.

Rabu, 21 Januari 2015

TAK ADA APA NAK CAKAP








Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi mangsa kebencian...

KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
i have notin' to say
kah kah kah





-------------

SUARA BAKAL PM






KOMENTAR
di kelantan banjir kali ini
memang luar biasa
lumpur lumpur
selut selut
ertinya tanah hutan telah bogel



Putrajaya akan pantau aktiviti pembalakan di Kelantan, kata Muhyiddin


Putrajaya akan memantau aktiviti pembalakan yang menjadi salah satu punca banjir besar baru-baru ini khususnya di negeri Kelantan, kata  Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri berkata, walaupun banjir kali ini melanda beberapa buah negeri lain, keadaan di Kelantan lebih luar biasa berbanding di tempat lain.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-akan-pantau-aktiviti-pembalakan-di-kelantan-kata-muhyiddin#sthash.C8eTkhG5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini suara
bakal perdana menteri
ini suara pemimpin
yang bertangung jawab
suara berana berkata benar
bukan suara isteri rosmah
bukan suara rosmah
bukan  suara sepupu
isteri rosmah
ini suara perdana menteri 
yang menunggu

APA PUNYA TUUR




-------------

CUBA TANYA





PASAL APA  DUIT INI?


GST bawa pendapatan tambahan RM1 bilion kepada kerajaan


 PUTRAJAYA: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadualkan bermula 1 April ini dijangka membawa tambahan RM1 bilion kepada pendapatan kerajaan tahun ini.


KAH KAH KAH

woit
cuba tanya 
dari mana duit ini datang?
mestuilah dari poket kita
cuba tanya 
berapa bilion rosmah dapat?
pasalapa rosmah dapat duit?
rosmah bukan menteri
rosmah hanya suami najib
pasal apa dapat duit?
pasal apa rosmah 
guna kapalterbatang negara?
rosmah bukan AGONG

GASAK SAMPAI HANCUR

RINGGIT JUNAM JATUH








FACE BOOK

Semakin susahlah kehidupan kita...
Hoiuiiii.... sedar la weiiii....


MARI KETAWA
SEBELUM KETAWA
DI HARAMKAM 
kah kah kah




--------------

NAJIB JADI CADDY OBAMA





BIK MAMA , CADDY DAN OBAMA


Pada 12 Januari yang lalu ajensi berita Bernama melaporkan nasehat dari Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor. Nasehat ini muncul dalam Program Permata. Nasehat ini diberi kepada anak-anak dan ibu bapa agar menabung dan menyimpan duit dari zaman kanak-kanak. Bila saya terbaca berita saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau perlu terberak.

Akhirnya untuk berlaku adil - saya terberak sambil ketawa. Saya lakukan kerana Bik Mama a.k.a Rosmah Mansor baru saja selesai menggunakan pesawat resmi kerajaan – merayau dan bercanda-canda kesaorangan tanpa sang isteri... opps... tanpa Najib.

Media baru, face book dan tweeter – heboh sakan – tentang Rosmah Mansor yang menggunakan jet kerajaan sebagai pesawat pribadi. Malah secara rambang Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan YB Cheng Chung telah mengira kos Bik Mama bercanda-canda mengelilingi dunia. Dari Hawai ke Indianapolis ke Los Angeles, ke London, ke Dubai ke Bangkok sebelum pulang ke Rembau.

Dikatakan hampir 1 juta ringgit telah digunakan hanya untuk duit minyak. Ini belum dikira tenaga kerja, sewa tempat parking dan dan dan. Bayangkan berapa ratus ribu butir telor boleh dibeli dengan 1 juta ringgit untuk mangsa banjir?

Apabila Rosmah memberi nasehat tentang jimat cermat ini samalah saperti Raja Bersiong memberi nasehat kepada Orang Kedah agar jangan makan banyak hati dan limpa untuk menjaga berat badan. Apabila Rosmah menobatkan dirinya sendiri sebagai First Lady of Malaysia (FLOM) maka ini samalah saperti Pontianak melantik dirinya untuk menjadi Ketua Pengawal Bank Darah Negara.

Walau apa pun, untuk sementara waktu - mari kita lupakan dulu kesah Bik Mama bercanda-canda ini. Mari kita selidiki dan fahami apakah makna Najib berada dalam padang golf bersama Presiden Obama.

YB Datuk Teng bekas Speaker Dewan Undangan Selangor pernah berkata bahawa jantan yang bernama Najib ini adalah 'jantan suwey'. Semua yang dilakukan oleh Najib semua akan berakhir dengan malapetaka. Betul ke apa yang dikatakan oleh YB Teng ini?

