Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR  Anwar Ibrahim hari ini, merupakan pengundi berdaftar Malaysia.

Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.

Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".