Isnin, 21 Mac 2016

MAT SABU LAWAN SPR





SETAKAD

SENiN 21/3/16

dana berjaya dikumpul
untuk kempen

mat sabu lawan spr

sebanyak RM 149,813.86 

terima kaseh teruskan lagi



MAY BANK

5642 5857 6644




--------------

KES RASUAH KJ MAKIN BERAT







INI SUDAH

AMAT BERAT

PERKASA SUDAH

MASUK CAMPUR



PERKASA mahu KJ bertanggungjawab kes seleweng RM100j

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA tidak teragak-agak membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas beliau mengesahkan bahawa pegawai kanan kementerian itu terbabit dengan isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.
“Apakah Khairy tidak sedar dalam hal ini? RM100 juta bukan sikit. Kejadian ini telah lama berlaku.
KAH KAH KAH

WOIT APA

SUDAH JADI

PUUURRKASA

SUDAH MARI

KAH KAH KAH

------------

ANAK MUDA SERANG MENANTU ABAH








HOTT HOTT

TERNOW

MENANTU ABAH

YANG RASUAH

KENA TIBAI

 ANAK MUDA



PUTAR ALAM TIPU MELAYU






NAZIM RAHMAN PERLU BUAT AKUAN BERSUMPAH NAFIKAN PENGLIBATAN BELIAU DI DALAM SYARIKAT-SYARIKAT MIDWEST EQUITY SDN BHD, UNION PROPERTIES SDN BHD DAN UNION SERVICES & MANAGEMENT SDN BHD

Saya telah menggesa MARA untuk membuat siasatan dan jika didapati bersalah mengambil tindakan terhadap Ahmad Nazim Abdul Rahman, CEO Pelaburan MARA Berhad sejak 20 Oktober 2015 kerana dokumen-dokumen yang saya ada dengan jelas menamakan beliau sebagai salah seorang pegawai tinggi MARA yang terbabit di dalam pembelian Dudley House pada harga yang tinggi dan melibatkan pembayaran komisen/rasuah kepada individu-individu tertentu.

Selepas saya menamakan beliau secara terang-terangan pada 20 Oktober 2015 yang lalu, beberapa kemudian beliau menulis email yang panjang merayu supaya perkara ini tidak dipanjangkan. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau tidak bersalah. Saya tidak berhajat untuk menjawab atau memaparkan email beliau kepada umum kerana ia bersifat peribadi.

Walau bagaimana pun tindakan beliau membuat laporan polis terhadap saya dan NOW (National Oversight & Whistleblowers) boleh dikira sebagai keengganan beliau berterus terang kerana fakta-fakta yang saya kemukakan boleh sahaja beliau bidas dengan mudah sekiranya ia tidak betul.

Malah, sewajarnya beliau mengambil tindakan saman terhadap saya di bawah undang-undang sivil sekiranya beliau merasakan pendedahan saya adalah tidak benar dan memfitnah.

Malangnya kebelakangan ini, penjawat awam di agensi kerajaan seperti MARA dan Tabung Haji tidak mengambil tindakan sama kerana mereka terpaksa mengemukakan bukti di mahkamah menolak pendedahan saya. Sebaliknya mereka membuat laporan polis di bawah undang-undang jenayah dengan menggunakan polis tanpa perlu mereka membela diri di mahkamah seperti di bawah undang-undang sivil.

Saya telah dedahkan selama ini kaitan di antara Ahmad Nazim Abdul Rahman dan skandal pembelian Dudley House oleh MARA seperti berikut:

1.    “Tuntutan Saman” terhadap Wanissa Properties Pty Ltd (pemaju Dudley House) di mukasurat 9 dan 10 dengan terang menamakan Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai pegawai MARA/individu yang menghantar invois-invois berbentuk bayaran komisen sebanyak AUD$4.75 juta (bersamaan RM14.25 juta) kepada Wanissa Properties Pty Ltd (pemaju dan penjual Dudley House kepada MARA); dan

2.    “Carta Pemilikan Saham” (disertakan bersama) yang difailkan di Mahkamah Australia secara jelas menunjukkan perkaitan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat dan individu-individu yang terbabit dan dinamakan di Mahkamah Australia.

Dokumen-dokumen ini adalah hasil siasatan firma guaman yang mewakili pentadbir kepada subkontraktor yang muflis kerana Wanissa Properties Pty Ltd dan telah difailkan di Mahkamah Australia.