Bayangkan betapa gahnya Najib menjadi caddy kepada Obama. Bukan semua Perdana Menteri dalam dunia ini boleh berpelung menjadi caddy untuk Obama. Mustahil Ibrahim Ali yang BI-nya kurang 'Anglo' akan dapat menjadi caddy Obama walau pun Ibrahim melaung, menangis dan meronta-ronta. Jelas tugas caddy ini telah dipilih oleh Obama untuk Najib. Tetapi suwey yang datang. Ketika Najib bercaddy-caddy banjir melanggar Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sebaik sahaja gambar Najib berbaju merah jambu sedang memungut bola golf tersebar – Face Book, tweeter dan blog tak senang diam. Heboh heboh dan heboh. Bukan heboh tentang bola golf tetapi heboh mengutuk dan menganjing Najib. Hashtag #najibsuwey menjadi trend.

Akhbar tersohor Amerika - Washington Post yang membocorkan berita Najib menjadi caddy ini pun turut sama bertanya : apakah ini contoh seorang pemimpin Dunia Ketiga. Negara sedang banjir tapi masih sanggup menjadi caddy kepada Obama.

Dengan tak semena-mena tanpa Pakatan Rakyat merancang atau mengupah - media antara bangsa telah seirama serentak mengkritik perangai Najib yang dilihat tidak bertanggung jawab membiarkan rakyat tenggelam dalam banjir.

Sebenarnya menjadi caddy pada Obama atau pun bermain golf dengan sesiapa sahaja bukan satu jenayah. Main golf bukan sama dengan letupan C4. Kayu golf bukan pedang. Najib dikritik dan ditibai tanpa henti kerana dia bercanda-canda ketika banjir sedang melanda. Najib dilihat 'vulgar' dan tidak bertanggung jawab.

Sebenarnya apa tujuan Obama menjemput Najib menjadi caddy? Ramai yang meramalkan bahawa Najib ' disogok' dengan bola golf agar Najib bersedia menanda tangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Perjanjian TPPA ini telah ditentang oleh rakyat Malaysia. Malah ada bahagian-bahagian perjanjian ini TIDAK diketahui oleh rakyat. Semua dirahsiakan dari pengetahuan umum. Fasal-fasal rahsia ini satu pekara yang hangat dibincangkan.

Bukan ini sahaja. Jika Najib menanda tangani TPPA maka dengan serta merta Fasal Hak Keistemawaan Melayu, Hak Biasiswa Bumiputera, Kontrek Direk Nego - budaya kontrektor Bumiputerta Melayu Islam akan tamat. Ini hanyalah beberapa contoh yang akan lupus.
Sebenarnya TPPA ini adalah penjajahan kuasa imperialis kali kedua. Penjajahan datang dengan bentuk perjanjian. Apakah kita lupa Pejanjian Pangkor 1874? Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 yang memisahkan bumi Melayu. Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Thai 1909 yang mengagihkan 4 wilayah Melayu kepada Siam.

Hakikatnya Malaysia akan hilang kedualatan. Hukum dan undang-undang Malaysia akan diketepikan dalam pejanjian TPPA.

Biar saya berikan satu contoh yang jelas. Pada ketika ini Sabah dan Sarawak TIDAK membenarkan peguam Semenanjung beroperasi di Sabah atau Sarawak. Ini untuk menjaga kepentingan bumiputera Sabah dan Sarawak. Dengan TPPA semua peraturan ini akan dilupus. Doktor, peguam dan apa sahaja bentuk pekerjan wajib dibuka untuk semua warga Pasifik.

Hakikatnya Starbuck boleh membuka cafe di Kuala Klawang Jelebu. Maka Kak Kiah Itik Salai di Senaling juga boleh buka warung bawah pokok di San Francisco. Perjanjian ini dilihat sama tapi hakikatnya berat sebelah. Pekara inilah yang TIDAK diterangkan oleh Najib Razak secara tuntas.

Najib Razak sebagai Presiden United Malays National Organisation telah tidak berlaku jujur kepada ahli partinya. Jika ahli Parti Ketuanan Melayu ini tahu dan sedar akan implakasi TPPA maka saya yakin Najib akan disingkir. Kerana dengan menanda tangani TPPA bermakna Najib mengantung mati Falsafah Ketuanan Melayu.

Dalam hal TPPA ini – kepada rakyat Malaysia Najib Razak boleh berbohong. Saperti Najib berbohong untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Sebelum saya teruskan - sila renong sajenak : Pada hemat saya Najib dijemput menjadi caddy bukan hanya untuk TPPA. Mustahil Sang Caddy datang bagitu jauh sekali menyeberang lautan. Mustahil yang dipinta oleh Obama hanya TPPA?

