Rabu, 17 Disember 2008

GEMPAR !!!! HOT !!!! BERITA TAK KELUAR DI AKHBAR PERDANA – BERITA UNTUK TEST UNDANG-UDANG BARU ANTI –RASUAH MAT NGANTUK


DUN SELANGOR SIASAT JUTAA WANG BALKIS –
MalaysiaKini

Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.


SIASATAN WAKIL BN BOROS RM26.6 JUTA
- MalaysiaKini

Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.


kah kah kah…. mana munkee botox…. kah kah kah…. suruh munkee ni cari penyapu… kah kah kah…

kah kah kah…. malam gerombolan kalah habis fail di koyak dan di bakar…. kah kah kah… ada fail bawa lari…. ada fail hilang…. kah kah kah…

berkat sabar Pakatan Rakyat…. kah kah kah…boleh test undang undang baru mat ngantuk…. kah kah kah….

woit…..napa rtm yang nak jadi BBC tak lapor berita ini?..... kah kah kah…. cakap nak jadi macam BBC … cakap nak jadi macamCNN…. cakap nak jadi macam Al-Jazera… kah kah kah… melayau dan berita hairan pun senyap aje….. kah kah kah kah….

woit – jangan laaa tipu melayu… janganlaa bodohkan melayu… hentikan projek bodohkan melayu…. kah kah kah…





SEKALI LAGI - HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH




Tiga bulan lagi Dolah akan berundur. Ini hakikat.

Cerita-cerita dongeng telah mula keluar mengatakan bahawa Dolah akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia walau pun dia bukan lagi presiden gerombolan United Malays National Organisation. Ini cerita karut.

Dalam politik Malaysia ini terlalu banyak cerita-cerita karut. Saya telah mengatakan bahawa penganalisa politik di Malaysia ini tidak menggunakan kelas dan asas ekonomi apabila membuat pandangan.

Politik ialah ekonomi. Kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Perebutan kuasa ialah perebutan kelas. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas melawan satu kelas yang lain.

Gerombolan United Malays National Organisation bersama MCA mewakili kelas komprador dan borjuis nasional. Parti politik ini wujud untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas mereka. Dalam negara mereka berkuasa penuh. Tidak ada kumpulan yang dapat melawan kuasa ekonomi mereka.

Yang menjadi musuh dan boleh bersaing dengan mereka hanyalah kaum pemodal antarabangsa. Justeru kita terbaca suara mereka menentang kemasukan WTO, IMF, Bank Dunia, FTA dan segala macam bentuk peraturan yang dipaksakan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Sekali sekala akan kedengaran bunyi ‘nasionalisma’ dalam suara mereka terutama apabila kuasa imperial Anglo-Amerika memaksa semua kontrek-kontrek besar wajib ditenderkan ke pasaran terbuka. Inilah sifat dan watak komprador dan borjuis nasional.

Parti Pas pula adalah parti yang mewakili borjuis kecil – kontrektor kecil, peniaga-peniaga kecil atau tuan empunya warong. Lihat sahaja Harakah dan perhatikan dengan teliti apa bentuk iklan yang muncul dalam akhbar parti ini - minyak urut tenaga batin, minyak lintah, penerbangan Umrah, buah kurma dan sebagainya. Semua ini adalah bentuk perniagaan yang tidak menggangu atau bersaing dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo-Amerika.

DAP adalah parti Pas untuk orang Tionghua. Dari pandangan dan analisa kelas Pas dan DAP tidak banyak berbeza. Keluarkan retorik agama dan ayat-ayat bahasa Arab maka kita akan memahami intipati ucapan Hadi tidak banyak bezanya dari isi ucapan Lim Kit Siang atau Karpal Singh.

Manakala PKR adalah parti yang mewakili satu kelas yang tidak yakin akan mendapat perlindungan dalam Pas atau DAP. Sebahagian dari anggota PKR gagal untuk menerbus masuk untuk menjadi komprador dan borjuis nasional. Parti ini ingin melakukan reformasi untuk membuka jalan baru dalam hal agihan ekonomi. PKR ingin menjalankan reformasi dalam tradisi sosial demokrat – ertinya membetulkan struktur ekonomi yang dianggap tidak adil. Jika diagihkan secara adil mereka merasakan diri mereka juga akan mendapat peluang yang sama.

Semua parti-parti politik ini adalah parti politik yang dinaungi oleh falsafah ekonomi kapitalis.

Sesudah 8 March yang lalu, kepentingan kelas kaum komprador dan borjuis nasional gagal di pertahankan oleh Dolah. Para kontrektor, tuan empunya syarikat ekspot/impot, tuan empunya kilang, pemilik bangunan, tukang pemungut sewa, tukang cari kontrek dan bank-bank tempatan – merasakan bahawa Dolah tidak ada keupayaan untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka. Justeru, Dolah wajib diberhentikan.

