Sabtu, 23 Disember 2023

GERILA TERUS MENYERANG


GERILA TERUS

MENYERANG

AMIN

WAT IS DE BEKOS ?


WAT IS DE BEKOS

JENG JENG JENG

KHALAS

BILA NAK GEMPUR PENDATANG HARAM DARI CHINA MERAH ?


BILA NAK GEMPUR

PEDATANG HARAM

DARI CHINA MERAH

AMIN

ADA 1.22 JUTA 

MENTERI PIHAK

BERWAJIB TAK TAHU

KHALAS

KADAZAN KE BANJAR ?


Kartel makanan ayam khianat negara, kata Fuziah

TINDAKAN lima syarikat pengisar makanan ayam yang membentuk kartel penetapan harga ayam merupakan perbuatan pengkhianatan peringkat paling tinggi kepada negara dan undang-undang persaingan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal selain kerajaan telah mengeluarkan subsidi besar bagi menampung subsidi ayam di peringkat pengeluaran.

“Kerajaan telah mengeluarkan subsidi berjumlah RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur dari Februari 2022 hingga November lepas dan 72.8 peratus kos pengeluaran ayam adalah kos harga makanan.

“Bila berlaku kartel untuk mengawal harga makanan ayam, sukar untuk kita mengawal harga ayam pada kadar ditetapkan RM9.40 sekilogram. Pengusaha (ayam) sukar mendapatkan harga makanan lebih murah kerana lima syarikat ini terlibat dalam 40 peratus pengeluaran makanan ayam.


“Itu yang menyebabkan kita menerima banyak aduan kerana ada peniaga yang mengambil upah potong memandangkan harga ayam yang dibekalkan tidak boleh membuat keuntungan,” katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasar raya di Kuantan, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Azman Adam.

Tindakan kartel itu, menurut Fuziah secara tidak langsung ‘mengaut keuntungan’ daripada rakyat kerana dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan rakyat Malaysia mengambil sekitar 48 kilogram daging ayam setahun.

Beliau juga optimis harga barangan boleh dikawal jika aktiviti kartel dapat dibanteras dan Kerajaan Perpaduan komited untuk menghentikan amalan itu menerusi peruntukan RM10 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam Belanjawan 2024.

Semalam, media melaporkan MyCC mengenakan penaliti berjumlah RM415.5 juta kepada syarikat terbabit kerana didapati melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel itu.

Syarikat itu ialah Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).

Siasatan MyCC dari Januari 2020 hingga Mac 2022 mendedahkan bukti kenaikan kuantum harga makanan ayam yang serupa antara perusahaan-perusahaan terbabit antara Januari 2020 hingga Jun 2022 selain mendapati lima perusahaan itu menggunakan strategi dengan menyatakan kenaikan kos makanan ayam disebabkan peningkatan perbelanjaan bahan mentah.

Sementara itu, mengulas mengenai SHMMP, Fuziah berkata aduan paling banyak diterima menerusi pelaksanaan skim bagi perayaan yang telah berlangsung ialah pada sambutan Tahun Baharu Cina dengan 116 kes, Aidilfitri (60 kes), Pesta Gawai (18 kes), Deepavali (lima kes) dan satu kes bagi Pesta Keaamatan.

Kesalahan paling banyak, kata Fuziah ialah kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal. – Bernama, 23 Disember, 2023.

WOIT 

 PEMILIK

SYARIKAT NI

KADAZAN 

KE BANJAR?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KERANA KALAU

PENGKHIANAT

DI SAUDI AKAN

 SEBAT ATAU

POTONG KEPALA

DAN

TARIK KERAKYATAAN

KAH KAH KAH

KHALAS

MAT KOBID NAIK LAGI !!!



Kes Covid-19 Malaysia naik 29.5%


KES Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Dis meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata peningkatan yang dicatatkan pada ME51 berbanding ME50 adalah sebanyak 29.5 peratus.

