Khamis, 7 Jun 2012

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA




MALAM INI JAM 9 DI RABU






RADIO BANGSAR UTAMA

bersama

Dr Nasir Hashim

membincangkan mengenai PSM dan masa hadapannya.

"pendengar yang benar-benar kiri
adalah yang mendengar radio bangsar utama
pendengar yang betul-betul berideologi
yang berani langgar laporan jelas"



RABU – RADIO BANGSAR UTAMA

rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal

layari sekarang:
www.radiobangsarutama.blogspot.com

www.radiobangsarutama.com

pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus




dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini

dari rabu akan berkumandang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia

sesekali ada lagu mat bunga
sesekali ada lagu mat jiwang

jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE




TELAH SAH DAN TERBUKTI NAJIB JUMPA ALTANTUYA DI PARIS




KOMETAR TUKAR TIUB


hanya satu soalan
bila sepatutnya muhyiddin yassin
singkirkan najib razak

rakyat satu malaysia bersama muhyiddin yassin


GAMBAR INI HANYA UNTUK HIASAN SAJE





KAPAL SELAM: WARTAWAN ANTRABANGSA DEDAH PERTEMUAN NAJIN- ALTATUYA DI PARIS -
keadilan daily

Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.

Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Najib Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.

Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak. Beliau jatuh cinta. Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza.

Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita – model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya “Tuya” Shaaribu. Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG



woit...SUMPAH NYAH.... MAK TAK KENAL DIA...kah kah kah..

kah kah kah...NYAH JAGAN BUT FITNAH.... MAK DAH SUMPAH... kah kah kah

kah kah kah... SUMPAH MAK TYAK KENAL TUYA NI...kah kah kah..

kah kah kah...MAK MANA BERANi... SUAMI MAK MARAH NANTI...kah kah kah...


NOTA:
soalan kurun ini

siapa entot altanyuya dulu
najib razak
atau razak baginda?

satu lagi soalan:

mengikut akuan bersumpah bala
najib suka main jubur altantuya

soalan untuk kurun ini ialah:

bila majlis fakwa keluar fakwa
kah kah kah


PANTUN MELAYU

anak tupai gigit mengigit
akhirnya jatuh ke atas tanah
sepandai pandai najib memburet
ahkirnya diketahui juga oleh rosmah



layari sekarang untuk punk rock:



UNTUK SEMUA YANG MENGGUNKAN INTERNET - BAHAYA AKAN SAMPAI










PINDAAN AKTA BUKTI: KERAJAAN MENGINJAK DEMOKRASI

NGO-NGO yang menandatangani kenyataan ini, mengutuk sekeras-kerasnya pindaan Akta Bukti 1950 yang telah diluluskan di persidangan terakhir Parlimen dan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012. Walaupun pindaan Akta ini membawa implikasi yang amat besar, ianya masih diluluskan tanpa perbincangan yang telus. Orang ramai tidak dibawa untuk berbincang. Tanpa waktu yang panjang untuk berbahas, Parlimen telah meluluskan Akta ini.

Kemasukan Fasal baru Seksyen 114A Akta Bukti mengandungi perkara-perkara berikut:

- Pemilik, tuan rumah, pentadbir, pengarang atau penolong pengarang untuk semua laman-laman atau akaun media sosial akan dianggap bertanggungjawab keatas apa-apa isi yang telah dipapar atau diulang paparan dilaman-laman tersebut. Kandungan paparan ini tidak semestinya oleh mereka sendiri atau pun orang yang menyamar sebagai mereka, atau orang yang menyamar, atau sesiapa sahaja;

- Pelanggan kepada perkhidmatan jaringan yang biasanya mencetak atau mengulang-cetak kandungan-kandungan akan dipertanggungjawabkan keatas penerbitan tersebut;

- Tuan punya atau individu yang menyimpan perkakas elektronik yang telah digunakan untuk mencetak atau mengulang-cetak isi kandungan tersebut , akan dipertanggungjawabkan.

Justeru dengan ini, kami merasa Pindaan ini melanggar hukum undang-undang sejagat dimana individu itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. Pindaan ini telah menterbalikkan undang-undang sejagat ini, dimana individu itu akan didapati bersalah dan dia wajib membuktikan yang dia tidak bersalah.