Lalu kita berheboh-heboh tentang cara dan gaya Dolah hendak di ketepikan. Drama politik ini dilihat lebih menarik kerana ada unsur pesta-pestaan. Tetapi ini bukan intipati apa yang sedang berlaku. Pengenepian Dolah hanyalah manifestasi dari perancangan untuk mempertahankan kuasa dan kepentingan ekonomi kelas komprador dan borjuis nasional.

Pembuangan Dolah tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Melayu atau Islam. Melayu dan Islam ini hanyalah gula-gula dan warna-warna untuk mengindahkan kueh yang hendak dijual. Ekonomi kapitalis tidak ada bangsa dan agama. Ringgit, dolar dan dinar kiblatnya ialah keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis akidahnya ialah untuk mendapat keuntungan maksima. Untung ialah rukun iman dan shahadah sistem ekonomi kapitalis.

Justeru cerita-cerita dongeng yang mengatakan Dolah akan terus menjadi PM adalah penganalisaan yang salah. Kelas kompardor dan borjuis nasional apabila terasak mereka akan merancang. Kaum pemodal ini tidak mungkin dengan hati terbuka akan meninggalkan berbilion- bilion ringgit harta kekayaan mereka.

Mereka akan mencari wakil-wakil yang baru untuk terus mempertahan kepentingan ekonomi mereka. Wakil yang mereka yakini pada ketika ini ialah Najib Razak. Suara dan lagu yang dinyanyikan oleh Najib cukup merdu untuk telinga mereka.

Najib bernyanyi untuk meneruskan projek mega. Projek mega bermakna kontrek-kontrek akan bertaburan lagi. Najib juga memiliki rekod membeli kapal selam, kereta kebal dan jet pejuang. Najib ketika menjawat Menteri Pertahanan telah juga merancang untuk membeli Eurokopter. Semua pembelian senjata ini memiliki serampang dua mata. Pertama : kaum komprador dan borjuis nasional dapat komisen. Kedua: ketika membeli senjata, Najib dapat juga membeli sokongan dari kuasa imperial - tuan empunya industri persenjataan antarabngsa.

Memang betul ada perbezaan antara Dolah dengan Najib. Mereka mewakili kumpulan mereka sendiri. Kaum komprador dan borjuis nasional memang sentiasa berebut harta kekayaan sesama sendiri. Berebut dan merebut adalah hukum ekonomi kapitalis. Tetapi dalam kes Dolah, dia tidak mendapat sokongan yang ampuh dari kaum komprador dan borjuis nasional.

Dolah yang belum lama berkuasa maka belum sempat memunculkan komprador dan borjuis nasional yang besar, gah dan setia. Tony Fernandes, Partick Badawi, Kalimullah, Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Badawi adalah ‘anak-anak kecil’ berbanding dengan Daim, Ananda atau Vincent Tan yang menyokong Najib.

Akhir-akhir ini dongeng yang Dolah akan terus menjadi PM ini dikaitkan pula dengan bil rasuah dan bil perlantikan hakim yang sedang dibentangkan di parlimen. Dari dongeng ini kita mendengar bahawa Dolah ingin memerangkap Najib melalui bil ini. Ini karut. Orang yang berdongeng ini TIDAK membaca bil-bil ini

Jika bil ini diluluskan ianya akan memusatkan kuasa kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi PM. Susuk yang bertanggung jawab untuk mendakwa dalam kes rasuah masih lagi Peguam Negara. Ini cara lama yang tidak ada apa-apa perubahan. Apabila Peguam Negara dapat dirasuah maka kes tidak akan sampai ke mahkamah. Ini cerita lama macam kes Anwar Ibrahim dahulu. Dalam bil baru perlantikan hakim pula kata muktamad masih lagi di tangan Perdana Menteri. Tidak ada perubahan hakiki.

Malah bil-bil ini akan memusatkan kuasa kepada sesiapa yang akan menjadi PM. Dalam masa terdekat ini susuk yang akan menjadi PM ialah Najib Razak. Justeru dongeng yang mengatakan Dolah hendak perangkap Najib ini adalah karut. Dari bil ini jelas kelihatan bahawa Najib akan lebih banyak mendapat kuasa.

Bil-bil ini adalah hadiah untuk Najib dari Dolah agar anak dan menantunya tidak akan diganggu gugat.
(TT)

KAMUS POLITIK:


Komprador - kapitalis rakyat tempatan yang menjadi ajen kaum kapitalis antrabangsa.

Borjuis nasional - kapitalis rakyat tempatan yang besar muncul dari sokongan kerajaan yang cuba bersaing dengan kapitalis antarabangsa.