“Pada tempoh sama juga, jumlah kes kematian Covid-19 dilaporkan berkurangan 23.1 peratus iaitu daripada 26 kepada 20 kes kematian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dzulkefly berkata secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME50 berbanding ME49 iaitu pengisian katil bukan kritikal meningkat kepada 1.5 peratus dan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 3.6 peratus.

Beliau berkata bagi vaksin Covid-19 pada 22 Dis (semalam), hanya 50 orang menerima dos penggalak pertama manakala 120 orang menerima dos penggalak kedua.

Beliau berkata secara kumulatif sehingga semalam hanya 16,347,130 penduduk Malaysia (50.1 peratus) telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828, 686 penduduk Malaysia (2.5 peratus) menerima dos penggalak kedua.

Menurut Dzulkefly, Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau situasi Covid-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

KKM juga menasihati orang ramai agar mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19, katanya.

Beliau berkata orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab sivik bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi ahli keluarga dan seluruh masyarakat terutamanya golongan berisiko tinggi. – Bernama, 23 Disember, 2023.

WOW

ANGKA YANG

NGERI

JENG JENG JENG

TAPI BUKAN

DELTA LAGI

AMIN

BAHAYA MASIH

ADA - AWAS !

KHALAS

BANTUAN INTERPOL - KES BUNUH


Polis minta bantuan interpol siasat kes Zayn Rayyan

POLIS memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata bantuan itu melibatkan maklumat yang diperoleh oleh pasukan siasatan yang memerlukan maklumat lanjut daripada pangkalan data Interpol.

“Kami ada minta bantuan daripada Interpol berkaitan pangkalan data mereka yang kami mempunyai beberapa maklumat walaupun tidak konklusif kami perlu maklumat lanjut dari pangkalan data berkenaan,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut Hussein berkata pihaknya merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman Damansara Damai dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik.

Menurut Hussein polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes berkenaan walaupun mempunyai bahan bukti yang terhad.

“Seperti semua tahu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan adalah tempat kejadian jenayah kedua dan berikutan itu kami mempunyai bukti fizikal dan keterangan yang terhad, kami masih lagi sedang mengesan lokasi pembunuhan,” katanya.

Katanya proses siasatan kes berkenaan kini memasuki fasa ketiga iaitu pasukan forensik kini memberi tumpuan kepada unit tertentu di blok tertentu apartment berkenaan.

Beliau berkata sepanjang siasatan pihaknya turut menahan 12 individu bagaimanapun ia tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

“Siasatan masih dijalankan setiap hari di kawasan berkenaan, kami tidak akan berputus asa, akan teruskan siasatan hingga pelakunya ditahan, mungkin bukan sekarang tetapi kami yakin pelaku ini akan ditahan,” katanya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama, 23 Disember, 2023.

WOIT

INI MAKIN

 HEBAT

AMIN

DATA APA 

YANG PERLU

JENG JENG JENG

DATA GENRE

SHAHIDAN KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

BUDAYA GADUH KAMSUTRA



BUDAYA GADUH

KAMASUTRA

AMIN


Unknown commented on
 "SOKONGAN MELAYU"

Baik kau cari porno Keling berancuk, memang panas gila ikut style Kamasutra.

Sama mcm Ahli2 MIC bertumbok diAGM dengan kerusi meja melayang.

TIGA JENERAL ZIONIS MATI DIBUNUH



TIGA JENERAL ZIONIS

MATI DI BUNUH

KHALAS

RUSIA & YAMAN BERSETIA KAWAN


RUSIA DAN YAMAN

BERSETIA KAWAN

KHALAS

SOKONGAN MELAYU

 


Parti berasaskan kaum masih relevan, kata presiden MIPP

PRESIDEN baharu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) P Punithan berkata parti berasaskan kaum masih sangat relevan dalam keadaan politik semasa.

“Perlu ada parti politik India untuk menguruskan isu masyarakat India.

