Sabtu, 1 Julai 2023

POLITIK JALAN RAYA MAKIN MEREBAK


POLITIK

JALAN RAYA

MAKIN MEREBAK

AMIN

PROJEK GULING ANWAR



PROJEK

GULING ANWAR

AMIN

KJ CALON PM


UMNO sukar dipulihkan daripada kegelapan – KJ

KUALA LUMPUR – Imej UMNO tidak boleh dipulihkan daripada zaman kegelapannya hari ini setelah bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keadaan itu tidak berupaya menarik minatnya sendiri untuk kembali kepada parti itu apatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Saya tak tahu tentang itu (kembali UMNO kejar cita-cita jadi PM), saya fikir UMNO sekarang tempat yang sangat gelap buat masa ini.

“Saya tak pasti ia boleh dipulihkan daripada keadaan ini.

“Saya percaya bahawa UMNO telah terjerumus ke lembah kegelapan dan saya tak pasti jika boleh pulih selama-lama dari hari ini,” katanya kepada pemberita di UCSI University hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penganalisis politik tidak menolak kemungkinan Khairy Jamaluddin boleh mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri hanya dengan kekal bersama UMNO.

James Chin, penganalisis politik dan profesor pengajian Asia di Universiti Tasmania berkata, Khairy tidak pernah menafikan cita-citanya itu.

Sebaliknya James tidak menolak kemungkinan cita-cita Khairy akan lebur dan terjejas jika bekas Menteri Kesihatan itu menyertai Pas atau Bersatu.

Bagaimanapun peluang Khairy untuk mengejar impiannya cerah apabila kembali kepada UMNO dan kedudukan beliau lebih kukuh berbanding berada dalam Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette

KJ ADALAH

CALON PM

YANG TEPAT

AMIN

INI HANG NADIM

DIBUNUH OLEH

ZAHID 

AMIN

SAYANG LULUSAN

OXFORD DIBUNUH

AWAL

KAH KAH KAH

AMIN

ANGIN RIBUT UTARA


MetMalaysia keluar amaran angin kencang di utara Semenanjung

NEGERI-NEGERI di utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri tersebut dijangka mengalami angin baratan yang bertiup kencang di kawasan itu, sehingga 5 Julai.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi memaklumkan, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang, di negeri-negeri berkenaan.

“Sementara itu, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang juga boleh berlaku di Kelantan dan Terengganu, pada sebelah petang hingga ke awal malam,” menurut kenyataan itu.

MET Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 5 Julai.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – Bernama, 1 Julai, 2023.

AWAS!!!

KETIKA ENJOI

BERAYA

AMIN

HUJAN RIBUT

PETIR KILAT

SABUNG 

MENYABUNG

 AMIN 

KAYU TUMBANG

DAHAN SEKAH

HIMPAP KERETA

KHALAS

BULAN DAH BESAR


BULAN DAH BESAR

PETANG INI RAYA KE TIGA
JAM 6.37  
DI HOKKIEN
BULAN DAH BESAR




JANGAN TUNGGU LAMA LAMA


JANGAN TUNGGU

LAMA LAMA NANTI

DI AMBIL ORANG

KHALAS


Unknown commented on
 "FAHMI PENGHEBOH"

Kepala butoh kau TT. Time Atok PM4, pemfitnah, Batu api, trouble rouser dan subversive elements mcm kau nak guling Kerajaan terus kena angkut Ops Lallang. Press freedom bukan fitnah, Batu Api nak repeat Tebuk Atap Sheraton 2.0. api le. Dah kalah PRU15 tunggu term le PRU16.

BAHAYA PENDATANG HARAM !!!


AWAS !!!

PENDATANG 

HARAM ROSAKAN

BUDAYA TEMPATAN

KHALAS

TIPU AGONG ?


Bukit Aman siasat Papagomo dakwa Zahid tipu Agong


KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Wan Mahussin Wan Zin hari ini mengesahkan dipanggil polis Bukit Aman sebagai saksi tuduhan Papagomo mengenai  Ahmad Zahidi Hamidi telah menipu Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri membuat tuduhan itu dalam siaran live berdebat dengan Wan Mahussin menerusi media sosial dua hari lalu.