RTM MESTI MELANGKAH JAUH UNTUK SETANDING STESEN ANTARABANGSA KATA AHMAD SHABERY - berita hairan




KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) mesti mengorak langkah jauh dengan berusaha ke arah meletakkan stesen itu setanding dengan stesen antarabangsa lain dalam penyampaian berita dan programnya, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya RTM perlu bersedia dari sekarang ke arah era baru, mencari jalan bagaimana membawa stesen itu kepada dunia dan dunia kepada stesen itu, seperti Perbadanan Penyiaran British (BBC).

“Ini cabaran baru. Saya yakin satu ketika nanti RTM bukan saja untuk orang Malaysia tetapi setanding dengan stesen lain seperti BBC, CNN dan Al-Jazeera,” katanya berucap pada majlis penyampaian Anugerah Angkasapuri 2007 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini.


woit … munkeee…. bukan susah buat buat stesen tv jadi ikutan…. senang aje…apa yang berlaku …. itu dilaporkan….JANGAN BILA BERSIH BERDEMO 80,000 ORANG… KELUAR BERITA 4000 ORANG….. kah kah kah….. BILA 200 ORANG MAMAK TONGKANG BERDEMO DI PULAU PINANG DI LAPOR 5000 ORANG…. kah kah kah….mamak yang berdemo ini pun tak percaya…. kah…kah ..kah....

woit munkee…. BILA RAKYAT SEMUA DAH TAHU SELANGOR, KELANTAN, KEDAH, PERAK DAN PULAU PINANG JATUH KE PAKATAN RAKYAT MELALUI INTERNET DAN TALIPON BIMBIT…. TV MALAYSIA TAK LAPOR BERITA….. kah kah kah…..buat laporn jam 4.13 pagi…. orang dah tidur…. kah kah kah….

kah kah kah…RTM NAK JADI MACAM BBC??? …. kah kah kah…biar betul…. kah kah kah..

kah kah kah… INI SAMALAH MACAM BIK MAMA NAK JADI LANGSING MACAM ZIANA ZAIN….. kah kah kah…

kah kah kah… boleh cuba tapi tapi jangan patah pinggang…. kah kah kah…

kah kah kah…. boleh cuba tapi dah terlambat DAH ADA U TUBE… kah kah kah…




6 LANGKAH PROAKTIF ELAT GAWAT EKONOMI – NAJIB – melayau


PUTRAJAYA 16 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan enam langkah proaktif yang perlu digerakkan semua agensi dan kementerian bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi terutama tahun depan yang membawa kegelisahan rakyat.

Sambil menyifatkan tahun-tahun akan datang begitu mencabar, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, langkah-langkah itu termasuk berpegang teguh kepada nilai integriti dengan menghapuskan rasuah serta membantu mengukuhkan sistem penyampaian kerajaan.

kah kah kah…. BUT YOU SAID OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM...kah kah kah…

kah kah kah… one month this munkee said : OUR FUNDUMENTAL IS STRONG …kah kah kah…

woit…. munkee semangat 46…KALAU RTM NAK JADI BBC… AMBIL KLIP TEMUBUAL MAT MONGOL SEBULAN DULU MAINKAN DEPAN MAT MONGOL DAN TANYAKAN KENAPA BULAN LEPAS CAKAP LAIN DAN HARI INI CAKAP LAIN….. kah kah kah….. baru rtm boleh jadi macam BBC…. kah kah kah





TONJOL ISU HANTU - melayau




SHAH ALAM 16 Dis. Parti pembangkang dijangka memainkan isu-isu 'hantu' iaitu isu yang tidak pernah wujud pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari depan.

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan itu berikutan pelbagai keputusan kerajaan kebelakangan ini membuatkan mereka kehabisan modal untuk berkempen.

Isunya tidak ada, tapi mereka mencipta isu 'hantu' kerana kerajaan telah bertindak dengan baik termasuk menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali sehingga lebih rendah daripada harga asal.

kah kah kah…. PAKATAN RAKYAT KEHABISAN MODAL?.... kah kah kah…. modal tak pernah habis…. ada modal razak baginda…. ada modal balasubramaniam…. ada modal kapal selam…. ada modal al tantuya….ada modal patrik badawi… ada modal mat ngantuk…...tak akan habis habis modal….kah kah kah….

kah kah kah… mi no spik inglis… mi no pil pom… munkee ni bomoh ke?... kah kah kah… penamaan calon pun belum…. munkeee ni dah tahu hal hantu…. kah kah kah…

kah kah kah…. INI MESTI DAH ADA RANCANGAN NAK BAWA PENGUNDI LUAR…. kah kah kah… awas dan jaga-jaga….