Jumaat, 17 Disember 2010

INI BUKAN BERITA LAWAK




LEBAI MAT MONGOL



nota:
berzikir dan berzakar lah kamu
seperti orang orang yang terdahulu
dari kamu !


DARI FACE BOOH ZUNAR

TERKINI:

Seluruh warga Bukit Katil, Melaka gempar apabila Najib Razak merasmikan masjid Saiyyidina Ali malam tadi dan menyentuh tentang usaha untuk meninggikan syiar Islam!


TINGKAT SYIAR ISLAM BUKAN PADA SLOGAN SEMATA MATA - melayau

Najib Tun Razak berkata, usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan semata-mata.

Njib berkata, apakah dengan menggantung slogan yang memaparkan betapa indah bahasanya akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

"Ada pihak cenderung dengan slogan 'Untuk membangun bersama Islam' dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya.

''Tetapi itu merupakan slogan serta kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok.

''Tentu sekali, bagi kita yang boleh berfikir secara rasional tanpa perasaan emosi, bahawa itu tidak akan membawa kepada perubahan kepada umat Islam," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit….ABIS LAAA PAK LEBAI … TAK DAPAT CARI MAKAN…. kah kah kah..

kah kah kah… KAH KAH KAH…kah kah kah..

kah kah kah... ABISLAAA... CHAN MALIKUL SEMBAB>>NAK KELUAR FATWA.. kah kah kah..

kah kah kah... ABIS PELUANG ZAHID HAMIDI NAK JADI IMAM... kah kah kah..

kah kah kah…. BILA MAT MONGOL MULA BERATIP…. SEMUA MULA BERZIKIR DAN BERZAKAR… kah kah kah..


nota:
bila agaknya
fatwa pertama akan keluar !

inilah contoh fatwa dari mat mongol:

'wahai bani malayu hendaklah
kamu bom perempuan yang cun dan slim
seperti yang telah aku lakukan moga moga
zikir dan zakar kamu akan diberkati'
kah kah kah

YANG PELIK DAN YANG LAGI PELIK




SYIAH MELAYU NI SESAT KE?



nota:
bagaimana dengan buku
ali shahriati ?
boleh baca tak?




RAMAI MACAM INI PUN SESAT DI KARBALA?















DI BAGHDAD PUN TERSESAT ?



SESAT KEMANA DI NIGERIA ?






200 PENGIKUT SYIAH DITAHAN
- melayau

Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

DUA DIPERCAYAI PEMIMPIN AJARAN SHIAH DIIKAT JAMIN - melayau

Seorang lelaki tempatan dan seorang warga Iran yang dipercayai pemimpin fahaman Syiah dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini hari ini.

Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan lelaki berusia 48 tahun dan warga Iran berumur 44 tahun diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan dua penjamin, penjawat awam Kelas A yang bermastautin di Selangor.

Pada prosiding itu pertuduhan terhadap mereka tidak dibacakan kerana penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih perlu mengambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.

Mahkamah menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Menurut pegawai penyiasat Mohd. Nordin Abdullah, JAIS sedang menyiasat mereka mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

DI KERALA INDIA



PUKUL BADAN GUNA RANTAI SUCIKAN DOSA – berita hairan

Memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam adalah antara 23 penyelewengan agama diamalkan kumpulan ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan dibekalkan tiga batu sebesar kurma yang diletakkan di depan sejadah dan ketika sujud dahi jemaah perlu menyentuh batu itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
hairan dan pelik
bagaimana agaknya di iran?
bagaimana agaknya di pakistan?
bagaimana agaknya di libanon?
bagaimana agaknya di india?
bagaimana agaknya di mesir ?
bagaimana agaknya di iraq?

apakah mereka ini sesat?
siapa yang menyesatkan mereka?
apakah sesat di karbala?
apakah sesat di najaf?
apakah sesat di qom?

jelas kelihatan yang merancang apa pegangan agama ini ialah dualah
jelas kelihatan yang memastikan kebenaran agama ini ialah daulah
jelas kelihatan agama ini dijadikan alat oleh daulah

amat jelas siapa memiliki kuasa
akan mentakrif apa yang betul
akan mentakrif apa yang sesat
akan mentakrif apa yang salah

hairan !!!
pelik !!!