“Saya baru dihubungi pegawai Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan terhadap kenyataan Azri yang mendakwa Zahid Hamidi menipu Agong semasa siaran live saya dan Papagomo.

“Saya dipanggil sebagai saksi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya kira-kira lapan jam lalu.

Dalam live tersebut, Papagomo yang kini tidak lagi bersama UMNO telah membuat dakwaan berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu.

Beliau mendakwa, Presiden UMNO telah menipu Seri Paduka sehingga PH-BN berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan.

Wan Mahussin memuatnaik tangkap layar komunikasinya dengan seorang pegawai polis Bukit Aman mengenai kenyataan Papagomo.
Dakwaan itu bagaimanapun disanggah oleh Wan Mahussin dalam perdebatan itu.

Berikutan itu, polis Bukit Aman telah membuka kertas siasatan dan memanggil Wan Mahussin sebagai saksi.

Wan Mahussin dalam status Facebooknya memuatnaik kata-kata, “Saya jadi saksi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak benci kan jadi sayang,” tulis beliau. – 

WOIT

KAH KAH KAH

INI KES BERAT

AMIN

KES TIPU

AMAT BERAT

AMIN

KITA DENGAR

KES TIPU UTANG

KES TIPU

SEWA BILIK

AMIN

KES TIPU

JUAL KERETA

AMIN

KES TIPU AGONG

TAK PERNAH DENGAR

KAH KAH KAH

BUKAN SEMUA

ORANG BOLEH

JUMPA AGONG

AMIN

TU PASAL DIA

DI PANGGIL AGONG

BUKAN ANGAH

KAH KAH KAH

MACAM MANA

ZAHID BOLEH

TIPU AGONG

RAKYAT SEMUA

NAK DENGAR

KAH KAH KAH

KHALAS

AMARAN ANWAR UNTUK ZAHID ?


Saya bersih, kata Anwar


Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didapati terlibat dalam kes rasuah.

Anwar berkata selama tujuh bulan diberikan amanah untuk mentadbir negara, tiada satu kepentingan pun diberikan kepada keluarganya.

“Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa),” katanya ketika berucap pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, dekat Permatang Pauh.

Pada masa yang sama, Anwar juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam dengan sesiapa serta mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah ketika ini.

“Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.

“Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam)…kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (pimpinan dulu),” kata Anwar.

Perdana menteri menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana menteri serta timbalan menteri dalam kerajaan campuran mahupun bekas menteri sekiranya mereka terlibat dalam kes rasuah.

Menurutnya, dalam perkara itu semua badan penguat kuasa seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan polis telah diarahkan menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani dalam kes rasuah.

Anwar berkata komitmennya untuk membanteras amalan rasuah diterima baik dan tidak pernah dibantah oleh setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan, ini termasuk segala perancangan untuk setiap pembangunan di negara ini.

“Dalam kerajaan ada Umno, Barisan Nasional, DAP, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) belum pernah saya dapat sekalipun apa-apa bantahan daripada mereka, sama ada untuk pembangunan umat Islam, tata kelola dan banteras rasuah.

“Saya dengar bantahan dari luar sahaja…tidak hadapi masalah sebab kita melakukan perbincangan… Maka berilah peluang kita mentadbir negara ini kerana ia hampir rosak. Siapa jadi menteri dan semua kaya-raya itu, kena tukar,” kata Anwar.

Perdana menteri turut menegaskan akan terus mempertahankan prinsip membanteras rasuah serta penyelewengan walaupun menerima pelbagai ugutan.

“Macam-macam ugutan saya terima. "Geng kaya-raya berpakat…Penyakau besar bilion ringgit berpakat (ingin menjatuhkan beliau), tetapi saya lawan tetap lawan untuk mempertahankan prinsip ini,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Anwar berkata kehadirannya ke Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu sekadar lawatan untuk bermesra bersama penduduk setempat dan bukannya memperoleh keyakinan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Tiada perkiraan mengenai matlamat (pilihan raya negeri). Tugas saya hanya untuk kembali ke sini kerana mereka begitu setia dan baik kepada saya selama ini,” katanya.

WOIT

APAKAH INI

AMARAN UNTUK

ZAHID ?

JENG JENG JENG

KHALAS

MENUNGGU PRN


DUN Negeri Sembilan rasmi bubar hari ini

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Pembubaran itu menyaksikan Negeri Sembilan juga menjadi satu-satunya negeri memanfaatkan sepenuhnya tempoh mandat lima tahun bagi penggal ke-14.

Persidangan DUN Negeri Sembilan yang pertama diadakan pada 1 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Menteri Besar Aminuddin Harun pada Rabu mengumumkan tarikh pembubaran DUN itu, setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bagi memberi laluan PRN.

Pada PRU14, Pakatan Harapan(PH) dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (6) dan Amanah (3).

Barisan Nasional (BN) pula memenangi 16 kerusi dengan 15 daripada dimenangi Umno manakala MIC, satu.

Sepanjang penggal itu, satu pilihan raya kecil (PRK) diadakan iaitu DUN Rantau berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandang kerusi Mohamad Hasan.

Mohamad menerusi petisyen memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun 2018, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Bagaimanapun, PRK Rantau pada 13 April 2019 menyaksikan timbalan presiden Umno itu berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan kemenangan majoriti 4,510 undi, menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi serta bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Selain Negeri Sembilan, lima lagi negeri yang akan terlibat dengan PRN ialah Kelantan yang terlebih dahulu membubarkan DUN pada 22 Jun, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun. – Bernama, 1 Julai 2023.

SEKARANG

SEMUA MENUNGGU

BILA PRN

JENG JENG JENG

SEKARANG SERI

TIGA LAWAN TIGA

AMIN

APAKAH AKAN

BERUBAH

JENG JENG JENG

KHALAS

TUMBANGKAN KERAJAAN



TUMBANGKAN

 KERAJAAN

ADA TIGA CARA
 MENUMBANGKAN KERAJAAN
PERTAMA - PILIHAN RAYA
KEDUA - JALAN RAYA
KETIKA - ANGKAT SENJATA RAYA
KHALAS

CONTOH PEMIKIR PEMIMPIN PARTI ISLAM PAS


CONTOH PEMIKIR

PEMIMPIN PARTI

ISLAM PAS

KHALAS


Abg long commented on 
"WAJIB DENGAR - SEJARAH ISLAM DARI PEMIMPIN TALIBAN"

Bro titi, lu jgn la pos bidio cikgu sejarah bingai ni. Cerita sejarah ni meng cuntpiuskan org biasa2. Cerita dia ni tak boleh jumpa kat mana2 buku, termasuk kat merong mahawangsa. Borubudur yg penuh dgn patung dewa dewi hindu tu pun org yaman buat? Bior betoi. Pakar sejarah kena buat perbahasan dgn mamat ni. Klu dia ada tulur la heh hwh

PEMULA YOU TUBE


PEMULA

YOU TUBE

KHALAS


Unknown commented on
 "ANTI YOUTUBE"
gua terbaca di wikipedia salah sorang fouder youtube adalah jawed karim anak kepada Naimul Karim orang islam bangla.. terima kasih ronald reagan... kah kah kah

PAGI SABTU


PAGI SABTU 

SABTU 1 JULAI 2023
KITA MASIH  DALAM SUASANA BERAYA
HUJUNG MINGGU YANG PANJANG
MASIH RAMAI DI KAMPUNG

PAGI INI HOKKIEN
AGAK BASAH SEGAR
JALAN  DEPAN FLET BASAH
BILA RENYAI TURUN
GUA TAK PASTI

MATAHARI DAH MUNCUL
TAPI SINAR DILINDUNG AWAN
KL & KL SENTRAL
DI LIHAT CERAH

LANGIT BIRU
DENGAN AWAN PUTIH DISANA SINI
INI TANPA HARI BAIK

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
GUA NAK KE PASAR
TIAP MINNGU INI RUTIN GUA

MARI KITA
SESAMA SAMBUT
PAGI SABTU YANG PERMAI
KITA DI LAHIRKAN SEKALI LAGI
UNTUK MEMBUAT KEBAIKKAN

WALI BUKAN SEBARANG WALI
WALI ANAK MAHU MENIKAH
WANGI BUKAN SEBARANG WANGI
WANGI KETIAK BAU PELIMBAH
AMIN