Seksyen 114A Akta Bukti bersama-sama undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 akan terus menerus menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapat kebebasan menyatakan pandangan. Undang-undang ini bukan sahaja akan mengancam warganegara untuk melakukan pengawalan diri (self-censorship), malah ianya juga akan disalahgunakan oleh sesiapa sahaja untuk memerangkap orang lain dengan menggunakan undang-undang zalim ini. Undang-undang ini tidak mewujudkan keadilan malah ianya melahirkan ketidakadilan.

Dalam konteks pilihanraya umum, besar kemungkinan Seksyen 114A Akta Bukti ini akan disalahgunakan oleh individu untuk mensabitkan parti politik atau bakal-bakal calon dengan jenayah. Sesiapa sahaja boleh dituduh mencetak kenyataan yang dianggap kasar atau menghasut walaupun yang dituduh tidak mencetaknya. Hanya melalui komen-komen yang tidak bertandatangan atau komen tanpa nama yang telah ditinggalkan didalam laman-laman yang ada kaitan dengan ahli-ahli politik yang berkenaan, maka ianya akan mensabitkan ahli politik tersebut sebagai bertanggungjawab memaparkan kandungan tersebut. Pindaan ini terus menggalakkan politk kotor. Politik kotor ini terus berlaku di Malaysia sebelum, ketika dan sesudah pilihanraya umum.

Hak menyatakan pendapat ialah asas untuk demokrasi. Di Malaysia, hak mendapat maklumat melalui media massa dikekang oleh kerajaan yang dibantu oleh undang-undang yang menindas. Warganegara Malaysia pada ketika ini telah menggunakan internet sebagai ruang demokrasi dimana mereka boleh menyatakan perasaan dan pandangan. Mereka juga telah mendapat maklumat daripada internet.





Pindaan keatas Akta Bukti meyakinkan kita bahawa hak kebebasan untuk mengeluarkan pendapat masih lagi satu ilusi yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa bila kerajaan menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan pendapat, sebenarnya kerajaan sedang menginjak-injak demokrasi.

Kami yang menandatangani dibawah ini mendesak kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 114A Akta Bukti. Atau melupuskan ia serta-merta.

Bersama dengan ini, kami yang menandatangani ini juga mendesak kerajaan Malaysia untuk menarik kembali segala kekangan terhadap hak menyatakan pandangan termasuk pindaan kepada Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998, dan melupuskan fasal-fasal yang mengekang. Kami juga menuntut supaya Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 dipinda kembali.


Persatuan Kesedaran Komuniti (EMPOWER)



layari radio bangsar utama radio internet melawan:




APA MAKNA NYA DIBELAKANG BERITA INI




AWAS PRU13 RANCANGAN MENIPU





SPA BAKAL LAKSANA TEMU DUGA KERJA PADA HUJUNG MINGGU ATAU MALAM : MAHMOOD ALAM
- meloya

PUTRAJAYA 6 Jun - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengkaji beberapa pendekatan baharu untuk diguna pakai dalam masa terdekat ke arah mendahulukan rakyat, termasuk mengadakan sesi temu duga pada waktu malam atau hujung minggu.

Pengerusi SPA, Mahmood Adam berkata temu duga di luar waktu kerja itu dijangka bermula minggu ini untuk memudahkan pemohon menghadiri sesi berkenaan mengikut waktu yang sesuai.

"Temu duga di luar waktu kerja ini hanya akan dibuat mengikut permintaan calon. Cara ini menyenangkan mereka kerana tidak mengganggu waktu kerja yang sedang mereka jalankan, dan tidak perlu memohon cuti untuk hadiri temu duga," katanya. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..BUNYI NYA BUKAN MAIN MOLEEEEEK.... kah kah kah..

kah kah kah...BERKERJA SIANG DAN MALAM....kah kah kah..

kah kah kah...TERMASUK HARI CUTI.... kah kah kah...

woit.... INI SERAMPANG DUAT MATA..... kah kah kah..

kah kah kah....NAK BODEEK MAT MONGOL SATU CERITA.... kah kah kah..

kah kah kah...SATU CERITA LAGI IALAH BUAT KERJA INI DAPAT OVERTIME...kah kah kah.

kah kah kah...LAGI BANYAK KLIM... kah kah kah..

kah kah kah...KAJIAN TELAH DIBBUAT DAN MEMBUKTIKAN...kah kahkah..

kah kah kah... SEMUA KERJA KERAJAAN INI BOLEH SELESAI DAKLAM 3 HARI...kah kah kah..

kah kah kah... YANG DUA HARI INI PEGAWAI INI DUDUK MELEPAK...kah kah kah..

