Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 24 Jun 2013

BERITA TERKINI BARU MASUK



PENUNJUK PERASAAN AKAN DI BEBAS

berita baru diterima
pada malam ini 32 penunjuk perasaan
yang menuntut 7 pesuruhjaya spr
letak jawatan akan dibebaskan

kini mereka di tahan di rumah pasong jinjang

warga kota kuala lumpur
diminta datang beramai ramai
untuk menyambut kebebasan mereka



--------------------


MALAM INI JAM 8:30 MALAM




MARI BERSAMA
AUNTIE BERSIH
MALAM INI

MALAM  BERSETIA KAWAN DENGAN 32 TAHANAN DATARAN MERBOK

semua di jemput datang malam ini
jam 8:30 malam
di hadapan rumah pasong jinjang

orang ramai diminta datang
untuk bersetia kawan
untuk bersolidariti
dengan 32 warga dataran padang merbok
yang ditashan kerana menuntut
7 pesuruhjaya spr meletak jawatan kerana menipu 

BERSAMA ANAK MUDA
sila bawa lilin
sila bawa air
sila bawa diri untuk membuat ramai

ANAK MUDA
BANGUN MELAWAN

BERITA TERKINI DARI RUMAH PASONG





TUNJUK PERASAAN DI TANGKAP

seramai 32 penunjuk perasaan telah di tahan
kini mereka di tahan di rumah pasong jinjang

di laporkan  ekhsan bukhari  seorang
ditahan di rumah pasong dang wangi

mereka menunjuk perasaan  kerana
menuntut 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana telah menipu dalam pru13

peguam g. sivalingan
peguam   roger chan
telah dapat bertemu dengan yang dipasong


yb tian chia
rozan dari amk
telah dibenarkan melihat mereka yang dipasong

besar kemungkinan kesemua ini
akan dipasong hingga dibawa ke mahkamah esok

mereka mungkin didakwa 
dengan undang-undang : jangan berani bercakap benar
4 ( section2)(b) paa


TER BARU TER NOW - MEMECAH BERITA




 AUNTIE BERSIH
DI TANGKAP
DARI WARTAWAN TUKAR TIUB

seramai 28 penunjuk perasaan telah ditangkap
dalam tangkapan ini ada yang cedera 

mereka menunjuk perasaan dihadapan parlimen 
kerana menuntut pesuruh jaya spr letak jawatan
pesuruh jaya spr ini telah dibuktikan
sebagai penipu dalam pru13 yang lalu
kaki tipu wajib didakwa

penunjuk perasaan ini 
telah di bawa ke rumah pasong jinjang
ada yang dibawa ke rumah pasong dang wangi

jalan ke rumah pasong jinjang
kini di laporkan terlah ditutup
ini kerana orang ramai telah mula
bergerak menujuk ke sana
untuk bersetia kawan dengan yang di tangkap

antara yang ditangkap:
adam adli
safuan anang
aunti bersih
cik gu bard
eddy smm
shauki
yasir
sani
nora
akram
muaz
shukri razab
aiman hakim
esham bukhree
hafiz
kawan kawan dan para pembaca tt
sila bersedia untuk bersetiakawan
dengan yang ditangkap

sila layari tt
untuk berita terkini
berita terus menyusul
------------

TER HOTT - GAMBAR TERBARU





MEREKA YANG BERANI
MEREKA YANG MENUNTUT
SPR LETAK JAWATAN
anak anak muda 
meneruskan garis juang
kini di bawa ke 
rumah pasong jinjang



-------------

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA - TERKINI




DARI HADAPAN BANGUNAN PARLIMEN

tangkapan telah berjalan
berita awal dari wartawan tukar tiub
melaporkan lebih dari 25  penunjuk perasan 
telah di tangkap

demo di hadapan parlimen ini
bertujuan menuntut 
7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana mereka telah menipu dalam pru 13

laporan awal melaporkan  bahawa:
adam adli
cik gu bard
auntie bersih
shukri razab
hakim ubu
telah di tahan
nama nama yang lain belum diketahui lagi 

jumlah mungkin meningkat ke 30 orang

diberitakan mereka yang ditangkap
sedang di bawa ke rumah pasong jinjang

ketika ini anak anak muda
telah berundur kembali ke 
dataran padang merbok
dan mereka merancanga 
untuk  berhimopuan di hadapan
rumah pasong jinjang

NOTA
warga diminta
mengikuti tukar tiub
untuk laporan selanjutnya
sila lakukan kempen setiakawan
bersolidariti dengan yang kena tangkap

----------

TERBARU TER NOWW DARI PARLIMEN


BERITA BARU MASUK

para penunjuk perasaan telah disernag
5 penunjuk perasaan telah di tahan

anak anak muda
penunjuk perasaan ini 
mahu 7 pesuruhjaya spr letak jawatan
kerana spr telah  menipu dalam pru13


TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA





PENGUNDIAN TELAH BERJALAN
keputusan pemilihan speaker dewan
kembali ke  status quo
united malays national organisation dapat 133 undi
pakatan rakyat dapat 89 undi

pandikar kembali jadi barua
najib selamat





APA YANG BERLAKU DARI DALAM PARLIMEN





APA YANG  AKAN BERLAKU DALAM PARLIMEN PAGI INI

pagi ini akan  diadakan pemilihan  speaker parlimen
untuk pertama kalinya pemilihan  akan dilakukan

mengikut undang undang tubuh parlimen
pemilihan wajib dijalankan secara sulit

undi sulit ini telah diminta oleh pakatan rakyat
jika TIDAK dijalankan undi sulit
maka mengikut kata anwar ibrahim
' perang akan pecah' dalam parlimen

pakatan rakyat telah mencadangkan
abdul karim muhamad
bekas hakim mahkamah persekutuan
sebagai calon pakatan rakyat

united malays national organisation
masih mencadangkan speaker lama 
pandikar amin mulia sebagai calon