sampai hari ini tak ada fatwa tentang ISA
sampai hari ini tak ada fatwa tentang UUCA
sampai hari ini tak ada fatwa tentang OSA
sampai hari ini tak ada fatwa tentang bunuh dalam balai polis
sampai hari ini tak ada fatwa tentang polis jangan tembak orang awam
sampai hari ini tak ada fatwa tentang siapa beri arahan bunuh altantuya
sampai hari ini tak ada fatwa tentang jangan beli senjata membazir

pelik
pelik
pelik


tentang shiah cepat ada fatwa
tentang plrisma cepat ada fatwa

tentang madey hancurkan lembaga kehakiman tak ada fatwa
tentang anak madey rembat harta negara tak ada pulak fatwa
tentang madey lulus akta tanah yang rembat tanak orang kampong tak ada pulak fatwa

apa punya tuuuuuur kah kah kah


INI DIA PLURALISMA - ADA DUA PANDANGAN



INI BUKAN TELOR ORANG



nota:
jangan makan banyak telor
nanti dapat darah tinggi
pakai seluar dalam kalau
tidak telor jadi lanjut kah kah kah





AMAL PLURALISMA ADALAH HARAM - melayau

Mufti Perak, Harussani Zakaria berkata, orang Islam yang berfahaman pluralisme agama iaitu mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar adalah kafir dan murtad.
Menurutnya, fahaman seperti itu adalah haram dan jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.

''Pluralisme adalah haram. Kita mana boleh kata semua agama sama dengan Islam. Kalau orang Islam kata semua agama adalah sama dengan Islam, mereka yang berkata begitu adalah kafir.

''Dalam kitab dan hukum syarak telah menyebut mereka yang mengamalkan fahaman pluralisme dianggap sebagai kafir dan murtad," katanya..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… NAZRI KATA ULAMA INI NGOOOOOK… kah kah kah..

kah kah kah… NAZRI KATA ULAMAK INI KECUT TELOOR…. kah kah kah..

kah kah kah…. NAZRI KATA ULAMAK INI PERGI BERLAJAR LAGI LAAAA… kah kah kah..

woit… INI BUKAN FITNAH… INI BUKAN TOHMAH… kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERCAYA BACA BAWAH INI….kah kah kah..

nota:
sila baca jawapan nazri kepada para ulamak
sapa tak ambil sains dan maths dalam bi
tt minta maaf kah kah kah


NAZRI SAUAS ISLAMIC SCHOLAR SUFFERING FROM INFERIORITY COMPLEX - minsider

Nazri Aziz lashed out today at Muslims who claim Islam was superior to other religions, warning that it smacked of pure “arrogance”.

He was referring to remarks by Islamic scholars and a government think tank at a recent forum on religious pluralism.

The Minister in the Prime Minister’s said they were suffering from an “inferiority complex.”

Nazri argued that Islam was already recognised under the Federal Constitution, so there was no need to say that Islam was better than other faiths.

“Why are they questioning this? Islam is not under any threat. If you so believe that Islam is a superior religion, why should you worry about any so-called “inferior” religion? They are suffering from (an) inferiority complex. Even if it’s not guaranteed, why should you be scared? You should have enough faith to be confident of your own beliefs, and not belittle the beliefs of others. It all comes from inferiority complex,” the minister told The Malaysian Insider.

Scholars at a forum hosted by Ikim had said that accepting religious pluralism meant other religions were equal to Islam, which they claimed was superior.

Ikim, the federal government’s think-tank, also issued a statement on the issue yesterday, saying that under Islam “not all religions were equal”.

“They are right and they are also wrong. They are right because Islam has a special place in this country, which is guaranteed under the constitution. But I disagree that Islam is more superior than other religions, that I cannot accept. I believe Islam does not ask you to say things like that.

“We cannot be arrogant, we must be tolerant . I think Islam promotes moderation, and not extremism,” said Nazri bluntly.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
untuk yang tidak tahu bahasa landan
inferiority complex BUKAN komplex membeli belah
inferiority complex ertinya berjiwa rendah atau cakap
orang felda tak ada telooor kah kah kah


MELAYU KENA TIPU




GAMBAR KLASIK




nota:
gambar bersejarah
untuk ingatan selama lamanya
tanda mereka yng berani !