kah kah kah... INI TRIK BARU NAK BUAT KLIM OVERTIME...kah kah kah..

woit..PUSING PUNYA PUSING MEKLAYU JUGA KENA TIPU.... kah ah kah...


layari radio bangsar utama untuk tidak ditipu:




BANTUAN ORANG RAMAI DI PERLUKAN SEGERA



PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI


bantuan dari orang ramai amat diperlukan
orang ramai di minta memerhatikan
orang ramai di minta cam kan gambar gambar ini

di bawah ini adalah gambar mata mata
yang telah dilihat berkelakuan ganas
ketika duduk bantah di kuala lumpur
pada 28 april 2012 yang lalu


orang ramai diminta memberi bantuan

jika ada sesipa mengenal mata mata ini
tahu maklumat tentang mat mata ini
tahu dari rumah pasong mana

sila hubungi suaram
sila hubungi samm
sila hubungi bersih


suaram: www.suaram.net

PEJABAT SUARAM: +603-7784 3525.

Nombor talian SMS : 018-9235083
Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com


NOTA:
orang ramai diminta
terus memburu muka muka ini
sehingga mereak di bawa ke pangalian

pihak suaram dan bersih
bersama bahagian hak asasi dewan china
telah menubuhkan pasokan khas untuk
mengenal pasti muka muka ini

juga orang ramai diberitahu
agar jangan pergi ke rumah pasong
tanpa ada peguam

jika ternampak muka muka ini
sila ambil maklumat dan hubungi
suaram atau samm dengan seberapa segera


SILA CAMKAN MUKA MUKA INI






106 PESALAH BERSIH 3.0 TERUS DI BURU
- meloya

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pasukan Cantas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memburu perusuh perhimpunan haram Bersih 3.0 yang wajah mereka disiarkan sebelum ini dan masih berdegil enggan menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sehingga kini, Pasukan Cantas telah menahan seramai 35 daripada 141 individu yang dikehendaki dengan 10 daripadanya telah didakwa.

“Polis tidak akan berdiam diri, sebaliknya Pasukan Cantas yang ditubuhkan ini giat mengesan mereka yang terlibat berdasarkan gambar wajah-wajah yang telah dikeluarkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurut Mohd. Bakri, polis juga bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan mana-mana individu yang mirip dengan gambar yang telah dikeluarkan PDRM itu.


layari untuk lagu lagu punk rock:




PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI



DR. NASIR HASHIM PSM




NOTA:
malam ini jam 9.00 malam
radio bangsar utama
akan menemubual dr. nasir hashim

parti sosialis malaysia - psm
baru selesai mengadakan kongres tahunan

dengar pandangan dari psm
tentang politik dan garis politik terkini



JEMPUTAN UNTUK PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT

sila cari
sila pilih
program pencerahan

sila datang buat ramai
bersedia untuk menerima kerajaan baru
bersedia untuk melihat politik baru











No Tol Just Go... HAPUSKAN TOL DEMI RAKYAT... Ahli Parlimen PJS Hee Loy Sian sudah mengusulkan di Parlimen supaya TOL ini dihapuskan tetapi Menteri Kerja Raya tidak layan. Ayuh rakyat Malaysia kita desak DS Najib Tun Razak untuk hapuskan TOL di seluruh negara. Kalau DS Najib tidak boleh buat, kita undurkan dia cara baik dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Pusat di Putrajaya pada PRU yg ke 13. Kalau suka bayar TOL boleh terus sokong BN tapi kalau mahu TOL dihapuskan sokonglah PR.





layari untuk berita terkini:



SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI







KAWAN ZULKIFLI BIN ISMAIL DALAM KENANGAN


Pada petang Sabtu 2hb. Jun 2012 aku menerima dua SMS. Yang awal datang dari Senator Dr. Syed Husin Ali dan yang kedua dari Hishamuddin Rais. Kedua-dua orang sahabatku itu memaklumkan satu berita sedih iaitu sahabat kami, Saudara Zulkifli bin Ismail baru sahaja meninggal dunia di Kuantan, Pahang.

Siapa Sdr Zulkifli Ismail? Beliau asalnya adalah seorang guru di Pahang. Sebab itu beliau dikenali sehingga akhir hayatnya sebagai Cikgu Zul.Di samping menjadi guru, beliau adalah seorang pemidato yang baik dan berbakat dalam dunia lakonan dan pementasan drama. Cikgu Zul kemudian mula bergerak secara aktif dalam Parti Rakyat Malaya (PRM) dalam tahun 60-an.