Saya nyatakan sekali lagi perkaitan Ahmad Nazim Abdul Rahman dengan syarikat-syarikat dan individu-individu yang terbabit di dalam skandal ini seperti berikut:

      i.        Pemaju kepada Dudley House ialah sebuah syarikat yang bernama Wanissa Properties Pty Ltd. Syarikat ini menjual Dudley House kepada MARA pada harga yang lebih mahal kerana melibatkan bayaran komisen/rasuah sebanyak AUD$4.75 juta (bersamaan RM14.25 juta)

    ii.        Wanissa Properties Pty Ltd dimiliki oleh 2 orang ahli perniagaan Malaysia iaitu Dato’ Azizi Yom Ahmad dan Dato’ Abdul Ghani Yusof

   iii.        Kedua-dua ahli perniagaan ini juga mempunya pegangan di dalam sebuah lagi syarikat iaitu Midwest Equity Sdn Bhd. Selain mereka, saham Midwest Equity Sdn Bhd turut dipegang oleh sebuah syarikat bernama Optimal Capital Group of Companies

   iv.        Optimal Capital Group of Companies dimiliki dan dikawal oleh Mazrul Haizad Maarof. Beliau adalah abang ipar kepada Dazma Daud, EXCO Pemuda UMNO

     v.        Optimal Capital Group of Companies dan syarikat-syarikat lain yang dikawal oleh Mazrul Haizad Maarof iaitu Leuven Capital Sdn Bhd dan TRR Heritage Sdn Bhd telah menghantar invois sebanyak AUD$4.75 juta kepada Wanissa Properties Pty Ltd sebagai bayaran komisen atas khidmat mereka merundingkan penjualan Dudley House kepada MARA

   vi.        Invois-invois itu diemail oleh Ahmad Nazim Abdul Rahman kepada Wanissa Properties Pty Ltd seperti yang disebut di dalam “Tuntutan Saman”

  vii.        Ahmad Nazim Abdul Rahman adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Midwest Equity Sdn Bhd bagi tempoh 28 Jun 2013 hingga 11 November 2013

 viii.        Beliau juga adalah bekas ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat lain yang dimiliki/dikawal oleh Mazrul Haizad Maarof dan/atau Dazma Daud iaitu Union Properties Sdn Bhd dan Union Services & Management Sdn Bhd

Fakta-fakta ini adalah terlalu jelas untuk dinafikan. Beliau mempunyai penglibatan di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen-dokumen Mahkamah Australia.

Oleh itu, saya mencabar supaya Ahmad Nazim Abdul Rahman membuat akuan bersumpah bahawa beliau tidak pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat yang dinamakan iaitu Midwest Equity Sdn Bhd, Union Properties Sdn Bhd dan Union Services & Management Sdn Bhd. Jika beliau tidak berani membuat akuan bersumpah, maka jelaslah beliau terlibat di dalam skandal ini dan beliaulah yang patut disiasat, bukannya saya atau NOW.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 











































------------

BILA NAK SAMAN STESEN TV KAPIR







TV KAPiR

sedang menghina najib 
seorang pemimpin islam
mana puurkasa
mana puuurkida
mana puuuurtan


BENGKEL BERSIH DI SELATAN




BERSIH

ANAK MUDA JEMPUT BERSAMA
MENDAFTAR SEKARANG
UNTUK
BENGKEL BERSIH DI JAY BEE
PENCERAHAN
 PILIHANRAYA
DEMOKRASI
PARLIMEN
&
MASA DEPAN MALAYSIA



----------

KES SUB KUDIS






MANA HiLANG

MiNAH PURTAN


 KJ sahkan pegawai KBS 'songlap' RM100 juta
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya.

Katanya, SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa mingu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

MANA HILANG

MINAH PURTAN

NAK TANYA

ADAKAH iNI

KES SUB KUDIS

LARANG CAKAP

KERANA DALAM

SIASATAN 

SAMA MACAM

KES MAT NAJIB

REMBAT 2.6B

SAJE TANYA

JANGAN MARAH




------------

UNITED FRONT












BERSTONE COLD
anda adalah sosok realis..anda mhidu tepat peluang2 menjatuhkan musuh negara terkini nombor uno wahid yakni najib dan suaminya rosmah.anda berstone cold (sekongkol) dgn mahatir utk tujuan yg satu iaitu mjatuhkan najib walaupun anda tau hati budi kezaliman mahatir keatas anda.utk saya, anda dan rakan anda bukan la sosok yg mahu najib dan rosmah jatuh tetapi satu dunia mahukan najib dan rosmah dijatuhkan.

perbuatan anda menunjukkan kpd dunia, kita sbg negarawan malaysia tanah melayu dgn daya dan upaya serta keberanian walaupun tak angkat senjata, melawan untuk menjatuhkan pemimpin zalim dan korup.anda mberitahu dunia bahawa kita tak perlukan british, us, mongolia,kazastan, china, russia utk tolong kita.kita buat sendiri.

