Rabu, 4 Februari 2015

NAJIB KANTOI





KOMENTAR
tukar tiub betul
tukat tiub tepat
searangan terhadap toong kooi ong
kerana majalah THE EDGE
berkali kali menulis tentang 1MDBH
yang terbutanh berbilion duit rakyat


Pemilik The Edge diserang kerana pendedahan 1MDB, kata Mahathir

4 Feb — Pemilik The Edge  Tong Kooi Ong diserang kerana media terbitan syarikatnya mengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Mahathir Mohamad, salah seorang pengkritik tegar dana pelaburan utama negara itu. "Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB,…


KAH KAH KAH

woit
tipu lagi
salah kan cina
salahkan orang lain
salahkan anwar ibrahim
kah kah kah

APA PUNYA KUNTAU


------------

RASUAH LAGI



KELUARGA FIRAUN

KONTRAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) JOHOR BERNILAI RM 103 JUTA TERBENGKALAI ADA KAITAN DENGAN UMNO
Kami menyambut baik kenyataan Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesahkan bahawa projek pembinaan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang terletak di Johor Bahru telah terbengkalai dan kontraktor yang bertanggungjawab akhirnya telah ditamatkan kontrak pada Oktober yang lalu.

Namun beliau bukan sahaja tidak menjawab soalan-soalan yang kami bangkitkan sebelum ini malah kenyataan beliau langsung tidak menampakkan kesungguhan dan tidak memberikan sebarang keyakinan kerana terdapat percanggahan fakta. Jawapan yang dikemukakan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menjelaskan kontrak projek telah ditamatkan pada 10 Febuari 2014 (lampiran A) berbanding jawapan beliau iaitu hanya pada Oktober 2014.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, kami berpendirian bahawa Dato’ Seri Zahid Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) dimana KDN selalu pemilik projek seharusnya bertanggungjawab menerangkan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyiapkan projek ini dan memastikan syarikat kontraktor yang menyebabkan projek terbengkalai dihadapkan ke muka pengadilan.

Berdasarkan jawapan dalam Persidangan DUN Johor sesi Jun 2014, projek pembinaan IPK Johor telah dianugerahkan kepada syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd yang berpengkalan di Ampang pada tahun 2010. 

Carian kami menunjukkan bahawa individu yang berperanan utama adalah Dato’ Zamri Bin Rahmat iaitu selaku pengarah eksekutif dan juga pemegang saham terbesar syarikat (lampiran B dan lampiran C). Beliau merupakan pimpinan UMNO di kawasan Ampang dan berkempen secara aktif sewaktu Pilihanraya Umum ke-12 dan ke-13 (lampiran D).
Sebagai rekod, syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd telah menerima bayaran sebanyak RM 46,123,409.00 sebelum pembinaan IPK Johor terhenti dan diisytiharkan terbengkalai. 

Malah syarikat tersebut telah didenda sebanyak RM 2,836,417.65 iaitu bersamaan dengan RM 17,190.41 sehari bagi tempoh 165 hari sebelum kontrak mereka ditamatkan.

Bagi mengelakkan kegagalan yang sama berulang, kami berharap Zahid Hamidi dapat memberikan penjelasan mengenai perkara-perkara berikut:-

1. Bagaimana proses tender dilaksanakan dan bagaimana Global Globe (M) Sdn Bhd dianugerahkan kontrak utama? Mengapakah kontraktor yang dipilih kemudiannya gagal menyiapkan projek mengikut syarat yang ditetapkan?

2. Selain kontrak ditamatkan, adakah Global Globe (M) Sdn Bhd telah membayar denda yang telah dikenakan? Adakah kerajaan telah mengambil tindakan undang-undang sivil untuk menuntut balik gantirugi atas kegagalan Global Globe (M) Sdn Bhd menyempurnakan kontrak tersebut dan sekiranya ya, status terkini dan sekiranya tidak, mengapa tidak, memandangkan kontrak telah ditamatkan hampir 1 tahun?

3. Siapakah kontraktor atau syarikat yang dipilih untuk menyelamatkan projek IPK Johor yang terbengkalai ini? Apakah proses dan kriteria pemilihan syarikat tersebut?
4. Bilakah projek ini mampu disiapkan? Berapakah jumlah kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk menyiapkan projek ini?

