Rihaida turut memerintahkan Azizul yang semasa kejadian bertugas di cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah supaya menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Azizul didakwa meminta rasuah wang tunai RM100 sebagai bayaran bulanan daripada Mohd. Seifful Rudin Asswad sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori-lori milik lelaki tersebut.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12 tengah hari, 17 September 2008, di hadapan Pondok Polis Buluh Akar, Parit di sini.

Azizul turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima wang tunai RM50 daripada Mohd. Seifful Rudin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori miliknya yang kotor dan mempunyai cukai jalan tamat tempoh.