UNDANG –UNDANG PEMILIKAN HARTANAH KITA LONGGAR DI DUNIA
– melayau

Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI KERANA DASAR GEROMBOLAN…. kah kah kah..

woit... INI KERANA AKTA TANAH NEGARA YANG EEE MADEY LULUSKAN... kah kah kah..

kah kah kah… BUKA KANG KANG … BIAR ORANG LUAR ENTOT…. kah kah kah…

kah kah kah… CAKAP KETUANAN MELAYU… CAKAP TANAH MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… TANAH MELAYU MILIK ORANG LUAR…. kah kah kah…

woit… MANA DIA NUUURDIN KURDIIII… kah kah kah..

kah kah kah… TANAH DI REMBAT ORANG…. kah kah kah..

kah kah kah... MANA DIA ANAK ANAK KECIL MAIN MANCIS API... kah kah kah

woit… MANA DIA NGO MELAYU DARI PERAK…kah kah kah

kah kah kah.. MANA DIA NGO SONGKOK LEPER …SOKONG TINGGI DAH LUPUS… kah kah kah..

woit… MANA DIA PEKASAM…. kah kah kah…

kah kah kah... MANA DIA KAVITA SINGH DAN RAJA GOPAAAAL.... kah kah kah..

nota:
lihat indonesia – haramkan orang luar memiliki tanah
lihat kelantan – haramkan yang tidak lahir di kelantan beli tanah

tanah ada sumber kehidupan sepanjang masa
jika tanah dimiliki orang luar maka yang pupus adalah budaya dan tamadun
budaya dan tamadun melayu lahir dari bumi yang di bajak
dari bumi inilah munculnya kita – dari bumi ini juga kita akan pergi

dasar gerombolan ialah menjemput orang luar memmiliki tanah kita
dalam banayk negara dalam dunai ini TIDAK MUNGKIN OARANG LUAR
dibenarkan memiliki tanah – malah untuk memiliki kedai runcit pun
mustahil – cuna pergi bukan awring nasi lemak di stockholm?
cuba pergi buka warong di san sebastian
dalam bandar sabn sebastaian ini mek dogal dan kentuki fried fak
pun tak dapat buka kedai – ini dia ketuanan basque
cuba pergi buka warung roti canai ditepi hyde park – sampai mampus tak dapat

nota:
kita sebagai warga tidak ada pilihan
untuk kita semua selamat
untuk anak dan cucu cicit kita selamat
kita semua wajib menghumbankan kerajaan rosmah najib ini kah kah kah


JEMPUTAN ESOK MALAM SABTU




PERLIS BANGUNKAN ANAK MUDA




JEMPUTAN MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN

Satu jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan di adakan pada malam Sabtu esok di Kangar Perlis.

Jamuan makan malam ini adalah permulaan dalam beberapa program KEMPEN TAWAN PERLIS!!!

BILA: Sabtu 18hb Disember 2010 – ESOK

MASA : Jam 8.00 malam

TEMPAT : Di Dewan Chee Yan Kor Kangar

BERSAMA:

YB Thomas Su - DAP
YB Roslee Ezan - PAS
Shamsul Iskandar Ketua AMK
Hashim Bakar PKR Perlis


Semua warga Perlis di jemput hadir. Para Ngo dan Ngi
dipersilakan datang.Anak-anak muda dialu-alukan.


nota:
semua pertanyaan sila hubungi: Cik Gu Hashim 019-391-11-97

INI DIA PERANCANGAN GEROMBOLAN




TAK PERCAYA LAGI - SILA DENGAR




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MANA DIA EEEE.... kah kah kah..

kah kah kah... MANA DIA NINA MAREEEEKAN.... kah kah kah..

kah kah kah.... JELAS DAN JELAS PERANGAI KONTREKTOR GEROMBOLAN... kah kah kah..

kah kah kah.... TAK ADA KERJA LAIN BIKIN KACAU.... kah kah kah

SATU LAGI KAMPONG KENA REMBAT




KAMPONG NELAYAN TELOK KUMBAR



nota:
habis semua kena rembat
kalau tak cukong
kroni yang rembat
ada saja - tak boleh
nampak tanah lapang kah kah kah







KG TELUK KUMBAR : GUAN ENG PERSOAL MOTIF KL METRO
- minsider

Lim Guan Eng hairan dengan tindakan KL Metro Land Development Sdn Bhd yang didakwa begitu tergesa-gesa mahu meroboh rumah di Kampung Teluk Kumbar, Pulau Pinang tanpa perundingan susulan dengan penduduk terbabit.

Bahkan, pemaju turut dipersoal kerana memaksa, mengancam dan mengugut penduduk terbabit supaya berpindah keluar dari kampung tersebut tanpa meneruskan jalan perbincangan yang baik.

“Usaha meroboh rumah Kampung Teluk Kumbar oleh pemilik tanah KL Metro Land Development menimbulkan soalan sama ada ia adalah syarikat pemaju yang tulen dan bukannya bermotif lain untuk sengaja mahu menyusahkan rakyat dan kerajaan negeri.

“Syarikat pemaju masih beria-ria nak teruskan tindakan dan menakutkan penduduk akan datang minggu depan. Adakah ini tingkah laku seorang peniaga yang waras?” kata Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang memberi amaran kepada pemaju KL Metro supaya tidak mengambil tindakan meroboh rumah-rumah di Kampung Pekan Teluk Kumbar kerana ia masih dalam proses rundingan.
Kata beliau, kerajaan negeri bersedia untuk mewakili penduduk kampung tersebut untuk berbincang dengan pemaju.

Lim yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan berkata, walaupun pemaju itu mendapat perintah mahkamah, mereka juga mendapat kebenaran MPPP untuk merobohkan kediaman-kediaman di kampung tersebut.

Sehubungan itu Lim berkata, pihaknya bersedia menunggu Pengerusi KL Metro Mat Hassan Esa untuk datang berjumpa dan membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… LIHAT..SEMUA INI DI RANCANG… kah kah kah…

kah kah kah… SEMUA INI SENGAJA DILAKUKAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. DENGAN TUJUAN UNTUK MEMBERI GAMBARAN BAHAWA KERAJAAN PAKATAN SUKA ROBOH RUMAH…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI HAKIKATNYA…. PROJEK INI TELAH DILULUS OLEH KERAJAAN GEROMBOLAN… kah kah kah…

kah kah kah… PEMAJU INI MESTI PEMAJU KRONI… kah kah kah...

kah kah kah... MENYELAM MINUM AIR SAMBIL BIKIN KACAU LAGI… kah kah kah

BAGI AMARAN PADA MENTERI INI





INI DIA TANDA KEMAJUAN




MENTERI DIINGATKAN JANGAN UBAH LALUAN LEBUHRAYA - melayau -

Kerajaan negeri Selangor tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 rumah di Taman Bakti, Ampang bagi membina Lebuhraya Besraya yang baru dari Sungai Besi ke Pandan Indah.

"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah, di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 25 November 2010.

"Sebelum itu, saya dan penduduk tempatan telah membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan rumah," kata exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan Selangor, Iskandar A Samad.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, cadangan asal itu telah dibuat ketika pentadbiran kerajaan BN di Selangor.

"Walau bagaimanapun, kerajaan sekarang telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES.

"Oleh itu, setelah cadangan alternatif dipersetujui, kerajaan negeri tidak akan bersetuju jika LLM mahu lebuhraya itu dibina menurut cadangan asal yang akan merobohkan rumah-rumah penduduk," tegasnya.

Iskandar berkata, beliau difahamkan bahawa Menteri Kerja Raya akan melawat Taman Bakti esok.

"Maka oleh itu, saya hendak mengingatkan beliau agar tidak akan mengubah laluan lebuhraya yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri sekarang dan LLM dalam mesyuarat MTES itu," tambahnya.

NOTA:
lihat ini bukti kerajaan pakatan pro rakyat
bukan pro jalan raya
lihat perangai menteri gerombolan
sengaja nak merobohkan rumah orang kampong

inilah yang akan dilakukan kepada kampong baru nanti – mana yang tidak mahu terlibat maka tanah mereka akan ditanda untuk keguaan awam – bila ada
tanda untuk kegunaan awam maka tanah ini akandi rembat.

kegunaan awam ini ilah untuk mebuat jalan.

nota:
masih ada lagi orang melayu
yang suka kena tipu
masih ada lagi
yang rasa badan mereka tak serik
kena tipu kah kah kah



TUKAR TIUB PEMECAH BERITA !!!




PECAH BERITA 12.02 MINIT


Al-Fatihah!

untuk anak isteri dan kaum
kerabat arwah.

semoga rihnya dicucuri rahmat.


nota:
pilihnaraya kecil akan diadakan
di tenang segamat.

sila tempah bilik dari pagi esok!


ADUN TENANG STABIL

16/12/2010 8:47pm

LABIS 16 Dis. — Anggota Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) kawasan Tenang, Sulaiman Taha, yang dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.

Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 24 Nov lepas, perlu menjalani rawatan lanjut.

Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas.