INI BUDAYA POLITIK KITA
DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA: DR MKUALA LUMPUR: Pembangkang, yang hilang kuasa mentadbir kerajaan Perak, perlu sedar demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku erhadap mereka pada masa depan, kata Mahathir Mohamad.
"Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.
"Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park, di sini, semalam.
Dr Mahathir diminta mengulas demonstrasi jalanan oleh penyokong Pakatan Rakyat ketika upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru kira-kira satu kilometer dari Istana Kuala Kangsar kelmarin.
Kerajaan PR yang belum berusia setahun tumbang selepas empat anggota dewan undangannya melompat ke Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir berkata "tindakan melompat" itu seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihan raya, keputusan itu harus dihormati.
Katanya, Menteri Besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan.
"Tetapi jika Menteri Besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian. Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan.
"Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," katanya.
Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.
Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.
Sumber: Berita Harian
BERDEMONSTRASI BUKAN BUDAYA RAKYAT MALAYSIA - Wdnesday, 04 February 2009 08:16AM
©Utusan Malaysia
PADA 31 Januari lalu ketenangan di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara
terganggu dengan kemunculan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Memansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) atau GMP yang rata-ratanya orang Melayu.
Demonstrasi oleh GMP ini kemudiannya dengan cepat diulas dan sorot oleh pihak media cetak dan media elektronik.
Daripada satu segi berdemonstrasi boleh dianggap baik kerana dapat menarik massa untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu isu dan mendapat publisiti serta simpati. Walaupun begitu jikalau kita memperhalusinya, demonstrasi bukan budaya kita.
Apakah sudah muncul budaya baru di kalangan orang Malaysia yang bijak pandai bahawa jika pemerintah lambat akur dengan kehendak mereka, maka mereka akan buat riuh di jalanan?
ISU PASIR : UMNO, PERKASA BERDEMO DI SUK – mkini
Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu.
Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.
Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai. Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.
Anggota polis membentuk barisan tersebut untuk memisah antara penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang mendapat tahu tentang demonstari tersebut dan menunggu untuk 'menyambut' mereka.
KAH KAH KAH…
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH..woit...
SYABAS ! SALUT !...kah kah kah..
woit…
MENGALU ALUKAN UMNO DAN BERKASA KERANA BERDEMO…. kah kah kah..
kah kah kah….
MARI KITA RAYAKAN DEMONSTRASI SEBAGAI SATU BUDAYA POLITIK…. kah kah kah
woit…
TAK KIRA PARTI APA…. PAKATAN ATAU GEROMBOLAN… KALAU RAKYAT TAK SUKA… MARI KELUAR BERDEMO….kah kah kah…
kah kah kah…
JADIKAN JALAN RAYA PARLIMEN RAKYAT…. kah kah kah..
woit…
KALAU MADEY KATA DEMO BUKAN BUDAYA KITA …KATAKAN POOORAH !!!!.... kah kah kah…
woit…
DEMO SEMAKIN MENJADI DARAH DAGING BUDAYA POLITIK MALAYSIA…kah kah kah…
woit…
PADAN MUKA MADEY!..... kah kah kah