Kami berharap Zahid Hamidi dapat mengambil pendekatan yang lebih telus dan bertanggungjawab untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Kerjasama beliau akan memberikan sedikit keyakinan kepada rakyat terhadap kesediaan beliau untuk mencari jalan bagi menyiapkan pembinaan IPK Johor yang terbengkalai selepas 5 tahun dilancarkan. 

4 FEBUARI 2015

Y.B. JIMMY PUAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Johor
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor




----------------

PENIPUAN PERSEMPADANAN







 


 MAKNA PERSEMPADANAN SEMULA

Saya tidak pernah percaya kepada kepada lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya tidak akan percaya kepada lembaga ini. Tariklah kuku jari saya. Paksa saya minum air sabun. Kemudian himpit perut saya saperti yang pernah dilakukan oleh Fasis Jepun ketika menjajah Tanah Melayu – saya TIDAK akan berganjak dari menyatakan bahawa SPR ini ialah lembaga penipuan. Tangkap dan penjarakan saya. Buangkan kunci penjara ke laut. Saya tidak akan berubah pandangan.

Lembaga yang bernama SPR ini adalah satu lembaga yang ditubuhkan khusus untuk menipu rakyat Malaysia. Lembaga ini ditubuhkan khusus untuk memapastikan United Malays National Organisation akan menang pilihan raya. Khalas. Period.

Saya telah menulis berkali-kali untuk menerangkan kepada orang ramai tentang peranan SPR ini. Tulisan ini telah saya lakukan berbulan-bulan sebelum PRU13. Saya paparkan tentang nama pengundi yang tidak wujud. Alamat rumah yang tidak wujud. Kad pengenalan tipu. Pendatang haram yang menjadi pengundi. Nama pengundi yang tidak diketahui jantan betina. Nama pengundi muncul berkali-kali. Nama pengundi dialih-alih. Malah ada nama yang tak masuk akal saperti Abdul Proton Saga bin Superman.

Penipuan SPR ini telah dibuktikan secara ilmiah melalui Tribunal Rakyat. Tribunal anjuran Bersih ini telah dijalan pada 18-21 September 2013 di Kuala Lumpur. Tribunal Rakyat ini – saperti mahkamah – telah memanggil pelbagai saksi untuk memberi keterangan tentang apa yang telah berlaku dalam PRU13.

Yang menjadi hakim mendengar dan menyoal saksi adalah sosok-sosok wakil dunia. Mereka wakil dari Bangsa Bangsa Bersatu, Peguam Kanan Commonwealth dan Asean. Termasuk juga Profesor dan ilmuan dari universiti tempatan. Satelah mendengar keterangan saksi - Tribunal Rakyat ini membuat keputusan. Rumusan dan penemuan Tribunal ini telah diterbitkan pada 20 Mac 2014.

Laporan Tribunal Rakyat ini telah membuktikan bahawa pandangan saya terhadap SPR amat tepat. Laporan ini juga telah membuktikan bahawa penipuan telah berlaku dalam dalam PRU13. Peranan penipuan ini telah dirancang dan dijalankan oleh SPR. Ada penipuan yang dijalan secara sulit dan ada yang dijalan secara ganas dan terbuka.

Hakikatnya , dalam PRU13 Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular seluruh rakyat Malaysia. Manakala gerombolan Ketuanan Melayu hanya mendapat 47%. Ini bermakna Pakatan Rakyat adalah pilihan pengundi. Ini bermakna rakyat telah menolak United Malaya National Organisation dan kuncu-kuncunya. Ini fakta soheh bukan propaganda.

Tanpa penipuan, tanpa pengundi hantu, tanpa undi gelap pendatang haram – parti Ketuanan Melayu ini telah lungkup. Malah sebelum PRU13 lagi saya telah menerangkan bahawa DAP , PAS dan PKR bukan berhadapan dengan United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini telah lama lungkup.

Jadi siapa yang dilawan oleh Pakatan Rakyat? Siapa yang menentang Pakatan Rakyat?

Yang menentang Pakatan ialah lembaga SPR. Pakatan Raktyat berhadapan dengan jentera kerajaan. Yang mempertahan Parti Ketuanan Melayu ialah jentera daulah – polis, mahkamah, pegawai kerajaan termasuk sistem kehakiman. Yang menentang Pakatan Rakyat ialah sistem pilihan raya yang telah diwujudkan untuk memastikan United Malaya National Organisation akan terus menang.

