Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 5 Julai 2011







AHLI PERNIAGAAN DITUDUH BERI RASUAH RM100,000 - meloya

SHAH ALAM 1 Julai - Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi rasuah RM100,000 kepada bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohamad Daud Dol Moin bagi mendapatkan tender pencetakan wang polimer RM5 di Australia tujuh tahun lalu.

Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, mengaku tidak bersalah selepas setiap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui Mohd. Fadzli Ibrahim di Eon Bank, Taipan, Subang Jaya pada 24 November 2004 dan 15 Februari 2005.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan kes itu.


BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DIDAKWA - mkini

Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.

Ia berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.

Bekas penolong gabenor itu, Mohamad Daud Dol Moin, 58, akan didakwa atas dua pertuduhan menerima habuan RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, bagi mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.

Beliau didakwa menerima wang itu di Restoran Dome, Bangsar Shopping Centre pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 16, 2005.




RASUAH MATA WANG: BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DICAJ TERIMA RM100,000
- minsider

Bekas penolong gabenor Bank Negara Mohamad Daud Dol Moin pagi ini didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000.00 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara.

Tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM100,000 dengan Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan 2 Ogos ini untuk perbicaraan.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

SPRM juga berkata pihaknya telah mula menjalankan siasatan berhubung kes ini pada Mei tahun lalu serentak dengan tindakan Polis Persekutuan Australia.

“Polis Persekutuan Australia hari ini turut sama membuat pertuduhan di mahkamah Australia terhadap dua syarikat milik Australia dan enam individu berkaitan konspirasi rasuah terhadap pegawai-pegawai awam di negara Indonesia, Vietnam, Nigeria termasuklah Malaysia dari 1999 hingga 2005 bertujuan memperoleh kontrak percetakan wang kertas di negara-negara berkenaan.

“Kes ini merupakan pendakwaan yang pertama di Australia di bawah penggubalan undang-undang rasuah asing pada 17 Disember 1999,” katanya.

Bank Negara telah menandatangani kontrak membeli nota mata wang polimer RM5 daripada Note Printing Australia Limited bermula pada Disember 2003 sehingga Oktober 2007.

Sepanjang tempoh tersebut, bank pusat telah membuat tempahan sebanyak 390 juta keping dan pembayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM95 juta.

Kenyataan SPRM juga berkata siasatan telah dijalankan seiring tindakan pihak penguat kuasa antarabangsa yang lain termasuklah Biro Siasatan Antarabangsa, Polis Diraja Kanada, Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong, Pejabat Penyelewengan Serius dari United Kingdom, Biro Mencegah Rasuah Brunei dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia.

NOTA:
sila baca dan lihat bagaimana teknik memutar berita
yang sedang dilakuan oleh media arus perdana.

ini kes rasuah yang melibat nama nama besar - elit politik anak beranak termasuk cucu kepada onn jaafar

lihat bagaiama utusan memutar dan tidak menyebut nama penolong gabenor bank negara yang menerima duit rasuah

utusan tidak mahu orang melayu faham dan sedar bahawa lembaga-lembaga negara telah rahai dimakan oleh anai anai rasuah

bayangkan yang ditahan ialah orang kedua tergedebe
dalam bank negara – ini orang yang penting

apa makna kes rasuah ini?

kes ini samalah seperti tok siak jual permaidani masjid
kes ini samalah seperti cik gu menjadi bapak ayam menjual anak murid

sayangnya media melayu
masih cuba menyorokkan hakikat
betapa haprak nya keadaan negara kita hari ini

hampeh!


NOTA:
kes rasuah ini dibuka kerana polis australia
melakukan sisatan

ini nanti samalah dengan kes rasuah beli kapal selam
yang akan dibuka di paris tidak lama lagi

nanti dan tunggu

SUARA KEADILAN TERBARU




NOTA:


suara keadilan terbaru
warna kuning
akan jadi bahan sejarah

bahan sejarah
untuk di arkib dan disimpan
sebagai ingatan zaman pejuangan

anak muda jika kamu membeli akhbar ini sekarang
20 tahun dari hari ini
kamu akan tersemyum
20 tahun dari hari ini
kamu akan teringat kembali
tukar tiub dan bik mama
kah kah kah

SUARA DAN SUARA MELAWAN


nota:
dapatkan dalam pasaran sekarang
atau pukul talipon 03-22-72-40-45



GEROMBOLAN EEE




NOTA:


wahai gerombolan melayu
yang berjuang diatas nama ketuanan melayu
lihat lah gambar yang tertera ini

apakah kamu menipu diri kamu sendiri
padanglah rupa sahabat kamu
pandanglah rupa taulan kamu
pandang rupa sanak saudara kamu
pandanglah rupa jiran tetangga kamu

tidak kah kamu sedar
yang kamu telah di tipu oleh eee
kah kah kah



EEE BIJAK MENYAMAR


















PEMUDA UMNO TAK TERUSKAN PERHIMPUNAN PATRIOT - mkini

Pemuda Umno tidak akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai ini tetapi memberi amaran kepada BERSIH supaya tidak meneruskan perhimpunan pada hari berkenaan.