Beliau berceramah ke pelusok negeri Pahang dan ke seluruh Semenanjung terutama di kawasan tumpuan PRM ketika itu. Kehebatannya sebagai seorang pemidato dalam rapat-rapat umum bersama-sama seorang lagi pemidato terkenal dari Pulau Pinang, Sdr Omar Osman (Almarhum) telah mendapat sambutan hangat dari rakyat, sama ada di kawasan bandar ataupun desa.

Adakah itu sahaja yang dapat kita kenang tentang Cikgu Zul? Jawapannya tidak. Pada Pilihanraya Umum 1969 di mana tsunami awal pernah berlaku dalam Politik Malaysia yang melihat Parti Perikatan (kini Barisan Nasional) telah hilang majoriti 2/3 buat kali pertama, Cikgu Zul yang bertanding dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Pahang atas tiket PRM telah mencapai kemenangan yang bersejarah. Selain Cikgu Zul, seorang lagi calon PRM iaitu Sdr Subramaniam telah memenangi kerusi DUN Kuantan.

Kembali kepada Cikgu Zul yang berbadan sasa dan segak, bersuara parau dan berjanggut penuh karismatik seperti Fiedal Castro di Cuba, ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing itu telah dinafikkan haknya untuk menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kawasannya. Sebabnya? Beberapa hari selepas beliau menang pilihanraya tersebut, Cikgu Zul telah ditahan di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Cikgu Zul yang mempunyai isteri dan anak-anak ketika itu telah ditahan di bawah ISA untuk satu tempoh yang panjang selama empat tahun tanpa bicara.

Ketika Cikgu Zul masuk penjara pada tahun 1969 itu, aku baru berada di Tingkatan Enam Rendah di Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya. Aku tak kenal dia. Tak tahu ABC politik ketika itu.Tetapi apabila aku menyambung belajar ke Universiti Malaya, dua tahun kemudiannya, aku mula dapat melihat dalam akhbar Parti Rakyat cerita tentang Cikgu Zul. Aku menyertai tuntutan mahasiswa ketika itu mendesak tahanan-tahanan politik seperti Cigu Zul dibebaskan.

Akhirnya Cikgu Zul dibebaskan pada tahun 1974. Tahun itu merupakan zaman kebangkitan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia dengan peristiwa tunjuk-tunjuk perasaan besar-besaran menyokong rakyat miskin di Tasek Utara Johor Bahru dan di Baling, Kedah.

Tidak banyak aku tahu selepas Cikgu Zul bebas. Tetapi dia muncul kembali pada era reformasi tahun 1998-1999 apabila Sdr Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipukul oleh Ketua Polis Negara hampir mati dalam penjara. Orang seperti Cikgu Zul sudah barang pasti tidak boleh diam jika kezaliman sedemikian berlaku.

Aku ingat pada satu hari pada tahun 1999, Parti Rakyat Negeri Trengganu telah menganjurkan satu ceramau umum di sebuah kampung di Pantai Batu Burok, Kuala Trengganu. Penceramah utamanya selain Presiden PRM ketika itu Dr Syed Husin Ali iaiah Cigu Zul dan Omar Osman. Barulah kali itu aku dapat melihat Cikgu Zul berpidato. Benarlah apa yang orang katakan bahawa Zulkifli Ismail seorang pemidato yang hebat.

Bagi generasi muda dalam Parti Keadilan Rakyat harus menyedari bahawa Cikgu Zul merupakan seorang yang kuat dalam menyokon gagasan ke arah percantuman antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Beliau turut terlibat secara aktif dalam membincang dan menghalusi deraf 17 perkara yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang akhirnya diterima menjadi asas perjuangan seperti yang termeterai di dalam Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat sekarang ini.

Dalam satu pemukiman atau retreat di Bukit Frezer, Pahang ketika para pemimpin PRM berbincang berkenaan usaha percantuman dengan Parti Keadilan Nasional, khusus dalam perkara bendera atau lambang parti bagi Parti Keadilan Rakyat, Cikgu Zul dengan jelas dan lantang mahukan supaya warna merah perlu ada di dalam lambang atau bendera parti baru hasil percantuman itu.Aku masih terdengar-dengar Cikgu Zul bersuara dalam suasana sejuk dan hening di buklit peranginan tinggalan kolonial Inggeris itu. Cikgu Zul berkata: "Kalau tak ada warna merah dalam bendera Parti Keadilan Rakyat, nanti tak bersemangat."