Justeru, saya terus membaca dan menyelidiki apa sabenarnya yang diidam-idamkan oleh kuasa imperial Amerika. Pasti satu yang penting jika tidak mustahil Najib diajak menjadi caddy. Justeru untuk memahami ini kita wajib keluar dari kesah Rosmah bershopping di Bangkok atau kesah Najib diserang E-coli.

Selain dari TPPA ini ada satu lagi yang maha penting dalam strateji Amerika untuk terus menguasai dunia ini. Umum mengetahui bahawa Amerika telah mengubah dasar pertahanan. Kini dasar pertahanan Amerika dipanggil Pivot Asia atau Mempasak Asia. Amerika dari tahun lalu telah mula memindahkan bala tenteranya ke Asia. Lebih tepat lagi ke Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

Mempasak Asia ini bermakna membuka kembali pengkalan tentera lama saperti di Telok Subic Pilipina. Membuka kembali pengekalan tentera di Siam. Memperbesarkan lagi loji, gudang dan gedong membaiki kapal dan perlatan tentera di Singapura. Lapangan terbang Pulau Guam dan Okinawa Jepun menjadi penting. Taiwan menjadi stratejik kembali. Jepun yang tertalok dibawah Perjanjian Pertahanan dengan Amerika wajib dipersenjatai kembali. Pine Gap sarang risikan di tengah-tengah padang pasir Australia akan menjadi pusat terpenting.
Bagaimana dengan Sang Caddy?

Satelah melihat semua perkembangan ini saya amat yakin Obama dan CIA sedang merancang untuk membuka satu pengkalan tentera di Malaysia. Pasti Sang Caddy telah ditanya hal ini.

Pada 16 September tahun lalu – dengan lucah soldadu Amerika telah mendarat di Kelantan dan Teragganu. Ini hanya permulaan kerana dalam strateji Mempasak Asia – Malaysia menjadi penting kerana kedudukan yang betul-bertul di selatan China.

Jangan lupa musuh utama – musuh yang dirancang oleh Amerika pada ketika ini ialah China. Ini bukan kerana China membawa idealoji sosialis atau Marxis. China kini ditakrif sebagai musuh Amerika kerana China telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika telah jatuh ke tangga ke dua.

Saperti yang sering saya terangkan politik ialah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ialah perebutan punca-punca ekonomi. China sedang menandingi keupayaan Amerika dalam bersaing untuk mengepong dan memukal bahan-bahan mentah dari serata pelusuk dunia.

Pada hemat saya wilayah yang diidamkan oleh Amerika ialah Pengerang. Inilah wilayah stratijik dalam perancangan Mempasak Asia. Kenapa saya meramalkan Pengerang sebagai pengakalan bala tentera Amerika?
Kita tidak perlu belajar di Havard atau Westminster untuk memahami kenapa Pengerang dipilih. Wilayah seluas 22,000 ekar ini dikatakan untuk loji pembersihan dan penapisan minyak mentah. Berbelas-belas kampong dan bandar telah dipaksa pindah. Kenapa ini dilakukan? Masuk akal keluasan 22,000 ekar ini hanya untuk syarikat minyak?

Justeru kesah Rosmah Mansor bercanda dan bershopping ini hanya 'diversion' untuk kita sama-sama senyum kambing. Jangan kita terlalai. Rosmah Mansor bukan ajenda Pivot Asia walau pun badan Rosmah besar.

Kita jangan terperangkap apabila melihat bola golf. Yakinlah ketika Najib menjadi caddy di Hawaii badan perisek Amerika sedang memerhatikan sama ada Najib ini akan selamat atau tidak. Mereka sedang merisik sama ada perlu disedia saekor lagi caddy baru untuk mempastikan pengkalan tentera dapat didirikan di Tanah Melayu. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan  mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-2130-45





----------------

SATU PANDANGAN






sila baca sekali lagi:
http://tukartiub.blogspot.com/2015/01/saya-charlie-saya-bukan-charlie.html


SAYA CHARLIE SAYA BUKAN CHARLIE
TT, saya tidak setuju dengan pandangan TT kali ini. Charlie Hebdo ialah majalah satira yang berhaluan kiri, yang mengkritik agama, tidak kira agama apa pun, kerana agama menentang pemikiran saintifik dan kemanusiaan. 

TT sepatutnya bersolidariti dengan editor-editor Charlie Hebdo, bukannya mencemuh mereka. Saya harap TT ambil kritikan ini sebagai kritikan dari ahli kaum kiri, untuk kaum kiri. on SAYA CHARLIE - SAYA BUKAN CHARLIE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/15/15





-----------

BARU SEDAR KAH KAH KAH




HAIRAN PELIK HAIRAN
kenapa jakim jawi jakun jakang
tak pernah beri komen
bila melihat gambar gamar ini?




January 21, 2015
JAWI
Jawi memutuskan idak memanjangkan perkara tersebut. Ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatanMore ››


KAH KAH KAH

woit baru sedar ke?
kah kah kah
tak da sapa nak layan
kah kah kah
woit
buatlah kerja lain
jangan jaga tepi kain orang
kah kah kah
orang nak masuk neraka
pergi mampooslah mereka


-------------

DULU DAN SEKARANG




 DULU DI SAYANGI

PAS mahu bantu Sirul dapat keadilan kes pembunuhan Altantuya
PAS hari ini menawarkan bantuan untuk membantu tertuduh kedua kes pembunuhan  warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar untuk mendapatkan keadilan.
Ketua Penerangan PAS  Mahfuz Omar berkata, tawaran bantuan tersebut bukan bermaksud menafikan keputusan mahkamah namun berasa Sirul mempunyai hak untuk diberikan peluang bagi menjelaskan kejadian sebenar bagi mempertahankan dirinya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-mahu-bantu-sirul-dapat-keadilan-kes-pembunuhan-altantuya#sthash.PpumgTmW.dpuf

SEKARANG DI GANTUNGI

KAH KAH KAH

tanda tanda akhir
saekor najib
kah kah kah
mana mat mongol nak lari
serang sana serang sini
kah kah kah
mat mongol bertukar
jadi mat GELABAH
kah kah kah

APA PUNYA GELABAH


------------

PECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS




TER NOW

SIRUL TELAH 

DI TANGKAP

 DI AUSTRALIA
berita menyusul




MARI HASUT SAMBIL KETAWA




MENGHASUT 

sambil

kah kah kah




-------------

JENG JENG JENG






KOMENTAR
bagaimana kes bunuh
boleh lari ke luar negara
ada perancangan sulit?
ada disebalik perancangan ini?
tunggu dan nanti



Interpol keluar notis merah kepada Sirul Azhar Umar ‎

Interpol mengeluarkan notis merah kepada Sirul Azhar Umar, yang dijatuhkan hukuman mati kerana didapati membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Notis merah menandakan pihak berkuasa sedang cuba mengesan lokasi dan menahan orang yang dikehendaki untuk diekstradisi atau tindakan undang-undang serupa.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/interpol-keluar-notis-merah-kepada-sirul-azhar-umar#sthash.enNuC1xl.dpuf



JENG JENG

JENG


kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

najib tak boleh tidoo
bukan kerana mat rempit
kerana sirul akan
buka pangung di australia
kah kah kahg

APA PUNYA DRAMA













---------

SPR TAHU TAKUT









KOMENTAR
mana mana rakyat
ada hak jumpa siapa
yang mereka suka
kalau najib boleh 
jumpa obama
bersih juga boleh
jumpa diplomat









Kenapa Bersih libatkan orang asing, soal 

bekas pemimpin SPR 

Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi taklimat kepada 20 diplomat asing baru-baru ini berhubung kepincangan dan kurang ketelusan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak sia-sia kerana pilihan raya adalah urusan dalaman negara dan SPR melaksanakan tugas tersebut dengan cara telus, kata bekas Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad berkata, Bersih 2.0 tidak seharusnya melibatkan pihak asing dalam urusan dalaman negara kerana urusan pilihan raya ialah masa depan negara demi kepentingan rakyat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenapa-bersih-libatkan-orang-asing-soal-bekas-pemimpin-spr#sthash.aZRTmjDt.dpuf





KAH KAH KAH

kenapa?
kerana spr menipu
kerana dakwat  kekal
tapi tak kekal
kerana bangla mengundi
kerana pengundi
tak ada alamat
kerana 52% rakyat
undi pakatan tapi
gerombolan terus berkuasa

kerana SPR barua
ketuanan melayu

kerana nak beri tekanan
kerana nak hasut rakyat
kerana nak tunjuk pada
rakyat bersih gah hebat

kerana nak beri amaran

JANGAN TIPU PRU





-----------

GASAK SAMPAI TERBURAI





FACE BOOK




Semalam duduk menonton Berita di TV saya lihat dan dengar banyak isu tentang GST dan PM juga yang lain akan memberi penerangan tentang yang berkisar ekonomi negara. Saya kira dan pasti ianya memberi kesan besar pada semua. Kita juga tahu ekonomi negara semakin parah, namun pemimpin negara kita tetap mahu buktikan dan mahu kita percaya dan terima bahawa ekonomi negara ok.


 Saya baca komentar rakan-rakan seuniversiti tentang ini dan rungutan dan kerisauan tentang anak-anak di universiti. Itu bagi kawan-kawan yang mempunyai pendapatan dan kerja yang baik.

Bagaimana nasib rakyat yang sediakala susah?


-------------