222 AHLI PARLIMEN

ada 222 ahli parlimen yang akan bersidang
semua  222 ini akan mengundi

pakatan rakyat ada 89 undi
united malays national organisation 
dan kuncu kuncunya ada 133 undi

pengundian pagi  ini memberi 
makna yang penting  amat amat penting
untuk najib razak

jika undi  untuk pandikar kurang dari 133
ertinya gerombolan  telah pecah
sokongan untuk najib sebagi pm telah pecah

jika undi  untuk pandikar kurang dari 133
ertinya geng 24 dibawah pimpinan ku li telah berjaya

ertinya yb dari sabah
ertinya  yb dari sarawak
ertinya ada yb dari semenanjung
TIDAK  menyokong najib sebagi pm

tetapi
awas dan waspada
jika undi kurang dari 89 untuk abdul karim
maka kita tahu siapa yang belot dalam pakatan rakyat


KOMENTAR TUKAR  TIUB


LATAR BELAKANG PAGI INI
dua minggu dahulu
najib telah pergi ke indonesia
diwaktu yang sama
ketika anwar menjadi tamu presiden susilo
tidak dapat tidak
jelas terbukti bahawa
najib ingin bertemu dengan anwar

tidak ada pertemuan
antara anwar dan najib 
di jakarta

najib telah dimalukan
susilo hanya angkat talipon
manakala anwar disambut hebat
malah disekitar kota jakartya
papan iklan  yang besar besar
memapar  gambar anwar dan wan azizah
dengan ucapan selamat datang

najib ingin berbaik baik dengan anwar
untuk mengelakkan  dari ditikam musuh dalaman
langkah najib ke jakarta ini
mengejutkan anak lelaki iskandar kutty
dengan segera anak lelaki iskandar kutty ini
memgubah pandangan
kalau dulu mahu najib disingkit
kini berkata 'tidak perlu ada perlawanan '
untuk presiden dan timbalan presiden gerombolan

dari segi ini
lawatan main golf najib
ke jakarta berjaya
najib telah diselamatkan 
oleh anak lelaki iskandar kutty




TER KINI TER NOW


SEDANG BERDEMO


lebih dari 500 anak anak muda
sedang berhimpun  dan berdemo di pintu masuk
ke bangunan parlimen
mereka telah berarak dari dataran padang merbok

mereka berdemo di hadapan parlimen
menuntut spr letak jawatan

---------

TUKAR TIUB WORLD BREAKING NEWS



TUKAR TIUB 
PEMECAH BERITA SEDUNIA

beberapa minit tadi 
jam 4.30  pagi
dalam kelam dan jerebu
gerombolan dbkl
bersama gerombolan pdrm
telah datang menyerang
dan merampas khemah di dataran padang merbok

khemah- khemah telah dirampas

anak ank muda kini
sedang berhimpun terbuka
diatas padang
mereka sedang menunggu subuh
untuk berarak ke parlimen
dengan satu tuntutan
apr letak jawatan

BANTUAN BANTUAN DIPERLUKAN
sesiapa yang baru membaca berita
ini sila hebohkan
sila datang  ke dataran padang merbok
untuk memberi bantuan
dan datang bersama untuk
berhimpun ke parlimen

hanya tukar tiub pemecah berita

BERHIMPUN DEPAN PINTU PARLIMEN


SEMUA DI JEMPUT BERHIMPUN DI PINTU PARLIMEN

pagi ini sesudah subuh
pada jam 7.00 
semua warga dijemput 
untuk datang berhimpun ke dataran padang merbok
para yang berhormat dari pakatan rakyat
akan datang sama

dari padang merbok
rakyat bersama para yb
akan berjalan masuk ke parlimen 

jika sampai lewat
sila terus menuju ke hadapan 
pintu masuk parlimen

BERHIMPUN DEPAN PARLIMEN
perhimpunan pagi ini
bertujuan untuk menuntut
tujuh pesuruhjaya spr
letak jawatan

NOTA
sila ambil perhatian
jalan-jalan masuk ke dataran padang merbok
melalui pejabat jkr dan aswara telah diutup

jika datang dengan kereta sila
letakkan kereta jauh dari jalan parlimen

jalan terbaik sila datang
dengan  komuter
atau lrt
atau monorail


ANAK MUDA TERUS MELAWAN



KOMENTAR TUKAR TIUB
pelbagai bentuk ugutan
pelbagai bentuk fitnah
cuba di tabur
semua gagal 
anak muda terus berkhemah

Badrul Hisham Shahrin
SHAH ALAM - Sekumpulan aktivis yang berkhemah di Padang Merbok hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari tempat tersebut walaupun telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


 ANAK MUDA TERUS MELAWAN
Kumpulan berkhemah di Padang Merbok bertambah
KUALA LUMPUR 23 Jun - Kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di sini tidak bersurai walau pun  setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam untuk mengosongkan kawasan tersebut. Mereka masih berdegil dan tidak berganjak.

Kira-kira 450 orang yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu.

Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu.

PETANG TADI

MALAM TADI

----------