anda juga membuktikan kita melawan atas kezaliman bukan nya seperti sejarah dulu, tanah melayu mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah..senario yg sama, pasti ada melayu menjadi pak turut atau kaki pukul bagi pemimpin zalim.lihat sahaja baju merah.dengan peruntukan on APA DIA BARISAN BERSATU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/18/16




-----------

MASIH TULEN



MASiH PATUH


MASIH SETIA

TAK BERUBAH

MASiH TULEN


Rayani Air indah khabar dari rupa – Timbalan Menteri

Syarikat penerbangan itu tidak sepatutnya mengaku patuh syariah jika gagal menunaikan janji dan menepati masa penerbangan.
PTALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri menegur syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, Rayani Air, kerana membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menimbulkan kesusahan kepada penumpang yang sudah mengatur pelbagai urusan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.
Katanya, Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang menjadi salah satu prinsip syariah.

KAH KAH KAH

masih patuh syariah
masih ikut syariah
ikut syariah arab
patuh shariah arab
arab selalu lambat
arab tak tepat waktu
kah kah kah
tak caya tentang arab
arab tak hormat masa
kah kah kah

YA HA Bi Bi


------------

NAJIB BUAT LAWAK BERDIRI





NAJiB BUAT

LAWAK BERDIRI



'Saya bukan pencuri harta rakyat'

Najib bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.
Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.
"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.
KAH KAH KAH

soheh najib

bukan pecuri

najib menyamun

dana negara

kah kah kah

APA PUNYA TUR


------------

DUNIA SEMAKIN PANAS






SATU INGATAN
wahai umat manusia
tidak kah kamu melihat
kaum kaum yang dahulu
dari kamu
mereka yang angkuh
mereka yang melawan alam
dimana kini mereka berada
kampong dan bandar mereka
menjadi peninggalan sejarah
sebagai tanda untuk 
umat yang akan datang





February was the warmest month in recorded history, climate experts say


From Alaska to Australia, an unprecedented heating of planet Earth is underway with rising temperatures across huge swathes of land mass and oceans

Our planet went through a dramatic change last month. Climate experts revealed that February was the warmest month in recorded history, surpassing the previous global monthly record – set in December. An unprecedented heating of our world is now under way.
With the current El Niño weather event only now beginning to tail off, meteorologists believe that this year is destined to be the hottest on record, warmer even than 2015.


------------

SAHABAT ALAM PERAK









FACE BOOK



Salam Sejahtera,

Kami daripada KUASA - Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berasaskan perjuangan membela dan memulihara alam sekitar; yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia [No. Pendaftaran: PPM-033-08-14112012] dengan rasa rendah dirinya ingin memohon jasa baik pihak saudara/i untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kami dalam menubuhan Pusat Aktiviti baharu kami yang terletak di Teluk Muroh, Daerah Manjung Perak.

Persatuan kami telah wujud semenjak tahun 2012 dan telah terlibat dalam pelbagai aktiviti samada dalam konservasi, kempen-kempen kesedaran, pendidikan, kajian lapangan, kajian spesis biodiversiti dan juga membawa isu-isu alam sekitar serta masyarakat akar umbi di negeri Perak. Ini termasuk:

-Melahirkan '1 Aktivis, 1 Daerah' bagi membawa suara masyarakat setempat dan isu-isu yang melibatkan alam sekitar

-Penglibatan dalam siri Mesyuarat & Perlaksanaan; Jawatankuasa Teknikal Program Penanaman Pokok Bakau & Spesis-spesis yang bersesuaian di sepanjang Persisiran Pantai Negara dgn kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia

-Penglibatan dalam Perbincangan merangka Pelan Pembangunan 'Perak Green Growth Strategy 2030'

-Siri program-program pembersihan pantai & penanaman pokok semenjak tahun 2013 untuk tujuan menahan hakisan ombak dan memulihara spesis-spesis marin terutamanya spesis penyu dan sumber makanan laut di Daerah Manjung

-Projek Forest Watch dgn kerjasama Transparency International (TI)

-Kempen Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia

-Kempen Selamatkan Penyu & Hutan Bukit Pantai Segari

-Kempen Selamatkan Pantai Warisan Teluk Muroh

-Kempen Selamatkan Hutan Simpan Pondok Tanjung & Tasik Bukit Merah

-Pembinaan tapak semaian bagi spesis-spesis pokok Dipterokarp & spesis pokok persisiran pantai

-Kajian dan konservasi spesis eksotik di HS Segari Melintang 

-Pertanian & Penternakan Organik di Bandar Ipoh

-Aktiviti Sukalerawan Eko (Eko-Volunteer) dan Eko-Pelancongan di Daerah Manjung

-Mewujudkan siri kerjasama dengan para nelayan, masyarakat akar umbi, jabatan-jabatan kerajaan, mahasiswa universiti, pelajar sekolah, sukarelawan dan NGO-NGO yang lain dalam menjalankan agenda konservasi alam sekitar

-Membawa pelbagai isu eksploitasi alam sekitar di negeri Perak
-Dan pelbagai aktiviti lagi...

Selama ini, kami bergerak secara sukalerawan (tanpa dibayar gaji) dan mengeluarkan wang kami sendiri untuk kerja-kerja konservasi selain daripada kerjasama/bantuan daripada jabatan kerajaan dan NGO-NGO lain. Kami juga tidak mempunyai pejabat sendiri. Justeru pada masa hadapan, di samping berusaha utk mendapatkan geran untuk melaksanakan projek-projek kami, kami juga berharap sumbangan atau sokong daripada pihak anda bagi membina fasiliti kami sendiri dan memudahkan lagi kerja-kerja bakti kepada alam sekitar.

Jika anda tidak berkesempatan untuk secara langsung terlibat dalam usaha mempertahankan dan memulihara warisan khazanah alam kita, dengan sumbangan wang anda juga akan sedikit sebanyak membantu ke arah usaha-usaha murni ini. Segala keprihatinan dan sumbangan anda kami dahulukan dgn ucapan terima kasih.

"Apa ertinya hidup jika enggan berbakti kepada alam"


















----------------

PENAMBAHAN PENDUDUK







Penambahan Punduduk Miskin Cecah Seratus Ribu, Rakyat Terperangkap Di Pinggir Jenayah   

Najib memuji pengurusan TESCO Bukit Mertajam menawarkan kerja kepada seorang penganggur yang telah ditangkap akibat daripada mecuri. Beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk menasihatkan rakyat agar dapat mencari rezeki dengan cara yang betul serta mendapatkan bantuan daripada pihak , dan seterusnya menyeru semua rakyat mencari naskah atau mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak yang berkenaan.


ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon berkata, Perdana Menteri telah mengabaikan punca utama masalah tersebut iaitu negara kita telah mengalami krisis ekonomi. Krisis negara juga adalah krisis setiap individu. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia, perlaksanaan GST serta masalah rasuah yang berleluasa telah memaksa seseorang itu untuk mengambil risiko untuk menjalankan aktiviti jenayah. Kes penganggur di Bukit Mertajam adalah satu contoh di mana negara telah memaksa rakyatnya terperangkap dalam aktiviti jenayah.

Perdana Menteri gagal dalam mengkaji semula jaringan keselamatan sosial yang sedia ada, malah memotong peruntukan untuk kebajikan rakyat serta keberkesanan perlaksanaan Bantuan Am yang membantu keluarga miskin untuk melalui cabaran hidup.

Mengikut statistik kerajaan, ketua rumah yang berpendapatan miskin atau miskin tegar telah bertambah seratus ribu orang sejak lima tahun yang lepas. Sehingga Februari tahun 2016, populasi orang miskin dan miskin tegar (ketua rumah) adalah sebanyak 228,873 orang.
 
Lee berkata, ini bukan masalah individu sahaja, tetapi adalah kelemahan sistem kerajaan yang tidak dapat mempertahankan maruah rakyat dan hak asasi kehidupan mereka. Sekiranya ada pilihan, tiada orang akan memilih untuk mencuri di pasaraya untuk menampung kehidupan.   

Kerajaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan mengupah buruh asing untuk mengisi keperluan buruh pasaran, sebaliknya masalah pengangguran dan pemberhentian kerja yang dihadapi oleh rakyat masih tidak dapat diselesaikan. Hak asasi pekerja dan gaji minimum masih tidak terjamin.

Kes unik TESCO tidak boleh dijadikan teladan untuk syarikat persendirian, kerajaan perlu memikul tanggungjawab untuk mencari jawapan dan penyelesaian untuk masalah pengangguran.

Lee juga memberi saranan kepada kerajaan untuk melaksanakan Perkara ke-23 di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menjaminkan hak pekerjaan untuk semua, kebebasan untuk memilih pekerjaan serta menikmati keadaan pekerjaan yang adil dan bebas daripada pengangguran.


Untuk mengurangkan beban kehidupan rakyat, merangsang ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, kerajaan perlu mengkaji semula polisi gaji minimum dan membatalkan perlaksanaan GST serta meningkatkan keberkesanan jaringan keselamatan sosial.


Lee Khai Loon
ADUN Machang Bubuk
Setiausaha Pengelola KEADILAN Pulau Pinang







---------------