Jadi apabila nampak warna merah pada bendera Parti Keadilan Rakyat, maka aku teringat Cikgu Zul.

Sebaik kedua parti- Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung ke dalam satu entiti bernama Parti Keadilan Rakyat, Cikgu Zul memikul tugas sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang. Beliau bertanding di kawasan parlimen yang baru dinamakan iaitu Indera Mahkota di Pahang dalam pilihanraya umum 2004. Cikgu Zul tewas, namun beliau telah meletakkan asas yang kuat bagi Parti Keadilan Rakyat berkembang di Pahang. Dalam Pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008, Parti Keadilan Rakyat telah menang dua kerusi Parlimen di Pahang, iaitu Kuantan dan Indera Mahkota.

Beberapa tahun kemudian aku dimaklumkan keadaan kesihatan Cikgu Zul mulai merosot. Usianya aku jangka mungkin sekitar 70 tahun, kalau kurang pun sedikit, kalau lebih pun sedikit. Apabila menerima SMS tentang berita kematian Cikgu Zul, aku terkedu seketika. Bersedih dan berhiba.Aku kehilangan seorang rakan seperjuangan yang gigih dan tabah yang telah melalui azab derita atas nama perjuangan untuk rakyat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberi kekuatan kepada anak dan isterinya menghadapi detik-detik yang sedih ini.Al-fateha, Amin.

Hassan Karim
Pontian, Johor
3.6.2012



LAGI GEROMBOLAN TIPU ORANG MELAYU








NOTA:
malam ini jam 9.00 dr. nasir sari psm
akan di temu bual di radio bangsar utama


KEADILAN DEDAH SENARAI TANAH REZAB MELAYU, TANAH LAPANG DI PERANCANGAN FELDA YANG DIPAJAKKAN

Pada 28 Mei 2012, KEADILAN telah mendedahkan bagaimana Barisan Nasional telah memajakkan Tanah-tanah Rezab Melayu (TRM) yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada Felda Global Ventures (FGV) yang disenaraikan.

Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan dikuasai oleh sebuah syarikat yang tidak dikuasai oleh Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hakmilik di tangan Melayu/Bumiputra.

Prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5% sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.

Sehingga kini, KEADILAN tidak mendapat apa-apa jawapan dari Najib Razak atau pun Isa Samad.

Hari ini, KEADILAN mendedahkan senarai setiap Tanah Rezab Melayu yang telah dipajakkan selama 99 tahun kepada FGV; bermakna hakmilik dan hasil ekonomi dari tanah-tanah ini dipindahkan kepada sebuah syarikat yang status Bumiputranya dipersoalkan.
.
Saya juga ingin menampilkan satu peruntukan penting di dalam perjanjian tersebut yang menjejaskan pegangan tanah di penempatan FELDA seluruh negara dan mempunyai kesan besar kepada kebajikan peneroka FELDA.

Bersama-sama ini saya lampirkan muka surat 8 dari perjanjian tersebut yang menyenaraikan kumpulan tanah-tanah yang telah dipajakkan ke pasaran saham, seperti berikut:

1. Tanah Sedia Ada (dirujuk sebagai Existing Lands) iaitu 343,484.46 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd yang dipajakkan, termasuklah Tanah-tanah Rezab Melayu seperti yang saya terangkan di atas;

2. Tanah Sedia Ada Tambahan (dirujuk sebagai Additional Existing Lands) iaitu semua tanah-tanah tidak bergeran yang kini dimiliki oleh FELDA. Ini merujuk kepada semua tanah lapang yang kini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan di penempatan FELDA seperti tapak kedai, padang, surau, jalan dan lain-lain; dan

3. Tanah Akan Datang (dirujuk sebagai Future Lands) iaitu semua tanah yang FELDA bakal perolehi di masa hadapan.

Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan KEADILAN selama ini bahawa semua tanah-tanah tidak bergeran di dalam penempatan FELDA di seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta, sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga FELDA.

Apakah jaminan Najib Razak dan Isa Samad bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak; atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga FELDA? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit kecil yang didirikan di atas tanah-tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV?
Pendedahan ini juga jelas membuktikan bahawa Najib Razak dan Isa Samad telah berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga FELDA tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
6 JUN 2012


malam ini dr.nasir dari psm akan di radio bansar utama: