
how's that for sejarah?

*Tatu - The ancient art of Polynesian*




---------

BERAT - BALA DATANG PADA ARAB








BERAT MAKIN

BERAT


Ekspo Tattoo: Jangan mengundang bala Tuhan

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam penganjuran program Ekspo Tattoo Malaysia 2019 yang berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember baru-baru ini di Kuala Lumpur susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara program tersebut.

DUPP menegaskan bahawa program seumpama tersebut adalah biadab dan mencemarkan imej negara Malaysia sebagai sebuah negara yang memperuntukkan agama Islam selaku agama Persekutuan malah mencabuli kesopanan dan kesusilaan yang menjadi salah satu tonggak Rukun Negara yang lima.

Program seumpama tersebut hanya mengundang bala dan kemurkaan Allah S.W.T apabila jelas menonjolkan perkara-perkara yang diancam laknat oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya iaitu tatu serta peragaan separuh bogel antara lelaki dan wanita secara terbuka di tengah kota bandaraya sekalipun di dalam ruang dewan.







PATUTLAH BALA

SELALU DATANG

KE NEGARA ARAB

KAH KAH KAH

--------

BERITA BAIK





INI BERITA

AMAT BAIK

TAK SALAH

SAMBUT MAULUD

NABI ISA



Hubungan Islam-Kristian diceritakan dalam al-Quran

KUALA LUMPUR: Agama Islam mempunyai hubungan istimewa dengan agama Kristian seperti yang diceritakan dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 82.

“Kalau ada juga kerajaan Islam yang bertindak mengacau gereja, ini salah dari segi agama!” ucapnya dalam Majlis Hi-Tea dan dialog Ketua Kristian Katholik dan pimpinan PAS, di Hotel EDC di sini, semalam.


BOLEH UCAP

SELAMAT

MERRY X-MAS

MR LAWRENCE

---------