.

Isnin, 11 Ogos 2014

MARI BELAJAR DARI SEJARAH






 
LIHAT DAN TONTON
babak babak sejarah
agar kita semua
dapar belajar
dari babak
sejarah
ini






TOLONG JANGAN TIPU ORANG KAMP:ONG




BN akan sokong Khalid kekal MB Selangor, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada  Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani -







KAH KAH KA
woit
tanpa syarat
kah kah kah

lee kuan yew
dapat tanah ktm
di singapura pun
memang tidak 
ada syarat 
tapi ada gambar altantuya


khalid terus 
jadi mb
mustahil tak bersyarat

syarat amat jelas
lulus langat dua
lulus kidex
beri tanah pada
adik vincent tan

baru khalid diumum
selesai hutang
tidak bangkrap

KAH KAH KAH


--------

NASI PANGGUNG KELMARIN




NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN

Semalam, datang petang hujan berhenti,
Seolah memberi laluan kepada anak semua bangsa
Berkongsi rasa, merapat jiwa,
bersetiakawan dengan warga miskin kota 

Displaying 1407685581658.jpg

Menu & para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayammm
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim UM kolej ke 7 - Pek Roti // Air Mineral
Qish awek cun - Cekodok Pisang
Kak Ogy Sekeluarga - Bubur Kacang
Fuzzy Ampang - Pakaian

Displaying IMAG0880.jpg

TERIMA KASEH
Mereka yg sama kerja bakti; buat sibuk & buat ramai di Jln Panggong:-
Aisyah Amira, Husna, Fahmi, Husin, Paramjit, Yan & Acino mat Brickfield
Hazman, Syu, Nad, Ajim, Quratul & cikgu2 Kelas Tuisyen percuma
Nicholas & seluruh tim UM kolej ke-7, Najwa & kawan2 dari Kolej Tunku Jaafar
Muzz, Fauzi, Ayah Halim, Kak Ogy sekeluarga
Eddy Gordo, Brader2 cool Geng Kotak, Awek-awek cun 
& semua kawan2 yg sama hadir bantu, menghidang, basuh pinggan, memeriahkan petang ahad di Jln Panggung

Terima Kasih daun keladi,
semoga kita berjumpa lagi,
minggu depan masih disini,
dengan warga miskin kota bersolidariti!

KAKI BUAT SIBUK
Displaying IMG-20140810-WA0017.jpg

TERIMA KASIH

Displaying 10608868_10201719172494704_1082871449_n.jpg

+ Dapur Raya, Hari Raya Rakyat sedang dirancang. Akan diumum dalam masa terdekat. Meraikan hari raya bersama warga miskin kota. Tungguuu!

+ Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
+ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan

8001-7278-49 spkl collective

+ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah

 Pakwan = 019-2671285  
Hadikhalid = 012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*




------------

DAH GANTI DARAH ATAU BELUM?






NOTA
nak tanya
dah tukar darah
atau belum
tukar dulu
baru shafie...opps...
baru afdal
bercakap hal islam 


Adun PAS lebih layak jadi MB Selangor, kata Ridhuan Tee

11 Aug — Pakatan Rakyat (PR) perlu memberi laluan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana calon parti Islam itu lebih berkredibiliti, kata  Ridhuan Tee Abdullah. Pensyarah…

KAH KAH KAH

kalau makan coklat cadbury kena tukar darah
bagimana pernah makan
bak ku teh

KAH KAH KAH




HABIS SEMUA LARI






MB K'tan nafi pelawa Khalid sertai PAS

Menteri Besar Kelantan menafikan laporan berita yang beliau mempelawa pemimpin PKR yang dipecat,  Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai PAS.
 
Satu kenyataan oleh setiausaha akhbar menteri besar lewat malam tadi berkata laporan yang menyebut PAS membuka pintu kepada Khalid adalah tidak benar sama sekali.

Ia juga menafikan sama sekali petikan dalam laporan tersebut yang menyebut beliau sebagai berkata, "terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR".



KAH KAH KAH

kah kah kah
tergolek dog ketawa

bila bangkai mula berulat
anjing dan lalat
cabut lari
kah kah kah

I REST MY CASE
MY LORD KAH KAH KAH




----------

ILMU CARA SELESAI HUTANG







MARI BELAJAR 
CARA SELESAI HUTANG




ILMU UNTUK UTANG PTPTN
Semua peminjam PTPTN boleh langsaikan hutang mereka jika jika beramai-ramai keluar tunjuk perasaan menghentam AI/PKR/DAP dan bodek habis-habisan Najib/Rosmah/UMNO/PAS/BN/ Mufti/Imam al sunah al rasuah dan putuskan segala masalah besar yang melanda kroni-kroni tua UMNO kini adalah kerana Anuar Ibrahim yang penderhaka, anti Melayu, anti Islam dan pelbagai anti lagi.

Khalid Ibrahim entah macam mana terjebak/terjerat dengan hutang lalu menjadi serabut untuk menggekalkan stabilitinya lalu main cerita serabut dan tak masuk akal dan rela diekploitasikan oleh UMNO untuk menghuru-harakan keadaan politik PR di Selangor tanpa disedari yang kroni-kroni tua UMNO dapat lebih dari RM70 juta melalui projek KIDEK, Langat2 dan lain-lain lagi.

Caranya member gaji lumayan pada exco Selangor dan sebulan bonus duit raya tak mampu nak senyapkan gerakan yang mempecatnya.KI namapak bijak sebenarnya tak pakai OTAK on SATU SOALAN HAKIKI
Anonymous
on 8/11/14

KHALID DFAN DEEPAK SAMA
Sudah jelas lagi bersuloh, hutang Khalid diselesaikan olih Umno seperti hutang Deepak dan hutang Tanjuddin Ramli. Khalid diikat dan ditarik olih Umno. Tu fasal tak mahu lepas jawatan. Yang herannya, ulamak Pas and Majlis Syuranya sokong Khalid yang diikat dan ditarik hidungnya olih Umno. on SATU SOALAN HAKIKI
Anonymous
on 8/11/14



-----------

KES REMBAT TANAH






KOMENTAR

hukum hukum hukum
undang undang
penjara rotan dan gantung
semua tak boleh
semua dilarang

kerana apa?

dikatakan kerana rakyat
dikatakan  untuk
kesejahteraan rakyat
dikatakan untuk agama
dikatakan untuk bangsa


tapi sebenarnya
semua undang undang
semua hukum ini 
dilahirkan dengan tujuan:

memastikan kuasa politik
memastikan kuasa ekonomi
terus berada dalam tangan
united malays national organisation

hujah untuk rakyat
hujah untuk orang ramai
hujah untuk agama
hujah untuk bangsa
hanya gula sira
untuk menyedapkan cerita




Sedia pinda Akta Hasutan

Bera: Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, kata  Muhyiddin Yassin. »


KAH KAH KAH

bagaimana 
kes bunuh altantuya?
bagimana kes 
rasuah scorpene?
bagaimana kes tanah 
stamford holding?

kenapa buat deeeek?

KAH KAH KAH


----------

JANGAN LUPA




KHALID AJEN 
GEROMBOLAN


'SAYA KENA SABOTAJ'

Shah Alam: Menteri Besar Selangor,  Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pemecatannya sebagai ahli PKR adalah tindakan sabotaj daripada pihak tertinggi parti itu. »
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pemecatan  Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menggugat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kerana pemecatan tersebut hanya...

Krisis Selangor akibat kerakusan kuasa
BENTONG 10 Ogos - Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin menyifatkan situasi politik di Selangor ketika ini sebagai luar biasa yang berlaku disebabkan kerakusan kuasa pihak-pihak terlibat. ...


KAH KAH KAH
ingat
macam mana
baca akhbar
milik gerombolan

kalau akhbar 
gerombolan sokong
ertinya itu orang jahat
kalau akhbar
gerombolan tibai
ertinya itu orang baik

KAH KAH KAH




---------

KEMPEN ANTI ZIONIS







KOMENTAR

syabas
tahniah
berjaya
teruskan dan luaskan


Teruskan boikot Israel - PPIM

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan berkaitan Israel perlu diteruskan oleh masyarakat Malaysia untuk memberi mesej jelas bahawa kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),  Nadzim Johan berkata, isu Palestin bukan isu Islam semata-mata tetapi merupakan isu kemanusiaan yang memerlukan pembelaan masyarakat seluruh dunia.

"Alhamdulillah, kalau lihat dari segi sejarah, kempen boikot Israel yang dilaksanakan kali ini cukup berkesan dan menerima kerjasama yang amat menggalakkan.

KAH KAH KAH
hanya hasan malek
yang tak setuju
jangan jadi
hasan malek





----------

CAKAP DARI GUA MANA?







Azmin nafi rebut jawatan MB Selangor dengan Wan Azizah


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mena‎fikan wujud perebutan jawatan menteri besar Selangor antara dirinya dengan Presiden PKR  Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Siapa kata? Jangan buat spekulasi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka PAS di Taman Melewar, Gombak, di sini hari ini.

Mengulas pemecatan  Abdul Khalid Ibrahim‎, Pengerusi PKR Selangor itu berkata tindakan diambil demi menyelamatkan parti dan Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam krisis ini kita kena bersatu padu, ini yang kita jalankan. Pastikan semua keputusan diambil untuk menyelamatkan parti dan PR.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-nafi-rebut-jawatan-mb-selangor-dengan-wan-azizah#sthash.hg1Hc8ZP.dpuf


KAH KAH KAH
woit
ini cakap betul ke?
ini cakap dari gua mana?
ini cakap dari gua  hira ke?
atau
cakap dari gua batu cave?

KAH KAH KAH



---------