Selagi sistem pilihan raya yang wujud sekarang digunakan maka mustahil akan berjalan satu pilihan raya yang bersih dan adil. Selagi pilihan raya dikendalikan oleh SPR yang wujud hari ini maka mustahil United Malays National Organisation dapat dikalahkan. Dalam PRU14, PRU15, PRU16, PRU17.... hingga ke PRU75 – parti United Malaya National Organisation akan terus menang dan berkuasa.

Kalau lembaga SPR tidak diubah, dirombak atau dibakul sampahkan – sampai dunia ini kiamat – Parti Ketuanan Melayu akan terus berkuasa. Ini fakta.

Ketika saya menulis ini SPR telah dan sedang merancang projek apa yang mereka panggil PERSEMPADANAN SEMULA. Apa dia persempadanan semula ini? Apa maknanya? Apa tujuannya?

Para pembaca wajib sedar apa saja yang dilakukan oleh SPR adalah penipuan. Malah terbuka sahaja mulut Pengerusi atau ahli lembaga SPR bermakna satu rancangan jahat telah dipasang. Kenyatan yang diumumkan kepada media hanya untuk mengkaburi penipuan yang telah dirancang.

Para pembaca jangan sesekali lupa tentang tugas utama SPR. Lembaga ini ditubuhkan untuk memastikan United Malays National Organisation menang dalam PRU. Inilah akidah SPR. Ini rukun iman SPR. Inilah tuhan yang disembah SPR.

Para pembaca jangan ada ilusi, jangan ada angan-angan, jangan ada mimipi atau mengharapkan SPR ini akan berlaku adil. Menjalankan pilihan raya bersih, telus dan adil bukan tugas SPR. Ini bukan rumusan saya. Ini rumusan dari Tribunal Rakyat.

Rakyat Malaysia TIDAK akan melupakan bagaimana dalam PRU13 – para pengundi telah ditipu dengan pengunaan dakwat kekal yang TIDAK kekal. Ini bukan satu kesilapan teknikal. Ini bukan kesilapan bahan kimia. Ini adalah satu rancangan jahat untuk memastikan pengundi hantu yang telah dipasang boleh mengundi berkali-kali.

Bagaimaana dengan persempadanan semula? Persempadanan telah dibuat pada tahun 1974, 1984, 1994 dan 2003. Semua projek persempadanan ini dilakukan untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu menang. 

Persempadanan tahun 1974 bertujuan untuk mengumpulkan dan membesar pengundi Melayu dan mengecilkan pengundi bukan Melayu. Latar belakangnya ialah kemenangan besar parti pembangkang pada tahun 1969. Dari 144 kerusi Parlimen dijadikan 154. Kerusi selamat: maknanya kawasan majoriti Melayu boleh menang dibanyakkan. Pengundi Melayu dihimpunkan manakala pengundi bukan Melayu dipencar-pencarkan.

Hasil persempadan semula ini ialah Perikatan menang besar dalam tahun 1974. Kemudian projek jahat persempadanan ini telah dijalankan pada tahun 1983 , 1992 dan 2003.

Pada PRU11 tahun 1999 – pengundi Melayu yang telah terkumpul dalam persempadan tahun 1974 telah lari berbondong-bondong mengundi Pembangkang. Pengundi Melayu lari kerana bersimpati kepada Anwar Ibrahim. Orang Melayu telah meninggalkan United Malays National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini hanya diselamatkan oleh pengundi Cina dalam PRU11. Tanpa undi Cina parti ini lungkup.

SPR sedar akan fakta ini. Maka pada tahun 2003 satu lagi persempadan semula telah dilakukan. Kali ini penambahan 24 kerusi. Pengundi Melayu kini dipecahkan kembali. Kawasan majoriti Melayu ditambah dengan pengundi Cina. Banyak kawasan menjadi 60% Melayu 40% bukan Melayu. Hasilnya kemenangan besar United Malays National Organisation dalam tahun 2004.

Politik berubah. Tidak semuanya kekal. Perubahan besar sampai apabila BERSIH - badan gabungan pilihan raya bersih dan adil ditubuhkan pada 23 November 2006. Bersih mengadakan demo anti penipuan pilihan raya pertama pada 10 NOvember tahun 2007.

Kemarahan rakyat memuncak. Orang ramai semakin sedar tentang peranan penipuan yang dijalan oleh SPR. Anak-anak muda mula bangun menyusun kumpulan anti-kerajaan. Suasana panas ini bertambah panas apabila Anwar Ibrahim yang telah bebas dari penjara mula mengambil peranan aktif dalam Parti Keadilan Rakyat. Hasilnya kemenangan besar untuk parti DAP, PAS dan PAR dalam PRU12.

Sesudah PRU12 iklim dan suasana politik Malaysia berubah. Untuk pertama kalinya 5 Negeri hilang dari cengkaman kuasa kuku besi United Malays National Organisation. Manakala monopoli kuasa di Parlimen retak terbarai. Untuk pertama kalinya dalam sejarah - gerombolan Ketuanan Melayu TIDAK lagi memiliki kuasa undi dua par tiga dalam Parlimen.

Hilangnya kuasa undi dua par tiga ini bermakna gerombolan Ketuanan Melayu tidak boleh sawenang-wenang mengubah, meminda, menambah atau menginjak-injak Perlembagaan Persekutuan.

Persempadana semula kawasan undi boleh dilakukan kerana ianya hanya memerlukan kelebihan undi – majoriti biasa. Tetapi untuk menambah kerusi DUN atau Parlimen memerlukan majoriti dua par tiga. Ini kerana penambahan kerusi DUN atau Parlimen memerlukan pindaan Perlembagaan Negeri atau Perlembagaan Kerajaan Persekutujan.

Sebelum 2008 – telah beratus-ratus kali gerombolan Ketuanan Meayu mengubah dan meminda Perlembagaan. Ini kerana memiliki majoriti ampoh. Sesudah 2008 – kekuasan ini telah lupus. Hari ini United Malays National Organisation TIDAK lagi memiliki kuasa untuk menambah kerusi Parlimen sawenang-wenang.

Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. Mustahil SPR boleh menipu kerusi DUN dari kerajaan ini. Manakala Negeri Sembilan, Perak dan Melaka – gerombolan Ketuanan Melayu TIDAK memiliki undi dua par tiga untuk menambah kerusi DUN. Penambahan kerusi Parlimen jauh sekali.

Tapi awas dan waspada. Jangan lupa tugas dan akidah SPR. Ketika tulisan ini digarap SPR sedang membuat satu perancangan besar untuk menambah kerusi Parlimen. Ini persedian untuk PRU14.

Langkah pertama telah dilakukan di Sarawak. SPR telah menambah 11 kerusi DUN di Sarawak - dari 71 menjadi 82. Jawabnya sampai hari kiamat Pakatan Rakyat tidak akan berjaya menawan Sarawak. Penambahan di Sarawak ini amat senang dilakukan kerana disini parti kuncu-kuncu United Malaya National Organisation memiliki majoriti yang besar.

Sarawak ini adalah percubaan awal. Jangan silap baca. Jangan silap tafsir. Ada ahli politik berpendapat di Sarawak hanya ada penambahan kerusi DUN maka ini bermakna tidak akan ada penambahan kerusi Parlimen untuk PRU14.

Untuk sesiapa yang memiliki pandangan korok ini maka saya cadangan mereka kembali membaca ABC politik. Kembali memahami apakah peranan SPR. Minggu hadapan saya akan bongkar rundingan-rundingan sulit persempadan semula yang telah dijalankan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa. SPR sebagai alat dan barua gerombolan Ketunanan Melayu tidak berhenti dari menipu. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin merlanggan 
akhbar minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3045


----------------------

PESTA GAGALIS







FACE BOOK


Kebodohan apa sudah jadi pada bangsa melayu ini... orang tak mau, cari awek lain je laaa.. yg pegi bunuh tu buat apa?
Kata orang, budak tu ada masalah mental... jika benar, para gadis2 perlu berhati-hati masa nak bercinta dengan jejaka2.. muka hensem, tp kena pastikan juga, mental ke tidak.
Sediakan payung sebelum hujan.


PADA MALAM
HARI VALENTINE 
pesta gagalis akan
diadakan di bangsar utama
merayakan mereka yang gagal

------------

MALAM INI





KAH KAH KAH
malam ini tukar tiub 
buat lawak  kesah 
keluarga cekai
tak bayar duit teksi
tak bayar duit bala
tak bayar duit sirul
kah kah kah


-------------

ISMAIL SABRI SUDAH TEROK





Samy Vellu nasihat Ismail jaga perpaduan

Bekas menteri S Samy Vellu hari ini menasihatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  Ismail Sabri supaya sentiasa menjaga perpaduan kaum di negara ini.

Samy Vellu berkata, sebarang komen berkaitan mana-mana kaum perlu berlandaskan pe
rpaduan bagi mengelakkan sebarang masalah tercetus.


KAH KAH KAH

woit
ini sudah terooook
samy vellu bagi nasehat

bila samy beri nasehat
samalah saperti
 bangkai biawak
beri nasehat 
pada bangkai ular

KAH KAH KAH

APA PUNYA GILAAAA


-------------

MCA PARTI BODOH





KOMENTAR
bila musuh bergaduh sesama sendiri
ertinya baik untuk pakatan

musuh kepada musuh kita
ialah kawan kita










Kenyataan Pemuda MCA bodoh, biadab dan tersasar

 | February 3, 2015
Tidak dapat terima bahawa Pemuda MCA tergamak senada dengan seteru politik UMNO dan BN


KUALA LUMPUR: Kumpulan mantan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar tindakan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang mempersoalkan kesesuaian Ismail Sabri Yaakob sebagai anggota kabinet.

Bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Zulkifli Alwi yang mewakili kumpulan tersebut berkata, gesaan supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu melatakkan jawatan jelas menunjukkan kebiadaban Ketua Pemuda MCA itu yang tidak menghormati rakan komponen Barisan Nasional (BN).

Menyuarakan kekesalannya, beliau juga menegaskan bahawa pelantikan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Justeru, “Siapa dan apa hak Sin Woon untuk mempertikaikannya,” tanya beliau.

KAH KAH KAH

sokong sokong sokong
tibai lagi parti cukong
tibai parti MCA
parti mca  tak sedar diri
ini parti towkay cina
memang parti bodoh
memang parti biadap

APA PUNYA CUKONG


-----------------

AUTA KEELING








Saravanan: Saya tunjuk pistol sikit saja

Naib Presiden MIC M Saravanan berkata, beliau hanya menunjukkan "sedikit" sahaja daripada pistol yang dibawanya semasa menghadiri sidang media di ibu pejabat MIC minggu lalu.

Katanya, pistol itu dibawa bagi mempertahankan diri dan bukan bertujuan untuk mengugut atau
menakutkan sesiapa


KAH KAH KAH

woit
betul auta keeling
tunjuk sikit pistol 
macam mana rupanya
apa dia tunjuk sikit
apa makna tunjuk sikit
ini betul betul auta

APA PUNYA  AUTA

--------------

APA YANG PENTING





KOMENTAR

bukan sosok hadi yang penting
kalau hadi tak sehat
tidak wajar bawa hadi berbincang
hantar wakil pun memadai

apa yang penting keputusan mesyuarat
keputusan yang telah dipersetujui
keputusan yang diambil bersama
keputusan ini  di hormati
oleh PKR DAP dan PAS




Mesyuarat Pakatan ditetapkan 8 Februari dengan kehadiran Hadi, kata Mustafa Ali



Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan pada 8 Februari ini selepas kata sepakat dicapai dalam pertemuan antara  Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali hari ini.
Mustafa berkata, Presiden PAS  Abdul Hadi Awang dijangka akan turut hadir dalam mesyuarat PR kali ini.
"Kita sudah mencapai kata sepakat untuk mengadakan mesyuarat ini selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada paginya di pejabat agung PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mesyuarat-pakatan-ditetapkan-8-februari-dengan-kehadiran-hadi-kata-mustafa#sthash.9rXIKRpy.dpuf

KAH KAH KAH

woit
hadi nak datang
tolong jangan ngada2
jangan soh seh soh seh
mesyuarat cakap melayu
jangan soh seh soh seh
jangan bagi hadi sedih
kah kah kah

GUNAKAN 
BAHASA MELAYU

------------