“Parti politik berbilang kaum ada pelbagai agenda, dan pelbagai kaum untuk diwakili.

“Malah pemimpin India dalam parti berbilang kaum juga tidak dapat menjadi suara kepada masyarakat India,” katanya yang juga bekas ketua Pemuda MIC Selangor, kepada The Malaysian Insight.

Susulan pengumuman barisan baharu pemimpinnya, MIPP yang ditubuhkan empat tahun lalu, akan menyerahkan permohonan untuk menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu belum ada wakil India.

Punitha yang juga timbalan ketua jawatankuasa India PN, berkata MIPP mahu mengukuhkan sokongan masyarakat India kepada gabungan itu.

Beliau berkata pilihan raya umum lalu dan enam pilihan raya negeri (PRN) terbaru menunjukkan sokongan beraaskan kaum kepada parti politik masih relevan.

“Kita perlu jelas dengan situasi semasa politik dan trend mengundi pada pilihan raya lalu.

“Cina akan mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana DAP. Melayu akan undi PN kerana Bersatu dan PAS.

“Dalam PH, DAP adalah parti berbilang kaum tetapi didominasi satu kaum saja dan bank undi mereka sangat berasaskan kaum.

“Trend mengundi berdasarkan kaum sangat jelas. Kita tidak boleh nafikan perkara ini. Kalau tidak, PN tidak akan memperoleh 80% sokongan Melayu dan DAP terima 90% sokongan Cina.

“Trend ini dijangka berterusan mungkin hingga tiga pilihan raya umum akan datang.

“Semua kaum cenderung untuk mengundi berdasarkan kaum,” katanya. – 23 Disember, 2023.

TUBUH PARTI

BERASAS KAUM

TAK SALAH

BUKAN JENAYAH

AMIN

KUNCI SAMA ADA

MELAYU SOKONG

ATAU TIDAK

AMIN

MELAYU TAK SOKONG

PARTI AKAN GAGAL

INI REALPOLITIK

AMIN

KHALAS

MAT SABU SUARA RAKYAT



Majoriti mahu Mat Sabu kekal presiden, kata akar umbi Amanah


MAJORITI pemimpin dalam Amanah masih mahu Mohamad Sabu kekal meneruskan khidmat sebagai presiden parti itu bagi tempoh sepenggal lagi, kata beberapa pemimpin akar umbi Amanah.

Mereka yakin perwakilan masih dalam mood mengekalkan Mohamad dalam pemilihan Sabtu ini biarpun ada ura-ura kedudukan itu akan dicabar oleh naib presiden Mujahid Yusof Rawa.

Seorang pemimpin akar umbi mendedahkan kepada The Malaysian Insight, beliau mengesan kempen mengekalkan Mohamad sebagai presiden sedang rancak dijalankan waktu ini.

“Rata-rata akar umbi Amanah masih lagi memerlukan khidmat Mohamad sebagai presiden untuk memimpin parti menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri seperti Sabah, Melaka dan Johor.

“Begitu juga untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU16),” kata sumber itu sewaktu berkongsi perkembangan kempen pemilihan Amanah penggal 2023-2026.

Ia memberi peluang terakhir Mohamad berkhidmat sebagai presiden untuk kali ini kerana Perlembagaan parti mengehadkan tempoh jawatan selama tiga penggal berturut-turut.

Seramai 124 calon akan merebut 27 tempat ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah dalam pemilihan kali ini.

Dalam pemilihan sesi lepas, Mohamad dilantik presiden parti meskipun hanya berada di kedudukan ketujuh tertinggi daripada undian perwakilan.

Selain Mohamad dan Mujahid, calon lain yang dikatakan akan merebut jawatan tersebut adalah timbalan menteri pertahanan Adly Zahari dan menteri kesihatan yang baru dilantik Dzulkefly Ahmad.
.
Pemimpin senior Amanah, Husam Musa juga pada awalnya dijangka bertanding semula untuk merebut 27 jawatan tersebut namun namanya terkeluar daripada senarai pemilihan calon.