"Jika tidak, PATRIOT tidak akan teragak-agak untuk turut hadir ke perhimpunan berkenaan bagi mempertahankan masyarakat daripada dikhianati (pengerusi BERSIH, Datuk) Ambiga (Sreenevasan)," kata pengerusi perhimpunan PATRIOT, Reezal Merican Naina Merican.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit… MESTI KUMPULAN EE INI LEGA…. kah kah kah..

kah kah kah…EEE INI NAK AJAK SAPA DATANG BERDEMO…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU ADA PROJEK MUNGKIN ADA YANG DATANG… kah kah kah..

kah kah kah…NAK TURUN KE JALAN RAYA?..... kah kah kah..

woit…. MESTI MASYUUUK DULU…. kah kah kah



SAEKOR EEE BARU MUNCUL



nota:
sedih dan sedih
macam mana orang melayu
yang berjuangan dilandasan ketuanan melayu
tetapi dipimpin oleh eee
kah kah kah





BERITA BERSIH DISANA SINI




DAYAK BANGUN MELAWAN




BERSIH : EXCO AMK DITAHAN DI LAPANGAN TERBANG KUCING – keadilan daily

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Kuching tengahari tadi kerana memakai Baju Bersih, sekaligus merupakan tangkapan pertama di Sarawak.

“Saya ditahan sebelum penerbangan saya dari Kuching ke Miri dan alasan pengakapan itu kerana saya berpakaian Bersih di bawah Akta polis Seksyen 27, kata polis itu kepada saya.

“Antara 10 hingga 15 Pegawai Polis berpakaian biasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan saya seorang,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Beliau yang ditahan di balai polis lapangan terbang Miri dan dihantar ke balai Polis di daerah itu akan diwakili peguam, Majen Panyuk.







NOTA:

akhirnya bersih sampai juga ke sarawak
bersih kini telah sampai ke semua negeri
di malaysia semua pekan dan semua kampong

bersih kini juga telah menjadi gerakan global
9 julai bersih akan dirayakan di :
australia – indonesia -korea
jepun- taiwan – dubai –
peranhis – london united kingdom –
new york, washington dc, san francisco, montreal canada
dan hulu langat dan kulaifornia

KESAH SERAM JADI LAWAK




SIAPA AMBIL GAMBAR INI?



SAKSI : SARBAINI JATUH KETIKA CUBA TINGGALKAN SPRM IKUT TINGKAP - minsider

Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.

Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.

“Saya percaya si mati terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap,” kata beliau.

“Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.

“Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton),” katanya.

Jarak antara bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM dan gelanggang badminton setinggi 10 meter.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…BARU JELAS … BARU SAHEH… kah kah kah…

kah kah kah….RUPA RUPANYA ARWAH INI HILANG INGATAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. ARWAH LUPA DI MANA PINTU MASUK…. kah kah kah..

kah kah kah… ATAU KENA PUKAU LALU HILANG INGATAN…. kah kah kah

kah kah kah...PELIK... NAK KELUAR TINGGAP?.... kah kah kah..

kah kah kah...NAK KEMANA?.... NAK CARI APA?.... KENAPA?.... kah kah kah..

kah kah kah… ATAU JATUH CINTA DENGAN LALAT YANG MAIN TEPI TINGKAP…. kah kah kah..

nota:
lalu soalan timbul
pasal apa ikut tingkap
adakah ini pengaruh spiderman?
kah kah kah


CINTA TEPI TINGKAP




LAGI KES MATI CEKIK SENDIRI




SOKONG BERSIH






ISTERI AHMAD SARBANI YAKIN SUAMI TAK BUNUH DIRI - mkini

Isteri kepada penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed hari ini memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lepas.

Masiah @ Maziah Manap, 50, yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata
suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.

"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata pada hari kejadian suaminya ada memaklumkan kepada anak perempuan mereka bahawa dia akan pulang ke rumah tengah hari itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KALAU TAK BUNUH DIRI… MACAM MANA BOLEH MATI?... kah kah kah..

kah kah kah…ADAKAH SARBAINI CEKIK DIRI SENDIRI?.... kah kah kah..

kah kah kah…ATAU MACAM KES TEOH BENG HOCK… kah kah kah..

kah kah kah..TEOH TIDAK DIBUNUH… DAN TIDAK BUNUH DIRI…TAPI MATI… kah kah kah..

kah kah kah….SARBAINI INI MUNGKIN KES YANG SAMA…. kah


MALIKUL SEMBAB SALAH HITUNG




HIGH SCHOOL MUAR





LAHIRKAN TENAGA KERJA BERKELULUSAN LEBIH TINGGI :TPM
- meloya

Muhyiddin Yassin hari ini meminta warga pendidik membantu kerajaan mendidik dan melatih pelajar sehingga menjadi tenaga kerja yang berkelulusan lebih tinggi daripada Sijil Pelajaran Malaysia

Dia berkata, pada masa ini, sebanyak 80 peratus daripada tenaga kerja tempatan hanya memiliki kelulusan setakat SPM.

"Malaysia kini menuju ke arah menjadi negara maju pada 2020 dengan pelbagai program termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan menjana kira-kira 3.3 juta pekerjaan dalam negara dalam tempoh 10 tahun.

"Jika sekadar SPM sahaja, keupayaan mereka terbatas...jadi, kita mahu tenaga kerja yang bakal dilahirkan nanti yang mempunyai kemahiran dan terlatih, tidak hanya pada satu tahap kelulusan sahaja,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH..


woit… BILA CAKAP ITU CERMIN LAAA MUKA SENDIRI DULU… kah kah kah..

kah kah kah..ADAKAH DIRI SENDIRI BELAJAR TINGGI…. kah kah kah…

kah kah kah… MALIKUL SEMBAB INI SALAH ANGGAP…. kah kah kah..

kah kah kah…SEMBAB INI KELUAR DARI HIGH SCHOOL MUAR …kah kah kah..

woit… MALIKUL ANGGAP HIGH SCHOOL BERMAKNA BERKELULUSAN TINGGI… kah kah kah..

woit..NAMA HIGH SCHOOL DIBERI KERANA SEKOLAH INI DI BAWAH BUKIT… kah kah kah…

GET HIGH BE THERE