Seorang lagi pemimpin akar umbi Amanah berkata antara sebab utama kepimpinan Mohamad perlu dikekalkan kerana kelebihan pemimpin tersebut.

Beliau yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan berkata Mohamad membuktikan kemampuannya sebagai presiden menerusi cara diplomasi dan rundingan dengan parti rakan.

“Kita tak nampak kemampuan Mujahid lagi, tapi untuk Mohamad perkara itu teruji apabila proses pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU14,” kata sumber.

Beliau memberi contoh keberkesanan rundingan dijalankan Mohamad apabila Amanah terpaksa menyerahkan kerusi Titiwangsa untuk ditandingi Bersatu.

“Juga ketika konvensyen PH menjelang PRU 14 pengerusi PH. Pada masa itu Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Amanah kerana menjayakan pembahagian kerusi untuk PH bertanding,” katanya.

Namun sumber mengakui kedudukan Mohamad tetap bergantung kepada percaturan 27 anggota jawatankuasa pusat dan timbalan presiden yang memenangi jawatan tersebut.

“Bergantung kumpulan mana yang menang dan ikutkan perkembangan terbaharu bagi jawatan timbalan Dzulkefly antara nama yang disebut menjadi pemilihan untuk mengisi jawatan timbalan.

“Sebelum ini dikatakan Adly. Nama Dzulkefly naik selepas beliau dilantik sebagai menteri kesihatan,” katanya.

Antara lain beliau berkata akar umbi juga mengharapkan akan ada muka baharu turut dipilih dalam kepimpinan kali ini.

“Kita harap kepimpinan baharu ini seimbang diantara muka lama dan muka baharu sejajar dengan matlamat mahu menyegarkan parti,” katanya. – 23 Disember, 2023.

MAT SABU

ADALAH SUARA

RAKYAT BAWAHAN

AMIN

UCAPAN RAKYAT

LAWAK RAKYAT

MEMIMPIN RAKYAT

KE JALAN RAYA

AMIN

KHALAS

PERANG SAMPAI MENANG - JANGAN MATI KATAK



PBB gesa lebih banyak bantuan dihantar ke Gaza

PEPERANGAN masih berlaku antara tentera Israel dan Hamas di Gaza semalam, ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan resolusi bagi melonjak jumlah bantuan dihantar ke wilayah Palestin yang dikepung di mana penduduk Palestin bergelut untuk mendapatkan makanan.

Kementerian kesihatan Hamas berkata lebih 410 terbunuh dalam pengeboman Israel bagi tempoh 48 jam lalu, termasuk 16 serangan bom semalam di Jabalia, di Gaza.

Empat ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan terkorban, dalam satu serangan terhadap kenderaan orang awam di Rafah, selatan Gaza, kata kementerian itu.

“Kenderaan itu terkena serangan. Lima minit kemudian orang ramai berkumpul dan serangan kedua berlaku,” kata saksi kejadian, Hamada Abu Taha.

Semalam, Majlis Keselamatan PBB mengguna pakai resolusi yang mendesak semua pihak dalam konflik itu membenarkan penghantaran bantuan keselamatan yang selamat dan tidak disekat pada skala besar.

Resolusi PBB itu menggesa pembentukan keadaan di mana keadaan permusuhan dihentikan tetapi tidak bercakap tentang penamatan perang serta-merta.

Sekutu Israel, Amerika Syarikat awal bulan ini menyekat undi untuk gesaan gencatan senjata, mendapat sokongan Russia dan mendapat 13 undi memihak kepada mereka.

Ia susulan Program Makanan Dunia PBB memberi amaran penduduk Gaza sedang dalam risiko tinggi kebuluran.

Perang kali ini bermula 7 Oktober selepas Hamas bertindak balas terhadap pencerobohan dan kekejaman Israel di sempadan Gaza, menyebabkan 1,140 Israel maut.

Tentera Israel kemudian melancarkan serangan bom udara bertubi-tubi dan serangan darat di Gaza mengorbankan 20,057 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. – AFP, 23 Disember, 2023.



ALANG ALANG

BERPERANG

BIAR SAMPAI

MENANG

AMIN

JANGAN MATI

KATAK

KHALAS

NAK BERTANYA

 


NAK BERTANYA

INI SYARIKAT CHINA

ATAU MELAYU ?

AMIN

TANYA AJE 

JANGAN MARAH

KERANA ADA

BERIBU EKOR AYAM

SAPA SEMBELIH

KAH KAH KAH

KHALAS

MELAYU AKAN JADI RED INDIAN ?


SILAP KERAJAAN

MELAYU AKAN

JADI RED INDIAN

KHALAS


abuqassim commented on
 "ZIONIS TEMPATAN RAMPAS 
TANAH BANI MELAYU"

Kg setinggan ni tanah dbkl...
Dijual eh kek cukong..
Samo eh kes kg beremban kg chubadak..
Datuk bandar pedulik apo..
Bkn rakyat yg lantik dio..
Tu sobab kono buek pilihanrayo datuk bandar..
Mampuih idup semulo tkkn ameno bori doh..
KAH KAH KAH

TEMPAT CARI PEDATANG HARAM CHINA


TEMPAT CARI

PENDATANG HARAM

CHINA MERAH

KHALAS


Unknown commented on 
"BILA NAK CARI WARGA CHINA MERAH YANG LESAP ?"

Kat food court merata 1malangsia

MAULUD NABI ISA


MAULUD NABI


SABTU 23 DISEMBER 2023
LAGI SEHARI
MAULUD NABI ISASEDANG JENG ENG JENG

BUMI KELAHIRAN NABI ISA
BERPERANG
ISA DARI NAZARETH
ISA DARI BETELHEM
ISA DARI PALESTIN

PERANG BERTERUSAN DI GAZA
KEBULURUN SAMPAI
KETIKA SELURUH DUNIA
BERPESTA MENYAMBUT
HARI MAULUD NABI ISA
CUCU CICIT NABI ISA
SEDANG KEBULURUAN

GAZA
PBB DI NEW YORK
NAK LULUS KETETAPAN
HANTAR LEBIH BANYAK BANTUAN
TAPI TAKADA GENCATAN SENJATA

AMERIKA
PRESIDEN BIDEN
AMPONKAN  
BERIBU PESALAH YANG DIPENJARA
KERANA KES GANJA
AMIN

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL INDAH
LANGIT BIRU MUDA

HOW WOW BERLAGU
RATUSAN PIPIT 
TERBANG BERKUMPULAN
CHIP CHIP CHIP
DALAM BELUKAR
ENTAH BURUNG APA

HARI INI AKAN PANAS
SEPERTI KELMARIN
TAK HUJAN WALAU PUN
KAJI CUACA KATA ADA HUJAN

GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
NAK TENGOK
ADA LAGI TAK BUAH MANGGIS
AMIN

BRO
SENYUM
SAMBUT SABTU DENGAN
SENYUMAN

BRO
BUKU KITA KENA RASA
ADA ORANG TELAN 
BUKU BULAT BULAT
ADA YAANG KUNYAH
DAN HAZAM

BRO
MAT BEBAL DI KENALI DENGAN:
MARAH TANPA SEBAB
BERCAKAP TANPA ISI
BERTUKAR TANPA BERUBAH
PERCAYA PADA SOSOK YG TAK DI KENALI
TAK KENAL KAWAN ATAU LAWAN

BRO
TUJUH JENAYAH  DEPAN MATA :
LU TAK FIKIR
LU TAK TAHU
LU TAK AMBIL POT
LU TERLALU  SIBUK
LU NAK BIARKAN SAJA
LU TAKDA MASA NAK BACA & FAHAM
LU TAKDA KEINGINAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI